Sunday, July 31, 2011

Insya Allah – Maher Zain

Andainya kau rasa tak berupaya

Hidup sendirian tiada pembela

Segalanya suram

Bagai malam yang kelam

Tiada bantuan tiada tujuan

Janganlah berputus asa

Kerana Allah bersamamu

Insya Allah Insya Allah Insya Allah

Ada jalannya

Insya Allah Insya Allah Insya Allah

Ada jalannya

Andainya dosamu berulang lagi

Bagai tiada ruang untuk kembali

Dikau keliru atas kesilapan lalu

Membelenggu hati dan fikiranmu

Janganlah berputus asa

Kerana Allah bersamamu

Kembalilah

Kepada Yang Esa

Yakin padaNya

Panjatkanlah doa

Oh Ya Allah

Pimpinlah daku dari tersasar

Tunjukkan daku ke jalan yang benar

Jalan yang benar

Jalan yang benar

Jalan yang benar

Wednesday, July 27, 2011

“Jamuan sambil menderma”

Alhamdulillah, syukurku hanya untuk-Mu Ya Allah..Tiada yang disembah melainkan Engkau, dan Nabi Muhammad S.A.W adalah hamba dan persuruh-Mu..

Setelah kembali dari solat subuh, sarapan.. n tak tau nak buat apa… ma`thurat pun sudah dibaca.. aku pun tekan butan “ON” pada laptop ku, saje tengok apa2 yang patut di “update”..

Semalam pasukan kelantan “julang” piasa presiden.. hehe gembira la jugak dengan bertambahnya lagi satu koleksi piala …

Pagi ni Di sek Ren Islam Sri An Nur ada “Jamuan sambil menderma” bagi dana masjid dan pembangunan sekolah.. harap2 ramailah para dermawan yang akan ke sana bagi memeriahkan lagi majlis tersebut…”Dijemput hadir beramai ramai… Jom kesana… “

erm.. ada lagi 10 minit, kena hantar adik ke sekolah Arab Istiqomah Badang dulu.. lepas tu baru la ke  An Nur..

Mudah mudahan segala urusan kita pada hari ini dipermudahkan-Nya…
“Robbi Yassir wala Tu`assir…” ameen..

Wassalam

aminpcb
270711

__________________________
Asbahna wa asbahal mulku LiLlah, walhamdulillahi la syarikalah,La Ila Ha Illa huwa Ilaihin Nusyur…

Sunday, July 24, 2011

-_-

Salam Ukhwah. Alhamdulillah…

Hari ni genap setahun abah mengalami stroke. Setelah Hampir sebulan setengah di kl (rawatan akupuntur).. abah dah mula menutur dengan mudah walaupun tidak banyak kalimah yang dapat dilafazkan.. kami perlu selalu memberikan “semangat” agar abah semakin tabah.. dan sentiasa mendoakan agar hari kehari menampakkan perubahan.. mudah mudahan abah dapat solat berjemaah di masjid dengan istiqomah seperti dulunya'.

Petang tadi aku ke hospital, menziarahi salah seorang ahli jemaah masjid yang ditimpa musibah (kemalangan) pada minggu lepas.. kecederaannya bulih dikatakan serius.. dua kali menjalani pembedahan kerana darah tidak mengalir pada bahagian tangan.. beberapa jari beliau patah dan ada yang remuk.. begitu juga dengan sikunya.. aku hanya mampu mendoakan agar beliau tabah.. mengahadapi ujian kasih sayang dariNya..

“Hospital” banyak menyedarkan aku. Kerana Dari situlah ku mendengar  seribu satu cerita .. ia akan membuatkan aku insaf dan sedar… dan bersyukur dengan kesihatan yang sedang aku nikmati sekarang ini..

Cerita yang pertama, seorang pakcik yang asalnya masuk ke hospital adalah untuk menjalani rawatan susulan (pada bahagian lutut).. tetapi ketika mana pembedahan dilakukan… erm.. dan pada masa yang sama tiba2 beliau diserang stroke… erm.. keadaan beliau sekarang ini agak kritikal…

Cerita yang kedua, seorang budak lelaki eksiden.. kemudian dimasukkan ke hospital.. bila mendapat rawatan di hospital… rupa2nya org muda itu mengalami penyakit tulang.. kaki beliau terpaksa dipotong atas nasihat doktor..

