Tuesday, February 24, 2009

Menghitung Hari

Segala puji hanya bagi Allah S.W.T . Tuhan yang mentadbirkan sekalian alam. Selawat & salam keatas Baginda S.A.W, keatas ahli keluarga, dan sahabat-sahabat Baginda S.A.W.

Tinggal beberapa hari saja lagi keputusan peperiksaan akan keluar, tak dapat juga ku lukiskan akan perasaan aku pada masa ini. Amat bercelaru dan berdebar- debar. Pelbagai andaian yang melintas keluar dan masuk dikepala ku. Ala bizikrillahi tat main nul qulub..

15-4-2008 . Adalah kali ke empat aku memasuki Sana`a International Airport dan kali ke empat ku jejakkan kaki ini, dengan niat untuk menghabiskan "madah mutabaqi" (mata pelajaran yang berbaki).

Perancangan asalnya ku ingin berada disini hanyalah untuk 3-5 bulan sahaja. Tapi sehingga kini genaplah 10 bulan, berada di bumi Iman & Hikmah. Ku hanya bisa merancang, tetapi Allah jua lah yang menentukannya.

Apa pun ku bersyukur, kerana sepanjang ku berada disini dalam tempoh 10 bulan, banyak perkara yang dapat ku pelajari, antaranya muhadoroh di jamiah, talaqi, tasmi` quran secara hafazan, berpersatuan & erti sebuah pengorbanan.

Muhadoroh: Doktor Ahmad Qatran adalah pensyarah ku pada madah "Hadir Alam Islami". Yang mana madah tersebut membincangkan tentang kemajuan Islam (merangkumi stretegik, hasil bumi & dll) , kemasyarakatan, Isu semasa negara Islam seperti Palestin & Iraq. Kejatuhan khilafah Utsmaniah dan sebagainya. Jazakumullahu khairan kathira ya doktor.

Talaqi: Sebelum ini aku amat jarang talaqi, bilamana aku sampai ke yaman, kawan sebilik ku sham mengajak ku untuk bertalaqi berhampiran Jamiah Iman (sheikh Abduh). Wa nafa ana bi ulumihi wa ulumi syaikhina.. ameen..

Tasmi` Quran: Sheikh Halili, Salah seorang sheikh yang tak asing lagi di kalangan masyarakat Yaman (dalam bidang Al-Quran wal qiraat). Bila mana aku perdengarkan bacaan ku pada sheikh, aku sedar akan banyak lagi yang perlu aku perbaiki, lebih-lebih lagi makhraj huruf. Allahummarhamni bil qur`an. Allahummazakkirni minhu ma nasiitu. Wa allimni minhu ma jahiltu ameen.

Berpersatuan: ketika dalam flight, aku sering berfikir, apa akan terjadi bilamana sampai di Yaman nanti. Kerana sebilangan besar dari sahabat-sahabat ku telah pun pulang ke Malaysia. Adapun yang berada di Yaman majoritinya adalah pelajar baru. Adakah aku akan serasi dengan mereka? Pening kepala ku memikirkan semua ini, tapi bilamana sampai sehinggalah hari ini, alhamdulillah persoalan yang bermain dikepala ku itu tadi lenyap dari fikiran ku begitu sahaja. Kerana kebanyakkan dari mereka adalah agak peramah, mudah dirapati, ada pun yang sebaliknya agak sedikit, moga-moga ukhwah kita berkekalan..ameen

Dan yang terakhirnya, erti sebuah pengorbanan, dalam tajuk ini aku lebih berminat untuk meng"khulasohkan" sahaja. Walaupun kita merasakan sesuatu itu adalah yang terbaik untuk kita. Kadang-kadang kita perlu berkorban dengan melepaskannya, kerana disana ada sesuatu yang perlu dikejar. mungkin ianya lebih penting lagi. wallahu a`lam.. entah apa sebenarnya yang sedang bermain difikiran ku dengan tajuk ini..

Wa Akhiran untuk kali ini, apa yang baik dari Allah. Adapun yang kurang itu dari kelemahan diri ini, insan yang dhaif.

* Penantian itu kehausan???

