Sunday, December 19, 2010

Jangan sia-siakan

Jangan sia-siakan

Umur terus berlalu
Tanpa membuat bekal

Untuk masa hadapan


Ingat di suatu waktu

Kita akan bertemu

Saat pertanggungjawaban

Di hadapan Tuhan


Saat dan masa itu

Jangan diharap lagi

Tuhan akan membantu
Dari kanan dan kiri


Walau akan menjerit

Meratap petang dan pagi

Tiada orang membela

Melain amal sendiri……..

Friday, December 17, 2010

Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck (Bhg. 17)


PERTIMBANGAN


Setelah segala permintaan dari pihak Aziz disampaikan orang kepada Datuk ... dan kepada segala ninik mamak yang berkuasa di dalam rumah nan gedang itu; setelah sampai pula surat yang dikirimkan Zainuddin, diadakanlah permesyuaratan ninik mamak, menurut adat yang terpakai. Dihadirkan di atas rumah nan gedang, disembelihkan ayam empat ekor. Dibentangkan tikar pandan putih. Janji yang ditentukan dalam panggilan ialah pukul 7 pagi, diundurkan ke sawah dan ke ladang buat sehari itu. Maka datanglah seorang pukul 9, seorang lagi pukul 10, dan pukul 12 kurang seperempat barulah cukup hadir di atas rumah.Mamak-mamak duduk berapat di kepala rumah yang di hilir, perempuan-perempuan duduk di dekat jalan ke dapur.

Orang semanda, iaitu suami dari kemenakan-kemenakan, dari pagi sudah sengaja tidak pulang, sebab "orang" akan mesyuarat dalam sukunya, padahal mereka hanya urang semanda, mengebat tidak erat, memancung tidak putus, lengau di ekor kerbau, debu di atas tunggul, lecah lekat di kaki. Walaupun kadang-kadang anaknya sendiri yang akan dipertunangkan atau dikahwinkan. Dia hanya kelak akan diberi kata yang telah masak saja.

Setelah hadir semuanya, mulailah Datuk '" membuka kata: "Demikianlah maka tuan-tuan saya hadirkan dalam rumah nan gedang ini, iaitu elok kata dengan muafakat buruk kata di luar muafakat, tahi mata tak dapat dibuangkan dengan empu kaki. Iaitu kemenakan kita si Hayati, rupanya telah ada orang yang meminta buat menjadi pasangannya. laitu orang dari sebelah ke ujung (sebelah Padang Panjang, dan sebelah Batipuh; Gunung dan lain-lain disebut puhun). Namanya Aziz, anak dari Sutan Mantari, seorang yang termasyhur dan berpangkat semasa hidupnya. Kerana menurut adat yang biasa, tentu kita kaji lebih dahulu, hereng dengan gendeng, ribut nan mendingin, renggas nan melanting, dikaji adat dan lembaga, yang tidak lapuk dihujan, nan tidak lekang dipanas, jalan raya titian batu, nan sebaris tidak hilang nan sehuruf tidak lupa. "

Maka mulailah menjawab satu persatu di antara yang hadir, memperkatakan asal dan usul, mengkaji hindu dan suku, menyelidiki dari manakah asal usul Aziz, adakah dia peranakan orang dari luar Minangkabau, kerana maklumlah di kota Padang Panjang orang telah banyak bercampur gaul. Seorang di antara yang hadir, Sutan Muncak gelarnya, mengatakan bahawa dia telah menyelidiki silsilah orang itu, rupanya asal dari Batu Sangkar juga, berbelahan ke Pariangan Padang Nan Panjang, tinggal di Padang Panjang sejak Pasar Lama bertukar dengan Pasar Baru.

Lalu diuji pula kekayaannya, hartanya yang berbatang, "sawahnya yang berbintalak, dikaji sasap jerami, pendam perkuburan, bekas-bekas harta yang telah dibagi dan yang belum di negerinya. Kerana memang nyata bahawa dia orang asal, patut dijemput kita jemput, patut dipanggil kita panggil. Meskipun adat nan usali tidak boleh menerima menantu di luar kampung sendiri, aturan ini dikecualikan terhadap kepada menantu orang berasal usul, orang berbangsa., atau orang alim besar yang ternama. Bagi golongan yang dua ini, biasa juga dipakai adat."Pinang di bawah sirih di atas, " namanya. Kalau diterima menjadi tunangan, tandanya ialah keris. Penjeput marapulainya, ialah keris, pedang bersentak, tombak berambut dan memakai pesemandan, iaitu pengiring. orang-orang yang berbangsa ini tidaklah membayar mahar yang diwajibkan agama, melainkan sekadar seringgit atau dua rupiah yang diucapkan di muka kadi. Yang membayar wang jemputan ialah pihak yang perempuan, menurut darjat kemuliaan bangsa si laki-laki pula.

Setelah dibicarakan panjang lebar, hampirlah bulat muafakat hendak menerima Aziz.
Kerana menurut pepatah: "Ruas telah bertemu dengan buku, bagai janggut pulang ke dagu, sama berbangsa keduanya, satu bulan satu matahari. "

Ketika mesyuarat itu diadakan, Hayati disuruh pergi dahulu ke rumah di sebelah, kerana hal ini mengenal dirinya.

Datuk ... melengongkan mukanya kepada orang-orang perempuan yang duduk, menanyai bagaimana fikiran dan penyelidikan mereka dalam hal ini. Mak Tengah Limah menjawab bahawasanya cinta Hayati rupanya masih lekat kepada Zainuddin orang Mengkasar itu. Yang hadir tercengang-cengang. Mamak Datuk Garang merah matanya mendengarkan perkataan Limah seraya berkata: "Membuat malu, hendak menginjak kepala kami ninik mamak. Bagaimanakah boleh seorang Mengkasar, seorang Bugis, akan diterima menjadi menantu."
"Bagaimana kalau dia makan hati berulam jantung sebab maksudnya tidak sampai. Berapa banyaknya gadis-gadis yang membunuh diri lantaran tidak bertemu dengan yang dicintainya, atau dia mati merana saja'?" kata Limah.

"Lebih baik dia mati, senang kita; daripada dia memberi malu ninik mamak, merosak adat dan lembaga, mengubah cupak nan usali. Apa guna dia hidup kalau akan mencorengkan arang di kening dan menggoreskan malu di muka kita'?"
Mendengar itu tidak ada yang berani menjawab perkataannya, Limah pun terdiam.
"Kan ayahnya orang kita juga!" ujar seorang mamak yang agak muda.

"Tak usah engkau berbicara. Rupanya engkau tidak mengerti kedudukan adat istiadat yang diperturun penaik sejak dari ninik yang berdua, Datuk Perpatih Nan Sebatang dan Datuk Ketemanggungan yang dibubutkan layu, yang dikisarkan mati. Meskipun ayahnya orang Batipuh, ibunya bukan orang Minangkabau, mamaknya tidak tentu entah di mana, sukunya tidak ada: Tidak ada perpatihnya, tidak ada ketemanggungannya. Kalau dia kita terima menjadi suami anak kemenakan kita, ke mana kemenakan kita hendak menjelang ipamya, ke mana cucu kita berbako, rumit sekali soal ini."

"Tak baik kita mencela orang lain, kerana tiap-tiap negeri berdiri dengan adatnya, walaupun apa bangsanya dan dimana negerinya," jawab yang muda itu.
"Itu betul, tetapi tidak ada yang melebihi Minangkabau. takkala masa dahulunya, sampai ke Aceh tiga segi, sampai teratak Air Hitam, sampai ke Bugis ke Mengkasar, di bawah perintah Minangkabau semuanya. Membayar hak dacing pengeluaran, ubur-ubur gantung kemudi, ke dalam alam Minangkabau."
"Itu betul, tetapi tiap-tiap bangsa itu mengakui mereka pula yang lebih asal, yang lebih dahulu mencacak perumahan pulau Perca ini."
Datuk Garang yang kurang biasa disanggah oleh yang
muda-muda telah agak meradang, terus berkata ... "Wa' den labiah tahu dari kalian (Saya lebih tahu dari kamu semua)."

Datuk ... yang takut perdebatan akan sengit telah mengetengahi perkataan itu dengan katanya: "Rupanya kayu yang bercabang tidak bisa dihentakkan. Meskipun Hayati suka kepada Zainuddin itu, merdekakanlah dia dalam kesukaannya, yang akan langsung ialah kehendak kita juga. Zainuddin itu memang ada mengirimkan surat meminta Hayati, (sambil Datuk ... mengeluarkan surat Zainuddin dari sakunya), tetapi meminang dengan mengirim surat itu sudah nyata bukan adat dan bukan lembaga di negeri kita. Perkataan kita telah hampir sampai kepada yang dimaksud perkara menerima permintaan orang muda Aziz itu. Sekarang lebih baik kita bulat segolong picak setapik, kita bulatkan muafakat."
"Baiklah," kata yang lain-lain dengan serentak. "Bagaimana Sutan Mudo?" tanya Datuk ... kepada mamak yang membantah Datuk Garang tadi.
"Saya tentu saja sepakat sejak bermula lalu penghabisan, tidak dapat bercerai dengan yang banyak. Cuma saya bantah perkataan yang menghinakan orang lain, sebab kita akan biasa berdagang ke kampung orang, jangan kelihatan oleh orang kesempitan faham kita ."

"Ya, kita habisi saja itu, kita bulatkan sekarang menerima Aziz dan menolak permintaan Zainuddin."

"Boleh kami yang perempuan berbicara sedikit?" tanya Limah.

"Asal dalam kebenaran apa salahnya," kata Datuk '"

"Rasanya patut juga kita awas. Sebab barangkali si Hayati ini entah kena apa-apa, maklum ilmu orang Mengkasar sangat mujarab, sebab selama ini fikirannya hanya kepada Zainuddin saja."