Aku teringat 1 cerita ketika aku mendapat rawatan di HUSM, seorang pemuda (oku Bisu) sedang membonceng motorsikal untuk mengambil adiknya yang pulang dari sekolah, ketika di simpang 4… ada sebuah motosikal yang dipandu laju .. dari arah kiri pemuda tersebut.. lalu pemuda itu merempuhnya.. ia terpelanting lalu mukanya tersembam beberapa kali di atas jalan menyebabkan tulang muka beliau remuk.. tidak menampakkan rupanya yang asal.. lalu dimasukkan ke HUSM bahagian kecemasan.. ia perlu dibedah dan akan dimasukkan besi di bahagian muka.. termasuk rahangnya..

Tengah aku khusyuk mendengar cerita dari ayahnya.. lalu pak sedara beliau menambah.. bahawa ada urat mata pemuda itu yang terputus.. menyebabkan beliau hilang penglihatan.. aku termenung.. berfikir akan nasib pemuda tersebut.. Aku memohon kepadaMu Ya ALlah.. Tuhan yg memiliki arasy yang agung..sembuhkan lah mereka Ya Allah..… Amen..

1 Ramadhan semakin hampir, Jom pakat puasa sunat esok..

Wassalam.


aminpcb
240711

Thursday, July 21, 2011

Ikhlas

Alhamdulillahi wakafa, semalam addalah kali pertama bagi kuliah maghrib setelah hampir sebulan aku memencilkan diri. Atas nasihat doktor aku disarankan agar berehat dari membaca apa2 pada waktu malam. erm…

Kebetulan tajuk kuliah adalah keutamaan berpuasa dan kewajipan berpuasa dibulan Ramadhan..

Setelah masuk pada “Faslun”  “Keatas Siapakah Diwajibkan Berpuasa” Katanya syeikh Sayid Sabiq.. “Puasa diwajibkan keatas orang Islam” Jadi, tidak diwajibkan keatas orang kafir.

Aku teringat akan dalam satu buku yang dikarang oleh syeikh Naim Yasin.. tajuk “Al Iman, wa arkanuhu, wa haqiqatuhi, wa nawaqiduhu” = Iman, rukun Iman, hakikat Iman, dan pembatalan Iman” Bahawa syarat diterima amalan manusia ada 3 perkara.

1. Islam (beriman)

2. Ikhlas

3. Beramal mengikut apa yang ditunjukkan oleh Baginda S.A.W

Setelah selesai solat isya`  aku cepat2 turun dari masjid, kebetulan dah janji dengan adik2 untuk ziarah atuk di kg Morak, Tumpat.

Ketika dalam perjalanan, “Siti, apakata kalau esok a.amin akan amik siti awal sedikit? kebetulan a.amin nak ke hospital..ziarah ahli jemaah masjid.. (abe mat atlet) .. Tanya ku..

“Tak boleh a.amin, esok siti ada perhimpunan pengawas.. penyerahan tugas..” lagi pula.. kalu siti ponteng nanti tak leh pergi [perdana resort” balas si siti..

”Ala kalu setakat perdana resort tuh malam ni pun kita boleh pergi… tak perlu tunggu anjuran cikgu (bahagian pengawas sekolah)..sapuk si Usop abangnya..

“Apa ni, jadi pengawas tapi tak ikhlas, betul kan balik niat tu” kata ku kepada siti… dengan nada bergurau

Semua adik2 yang lain pakat tengok siti..sambil menyindir… siti senyum dengan selambanya..kerana dia tau abang2 n akak2 tidak marahi.. bahkan nasihat dalam bentuk bergurau…  hehe

Ku bersyukur..walau adik bongsuku baru berusia 10 tahun tapi dia amat mudah ditegur…. susah nak terasa hati… lebih2 lagi bila ditegur dan dinasihati….

Dah nak azan Maghrib, kena off dulu…

Wassalam…

___________________
* Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. (Surah Ali Imran :8)

Wednesday, July 20, 2011

Hadis-hadis kelebihan berpuasa

pic_2006-09-29_112803

Alhamdulillahi wakafa, sekarang ini masa untuk ku untuk melayari internet amatlah terhad. Terhad kerana taklif yang sedia ada. Semakin umur seseorang itu meningkat, semakin besar akan tanggung jawabnya. (mcm dialog citer spiderman I la pulak)
Ikhwah yang dikasihi Allah sekalian. Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan menjalani Ibadah Puasa, yang mana ianya adalah salah satu dari rukun Islam yang lima.