Monday, February 23, 2009

Selamat Berjuang



21-02-09 Jam 2-30 Petang: Alhamdulillah, aku baru sahaja keluar dari "Qoah Imtihanat" (dewan peperiksaan). Dengan perasaan yang begitu lega, aku mempercepatkan langkah ku kembali ke rumah, dengan harapan agar sempat ketemu dengan kedua orang sahabat & ahli rumah ku, Dalam masa yang sama juga kedua-duanya adalah penasihat 2 & 3 PERMAYA. yang mana sebentar lagi akan pulang ke Malaysia, bumi yang dicintai.

Zulkhari, penasihat 2 Permaya. Tidak perlu ku ulas akan komitmen yang telah beliau berikan kepada persatuan dan juga warga Malaysia di Yaman.

Ada pun Shamsul, rakan sebilik ku yang masyhur dengan paggilan Ust Sham madu. Seorang sahabat yang begitu gigih dan teliti dalam berbuat sesuatu perkara. Ku teringat bilamana dia ingin menegur akan kesilapan ku, dengan telili dia menyusun kata agar tiada terguris hati ku. Begitu lah setiap kali jika dia ingin menegur akan kesilapan ku.

Sekembalinya Zulkhairi ke Malaysia, adalah yang terakhir.. adapun shamsul akan kembali dalam masa yang terdekat.

Moga segala urusan mereka di Malaysia dipermudahkan-Nya..ameen

*Selamat berjuang sahabatku...

Thursday, February 19, 2009

Imtihan

Ada lagi 2 hari untuk exam, aku perlu "banyakkan" masa untuk menatap kitab " Hadir Alam Islami". Madah yang pada ku agak sukar, agar sukar untuk ku menghafal akan fakta-fakta yang berkaitan dengan tajuk kitab tersebut.

Kadang-kadang terlintas difikiran ku, macam mana sahabat-sahabat dulu berjaya dalam madah tersebut. Jika mereka berjaya kenapa aku tidak???? Mungkin ini kerana aku kekurangan mengulangkaji akan madah tersebut. Dan banyak berbuat dosa. AstaghfiruLlahal azim.. wa atubu ilaka.

Allah telah berfirman:


وَاللَّهُ أَخْرَجَكُمْ مِنْ بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ لا تَعْلَمُونَ شَيْئًا وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالأبْصَارَ وَالأفْئِدَةَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

{Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur.} [An-Nahl : 78].

Dari ayat ini jelas menunjukkan bahawa ketika mana manusia dilahirkan ke bumi, tiada mengetahui apa-apa. Dan selepas itu lah dia mula belajar cara merangkak, berjalan dan berlari. (untuk penerangan lebih lanjut berkenaan dengan tafsir ayat tersebut boleh lah terus ke http://www.permaya.org artikel yang bertajuk "Tanda-tanda pemikiran dan penghujahan Agama diantara Jahiliah dan Islam Bhg.1 "

Macam mana dia boleh merangkak? berjalan?? dan kemudian berlari??? ianya tiada lain kerana ada keinginan dalam dirinya untuk ketiga-tiga perkara diatas. Ada pun untuk sampai ke peringkat berlari.. entah berapa banyak kali dia terjatuh dari bangunnya. Tapi dia terus berusaha sehingga berjaya.

Moga ia menjadi iktibar buat ku.....!!!! gambareee!!!!

*Allahumma la sahla illa ma ja`altahu sahla, wa anta taj`alal hazna iza shi`ta sahla!!!

Friday, February 13, 2009

Pasrah



Jalan berliku

Penuh simpang di belakangku

Kutinggalkan penuh sesal

Kutermanggu sekian waktu

Di dalam kepastian

Kumenyapu kaki penuh berlumpur

Tangan penuh darah

Wajah penuh debu dan sendu


TUHANKU

Dengan hidayah-Mu

Aku datang pasrah, aku datang

Hulurkanku tangga keredhaan

Biarku redah pintu ketaqwaan

Yang terbuka sepanjang zaman

Menggamit semua insan.

*
Ya Muqallibal qulub, thabbit qulubana ala to`atika wa dinik.