"Itu perkara mudah," kata Datuk Garang. "Sudah ke laut, sudah ke darat, bukan saja sembarang orang. Kalau memang demikian bertemu dalam penglihatan, patut dibalas kita balas, patut dibalik kita balik." Permuafakatan putus. Tinggal lagi memanggil Hayati, menerangkan kebulatannya muafakat kepadanya. Dia pun datang. Setelah dipanggil, disuruh duduk di antara perempuan-perempuan yang banyak itu.
Mula-mula bertolak-tolakan juga ninik mamak itu hendak menyampaikan pembicaraan kepada Hayati. Akhirnya diserahkan juga kepada mamak kandungnya, Datuk”

Dia memulai: "Hayati! “inilah, yang duduk ini mamak dan ninikmu, lindungan persukuanmu, yang mengebat erat memancung putus. Memperkatakan baik dan buruk, hina dan mulia dari pagi, telah berkering tempat duduk, telah berhabis pinang sirih. Mencari yang akan elok ...

Datang permintaan orang untuk meminangmu, iaitu Aziz di Padang Panjang dan datang pula sepucuk surat dari Zainuddin, itu juga maksudnya. Setelah kami timbang melarat dan manfaat, Azizlah yang kami terima. Kami panggil engkau sekarang menyatakan kebulatan itu supaya engkau terima dengan suka. Bagaimana pertimbanganmu?"

Lama Hayati tidak menjawab!

"Jawablah, kami hendak lekas pergi!" kata Datuk ...pula.
Bagaimanalah dia akan dipaksa menjawab, padahal dirinya sendiri sudah berapa lama dalam peperangan batin. Dia cinta kepada Zainuddin, tetapi jalan terhambat, sukar terlangsung. Dia suka kepada Aziz, bukan sebagai cinta kepada Zainuddin, hanya semata-mata kesukaan. Sebab itu hati kecilnya tak mahu menyerah, meskipun keadaan memaksanya. Telah lama berperang dalam hatinya di antara keadaan yang terbukti di mata dengan cita-cita yang terbayang di hati.
Dan tentu saja di dalam alam dusunnya yang masih jauh dari kemajuan bukti keadaan juga yang mesti menang, dan kenang- kenangan juga yang mesti kalah.Hayati seorang gadis yang bercita-cita tinggi, tetapi jiwanya pun tak betah akan mengecewakan hati ninik mamaknya dan kaum kerabatnya. Dia hanya akan menerima apa tulisan takdir.Dia mencintai Zainuddin, tetapi percintaan itu tidak ada jalannya; percintaan yang tidak ada jalan itulah yang kerap kali lebih subur daripada cinta yang ada jalan terentang. Maka tergambarlah dalam fikirannya nasihat-nasihat Khadijah, nampak pula sekarang kukuhnya benteng adat yang memagari dirinya. Itulah sebab dia termenung ....

"Lekaslah jawab, zuhur sudah hampir habis," ujar Datuk ... pula.

"Kalau dia tak menjawab, tandanya dia suka," kata yang lain pula, sambil tersenyum.

"Jawablah Hayati!" kata Datuk '" sekali lagi, "supaya mudah kami membuhulkan mesyuarat ini dengan asap kemenyan.

Tidak ada lagi pintu terbuka bagi gadis yang malang itu, insaflah dia akan kelemahan dirinya dan kekuatan keadaan yang sekelilingnya.

"Jawablah Hayati!"

"Bagaimana ... yang akan baik kata ninik mamak saja ...

" saya menurut!

"Alhamdulillah," ujar yang hadir. Doa pun dibacakan! Apakah lagi jalan yang lain yang harus dipilihnya selain daripada itu. Dia menyerah kepada takdir, terpaksa mungkir akan janjinya yang terdorong, sebagaimana kebanyakan anak-anak perempuan yang lain juga, sebab yang memutuskan janji bukan dia, hidupnya tersangkut dengan keluarganya ...

Bersambung....

Thursday, August 12, 2010

.:Leburkanlah:.

Alhamdulillah… Bilangan ahli jemaah masjid Kg Binjai Baru pada malam ini lebih ramai jika dibandingkan dari semalam.. alangkah indahnya jika ia berterusan sebegini …sampai bila-bila. Mungkin ada sesetengah yang beranggapan bahawa amal ibadah perlu dipertingkatkan ketika Ramadhan sahaja..

Ah..alangkah bagusnya kalau Ramadhan ini dijadikan sebagai medan untuk kita mentarbiyyahkan diri… dalam masa yang sama agar kita dapat beristiqamah sampai bila-bila..dan bukannya dalam waktu yang terhad ini (Ramadhan sahaja)..

Ya Allah…leburkan lah rasa malas untuk beribadah kepada-Mu (lebih-lebih lagi solat berjemaah) … berikan lah kami kekuatan… untuk melawan hawa nafsu kami… dalam mendidik diri ini..agar menjadi hamba yang benar-benar mentaati akan segala perintah-Mu serta menjauhi segala apa yang dilarang oleh-Mu… Hanya kepada-Mu kami memohon..dan hanya kepada-Mu kami meminta…ameeen..

Wassalam..

Wednesday, August 11, 2010

.:Letih?:.

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang mentadbir sekalian alam. Selawat & Salam ke atas Baginda S.A.W, juga ke atas ahli keluarga Baginda serta para sahabat Baginda seluruhnya.

”Abe amin, Bangun…sahur… dah pukul 5… jerit adik ku memecah kesunyian”
”Erm, setelahh bangkit, tiba-tiba aku teringat akan hp, lalu ku mencapai dan terlihat ada sebanyak 3x miskol.. Adui semalam ada aku suruh kawan kejutkan.. mcm mana tak sedar?? lagi pun bukan sekali…3x… tu la ..semalam setelah balik dari hospital sempat pekena kueh toew special n nescafe panas kat kedai pok se dengan adik ku shahir… mungkin sbb nescafe tu kot yang buat kan aku tidur lewat… dan disebabkan lewat tidur lah aku tak sedar ada miskol itu… maaf la … tak sedar… apa pun syukran sudi kejutkan..

Ketika keluar dari mengerjakan solat subuh di masjid Muhammadi, aku bersua dengan pak cik din (jalan gajah mati), lalu dia bertanya akan keadaan abah… “Alhamdulillah, abah semakin pulih… mohon doa dari pakcik din agar abah lekas sembuh… balas ku..

Ketika sampai di hospital.. aku melihat ma masih tidur. sudah 3 hari ma demam.. tapi hari ini paling kuat.. lekas-lekas aku bawakan ke klinik Cabang Tiga… untuk mendapatkan suntikan dan beberapa dari jenis ubat…  pernah berkali-kali aku meminta untuk berada di hospital untuk menemani abah… agar ma boleh pulang berehat dirumah.. “ Ma tak sanggup untuk tinggal abah walau seketika” itu lah jawapan yang selalu ma berikan.. erm.. Syafahallahu a`jilan..

”InsyaAllah Haji Ismail akan dibenarkan pulang pada hari sabtu ini, mungkin waktu petang.. kata Dr Munawwir (pakar stroke di Pakar Perdana) ..”Apa pun itu juga bergantung kepada perkembangan semasa kesihatan Haji”…  Sambungnya lagi..abah tersenyum… terpampang diwajah abah “kegembiraan” setelah hampir 3 minggu di hospital tersebut.. pada masa itu juga abah 2 kali menghadapi saat-saat kritikal..

Setelah mendengar penjelasan dari doktor…aku pun berundur diri… dengan niat balik ke rumah berehat, murajaah untuk terawih malam ini.. Ah..ada sejam je lagi..perjalanan 15 minit… aku membuka dompet… eh tadi kan baru dapat duit kutu… apa kata singgah kat Parkson sekejap..kot-kot ada yang boleh dibeli…hampir sejam di Parkson..akhirnya hati ku terpikat dengan selipar adidas.. apa lagi… angkut ajee.. :) …

Keluar aje dari Parkson..kedengaran azan Asar… aku lekas-lekas memacu kereta menuju ke Masjid Muhammadi.. Setelah itu ada kuliah Asar semepna bulan Ramadhan Al Mubarak..yang mana disampaikan oleh Mufti Kelantan Dato` Haji Wan Shukri… Tajuk: Ramadhan Dan Persediaan Menyambutnya..

Argggghhh… mengantuknya… rasa nak rehat sekejap.. sementara tunggu berbuka.. Aku pun belum sihat sepenuhnya.. perlu banyak berehat.. “kata Dr Zul”.. Selamat Berbuka ….

Wassalam..

*Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak….

Tuesday, August 3, 2010

.:Syukur:.

Alhamdulillah, keadaan abah semakin pulih..

keadaan Yb Galas pun semakin baik..

Ma semakin tabah…

Che su semakin bersemangat…

Ya Allah… Aku memohon kepada-Mu… sembuhkan lah mereka….

Hanya kepada-Mu aku memohon….


"Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."…ameen..

Saturday, July 31, 2010

.:ermmm:.

Bismillahirrahmanirrahim…

Pagi-pagi lagi aku keluar dari hospial Pakar Perdana, ada temujanji dengan Dr Sri Buana di Klinik Komuniti Taman Uda Murni. Maklum lah, kebiasaannya hari sabtu klinik tersebut penuh sesak.. aku pun pelik.. walaupun hari sabtu penuh sesak, tetap juga di “temujanji” kan pada hari tersebut.. kenapa tidak ditukar kepada hari-hari yang lain?? semua ini buat aku tertanya-tanya ketika sedangku menunggang motorsikal..