Oleh itu, pada kali ini ku hanya ingin berkongsi akan beberapa maksud dari hadis mengenai kelebihan berpuasa, Oh ya.. pada beberapa entri yang terdahulu pun aku hanyalah mampu type akan maksud dari hadis sahaja. Kerana ku belum install mausuah hadis dalam laptop ku (tak sempat belaja cara install virtual cd). InsyaAllah bila dah install nanti, akan ku serta kan hadis-hadis tersebut (dalam bahasa arab).

Dan untuk akhirnya moga kita ini tergolong dalam golongan pecinta kebaikan, sepertimana malaikat menyeru kepada “Pencinta Kebaikan” ketikamana datangnya bulan Ramadhan Al-Mubarak dengan seruan “Wahai pencinta kebaikan! Bergembiralah” dan malaikat menyerukan kata-kata itu hingga berakhirnya Ramadhan.

Sekadar ini dulu, ketemu lagi di lain masa. Apa yang baik itu dari-Nya, ada pun yang lemah itu adalah kekurangan diri ini.. Wassalam.

Hadis yang pertama:

Dari Abu Hirairah, bahawa Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud:
”Allah `Azzawajalla berfirman: “Semua amalan umat manusia adalah untuk dirinya, kecuali puasa. Sebab, ia adalah untuk-Ku dan Aku yang akan memberinya ganjaran”(*). Puasa merupakan benteng dari perbuatan maksiat. Oleh yang demikian, jika salah seorang antara kamu berpuasa, maka janganlah bercakap kotor, berteriak-teriak atau maki hamun! Jika ada seseorang mencaci dirinya atau diajak bergaduh, maka katakanlah kepadanya: “aku ini sedang berpuasa.” Diulangi sebanyak dua kali. Demi Tuhan yang menguasai diri Muhammad! Bau mulut seseorang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah (pada hari kiamat) daripada wangian kasturi. Seseorang yang berpuasa akan memperolah dua kegembiraan yang amat menyenangkan hatinya, iaitu: Tatkala berbuka, dia akan bergembira dengan berbuka itu dan di kala hendak berjumpa Tuhannya kelak. Dia akan bergembira kerana puasanya.                                                                                                              (Diriwayatkan oleh Ahmad, Muslim dan An-Nasai`)

* Hadis ini sebahagiannya adalah hadis qudsi, manakala sebahagiannya lagi adalah nabawi, Hadis nabawi bermula daripada perkataan (Puasa merupakan benteng @ pencegah maksiat الصيام جنة )
Menurut riwayat Al-Bukhari dan Abu Daud, hadis tersebut berbunyi bermaksud sebagai berikut:

Puasa merupakan benteng. Jika salah seorang di anatara kamu berpuasa, maka janganlah berkata-kata kotor dan bertindak bodoh. Jika ada orang yang mengajaknya bergaduh atau mencaci dirinya, hendaklah dia mengatakan: “Aku ini sedang berpuasa”. Kata-kata ini hendaklah diulangi sebanyak dua kali. Demi tuhan yang menguasai diruku! Bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada wangian kasturi. Allah berfirman:” Dia meninggalkan makan, minum dan nafsu syahwatnya kerana Aku. Puasa adalah untuk-Ku, dan Akulah yang akan memberinya ganjaran. Setiap kebaikan akan dilipatgandakan sepuluh kali ganda”.

Hadis yang kedua:

Dari Abdullah bin Amar bahawa Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud:
”Puasa dan Al-Quran akan memberi syafaat kepada seseorang pada hari kiamat. Puasa berkata: “Wahai Tuhanku! Aku melarangnya daripada makan dan memuaskan syahwat di kala siang hari. Oleh itu, berilah syafaat kepadaku untuk kemudian aku berikan kepadanya”. Al-Quran pula berkata: “Aku melarang dirinya daripada tidur di kala malam hari. Oleh itu, aku memohon syafaat kepada-Mu untuk kemudian aku berikan kepadanya”. Maka kedua-duanya memperoleh syafaat dari Allah”.
(Diriwayatkan oleh Ahmad dengan sanad yang sahih dalam Musnad Ahmad.)