Tuesday, February 10, 2009

Aden

Salah sebuah masjid di Aden

Kubah Masjid (Bahagian dalam)

Sempat bermain bola (sebelum mandi)

Mula menaiki bot

Di hadapan bas jamiah (aku bertongkat)

Bersama Aiman dan sahabat dari Palestin

Ust Ibrahim (kiri) Dr Yahya (tengah) dan Dr Ibrahim (kanan)

Peace

Diantara sahabat dari China, Tajikistan & Palestin


Sandal Clarks dan Timberland (Made Us & England)

Elephant Bay

Fol dan Fol sudani (diantara menu sarapan pagi)

Pengarah Unit It (berkacamata)

Di hadapan Masjid Al-Khair

Di bawah khemah (berbentuk roket) itulah tempat kami bermalam pada malam yang pertama

Ish tersenyum lebar tu

Tafaddhol Ma`ana

Minum teh sambil menunggu makanan

Ust Ibrahim sedang menerangkan akan tafsir ayat quran yang dibacakan oleh adik safwan

Sempat berposing di Kg Biladarrus



* Ya Allah, Eratkanlah ukhwah diantara kami, cetuskan lah kasih sayang diantara kami, hanya kepada-Mu kami memohon & berserah..

Saturday, February 7, 2009

Rehlah & Tongkat (Bhgn Akhir)

Lantas ku berterima kasih kepada Ust Ibrahim dan juga Aiman, kerana sudi menolong ku dengan membeli tongkat tersebut.

Dalam perjalanan pulang ke hotel, kami sempat singgah di suatu tempat (persisiran pantai). Tempat tersebut boleh diketogerikan "tempat lepak & untuk amik angin" yang mana ia juga menjadi tumpuan bagi orang tempatan dan pelancong-pelancong. Hampir sejam kami berada disitu, sambil menikmati tiupan angin sepoi-sepoi bahasa yang dapat menghilangkan rasa tension & angau.

Setelah itu kami bergegas-gegas pulang ke hotel untuk berehat. Ada diantara kami yang terus tidur & ada juga yang menonton tv.

Sesudah solat subuh berjamaah, ada diantara kami yang murajaah quran, ada yang menonton tv, yang sambung tido pun tidak ketinggalan.

7-00 Pagi (Sarapan pagi).

8-00 Pagi Mula menuju ke pantai untuk menaiki bot. Bayaran Ry 2000 (rm 35.00) dikenakan setiap bot (10 orang).

Setelah kembali ke pantai terus mandi hingga jam 11-00 Pagi.

11-00 Pagi balik ke hotel bersiap-siap untuk chek-out. 1 Petang mula menuju ke masjid untuk solat Zohor & Asar (Jama`)

2-00 Petang makan tengahari.

3-00 Petang mula bertolak untuk kembali ke Sana`a.

6-30 Petang. Dimulakan membaca Ma`thurat dan seterusnya diisi sedikit pengisian dari Ust Ibrahim.

12-00 Malam sampai ke rumah.

Alhamdulillah.. walaupun pada mula program tersebut agak kelam kabut, tapi diakhirnya kami benar-benar berpuas hati dengan rehlah yang dianjurkan oleh Jamiah Uloom.

Wa akhiran moga-moga ukhwah diantara pihak pelajar dan kakitangan pihak Jamiah Ulom berkekalan ke akhirnya..wassalam

P/S Gambar akan dipostkan dilain hari, InsyaAllah..Biiznillah

* Innamal mu`minuna ikhwah...

Redholah Aku

Redholah Aku
Album : Pasrah
Munsyid : Apresiasi Seni

Suasana pagi makin berseri-seri
Bila matahari mulai menjemur diri
Terlukis keindahan
Dalam keharmonian
Terpamer kekuasaan Ar-Rohman

Burung-burung berkicau di celah pohon hijau
Menitikkan embun dari ujung dedaun
Lembut bayu menyapa bagai membelai jiwa
Menjilat dosa-dosa yang tersisa

Redholah aku hanya pada-Mu
Dan kurniakan kehidupan Robbani
Redholah aku hanya pada-Mu
Dan kurniakan nikmat di bumi ini

Keindahan alam keindahan islam
Kemanisan iman nikmat yang disyukurkan
Persada kecintaan taqwa jadi hiasan
Biarpun kehinaan di mata insan