Sebelum keluar dari hospital tersebut aku sempat bersarapan, menjenguk abah dan memperdengarkannya akan beberapa “sofhat” dari surah Al-Baqarah.. “Pakcik” “saya ingin memberikan rawatan untuk pesakit, jadi harap pakcik boleh menunggu diluar buat seketika” tegur nurse kepada ku.. “Tua sangat kah aku sehingga dipanggil “pakcik”? “rungut hati “

Ah..umur ku dah hampir 30 an.. nurse tu dalam lingkungan 20 an.. patut la dia panggil aku pakcik.. kalau panggil abang.. nanti marah pula “abang” dia… hehehe..

Hampir 2 jam di Klinik Komuniti… aku diberikan beberapa jenis ubat, termasuk gout, angin, gastrik, dan juga untuk kulit.. kata doktor kulit ku dijangkiti virus.. (bukan virus yang “serang kompt @ laptop”) lengan, betis dan kaki ku penuh bintik hitam… doktor tu pun pelik bila ku jelaskan yang pada bintik-bintik tersebut tidak gatal…itu lah sebabnya dinamakan virus.. ini mungkin virus dari hospital “tambah doktor tu lagi”..setelah mengambil ubat… “Rm 220 dik” kata pembantu (bahagian ubat & farmasi) kepadaku… aku senyum..sebab memang dalam jangkaan ku dari awal-awal lagi..

Setelah sampai di Pakar Perdana..keadaan amat sesak di wad ICU…aku melangkah laju ke wad tersebut untuk melihat apa yang sedang berlaku.. setelah membuka pintu wad.. kelihatan ramai dari saudara-mara YB adun Galas membacakan surah Yasin.. keadaan Yb amat tenat.. Allah Yashfih…

Darah dan jantung abahku tidak stabil…  aku lekas mencari doktor dan nurse yang merawat abahku.. untuk berbincang akan perihal pelawat yang datang untuk menziarahi abah… mereka datang bukan sekadar untuk ziarah.. tapi bercakap dan juga bercerita di tepi abah..  ah kenapa susah untuk mereka faham akan keadaah abah? itu adalah diantara faktor utama yang menyebabkan darah abah tidak stabil… “kata doktor Munawwir”…ku harap selepas ini para pelawat mengerti dan faham akan keadaan abah yang belum stabil..

Ya Allah! Tabahkanlah hati kami sekeluarga… dalam menghadapi ujian kasih sayang dari-Mu… ameen..

Wassalam

aminpcb
310710
PakarPerdana

Thursday, July 29, 2010

Alhamdulillah

Alhamdulillahi wakafa, hari ini adalah hari yang kelima ayahku berada di hospital Pakar Perdana. Setelah scan  dilakukan, seperti apa yang telah dijangka bahawa abah menghidap stroke (anggota  tubuh sebelah kanan).  Alhamdulillah tiada pendarahan yang berlaku dibahagian otak, tetapi erm… ada something pada sebelah kiri (otak)..

Ku tetap bersyukur..kerana makin hari menampakkan perubahan.. walaupun tidak banyak..

Ya Allah..sembuhkan lah ayah ku… amen..

Aku semakin kekok… kerana sekang ini kesemua yang berada di bilik menunggu (rehat) adalah dari sedara-mara keluarrga YB (Dun Galas) kecuali aku…. hurrrrrhhhhhhhggghhh  lidah ku kelu…

wassalam

aminismail
PakarPerdanaKb
290710

Monday, July 26, 2010

.:Ujian:.

Alhamdulillah… Sedang ku lena dibuai mimpi, tiba-tiba aku terjaga… jam hp menunjukkan 5.00 pg. Ku pejami kembali dengan niat untuk menyambung semula setengah jam yang masih berbaki. Kebiasaan aku bangun jam 5.30 pg. Tapi ternyata niat ku itu tidak kesampaian.

Aku bangkit dari katil lalu ke bilik air.. ku ceduk air dari baldi lalu kubasahi kedua belah tangan. Dan bersuci. setelah keluar aku bersiap untuk ke masjid..

Setelah sampai di masjid.. ada ahli jemaah masjid yang bertanyakan tentang kesihatan ku, “alhamdulillah makin pulih” balas ku.. ada sesetengah mereka yang melemparkan senyuman dari kejauhan.. aku membalas nya dengan senyuman.. al-maklum hampir sebulan satu minggu aku tidak dapat berjemaah (solat subuh) di masjid.

Kali ini Imam mat zin hanya membaca 2 surah yang pendek ketika mengimami solat subuh. Aku berasa lega kerana aku masih belum mampu untuk berdiri dengan lebih lama. Sesudah solat, tiba Hj awang memanggil ku dari jauh.. “amin” abah sakit…. sambil mengisyaratkan dengan tangannya agar aku segera ke tempatnya..aku bergegas… lalu ku sambut ayah ku dari belakang yang tidak bermaya…

“Min” lekas bawak ayah ke hospital, ayah tak sedar… kata sesetengah ahli masjid.. dan ada juga yang mencadangkan agar dibawa balik ke rumah dahulu..lidah ku kelu untuk berbuat keputusan.

Melihat kepada keadaan suhu badan abah yang agak panas.. aku akhirnya buat keputusan agar terus dibawa ke hospital pakar perdana.

Setelah sampai di hospital, abah dimasukkan ke wad icu…

Setelah di scan dibahagian kepala, abah didapati mengidap stroke. Bahagian kaki dan tangan sebelah kanan amat lemah. Begitu juga dengan jantung.. ada bahagian  yang tidak berfungsi dengan baik..

Ma lah orang yang paling sedih , moga ma tabah….

Ya Allah…sembuhkan lah abah ku…. Hanya kepada-Mu aku meminta dan kepada-Mu aku memohon..

wassalam

aminpcb
Hospital Pakar Perdana
260710              6.17 AM

Saturday, July 24, 2010

.:Senyum:.

Alhamdulillahi wakafa..

Semalam ku jejakkan kembali kaki ini di masjid Al-Aminin.. setelah hampir sebulan lebih tidak ke masjid tersebut. (masalah kesihatan).. aku bersyukur kerana masih diberi peluang oleh-Nya.. untuk meneruskan semua ini.. walau pada 3 minggu lepas aku terasa amat hampir akan kematian.. yang mana pada waktu itu.. hanya “kematian” dan “amalan” yang berlegar disekitar minda ku..

Sebulan lebih tidak menyapu habuk di blog ini, bukanlah tidak berkesempatan tetapi disebabkan serabut dengan masalah-masalah yang sedia ada.. minat ku untuk ber”blog” hilang seketika..


Dah dua malam tak dapat tido dengan “nyenyak”.. pernah aku dengar dari sahabat-sahabatku. “Bila umur  makin meningkat,   seseorang yang normal pasti akan mengalami situasi tersebut” ..entah betul atau tidak… tapi inilah yang sedang menghantui diriku sekarang ini ….

Malam ni.. ust syukri sentul nak datang umah, ah… hampir 7 tahun tidak bertemu ..tak sabar rasanya.. moga pertemuan malam ini.. diberkati-Nya….ameen….

Senyum menunjukkan seseorang itu gembira …tetapi….. biarlah…

coretan ku pada kali ini benar-benar tidak tersusun… kenapa ye?

wassalam…

Wednesday, June 30, 2010

Temuduga

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang mentadbir sekalian alam. Selawat & Salam ke atas Baginda S.A.W, juga ke atas ahli keluarga Baginda serta para sahabat Baginda seluruhnya.

Amma ba`dhu

Alhamdulillah, setelah 2 minggu terlantar dikatil hari ini menampakkan sedikit perubahan pada kaki ku yang sakit. Baru boleh berjalan walaupun masih terhincut-hincut. Kebetulan pada pagi ini ada temuduga di majlis agama.. ku terpaksa gagahi jua walau pun berkerusi roda untuk kesana, kerana dah hampir 6 bulan aku menunggu panggilan temuduga (susulan yang pertama). Rugilah kalau aku tak dapat menghadirkan diri pada temuduga tersebut. Ya Allah permudahkanlah segala urusan ku.

Erm.. baru-baru ini, aku berhadapan dgn detik yang mencemaskan.. antara hidup dan mati ku. Yang mana tiba-tiba badan ku terasa pening dan kebas, dadaku terasa sakit, degupan jantungku amat lemah. Diketika itu hanya “mati” yang berlegar dikepala, teringat akan segala kesilapan dan kesalahan (dosa-dosa) yang dilakukan. Aku hanya mampu mengucap kalimah “Lailaha Illah”.. hanya itu yang terkeluar dari bibirku..

Tubuhku menampakkan pucat dan mula terasa sejuk.. “seolah-olah tiada darah” kata ayah ku. Hati ku amat kuat untuk melawan keadaan tersebut, tapi kekuatan yang sedia ada tidak mampu untuk melawanya..  ingin saja kupejami mataku. Tetapi abah dan sepupuku berkali-kali berpesan agar jangan tutup mata (tidur).. setelah beberapa ku terus mengucap.. tiba-tiba semangat ku untuk melawan semua itu hadir.. mukaku mula kemerahan (darah).. Allahu Akhbar.. Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Ya Rabb!!

Lalu kudipapah dan dibaringkan diatas katil. Semua mula senyum menandakan bersyukur diatas perubahan tersebut. Dan akulah orang yang paling perlu bersyukur diketika itu, kerana masih diberikan peluang untuk meneruskan sisa-sisa umurku dalam mengabdikan diri kepada-Nya..

Tidak perlu aku ceritakan akan keadaan ibu dan adik ku pada masa itu, hanya linangan airmata yang menemani mereka…

Ok, aku perlu bersiap-siap untuk ke majlis agama.. ku mohon doa dari kalian, agar segala urusanku dipermudahkan-Nya…

wassalam

Monday, June 14, 2010

Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck (Bhg. 16)

Daeng Masiga

Gementar surat itu dalam pegangannya, berdebar darah yang mengalir dalam dadanya. Telah habis lakon orang-orang yang berhubungan rapat dengan kehidupannya. Permainan sudah habis, layar sudah .ditutup, dan anak -anak tonil telah membuka pakaian permainan. Tinggallah panggung penghidupan itu dalam kesunyiannya kerana penonton telah pulang dan hari telah larut malam. Demikianlah rasanya ibarat duka atas kematian Mak Base yang menimpa hati Zainuddin. Sebatang kara di dunia !.