Hadis yang ketiga:

Dari Abu Umamah, katanya yang bermaksud:
”Aku datang kepada Rasulullah S.A.W, lalu aku katakan: “Berilah kepadaku suatu amalan yang membolehkan diriku masuk ke dalam syurga. “Maka Nabi S.A.W bersabda: “Hendaklah kamu berpuasa, kerana ia merupakan amalan yang tidak dapat di tandingi oleh amalan yang lain”. Kemudian aku mendatangi Nabi S.A.W untuk kali kedua, maka sabdanya: “Hendaklah kamu berpuasa”.                                                  (Diriwayatkan oleh Ahmad, An-Nasa`i dan Al-Hakim yang menyatakan kesahihannya)

Hadis keempat:

Dari Abu Said Al-Khudri R.A, bahawa Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud:
”Tidaklah seseorang berpuasa satu hari di jalan Allah, melainkan dengan itu Allah akan menyelamatkan dirinya dari api neraka sejauh jarak tujuh puluh tahun (Sab`eina khorifan).
(Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dalam kitab: Berjihad dan peperangan. Bab : Keutamaan berpuasa dijalan Allah)

Hadis kelima:

Dari Sahal bin Sa`ad, bahawa Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud:
”Sesungguhnya syurga mempunyai sebuah pintu yang disebut “Al-Rayyan” yang bermaksud “Pemuas Dahaga”. Pada hari kiamat ada suara yang menyeru: “Di manakah orang-orang yang gemar berpuasa?” Apabila orang yang terakhir dari mereka telah masuk ke dalam Syurga, maka pintu itu pun terus ditutup”.                                (Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim)

Wassalam.

P/S  : Selamat menjalani Ibadah Puasa… Ramadhan Kareeem…

Surat

Bismillah..

Salam ukhwah, hari ni kelas habis awal... 10.00 pg dah sampai umah.. bukak laptop.. cari bahan sket.. tetiba tersangkut di www.halaqah.net . terbaca satu surat yang ditulis oleh seorang muslimat...

Aku tak nak ulas panjang akan apa yang dituliskan nya.. jom sama-sama baca ... mudah mudahan ini akan dapat menyedarkan sesetengah pihak (yang berkaitan) dengan isi surat ini...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Akhi fi al Islam,

   Sebelum pena ini mula menari menulis apa yang direncana, ana doakan agar ia jauh daripada fitnah syaitan laknatullah apatah lagi daripada murka Allah S.W.T. Walaupun terasa sangat berat untuk meluahkan apa yang terbuku di hati namun dengan izin Allah S.W.T setelah melakukan solat istikharah (Subhanallah.. moga ini bukan riak), ana yakin ini adalah lintasan yang benar dan dipandu oleh petunjuk Allah S.W.T. untuk ana menzahirkan apa yang lama terpendam. Semoga Dia mempermudahkan agar senang difahami dan tidak disalah ertikan nanti.

Akhi,

   Memang telah agak lama tiada khabar berita, namun bukan bererti ana cuba berlagak sombong atau bangga diri terhadap akhi apatah lagi mempunyai niat untuk menyakiti hati akhi. Sepanjang ukhwah yang terjalin ini, ana telah cuba untuk berlaku seadilnya sebagai seorang sahabat yang baik untuk semua namun apakan daya bukan hasrat setiap orang dapat kita penuhi.

   Sesungguhnya apa yang berlaku benar-benar menuntut pertimbangan yang waras dan pengorbanan yang jitu andai kita tidak ingin tewas. Segala perlakuan dan tutur bicara akhi telah membuatkan sel-sel neuron ana semakin pantas mengemudi penilaian ini, sejauh mana keikhlasan kita dalam menjalinkan ukhwah yang suci kerana Allah S.W.T.? Tetapi kenapa perlu kita berjumpa? Kenapa perlu sms selalu? Kenapa perlu misscall selalu? Kenapa perlu dengar suara? Subhanallah. Kadang-kadang tanpa kita sedari natijahnya, hati bisa dirasuk oleh perasaan halus yang didalangi nafsu syaitan, yang menyelinap penuh senyap-senyap. Jangan biarkan ia mencemari ukhwah kita. Maafkan ana sekiranya kata-kata ini melukakan hati.

“Enti meragui keikhlasan dan kejujuran ana terhadap enti ke?”