Segala keperihan jadi rencah perjuangan
Itulah sunntullah dari zaman rosullullah
Biarpun tumpah air mata dan darah
Tak perduli demi cinta Ilahi

Redholah aku hanya pada-Mu
Dan kurniakan kehidupan Robbani
Redholah aku hanya pada-Mu
Dan kurniakan nikmat di bumi ini

Wahai teman-teman majulah kehadapan
Islam takkan kalah begitu janji Allah
Kemenangan milik kita (3X je)

Wednesday, February 4, 2009

Rehlah & Tongkat (Bhgn.2)

Krak...krak... lutut kiri ku berbunyi.. krak..krak..sebelah kanan pula berbunyi.. ku pun berundur beberapa langkah ke belakang..lantas terduduk... erm..sambil ku terduduk..sambil ku berfikir.. ah.. kedua-dua belah lutut ku terseliuh lagi.

Ku cuba bangun lagi sekali tapi ternyata aku gagal. Aku terus duduk, dengan harapan agar lutut ku yang terseliuh itu masuk kembali (uratnya). Kejadian yang sebegini adalah perkara biasa bagi ku, cuma.. kali ini amat serius.. diketika aku sedang duduk, aku didatangi oleh Jamdi dan Fizal. Mereka menghulurkan tangan kepadaku agar aku dapat berpaut dan sekaligus bangun.

Alhamdulillah dengan bantuan kedua orang sahabat ku itu, aku dapat berdiri dan bila ku mula membuka langkah ku dapati lutut kiri ku amat serius. Ia membengkak dengan serta merta. Dengan ter"henjut-henjut" aku menuju ke satu tempat duduk. Setelah duduk seketika datang pula Fahim untuk melihat lutut ku, sedang dia melihat lantas dia mengangkat kakiku dengan harapan utk masuk kat kembali lututku yang terseliuh.. alhamdulillah ada sedikit perubahan walaupun sakit itu tetap ada.. AstaghfiruLlah..wa atubu ilaik..

Jam 8-00 Pagi kami mula bertolak, menuju ke satu tempat untuk bersarapan pagi. Selepas bersarapan kami terus menuju ke pantai untuk mandi-manda. Maklum lah udah lama benar tak mandi laut. Setelah salin pakaian aku terus terjun ke laut.. dalam keadaan terhinjut-hinjut.. hehe sekali fikir.. nak tergelak juga..

Sesudah masuk ke laut, alhamdulillah sakit itu berkurangan. hampir 2 jam berendam kemudian kami pun naik untuk bersiap-saip solat, ghoda` (lunch), balik ke hotel dan yang semestinya untuk berehat.

7.00 Malam setelah bersiap-siap kami pun mula bertolak menuju ke Aden Mall. Setelah 1 jam setengah disana, kami pun beransur-ansur keluar untuk makan malam, ketika itu lah aku terlihat ust Ibrahim memegang tongkat yang baru dibelinya. Lantas aku bertanya kan tentang tongkat tersebut. Dia memberi tahuku bahawa dia baru membelinya sebentar tadi, kedai tersebut tidak jauh dari situ. Dan dia berjanji akan membawa ku ketempat tersebut.

Setelah selesai makan pagi ust Ibrahim mengajak ku ke tempat tersebut, tapi pabila dia melihat aku yang berjalan terhinjut-hinjut, dia pun menanyakan jika ada orang lain yang boleh menemaninya untuk ke kedai tongkat tadi. Lalu aku bertanyakan Aiman dengan kira-kiranya boleh dia membantu ku untuk menemani ust Ibrahim. Dengan tanpa banyak bertanya Aiman terus bersetuju. Lalu ku memberikannya wang sebanyak Ry 800. Tidak beberapa lama kemudian muncul lah Aiman dan ust Ibrahim bersama dengan tongkat baru ku. Inilah pertama kali ku menggunakan tongkat, lintas dihati ku.

Bersambung........

*Allahumma a`fini fi badani, Allahumma a`fini fi sam`ie, Allahumma afini basori..La ila ha illa anta.

Abe Li

Alhamdulillah, lutut dah semakin pulih, tapi sakitnya masih terasa, mungkin disebabkan terlalu banyak bergerak.