Dia teringat sekolahnya yang tidak masak, pelajarannya yang tidak sempurna, di mana tinggal tak tentu tujuan. Dia teringat waktu ayahnya masih hidup, teringat asuhan Mak Base. Teringat negeri Mengkasar yang tercinta, tempat darahnya tertumpah ditinggalkannya, kerana mengejar mimpi sejak dari kecil, tanah Minangkabau yang terkenal molek. Tetapi tidak juga dapat disingkirkannya peringatan kepada masa dia diusir dari Batipuh, sebab dia tidak orang beradat, orang pendatang dari jauh, meskipun ayah orang Minangkabau, namun dirinya tersandang orang lain. Di Mengkasar lain, di Padang lain. Ke mana dia hendak pergi lagi?

Berputar laksana perpusaran buaian di pasar keramaian layaknya otak Zainuddin memikirkan nasibnya, nafasnya sesak, matanya menjadi gelap. Dia teringat ... teringat satu perbuatan yang berbahaya sekali membunuh diri. Sudah hilang pertimbangannya, dinaikinya tempat tidurnya, dicuba-cubanya mengikatkan tali ke atas paran yang melintang; supaya berakhir azab dunia yang tidak berhenti-henti atas dirinya ini.
"Engkau bodoh!" kata suatu suara yang datang dari sudut hatinya yang kecil, dengan tiba-tiba, sehingga dia terkejut, dan tali itu terlepas dari tangannya.
"Engkau bodoh!" Tidakkah engkau ingat dunia perlu didiami? Tidakkah engkau kasihan umurmu masih muda, dan kesempatanmu buat berjuang masih ada? Tidakkah engkau ingat bahawa harta benda yang selama ini engkau serahkan kepada almarhumah yang berbudi itu telah dalam tangan engkau? Engkau kira sedikitkah wang tiga ribu rupiah? Tiga ribu rupiah!!!
Tiga ribu !!!

Kesedihanmu telah berakhir. Dan selain dari sengsara sebanyak itu menimpa dirimu, jangan engkau lupakan bahawa engkau pun dapat nikmat pula. Engkau mencintai dan engkau dicintai ... Hayati!
Tiga ribu rupiah - Hayati!
Jelas nian suara itu terdengar olehnya! Direnggutkannya tali itu kembali ke bawah, dan baru sekarang senyuman kecil tersungging di bibirya.

Dengan tiga ribu rupiah dia hendak hidup, hendak berjuang menghadapi dunia yang luas ini berdua dengan Hayati. Sebab itu, dia hendak mencuba meminta Hayati kepada keluarganya. Dalam angan-angan yang demikianlah matanya tertidur!
Bila dia bangun pagi-pagi, tersenyum dia sekali lagi, senyum yang hanya sekali-kali menghiasi bibirya, melihat tali yang bekas direnggutkan, kitab yang berserak, bantal yang kusut dan kamar yang kotor. Meskipun kesedihan hati kematian belum hilang, kegembiraan mendapat fikiran baru telah menandingi kesedihan itu.

Setelah selesai membereskan isi bilik kecilnya, dibuatnyalah dua pucuk surat. Pertama kepada Daeng Masiga menunjukkan kesedihan hati atas kematian orang yang sangat disayanginya itu, dan meminta supaya barang-barang peninggalan Mak Base mana yang dapat dijual, juallah dan harganya itu ambil oleh Daeng Masiga sendiri. Tanah dan rumah diharap supaya dipeliharakan baik-baik, entah lain hari ada masanya kembali ke Mengkasar.

Setelah melipat surat itu, dia terkeluh sekali lagi
berkata:
"Ah, Mak Base! Begitu baik budimu kepadaku, engkau telah dahulu daripadaku."
Setelah itu mulailah surat yang penting itu, surat kepada mamak Hayati. Engku Datuk ... dan kepada keluarganya.
Sudah biasa dia membuat surat-surat, apa saja macam isinya, tetapi yang sekali ini bingung dia. Kerana belum di-ketahuinya cara-cara membuat surat meminang anak orang. Setelah fikirannya ditetapkannya, barulah dia menulis:

Yang mulia Engku Datuk . .. dan segala kaum keluarga di sini.
"Sesungguhnya, dengan diri sendiri, tidaklah dapat
saya datang menghadap ke haribaan Engku-Engku dan kaum kerabat di sini. Kerana bahasa Minangkabau yang saya pakai tidak begitu bagus, jadi tidak dapat saya mengeluarkan perasaan hati dengan sepuas-puasnya. Sungguhpun begitu saya buat surat ini dengan penuh keyakinan dan berserah diri kepada Tuhan, moga-moga mendapat penerimaan yang baik dari Engku dan kaum kerabat semuanya. laitu, maksud surat itu ...

Termenung Zainuddin sebentar, di hisapnya dahulu sebatang rokok, baru dapat dimulainya pula:
"Saya hendak meminta belas kasihan Engku dan kaum kerabat semuanya, menyambut hidup hamba ini. Sebagaimana Engku tahu, ibuku telah mati, ayahku pun demikian pula. Maka berapa hari yang lalu, saya menerima surat dari sahabat handai di Mengkasar, menerangkan bahawa mak angkat saya telah meninggal pula.
Engku yang terhormat! Siapa yang akan saya tepati di Mengkasar. Hanya jerat semata inilah lagi yang tinggal, cuma tanah asal nenek moyang saya inilah lagi negeri saya, Negeri Minangkabau.

Apa gunanya lagi saya sembunyikan maksud hati saya. Sekarang saya katakan terus terang, saya hendak hidup dengan kemenakan Engku, Hayati! Kerana sebagai banyak Engku dengar di kampung, sungguh hidup saya tak beruntung kalau tidak dengan dia. Saya seorang muda yang mempunyai cita-cita tinggi, maka sudilah Engku dan keluarga menolong saya menghidupkan cita-cita itu, izinkanlah pertalian saya dengan Hayati.

Engku yang mulia! Saya seorang anak muda yang setia. Jika sekiranya Engku sudi menerima saya untuk kemenakan Engku, Engku akan beroleh kemenakan yang penyantun, yang suka berjuang dalam hidup dengan tiada mengenal bosan dan jemu. Cukuplah penanggungan saya sejak kecil menghantarkan saya sampai besar, untuk menimbulkan keinsafan dalam hati saya. Tak usah Engku takut Hayati akan kecewa bersuami saya. Percayalah Engku bahawa dia akan beroleh seorang suami yang kenaI kewajipannya, menempuh kesenangan dan kesusahan dengan hati yang tetap.

Kabulkanlah surat saya Engku, saya tak pandai menccari jalan yang saya rasa lebih aman dan tidak mengecilkan hati, lain dari mengirim surat ini.

Zainuddin

Tak mahu juga Zainuddin menerangkan dalam surat itu bahawa dia telah kaya, telah sanggup menghadapi kehidupan dengan wang tertaruh, kerana pada zaman sekarang wang adalah sebagai garansi. Budi pekertinya yang tinggi tidak hendak mengusik kemuliaan Hayati yang telah begitu lama beristana dalam hati jantungnya, dengan menyebut beberapa banyak wangnya. Surat diterima orang di Batipuh, adalah dua hari setelah utusan Aziz kembali ke Padang Panjang!

Bersambung…………
Pengarang: HAMKA
Tajuk : Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck

Monday, June 7, 2010

Keutamaan menziarahi orang sakit

Ibnu Majah meriwayatkan dari Abu Hurairah R.A, katanya:”Rasulullah S.A.W bersabda:”

عن ‏ ‏أبي هريرة ‏ ‏قال :   ‏قال رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏من ‏ ‏عاد ‏
‏مريضا نادى مناد من السماء طبت* وطاب ممشاك** وتبوأت من الجنة منزلا

Yang bermaksud :”Sesiapa menziarahi orang sakit, maka terdengarlah suara dari langit:”Alangkah terpujinya perbuatanmu! Alangkah terpujinya perjalananmu kunjungan kamu! (Dengan demikian), kamu telah menempah satu tempat tinggal di dalam syurga”. (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah R.A bahaw Rasulullah S.A.W bersabda:

وعنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم إن الله عز وجل يقول يوم القيامة يا ابن آدم مرضت فلم تعدني قال يا رب كيف أعودك وأنت رب العالمين قال أما علمت أن عبدي فلانا مرض فلم تعده أما علمت أنك لو عدته لوجدتني عنده يا ابن آدم استطعمتك فلم تطعمني قال يا رب كيف أطعمك وأنت رب العالمين قال أما علمت أنه استطعمك عبدي فلان فلم تطعمه أما علمت أنك لو أطعمته لوجدت ذلك عندي يا ابن آدم استسقيتك فلم تسقني قال يا رب كيف أسقيك وأنت رب العالمين قال استسقاك عبدي فلان فلم تسقه أما علمت أنك لو سقيته لوجدت ذلك عندي رواه مسلم

Yang bermaksud:”Allah S.W.T akan berfirman pada hari Kiamat kelak:” Wahai anak Adam! Aku sakit tapi kamu tidak mahu menziarahi-Ku”. Manusia menjawab:”Wahai Tuhanku! Bagaimana aku dapat menziarahi-Mu, sedangkan Engkau Tuhan  semesta alam”? Allah berfirman:” Tidakkah kamu mengetahui bahawa hamba-Ku sifulan pernah sakit, tetapi kamu tidak mahu menziarahinya? Tidakkah kamu mengetahui bahawa seandainya kamu melawatnya tentu kamu akan mendapati-Ku di sisinya? Wahai anak Adam! Aku meminta kepada-Mu supaya memberi makanan, tetapi kamu tidak memberi-Ku makan”. Manusia menjawab:” Wahai Tuhan-Ku! Bagaimana aku memberi-Mu makan, sedangkan Engkau Tuhan semesta alam! Allah berfirman:”Tidakkah kamu mengetahui bahawa hamba-Ku si fulan pernah meminta makanan, tetapi kamu tidak mempedulikannya? Tidakkah kamu mengetahui bahawa seandainya kamu memberinya makan pasti kamu akan menjumpai-Ku di sisinya! Wahai anak Adam! Aku meminta supaya kamu memberi-Ku minum, tetapi kamu tidak peduli.”. Manusia menjawab:”Wahai Tuhan-Ku! Bagaimana aku memberi-Mu minum, sedangkan Engkau Tuhan semesta alam”? Allah berfirman:”Hamba-Ku si fulan pernah meminta kepada-Mu supaya diberi minum, tetapi kamu tidak mengendahkannya. Tidakkah kamu mengetahui bahawa seandainya kamu memberinya minum tentu kamu akan mendapati-Ku disisinya”.