   Sebagai orang asing dalam hidup ana, akhi seharusnya sedar bahawa ana memang berhak meragui diri akhi. Alhamdulillah pendidikan agama asuhan keluarga yang disemai sejak kecil masih terpasak teguh membina jati diri ana. Ana perlu tahu menjaga diri tanpa terburu-buru menghadiahkan kepercayaan dan keyakinan kepada orang lain, apatah lagi orang yang berada di luar lingkungan rumah ana. Sememangnya penilaian tidak boleh dibuat berdasarkan luaran semata-mata, malah yang lebih penting adalah dalaman insani yang mana kemuliaannya pasti ditunjangi aqidah. Buku tidak dinilai berdasarkan kulitnya semata-mata, ya itu benar. Tetapi siapa tahu apakah yang terbuku di sebalik wajah lahiriah? Apakah tolok yang paling jitu tanpa ralat untuk mengukur darjah keikhlasan seseorang?

   Benar, siapalah ana untuk menilai keikhlasan diri orang lain, apatah lagi mendabik dada mengakui keluhuran hati sendiri. Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Janganlah hendaknya kita lupa, darjah pangkat manusia di sisi Allah dinilai berdasarkan ketaqwaan kepadaNya.

   “Hai orang-orang yang beriman, jika kamu bertaqwa kepada Allah S.W.T., nescaya Dia akan memberikan kepadamu Furqan dan menghapuskan segala kesalahanmu dan mengampuni (dosa-dosa)mu. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar.” (al-Anfal:29)

   Akhi, sebelum kita beria-ia mengidamkan kepercayaan manusia atas ketulusan kita, ada baiknya kita persembahkan keluhuran hati itu kepada Allah S.W.T. kerana sesungguhnya diterima di sisiNya sebagai hamba yang taat itu jauh lebih baik daripada dimuliakan oleh insan dalam tepuk sorak syaitan. Na’uzubillahiminzalik.

“Enti tahu bukan, ana sudah berusaha sedaya upaya untuk berjaya sebagai yang terbaik. Ana juga berusaha untuk ke overseas. Kita bakal menjadi doktor. Entilah yang mendorong ana untuk berusaha sampai ke tahap ini. Ana berusaha menjadi apa yang enti impikan.”

   Masya Allah. Astaghfirullahalazim.Kenapa mesti

akhi niatkan sebegitu? Kenapa mesti akhi niatkan untuk menjadi doktor kerana.. kerana ana? Niat akhi kerana ana? Kerana impian ana? Kenapa?

   Ya Allah, aku memohon keampunanMu andainya aku telah melalaikan khalifahMu di atas bumi ini ya Allah. Ya Allah, aku memohon perlindunganMu agar memeliharaku daripada menjadi asbab kepada khalifahMu untuk lalai dalam melaksanakan ibadah yang sepatutnya mutlak keranaMu.

   Ana tak minta akhi buat semua itu kerana ana. Siapalah ana untuk didedikasikan apa yang akhi lakukan. Ana tak minta dikasihi melebihi Pencipta kita. Sesungguhnya, hanya Dialah yang berhak dicintai melebihi segala-galanya. Dia yang telah menciptakan kita daripada titisan yang hina hingga menjadi manusia yang sempurna, menghirup limpahan nikmatNya dalam setiap titis nafas kita. Ana khuatir, kalau-kalau akhi terlupa akan perjuangan kita sebagai da’ie di bumi Allah S.W.T. ini. Kita khalifah yang berkelana di bumi ini dengan amanah yang berat untuk dilaksanakan, kecuali bagi yang beriman dan bertaqwa kepadaNya. Akhi, pandanglah hakikat kejadian kita ini dengan mata batin, bukan hanya dengan sepasang mata zahir yang dikurniakan Allah. Kita diciptakan untuk beribadah kepadaNya, ikhlas keranaNya, bukan kerana hambaNya.

   Profesion yang didoakan menjadi destinasi kita sekarang menuntut pengorbanan yang tinggi dan sangat mulia jika diiringi oleh niat yang betul dan ikhlas kerana Allah Taala. Alangkah ruginya jika akhi membataskan matlamat perjalanan akhi ini kerana makhluk ciptaan Allah sahaja, sebaliknya lihatlah dengan konteks yang lebih meluas. Semoga kita sama-sama dapat memperbaiki diri dan memperbetulkan niat dalam setiap tindakan.

“Berilah ana peluang untuk menjelaskan semuanya. Ana ikhlas nak mengenali enti. Boleh kita jumpa untuk lebih mengenali?”