Tengah lena dibuai mimpi.. tut..tut.. hp ku berbunyi, ada mesej masuk rupa nya. Dalam keadaan yang masih "mamai" aku pun mengcapai hp ku, lantas membukanya. Ku dapati mesej tersebut dari adik ku "ibah". Erm diantara mesejnya " Assalamualaikum, Abe amin, sekali lagi kita kehilangan saudara kita. Yaitu Abe Li anak kepada arwah Mok Su Besut. Meninggal dunia pada 7.20 pagi tadi, koma sejak 2 hari lepas disebabkan tekanan darah terlalu tinggi".

Ingatan ku mengimbau kembali pada tahun 1999 di bulan Ramadhan. Diketika itu aku berada di Kg Teluk Bayu, Berdekatan dengan Kuala Besut. Pada masa yang sama aku menjadi imam terawih di masjid Kg Teluk Bayu. Oleh kerana boring tanpa aktiviti di sebelah petang, aku sering ke rumah Pok Su Harun (Bilal masjid tersebut). Untuk bermain dengan cucu nya (Syakir). Kadangkala kami berbual sambil menonton tv (rancangan Jejak Rasul). Bila mana aku bertanyakan adakah Pok Su Harun kenal akan arwah tok sedara ku, lantas dia memberitahuku yang dia kenal sangat akan arwah tok sedara ku itu (yaitu ayah kepada Abg Li).

Dia memuji arwah tok sedara ku yang begitu gigih berkerja untuk mencari sesuap nasi kepada ahli keluarga nya. Bukan itu saja, malah didikan agama yang arwah berikan kepada anak-anaknya cukup membuatkan anak-anaknya terkenal dikalangan penduduk tempatan dengan sifat penyabar, baik hati, tak pernah tinggal solat, dan tidak pernah menimbulkan masalah dengan orang kampung yang berdekatan. Begitulah ulasan Pok Su Harun.

Erm... dari bulan 12 ke hari ini, berita 4 kematian yang ku terima benar-benar membuatkan aku berfikir dan bermenung.

Wahai amin.... adakah cukup dengan hanya ku bermenung??? siapakah pula yang akan mengiringi mereka itu??? sedar kah aku yang mati itu pasti?? dan aku adalah yang akan mengiringi mereka itu tadi. Adakah aku bersedia untuk itu????

Soal ku kepada diriku...wallahu a`lam.


* Allahummaghfirlahu warhamhu, wa a`fihi wa`fu anhu..

Tuesday, February 3, 2009

Musafir Kelana

Musafir Kelana
Album : Qiblat
Munsyid : Rabbani

Berjalan bermusafirlah
Melihat keagungan Allah
Meninjau menitilah
Rahsia ciptaan Allah

Ziarahilah makam kekasih Allah
Kenangilah rasulullah
Bangunkan jiwa jihad Islami
Semangat syuhada ilahi

Marilah bermusafir
Laksanakan tuntutan jiwa
Bermusafir berkelana
Luaskan pandangan saujana
Bermusafir berkelana
Kenal tuhan maha pencipta

Allah hu robbi 8x

Berbekal keimanan
Penyuluh disempanjang jalan
Mengharap keredaan
Doa menjadi kelaziman

Penat lelah mainan safar
Tempuhi ranjau banyak bersabar
Letih lesu tidak menentu
Syurga menjadi idaman kalbu

Lagu : HasnulhadiLirik : Hasnulhadi
Pengirim : Asyraff Hafdzan

Monday, February 2, 2009

Rehlah & Tongkat (Bhgn.1)

Lama benar ku menyepikan diri, terasa agak "kekok" untuk memulakan kembali. Apa pun akan ku cuba semampu mungkin, dengan hasrat untuk mengumpulkan kembali apa yang ingin ku kongsi bersama para pembaca disini.

Masih segar dalam ingatan ku tentang pemergian atukku yang tercinta, walaupun diketika itu ku berada di kejauhan, aku sentiasa mendoakan agar atukku mendapat rahmat serta keampunan dari Yang Maha Pengampun..ameen

Rabu 28-2-09: Seramai 65 orang pelajar dan 3 orang dari tenaga pengajar dan juga kakitangan Jamiah Ulom berkumpul di perkarangan Jamiah untuk menyertai rehlah yang dianjurkan oleh pihak jamiah, sebilangan besar pelajar adalah dari bidang Pengajian Islam, dan beberapa orang sahaja dari bidang Kuliah Bahasa Arab. Pada masa yang sama juga pihak Jamiah telah menyediakan 3 buah bas untuk menampung kesemua pelajar yang turut serta pada rehlah tersebut.