Dari Thauban baha Nabi S.A.W bersabda:
" إن المسلم إذا عاد أخاه المسلم لم يزل في خرفة الجنة حتى يرجع قيل يا رسول الله وما خرفة الجنة قال جنا***ها    "

Yang bermaksud:”Seorang muslim apabila menziarahi saudaranya yang muslim akan selalu berada di tengah khurfah syurga hinggalah pulang ke rumahnya. Seorang sahabat bertanya:”Apakah maksud khurfah syurga itu, wahai Rasulullah? Beliau menjawab:” Buah-buahan syurga yang masak.”

Dari Ali R.A katanya:”Aku pernah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda:
علي عن ابن عمه رسول الله قوله: ((ما من مسلم يعود مسلما غدوة إلا صلى عليه سبعون ألف ملك حتى يمسي، وإن عاده عشية إلا صلى عليه سبعون ألف حتى يصبح وكان له خريف**** فى الجنة:  رواه الترمذ

Yang bermaksud:”Setiap muslim yang menziarahi muslim yang lain di sebelah pagi akan didoakan oleh tujuh puluh ribu Malaikat hingga waktu petang. Jika menziarahinya di sebelah petang maka dia akan didoakan oleh tujuh puluh ribu Malaikat hingga waktu pagi dan dia akan memperolehi satu ladang kebun di dalam syurga.”
(Hadis riwayat At-Tirmizi)

Wallahu a`lam
____________
*طبت = bermaksud : semoga kamu sentiasa hidup bahagia di alam dunia.
**طاب ممشاك = bermaksud: semoga perjalananmu di alam dunia menuju akhirat sentiasa selamat dan ditempuh dengan berjaya.
*** جنا=bermaksud: buah-buahan yang siap dituai.
****خريف=bermaksud: buah-buahan masak yang siap dituai.


Sunday, June 6, 2010

Persahabatan…..

Bukan mudah untuk menjalinkan persahabatan
andainya
Tiada kesefahaman
Tiasa ketabahan dalam hati
Tiada keikhlasan dalam diri

Namun
Apabila terjalin sebuah persahabatan
Yang benar-benar suci dan tulus
Resah duka dikongsi bersama
Riang gembira dirasa seadilnya
Kasih dan sayang dicurah sebaiknya

Kadangkala
Jalinan persahabatan meringankan bebanan
Kadangkala juga
Jalinan persahabatan benar-benar menyeksakan

Tapi
Bagi mereka yang memahami erti persahabatan
Akan menghargai jalinan itu seadanya

                                                               
                                                                AmenG                               

Saturday, June 5, 2010

Sopan santun ketika sakit dan pengubatan menurut Sunnah III

iv. ORANG SAKIT TETAP MEMPEROLEH GANJARAN PAHALA AMALAN YANG BIASA DILAKUKAN KETIKA SIHAT

Al-Bukhari meriwayatkan dari Abu Musa Al-Asya`ari bahawa Nabi S.A.W bersabda:

إذا مرض العبد أو سافر كتب له مثل ما كان يعمل مقيما صحيحا رواه البخاري

Ertinya:”Apabila seorang sakit atau bermusafir, maka dia tetap memperoleh ganjaran pahala amalan yang biasa dilakukan ketika bermukim dan ketika dalam keadaan sihat”
(Hadis riwayat Al-Bukhari)

v. MENZIARAHI ORANG SAKIT

Antara akhlak Islam adalah seorang muslim dikehendaki menziarahi orang sakit dan peduli terhadap kesihatannya supaya hatinya terhibur dan hak persaudaraan dapat direalisasikan. Ibnu Abbas berkata:”Menziarahi orang sakit untuk pertama kalinya adalah disunatkan, namun setelah itu bersifat sukarela.” Al-Bukhari meriwayatkan dari Abu Musa, bahawa Nabi S.A.W bersabda:

أطعموا الجائع , وعودوا المريض , وفكوا العاني

“Berilah makan kepada mereka yang kelaparan, lawati orang sakit dan bebaskan tahanan”

Al-Bukhari & Muslim meriwayatkan dalam sebuah hadis:
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : "حق المسلم على المسلم ست: قيل: وما هنّ يا رسول الله؟ قال: إذا لقيته فسلّم عليه. وإذا دعاك فأجبه، وإذا استنصحك فانصح له، وإذا عطس فحمد الله فشَمِّته. وإذا مرض فعُدْه، وإذا مات فاتْبَعه"

Dari Abu Hurairah R.A, katanya:” Rasulullah S.A.W bersabda:” Hak seorang muslim keatas seorang muslim yang lain ada enam. Seorang sahabat bertanya:” Apakah itu wahai Rasulullah?” Rasulullah S.A.W menjawab:” Jika berjumpa dengannya hendaklah kamu memberi salam. Jika kamu dijemput, maka penuhilah jemputannya. Jika meminta nasihat, maka hendaklah kamu memberi nasihat. Jika membaca  ( الحمدلله)  setelah bersin, hendaklah kamu menjawab dengan bacaan (يرحمك الله) yang ertinya “semoga Allah memberimu rahmat”. Jika dia sakit, maka hendaklah kamu menziarahinya. Jika dia meninggal dunia, maka iringilah jenazahnya (menuju ke perkuburan).

Wallahu a`lam…

Friday, June 4, 2010

Sopan santun ketika sakit dan pengubatan menurut Sunnah II

II. TABAH TATKALA SAKIT

Hendaklah orang yang sakit sabar dan tabah menghadapi penyakit yang dialaminya. Tiada pemberian yang lebih baik dan amat berharga dari Allah Yang Maha Esa kepada seorang hamba melainkan kesabaran.

Imam Muslim meriwayatkan dari Shuhaib bin Sinan bahawa Nabi S.A.W bersabda:

عجبا لأمر المؤمن إن أمره كله خير ، وليس ذاك لأحد إلا للمؤمن ؛ إن أصابته سرّاء شكر ؛ فكان خيراً له ، وإن أصابته ضرّاء صبر؛ فكان خيراً له                                                                             . رواه مسلم

Yang bermaksud: “Sungguh menakjubkan keadaan seorang mukmin itu! Bagaimana pun juga keadaannya, maka semuanya itu pasti berakhir dengan kebaikan. Keadaan sedemikian tidak akan ditemui kecuali pada orang mukmin. Jika mendapat kegembiraan, dia akan bersyukur dan itu merupakan kebaikan. Jika ditimpa musibah, dia akan bersabar yang juga merupakan kebaikan baginya.”


وعن أنس رضي الله عنه قال سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : إن الله عز وجل قال إذا ابتليت عبدي بحبيبتيه فصبر عوضته منهما الجنة يريد عينيه                                                        رواه البخاري

Dari Anas R.A, katanya: “Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda:”Sesungguhnya Allah S.W.T berfirman:”Apabila seorang hamba mendapat cubaan dari-Ku pada dua perkara yang amat disayangi (kedua matanya) lalu bersabar, maka kelak akan Aku gantikan kesabarannya itu dengan syurga”
(Hadis riwayat Al-Bukhari)

  وعن عطاء بن أبي رباح قال : قال لي ابن عباس رضي الله عنهما ألا أريك امرأة من أهل الجنة فقلت بلى قال هذه المرأة السوداء أتت النبي صلى الله عليه وسلم فقالت إني أصرع وإني أتكشف فادع الله تعالى لي قال إن شئت صبرت ولك الجنة وإن شئت دعوت الله تعالى أن يعافيك فقالت أصبر فقالت إني أتكشف فادع الله أن لا أتكشف فدعا لها.                             متفق عليه

Dari Atha` bin Abi Rabah, berkata Ibnu Abbas R.A kepadaku":” Mahukah kamu melihat seorang wanita penghuni syurga? Jawabku:”Tentu saja”. Katanya:”Nah, wanita berkulit hitam itu! Dia pernah datang kepada Nabi S.A.W dan mengadu:”Aku sering tidak sedarkan diri sehingga tanpa sengaja membuka aib sendiri, maka doakanlah supaya Allah menyembuhkan penyakitku ini”. Kata Nabi:”Mahukah kamu bersabar  dan sebagai ganjarannya kamu akan memperolehi syurga, atau aku akan berdoa kepada Allah Taala agar Dia menyembuhkan penyakitmu?” Wanita itu menjawab:”Baiklah, aku akan bersabar”. Kemudian dia berkata”Tetapi aku sering membuka aib (Tatkala tidak sedarkan diri), maka doakanlah supaya kebiasaan itu hilang!” Maka Nabi pun mendoakannya (supaya tidak lagi mendedahkan aibnya tatkala tidak sedarkan diri).
(Hadis Muttafaqun alaih).