   Subhanallah. Tidak cukupkah selama ini perkenalan kita? Untuk apa – dan apakah yang akhi maksudkan dengan – lebih mengenali? Adakah untuk membuka ruang kepada syaitan untuk memasuki lompong-lompong kelemahan dalam diri kita? Tidak ingatkah akhi, hadis Rasulullah S.A.W., apabila berduaan wanita dan lelaki, yang ketiganya adalah syaitan? Tidak takutkah akhi, dengan mengenali dengan lebih dekat seorang wanita, dapat menimbulkan fitnah kelak. Sebelum baginda wafat, Rasulullah S.A.W. pernah berpesan bahawa fitnah terbesar pada akhir zaman datang daripada golongan Hawa. Semoga diriku yang lemah ini dipelihara oleh Allah S.W.T. daripada menjadi alat syaitan, apatah lagi mangsa bisikannya.

   Akhi, bukan prinsip ana untuk keluar dengan lelaki yang bukan mahram untuk ‘saling mengenali’. Ukhwah yang terjalin ini pun sudah dikira anugerah Allah S.W.T. yang sepatutnya kita hargai. Sudah berapa banyak tasbih dan tahmid yang ana lafazkan sebagai panjatan kesyukuran ke hadrat Ilahi atas ikatan persahabatan ini? Akhi, adik akhi adalah kawan ana, dan terjalinnya ukhwah ini pun berpunca daripada kawan ana. Ana sungguh janggal untuk berkenal-kenalan dengan lelaki, memandangkan kawan lelaki  ana hanyalah kawan sewaktu sekolah rendah. Apabila memasuki sekolah menengah, ana berpeluang ke sekolah berasrama penuh yang khas untuk pelajar puteri sahaja, sementelahan pula, penekanan dan pengamalan agamanya adalah praktikal di sana. Ustaz dan ustazahnya pun sangat baik. Syukur sangat-sangat. Berbalik kepada persoalan tadi, ana ingin bertanya, apa perlunya pertemuan yang akan menimbulkan fitnah dan melalaikan kita daripada mengingati Allah S.W.T.?

   Astaghfirullah. Ya Allah, jauhilah diriku daripada menjadi punca fitnah kepada hambaMu yang lain. Jauhilah diriku daripada perkara yang mendatangkan kemurkaanMu. Ya Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

   Akhi,

   Selagi ana belum berumahtangga, ibu bapa analah yang paling berhak ke atas diri ana. Apapun keputusan yang ana ambil kena minta persetujuan mereka. Restu mereka terlalu mustahak dalam hidup ana. Ibu bapa perlu diberi keutamaan, kerana insya-Allah, restu mereka akan mengundang kebahagiaan buat anak-anak.

   Tidak perlulah akhi merancang untuk mengumpul duit yang banyak untuk membawa ana ke Mekah hanya kerana itu adalah impian akhi bersama bakal isteri akhi nanti. Dahulukanlah ibu bapa akhi, bahagiakan mereka terlebih dahulu. Kebahagiaan mereka juga adalah kebahagiaan ana. Simpanlah duit akhi untuk berbakti kepada mereka, bukan kepada diri ana. Bawalah mereka ke Mekah untuk menunaikan fardhu haji terlebih dahulu.

   Janganlah menjadikan diri ana sebagai asbab untuk akhi tidak menjalankan tanggungjawab sebagai anak yang soleh. Walaupun selepas kahwin, syurga akhi masih terletak di bawah tapak kaki ibu akhi. Sebaliknya, untuk ana, restu suami itu adalah yang paling utama sesudah ijab kabul. Kunci pintu syurga bagi seorang isteri adalah suaminya. 

   Ibu bapa mentua sama tarafnya, sama tuntutan ketaatan ke atas mereka, seperti ibu bapa sendiri. Seperti mana ana mengasihi, menyayangi, dan mencintai ibu bapa ana, begitu jugalah tumpahnya kasih sayang dan cinta ana kepada bakal mentua nanti. Semoga Allah menjadikan segalanya mengikut ketentuanNya.

   Akhi,

   Pada akhir kalam ini, ana ingin memohon maaf atas keterlanjuran sepanjang ukhwah kita ini. Tidak perlulah bagi akhi untuk membalas helaian ini supaya ia tidak menambah lagi noda-noda hitam dalam diri ana nanti. Cukuplah akhi mengetahui apa yang tersirat dalam hati ana. Semoga ukhwah yang didasari dengan cinta Allah akan sentiasa diberkati dan dirahmati Allah S.W.T.