Tepat jam 3-20Petang, dengan diketuai oleh Pengetua Kuliah Pengajian Islam Dr Yahya Mahdi, kami bertolak dari Sanaa`a menuju ke Aden. Setelah setengah jam kami berada didalam bas.. kami berhenti disebuah masjid untuk mendirikan Solat Asar berjamaah.

Sesudah semuanya selesai.. kami meneruskan perjalanan, tepat jam 6-15 malam, dengan diketuai oleh ust ibrahim (salah seorang kakitangan Jamiah) kami mula membaca ma`thurat, selepas membaca ma`thurat Ustaz Ibrahim mencadangkan agar diadakan program berbentuk ilmiah disepanjang perjalanan tersebut. Dia mengarahkan aku agar mentaklifkan kepada beberapa orang pelajar yang akan mengambil serta untuk memperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran serta terjemahaannya, Hadis Nabi bersama dengan syarahnya, Nasyid dan lain-lain hal.

Setelah mentaklifkan kesemuanya, kami pun berhenti untuk menunaikan Solat Maghrib dan Isya`, (jama`).

Setelah meneruskan kembali perjalanan tersebut, bermula lah program yang dinanti-nantikan itu tadi, aku dilantik sebagai pengerusi majlis, membuka majlis dengan memuji-muji kebesaran Allah S.W.T. kemudian bagi meneruskan majlis tersebut kami diperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran dari adik Safwan, setelah itu dibukakan seluas-luasnya perbincangan mengenai ayat-ayat suci Al-quran yang dibacakan sebentar tadi.

Kemudian kami didengarkan pula sepotong hadis Nabi dari akh Aimanuddin, hadis yang mana menjanjikan pahala yang besar bagi mereka yang sedang berada di jalan Allah, dan diantara yang dimaksudkan dengan hadis tersebut..adalah mereka-mereka yang sedang menuntut ilmu Allah. Diketika itu juga aku membaca kan satu hadis berkenaan kelebihan bagi mereka yang menghafaz 10 ayat dari surah Al-Kahf.

Bagi memeriahkan lagi program tersebut, kami didengarkan nasyid dari akh Hazim & juga Aisamuddin.

Tepat jam 12-30 malam, Sampailah kami di Aden. Disebabkan beberapa masalah yang tak dapat dielakkan, Kami terpaksa bermalam ditepi pantai, dengan beralaskan kain pelikat, berbantalkan beg pakaian ku, sudah cukup membuatkan aku tidur dengan lena, "Siap berdengkur lagi": kata salah seorang dari sahabatku.

Tepat jam 5-00 pagi, kedengaran azan pertama dilaungkan, menandakan masuknya waktu subuh bagi kawasan Aden dan yang sewaktu dengannya. Aku bergegas-gegas bangun untuk berwuduk dan sebagainya. Setelah selesai solat Subuh di masjid yang berdekatan dengan tepi pantai, kami sama-sama menikmati pemandangan yang begitu indah (matahari naik). Subhanallah..

Di satu sudut yang lain pula.. aku terlihat beberapa orang dari sahabat ku sedang menendang bola, timbul la keingingan ku untuk menyertai sama, lantas ku dekati mereka itu... setelah beberapa kali ku menyepak bola.. datang lah bola tersebut kepada ku sekali lagi.. bila mana ku cuba untuk menyepaknya.. Krak...krak... lutut kiri ku berbunyi.. krak..krak..sebelah kanan pula berbunyi.. ku pun berundur beberapa langkah ke belakang..lantas terduduk... erm..sambil ku terduduk..sambil ku berfikir.. ah.. kedua-dua belah lutut ku terseliuh lagi.

Bersambung.....

*Bismillahillazi la yadurru ma`as mihi syai un fil ardi wala fissamai, Wahuwassami ul alim