III. KELUHAN ORANG SAKIT

Orang sakit dibolehkan mengeluh atau mengadukan rasa sakit yang dialaminya kepada doktor atau kawanya selama tidak menampilkan rasa kesal dan kecewa terhadap apa yang dideritainya. Sebelum itu telah disebutkan Sabda Nabi S.A.W di mana Beliau mengadu dengan sabdanya:”إِنِّي أُوعَكُ كَمَا يُوعَكُ رَجُلَانِ مِنْكُمْ
”Aku berasa suhu tubuhku amat panas melebihi dua kali suhu panas tubuh kamu ketika demam”*

Aisyah R.A pernah mengeluh dan mengadu kepada Rasulullah S.A.W ketika sakit dengan berkata:” Aduh sakitnya kepalaku! Kata Nabi pula:”Aku juga, kepala Aku terasa sakit sekali! (Riwayat Bukhari & Muslim).

Abdullah bin Zubair pernah bertanya kepada Asma` yang ketika itu dalam keadaan sakit:”Bagaimanakah keadaan kamu? “Jawab Asma`:” Sungguh sakit!” Sebelum mengeluh dengan apa yang dialaminya, sebaiknya pesakit mengucapkan hamdallah kepada Allah. Ibnu Mas`ud berkata:”Jika seseorang mengeluh selepas membaca hamdalah terlebih baik, maka tidak disebut sebagai mengeluh.” Mengadu kepada Allah adalah disyariatkan. Nabi Ya`kub A.S berkata:”

إِنَّمَا أَشْكُو بَثِّي وَحُزْنِي إِلَى اللَّهِ

Yang bermaksud: "Sesungguhnya Aku hanyalah mengadukan kesusahan dan dukacitaku kepada Allah” (Yusuf:86)

Wallahu a`lam..
_______________
*Takhrij hadis sama sebelum ini

Thursday, June 3, 2010

Sopan santun ketika sakit dan pengubatan menurut Sunnah I

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang mentadbir sekalian alam. Selawat & Salam ke atas Baginda S.A.W, juga ke atas ahli keluarga Baginda serta para sahabat Baginda seluruhnya.

Dari pagi tadi aku hanya berbaringan di katil, penyakit lama berulang lagi. Ku mencapai salah satu kitab yang berada di rak, kebetulan terbaca bab yang bertajuk “Sopan santun ketika sakit & pengubatan menurut Sunnah”.. Terlintaslah difikiranku untuk dikongsi bersama pembaca yang budiman disini. Moga Allah S.W.T mengampuni segala dosa dan kesilapan kita yang telah lalu.. ameen…

I. SAKIT

Terdapat beberapa hadis yang menegaskan bahawa sakit boleh menghapuskan kesalahan dan menghilangkan dosa. Di bawah ini adalah sebahagian dari hadis-hadis tersebut:

1. Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah R.A bahawa Nabi S.A.W bersabda:

" من يرد الله به خيراً يصب منه"


Yang bermaksud:”Sesiapa yang akan memperoleh limpahan kebaikan dari Allah, maka akan ditimpakan cubaan ke atas dirinya terlebih dahulu”
(Hadis Muttafaqun alaih)

2. Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Abu Sa`id Al-Khudri R.A bahawa Nabi S.A.W bersabda:

عن أبي سعيد وأبي هريرة رضي الله عنهما عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : ما يصيب المسلم من نصب ولا وصب ولا هم ولا حزن ولا أذى ولا غم حتى الشوكة يشاكها إلا كفر الله بها من خطاياه

Yang bermaksud:”Tidak ada satu musibah pun yang menimpa diri seorang muslim, sama ada berupa kesusahan dan penderitaan, kesedihan dan duka cita mahupun penyakit, bahkan sebatang duri yang menusuk anggota tubuhnya sekalipun melainkan akan dihapuskan Allah sebahagian daripada kesalahan-kesalahannya dengan yang demikian itu.”
(Hadis muttafaqun alaih)

3. Al-Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Mas`ud R.A katanya:                                           
                                                                        قَالَ عَبْدُ اللَّهِ : دَخَلْتُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، وَهُوَ يُوعَكُ ، فَمَسِسْتُهُ بِيَدِي ، فَقُلْتُ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، إِنَّكَ لَتُوعَكُ وَعْكًا شَدِيدًا ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " إِنِّي أُوعَكُ كَمَا يُوعَكُ رَجُلَانِ مِنْكُمْ ، قَالَ : قُلْتُ : ذَلِكَ أَنَّ لَكَ أَجْرَيْنِ ؟ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : أَجَلْ ، ثُمَّ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَا مِنْ مُسْلِمٍ يُصِيبُهُ أَذًى مِنْ مَرَضٍ فَمَا سِوَاهُ ، إِلَّا حَطَّ اللَّهُ بِهِ سَيِّئَاتِهِ كَمَا تَحُطُّ الشَّجَرَةُ وَرَقَهَا " .

Yang bermaksud:
Aku bertamu ke rumah Rasulullah S.A.W yang ketika itu dalam keadaan demam panas. Maka aku katakan kepadanya: “Wahai Rasulullah! Badanmu amat panas”. Baginda berkata: “Memang! Suhu badankku akan naik dua kali ganda suhu badan kamu ketika demam!”. Lalu aku katakan lagi kepada Baginda:”Mungkin ia disebabkan para Nabi akan diberi pahala dua kali ganda pula! “Benar demikian! kata Nabi,”Selain itu, tidak seorang muslim pun yang di timpa kesakitan mulai dari duri yang tertusuk ke tubuhnya sehingga yang lebih berat daripada itu, melainkan dihapuskan Allah dengan itu kesalahan-kesalahannya, iaitu umpama kayu yang menggugurkan daun-daunnya”.
(Hadis riwayat Al-Bukhari)

4. عن أبي هريرة -رضي الله عنه- أن رسول الله - صلى الله عليه وسلم - قال: مثل المؤمن كمثل خامة الزرع يفيء ورقه، من حيث أتتها الريح تكفئها، فإذا سكنت اعتدلت، وكذلك المؤمن يكفأ بالبلاء، ومثل الكافر كمثل الأرزة صماء معتدلة، حتى يقصمها الله إذا شاء . البخاري

Dari Abu Hurairah R.A, katanya: Rasulullah S.A.W bersabda: “Perumpamaan seorang mukmin adalah seperti tanaman yang berpenyakit. Ia bergoyang dan condong ke pelbagai arah bila di tiup angin. Namun apabila ditimpa musibah, ia akan condong, tetapi akan tegak semula. Sebaliknya seorang derhaka adalah seperti padi yang lurus dan kaku, sehingga mudah patah dan tercabut apabila dikehendaki Allah.
(Hadis riwayat Al-Bukhari)

Wallahu a`lam
______________________
* الوعك adalah demam panas dan rasa sakit yang diderita pesakit.

Tuesday, June 1, 2010

Disunatkan membaca Amen bersamaan dengan Imam

Makmum disunatkan membaca “amen” bersamaan dengan imam,  hingga tanpa lebih dahulu atau lebih lambat daripada imam ketika membaca “amen”.

Dari Abu Hurairah R.A, bahawa:

أن النبي  قال : ( إذا قال الإمام ( غير المغضوب عليهم ولا الضالين ) فقولوا آمين فإن من وافق تأمينه تأمين الملائكة غفر له ما تقدم من ذنبه
رواه البخاري


Yang bermaksud: Rasulullah S.A.W bersabda:
“Apabila imam membaca ( غير المغضوب عليهم ولا الضالين ), maka bacalah “Amen”. Sesiapa yang membacanya dan secara kebetulan bersamaan dengan bacaan “Amen” yang dibaca oleh para Malaikat, maka Allah mengampuni dosanya yang terdahulu.”
(Diriwayatkan oleh Al-Bukhari)

Dari Abu Hurairah R.A, bahawa:
عن أبي هريرة  : أن النبي  قال : ( إذا قال الإمام ( غير المغضوب عليهم ولا الضالين ) فقولوا آمين فإن الملائكة يقولون آمين وإن الإمام يقول آمين فمن وافق تأمينه تأمين الملائكة غفر له ما تقدم من ذنبه
رواه احمد ابو داود والنسائى


Yang bermaksud:
Rasulullah S.A.W bersabda:”Apabila imam membaca   ( غير المغضوب عليهم ولا الضالين ),  maka bacalah  “Amen”*. Kerana Malaikat juga membaca “Amen”. Oleh yang demikian, sesiapa yang bacaan “Amen” bersamaan dengan bacaan “Amen” yang dibaca oleh Malaikat, maka Allah akan mengampunkani dosanya yang terdahulu”.
(Diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud & An-Nasa`i)

Maksud Amen

Perkataan “Amen” dengan membaca pendek pada huruf alif dan dibolehkan juga membacanya panjang disertai dengan membaca pendek pada huruf mim, tidaklah termasuk ke dalam bahagian ayat surah Al-Fatihah. Ia hanyalah doa yang bermaksud:”Perkenankanlah!”.

Wallahu a`lam
_________________
* Imam Al-Khattabi berkata: “Maksud sabda Rasulullah S.A.W:”Jika Imam membaca ولا الضالين  maka bacalah amen (bersamaan dengan imam sehingga bacaan Amen kamu benar-benar seiring dengan bacaan Amen imam).

Monday, May 31, 2010

Membaca Ameen

Setiap seseorang yang mengerjakan solat, sama ada imam, makmum mahupun mengerjakan solat secara bersendirian, disunatkan membaca Amen denga suara yang kuat setelah membaca surah Al-Fatihah. Ia mesti dibaca dengan suara kuat dalam solat yang diharuskan membaca bacaan dengan suara kuat dan suara perlahan dalam solat yang diharuskan membaca bacaan dengan suara perlahan.