   Yakinlah dengan janji Allah, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik, dan lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik, serta demikianlah juga sebaliknya. Insya-Allah jika kita sama-sama menjaga batas pergaulan yang dituntut syara’, jodoh kita akan soleh dan solehah. Sememangnya setiap Muslim mengimpikan wanita solehah bak bidadari syurga yang bakal memberikan syurga di dunia. Demikian juga Muslimah yang mengimpikan mujahid Allah S.W.T. yang setia dan mampu membimbing dirinya ke jalan kebenaran, yang akan mengajaknya kepada Rabbul Izzati ketika dirinya lemah, yang akan meyakinkan dirinya bahawa kemanisan iman akan sentiasa menaungi hati-hati yang bertaqwa, yang selalu memberi peringatan kepadanya tatkala dirinya lupa atau ragu akan nikmat dan rahmat Allah. Subhanallah.

   Sekiranya telah ditakdirkan terbuka pintu hati ana untuk menerima suami ana nanti, insya-Allah tanpa ragu-ragu lagi akan diserahkan sepenuhnya cinta ini dengan didasari oleh cinta kepada Ilahi. Jodoh dan pertemuan di tangan Allah S.W.T., kita merancang dan Allah juga merancang, namun perancangan yang terbaik adalah dari Allah S.W.T. Ana meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Allah S.W.T. untuk menentukan bakal zauj ana. Ana yakin dialah yang terbaik untuk diri ana nanti kerana Allah telah menetapkannya. Harapnya akhi pun begitu juga. Semoga Allah mempermudahkan pertemuan dan jodoh kita dengan insan yang diredhaiNya nanti. Letakkanlah keyakinan, gantungkanlah harapan dengan Allah. Redhalah dengan ketetapanNya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Mengetahui segalanya!

   Oh Allah S.W.T., diriku telah meletakkan dan memberikan sepenuhnya hati ini kepadaMu untuk dilindungi daripada sebarang kejahatan yang akan merosakkan kemuliaannya. Oh Allah S.W.T., andainya hati ini ingin Kau berikan kepada makhluk ciptaanMu, berikanlah kepada khalifahMu yang turut mencintaiMu supaya hatiku tidak pernah berhenti daripada berzikir kepadaMu dan rahmatilah diriku dengan limpahan kasih sayangMu ya Allah.

   Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu. Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati,izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu...Ya Rabbana ,jika aku jatuh hati jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu.....Ya Rabbul Izzati ,jika aku rindu ,rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan Mu....Ya Allah ,jika aku menikmati cinta kekasihMu janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu. Ya Allah ,jika aku jatuh hati pada kekasihMu jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu..Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu...

....Amin.....

Tuesday, July 19, 2011

Kelu

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam keatas Nabi, keluarga dan Para Sahabat Baginda...

.. Entah, lama benar tidak menulis.. semua rasa ada dalah diri ini.. mudah mudahan tulisanku ini tidak ditatapi oleh ramai orang.

Terlalu banyak perkara yang berlaku disepanjang ku menyepikan diri dari dunia blog,mungkin juga itulah yang menyebabkan aku lebih suka menyepikan diri. Ye... menyepikan diri adalah diantara cara yang terbaik bagi ku.

InsyaAllah lusa abah dan ma akan balik ke kg.. setelah hampir dua bulan berubat disana. Abah dirawat dengan menggunakan kaedah akupuntur. Doktor itu berasal dari cina.. bulih "kecek" melayu pun beberapa patah je walaupun dah bertahun2 di M,sia..

Alhamdulillah dah banyak perubahan. Agak ringan lidah abah untuk berzikir, membaca 3 kul.. Surah Al Fatihah... Aku bersyukur padaMu Ya Allah... Tiada Tuhan melainkan Engkau..

1 Ramadhan ni aku akan ke usm, untuk rawatan.. erm.. mata kiri agak kabur. tetapi belum juga dapat mengetahui punca sebenar . Mengikut apa yang diberitahu oleh doktor pakar mata di usm.. ada "saluran bocor" pada tubuh ku.. dan Tanggal 1 Ramadhan ni lah aku akan mendapat rawatan susulan untuk mengetahui punca sebenar.. Mudah mudahan semuanya ok..ameen

Ok la.. tak dapat mengadap lama2.. mata cepat berair n letih.. Moga Allah mengampuni segala kesilapan kita.. sama ada sengaja atau sebaliknya.. Amen Ya Rabb

Wassalam..