Dari Nu`aim Al-Mujammir, katanya yang bermaksud:
”Aku pernah mengerjakan solat dibelakang Abu Hurairah R.A lalu membaca” بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ” . Kemudian membaca surah Umm Quran (Al-Fatihah) hingga apabila membaca ” وَلاَ الضَّالِّينَ”  beliau membaca “Amen”  dan para makmum pun mengikuti bacaan “Amen” itu. Setelah memberi salam, Abu Hurairah berkata: “Demi Tuhan yang telah menguasai diriku! Solatku ini adalah yang paling mirip dengan solat yang pernah dilakukan Oleh Rasulullah S.A.W”.

(Al-Bukhari menyatakan bahawa hadis ini secara muallaq (tanpa sanad). * Diriwayatkan oleh An-Nasai , Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Ibnu Siraj)

Dalam Sahih Al-Bukhari dinyatakan:

“Berkata Ibnu Shihab: “Adalah Rasulullah S.A.W sentiasa membaca “Amen” . Atha` berkata: “Membaca “Amen” adalah sebagai doa`. Ibnu Zbair dan para makmumnya membaca “Amen”  hingga terdengar suara gemuruh di dalam masjid. Nafi` pula berkata: “Ibnu Umar tidak pernah meninggalkan bacaan “Amen” dan emmerintahkan para makmum supaya membacanya. Aku juga mendengar sebuah hadis tentang mengenai perkara ini daripadanya”.

Wallahu a`lam
______________________
* Yang dimaksudkan dengan hadis muallaq adalah hadis yang tidak disebut sanadnya.

Thursday, May 27, 2010

Membaca surah Al-Quran selepas Al-Fatihah

Seseorang yang mengerjakan solat disunatkan membaca surah atau beberapa ayat Al-Quran setelah membaca surah Al-Fatihah, iaitu pada kedua rakaat solat Subuh, solat Jumaat, kedua rakaat pertama dari solat Zohor, Asar, Maghrib dan Isya`, serta pada kesemua dua rakaat solat sunat.

Dari Abu Qatadah, bahawa:

عن أبي قتادة - رضي الله عنه - قال: كان النبي - صلى الله عليه وسلم - «يقرأ في الركعتين الأوليين من صلاة الظهر بفاتحة الكتاب وسورتين، وكان يُطوِّلُ في الأولى ويقصر في الثانية، ويُسِمعُ الآية أحياناً وكان يقرأ في صلاة العصر بفاتحة الكتاب وسورتين وكان يُطوِّلُ في الأولى من صلاة الصبح ويقصر في الثانية

Yang bermaksud:
”Nabi S.A.W membaca surah Al-Fatihah dan dua surah pada dua rakaat pertama dari solat Zohor. Manakala pada dua rakaat terakhir pula, beliau membaca Al-Fatihah sahaja. Terkadang beliau menguatkan suara bacanya sehingga kami mendengarnya membaca ayat lain. Dan Beliau membaca pada solat Asar surah Al-Fatihah dan dua surah. Dan memanjangkan (bacaan) pada rakaat yang pertama dari solat Subuh dan memendekkan (bacaan) pada rakaat yang ke dua)”
(Diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud)

Abu Daud menambahkan yang bermaksud:
”Hingga kami mengira, bahawa dengan begitu beliau bermaksud supaya para makmum yang terlambat datang sempat mengejar rakaat yang pertama” 

Dari Jabir bin Samurah, katanya:
“Penduduk Kufah mengadukan perkara Sa`ad kepada Umar hingga mengakibatkan beliau diberhentikan dari jawatannya sebagai gabenor dan kemudian kedudukannya iti digantikan oleh Ammar. Penduduk Kufah pun mengadukan kepada Ammar bahawa cara solat Sa`ad tidak betul. Kemudian Ammar mengirimkan utusan kepada Sa`ad, supaya dihadapkan kepada Ammar. Ammar bertanya:”Wahai Abu Ishaq (panggilan Sa`ad)! Mereka menuduh bahawa solat yang kamu lakukan tidak betul!.

Lalu Abu Ishaq menjawab: Demi Allah! Sesungguhnya solat yang aku lakukan sebelum ini bersama mereka ialah berdasarkan cara solat Rasulullah S.A.W. Aku tidak pernah menguranginya. Aku mengerjakan solat Isya` dengan memanjangkan kedua rakaat pertama dan memendekkan kedua rakaat yang terakhir.”

Ammar menjawab:”Itulah sangkaan mereka kepadamu wahai Abu Ishaq.” Kemudian Sa`ad mengutus seseorang atau beberapa orang lelaki yang mendampinginya untuk datang ke Kufah. Orang itu pun akhirnya menanyakan kepada penduduk Kufah, hingga tidak satu masjid pun yang ada di Kufah melainkan ditanya mengenai pendapat mereka tentang Sa`ad. Mereka pun memuji kebaikan Sa`ad.

Akhirnya, ketika mereka masuk ke sebuah masjid milik Bani Abbas, berdirilah seorang lelaki yang bernama Usamah bin Qatadah yang akrab dipanggil dengan Abu Sa`dah. Dia berkata: “Oleh kerana kamu telah menanyakan hal ini kepada kami atas nama Allah, maka kami akan menjelaskan hakikat sebenar Sa`ad: “Sebenarnya, Sa`ad tidak menjalankan tugasnya sesuai aturan, tidak adil dalam membahagikan harta dan tidak adil dalam urusan pengadilan.”"

Sa`ad pun menyahut dakwaan bohong itu dengan berkata:”Jikalau betul demikian, Demi Allah! aku akan memohon tiga permintaan kepada Allah: Ya Allah! Jika hamba-Mu ini seorang pembohong dan berdiri disini, kerana riya` (mencari muka) dan sum`ah (mengejar populariti, maka panjangkanlah umurnya, belenggulah dirinya dengan kemiskinan dan jadikanlah dia sebagai sasaran fitnah!.

Akhirnya, orang itu pun mengeluh dan menyesal atas kesaksian bohongnya dengan berkata:” Aduh! Aku ini sudahlah seorang tua yang menderita! Sungguh diriku telah ditimpa kutukan Sa`ad!”

Abdul Malik berkata:”Di kemudian hari, aku melihat kedua alis orang yang terkena kutukan Sa`ad jatuh seakan menutup kedua belah matanya kerana sokong. Setiap kali berjalan, dia menjadi sasaran gurauan hamba sahaya yang mengganggunya” *

Wallahu a`lam…

___________________
*Diriwayatkan oleh Al-Bukhari (Kitab Fathul Bari) Bab kewajipan membaca Al-Fatihah dibelakang imam. Jilid 2 M/s 276.

Sunday, May 23, 2010

Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck (Bhg. 15)

MEMINANG

Bagi setengah orang, mencari isteri amat sukar dan payah, mesti bercinta-cintaan lebih dahulu. Bagi setengah orang dipandang perempuan yang akan jadi isterinya itu laksana gunung tinggi payah mendaki, sehingga dia mundur maju hendak menyatakan pinangannya kepada perempuan itu atau kepada keluarga. Padahal di pihak yang lain perempuan sentiasa pula menunggu. Sehingga lantaran tunggu-menunggu, umur pun berjalan juga, cita-cita habis di tengah-tengah. Tiba-tiba datang orang lain yang tidak banyak perhitungan, tidak banyak fikir, dia meminang lebih dahulu, sehingga maksudnya langsung, dan yang mempunyai cita-cita bermula tinggal menggigit jari.

Di dalam rumahtangga Khadijah tidak lama orang timbang menimbang, segera saja sepakat hendak meminang Hayati untuk Aziz. Apalagi sudah berat fikiran mereka bahawa permintaan mereka akan terkabul. Sebab segala syarat syarat rasanya cukup, tiada yang kurang. Wang ada, pangkat pun ada, terpandang pula dalam negeri. Duduk sama rendah tegak sama tinggi. Bagai bulan dengan matahari.

Pada waktu yang telah ditentukan, setelah genap muafakat Aziz dengan keluarganya, disuruhlah orang suruhan yang bijak menyampaikan permintaan kepada kaum kerabat Hayati, membawa sirih nan secabik, pinang nan segetap. Sampai di Batipuh diterima dengan peribahasa yang halus-halus oleh kaum kerabat maklumlah mengadu malu dengan budi.

Dibentangkan orang lapik putih di tengah rumah nan gedang, di sana telah menyambut perempuan-perempuan dan di dalamnya duduk bersama-sama Mak Tengah Limah. Menurut adat pula, segala permintaan itu belum akan dijawab pada hari yang sehari itu. Kalau rasa akan terkabul, diberi tangguh orang yang datang agak seminggu. Tetapi kalau rasa tak akan terkabul,dalam tiga hari saja hal itu telah dapat diputuskan.

Ketika meminta janji itu, si kerabat beralasan bahawa mamak-mamaknya belum cukup hadir, padahal memang disengaja tidak hadir. Dikatakan bakonya perlu tahu, sapih belahan empat jurai di kampung anu, hindu suku di dusun anu, perlu tahu lebih dahulu. Maksudnya ialah untuk memperlihatkan ketinggian adat istiadat yang dipakai, meninggikan darjat pusaka yang dijawat turun-temurun.

Dan bila utusan itu pulang kembali ke Padang Panjang, baru saja dia sampai di halaman, orang di dalam rumah sudah dapat mengira-ngirakan bahawa maksud mereka rasa-rasakan hasil. Aziz sejak hitungan ini di dalam rembukan boleh dikatakan tiap-tiap hari Sabtu petang telah tiba di Padang Panjang, hari Minggu petang pula baru kembali.Mimpinya sudah banyak yang bagus, maksudnya akan berhasil.

Sedang zainuddin duduk menghafazkan pelajaran yang baru diterima dari gurunya sehabis sembahyang maghrib, dia dikejutkan oleh suara tukang hantar surat menyerukan "pos!!.. surat itu pun diterimanya, tetapi tangannya menggigil, teralamat dari Mengkasar. Segera dibukanya, tentu saja dari Mak Base yang tercinta. Tetapi bukan dari Mak Base, hanya dari Daeng Masiga. Seorang tetangga yang di kenalnya betul-betul dan banyak perhubungan dengan dia sebelum dia berangkat meninggalkan Mengkasar.

Isi surat itu demikian:

(kullu man alaiha fan, wayabqo wajhu robbika zuljalali wal ikram)
yang bermaksud:" Tiap-tiap orang yang di bumi akan lenyap, dan akan kekal wajah Tuhanmu, Yang Maha Tinggi dan Maha Mulia."

Anakanda Zainuddin berselamat di Padang Panjang.
Dengan serba pendek saja paman nyatakan. Bahawa telah berlaku kadar Allah atas hambanya yang dhaif dan lemah, iaitu mak angkat mu Base,telah berlalu dari kalangan kita, kembali ke tanah asalnya. "Dari sana dia datang, dan kesana dia kembali"

Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun. Penyakit yang dihidapkannya tidaklah begitu berat.
Tetapi maut tidaklah membezakan berat ringan penyakit, kerana penyakit hanyalah sebab jua, dan ketentuan ajal juga yang mesti berlaku.

Saya sampaikan surat ini kepadamu, juga sebagai menerangkan wasiat dan peninggalan almarhumah, iaitu supaya kelak jika engkau ada peluang kembali ke Mengkasar ziarahlah ke kuburannya, yang tiada orang yang mempedulikan kalau bukan engkau sendiri.

Lain dari itu, sesudah habis menyelesaikan hutang piutang yang ditinggalkannya, akan saya kirimkan minggu hadapan wang itu sama sekali dan yang terpegang di tangan saya sekarang barulah Rp3.200,OO kontan.

Meminta juga fikiranmnu, tentang harta bendamu, rumah dan setumpak tanah peninggalan ayahmu. Kalau engkau suruh jual, kirimilah saya surat kuasa. Tetapi menurut fikiran saya, kerana sejauh-jauh anak berjalan, entah ada juga Butta Jum Pandang menyerumu, lebih baik tanah-tanah itu tak dijual. Sebelum engkau pulang, saya sanggup menjaganya, dengan tidak mengharapkan apa-apa!
Moga-moga Allah memberikan perlindungan-Nya kepada kita semuanya ....

Daeng Masiga

B E R S A M B U N G……

Saturday, May 15, 2010

Warkah Untuk Guru

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta,
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang Ulama` yang mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa,
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa."


(U.A- 1979)

____________
*Selamat Hari Guru

Wednesday, May 12, 2010

Di antara Syirik Besar

Allhamdulillahi wakafa..

Di antara contoh syirik besar- dan hal ini umum dilakukan- adalah menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah atau sebaliknya. Atau kepercayaan bahawa seseorang memiliki hak dalam masalah tersebut selain Allah Azza Wajalla. Atau berhukum kepada perundangan jahiliyyah secara sukarela dan atas kemahuannya, seraya menghalalkannya dan berkeyakinan bahawa hal itu dibolehkan. Allah menyebutkan kufur besar dalam firman-Nya:

اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ

Yang bermaksud: ”Mereka menjadikan pendita-pendita dan Ahli-ahli ugama mereka sebagai pendidik-pendidik selain dari Allah” (At-Taubah: 31)

Ketika Adi bin Hatim mendengar ayat tersebut dibaca oleh Rasulullah S.A.W , ia berkata: “Orang-orang itu tidak menyembah mereka” Lalu Rasulullah dengan tegas bersabda yang bermaksud :

”Benar, tetapi mereka (orang-orang alim dan para rahib) menghalalkan untuk mereka apa yang diharamkan oleh Allah, sehingga mereka menganggapnya halal. Dan mengharamkan atas mereka apa yang dihalalkan oleh Allah, sehingga mereka menganggapnya sebagai barang haram. Itulah bentuk ibadah mereka kepada orang-orang alim dan para rahib tersebut.”
(Hadis riwayat Al-Baihaqi dalam As-Sunanul kubra, Sheikh Albani menggolongkannya dalam hadis hasan, lihat Ghayatul Maram m/s 19.)

Allah menjelaskan, di antara sifat orang-orang musyrik adalah sebahagian dalam firman-Nya:

وَلا يُحَرِّمُونَ مَا حَرَّمَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَلا يَدِينُونَ دِينَ الْحَقِّ

Yang bermaksud: "Dan mereka pula tidak mengharamkan apa Yang telah diharamkan oleh Allah dan RasulNya, dan tidak beragama dengan agama yang benar (agama Allah). (At-Taubah:29)

Dan firman Allah:

قُلْ أَرَأَيْتُمْ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ لَكُمْ مِنْ رِزْقٍ فَجَعَلْتُمْ مِنْهُ حَرَامًا وَحَلالا قُلْ آللَّهُ أَذِنَ لَكُمْ أَمْ عَلَى اللَّهِ تَفْتَرُونَ

Yang bermaksud: "Katakanlah (kepada kaum Yang mengada-adakan sesuatu hukum): "Sudahkah kamu nampak baik-buruknya sesuatu Yang diturunkan Allah untuk manfaat kamu itu sehingga dapat kamu jadikan sebahagian daripadanya haram, dan sebahagian lagi halal?" Katakanlah lagi (kepada mereka): "Adakah Allah izinkan bagi kamu berbuat demikian, atau kamu hanya mengada-adakan secara dusta terhadap Allah?". (Yunus: 59)

_____________________________
* Petikan dari kitab المحرماث اسثهان بها الناس يجب الحذر منها Oleh syeikh Soleh Munajjid.

Monday, May 10, 2010

Ibu Mithali

Ibu mithali ibu yang sejati
Kasih sayangmu kasih yang suci
Pengorbananmu di sanjung tinggi
Jasamu tetap disanubari

Ibu oh ibu fitrah ku murni
Kelembutanmu menyentuh hati
Semai kasih mu dalam jiwaku
Kau di sayangi kerna menyayangi

Ibu oh ibu hatimu suci
Tulus ikhlasmu mendidik daku
Sanggup bersusah dan menderita
Demi kebahgiaan sekeluarga

Ibu oh ibu kau serikandi
Bakti amalmu tidak terperi
Beramal soleh berperibadi
Menta'ati Allah juga suami

Ibu mithali ibu yang sejati
Kasih sayangmu kasih yang suci
Pengorbananmu di sanjung tinggi
Jasamu tetap disanubari

Allah berfirman:

وَقَضَى رَبُّكَ أَلا تَعْبُدُوا إِلا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِنْدَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلاهُمَا فَلا تَقُلْ لَهُمَا أُفٍّ وَلا تَنْهَرْهُمَا وَقُلْ لَهُمَا قَوْلا كَرِيمًا (٢٣)وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُلْ رَبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا (٢٤)

Yang bermaksud: “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya Engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah Engkau berbuat baik kepada ibu bapa. jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua Dalam jagaan dan peliharaanMu, maka janganlah Engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "UF", dan janganlah Engkau menengking menyergah mereka, tetapi Katakanlah kepada mereka perkataan Yang mulia (yang bersopan santun).”

“Dan hendaklah Engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, Dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."

(Surah Al-Isra`: 23-24)
____________
*Terima kasih Ibu diatas segala pengorbananmu, Hanya Allah yang dapat membalasnya...Selamat Hari Ibu…..

Saturday, May 8, 2010

Solat Dhuha

KEUTAMAAN

Salam Sejahtera, Banyak hadis yang menyatakan keutamaan Solat Dhuha, diantaranya:

عن أبي ذر رضي الله عنه أيضا أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : “يصبح على كل سلامى من أحدكم صدقة فكل تسبيحة صدقة وكل تحميدة صدقة وكل تهليلة صدقة وكل تكبيرة صدقة وأمر بالمعروف صدقة ونهي عن المنكر صدقة ويجزئ من ذلك ركعتان يركعهما من الضحى” رواه مسلم

Yang bermaksud:
Dari Abu Zar R.A katanya: Rasulullahi S.A.W bersabda:” Hendaklah setiap kamu bersedekah untuk setiap ruas tulang tubuhmu pada setiap pagi. Sebab setiap kali bacaan tasbih itu adalah sedekah. Setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, menyuruh orang lain agar melakukan amal kebaikan adalah sedekah, melarang orang lain agar tidak melakukan kemungkaran adalah sedekah, dan semua itu boleh dilakukan dengan mengerjakan dua rakaat Solat Dhuha”. (Hadis Riwayat Muslim)

Imam As-Syaukani berkata:” Hadis ini menunjukkan betapa besarnya keutamaan mengerjakan Solat Dhuha! Betapa tinggi kedudukannya! Dan betapa kuatnya perintah syariat agar solat tersebut sentiasa dikerjakan! Dua rakaat Solat Dhuha dapat menggantikan tiga ratus enam puluh kali sedekah. Oleh itu, hendaklah seseorang mengerjakannya secara berterusan.

Di samping itu, hadis tersebut memberikan petunjuk agar kita memperbanyak membaca tasbih, tahmid dan tahlil, menyuruh kebaikan, melarang kemungkaran, menyingkir setiap gangguan dijalan dan amal-amal kebaikan yang lain. Dengan demikian bererti seseorang telah bersedekah sebagaimana yang telah diperintahkan pada setiap harinya
.”

عن أبى هريرة رضي الله عنه قال: [ أوصاني خليلي  صلى الله عليه وسلم بثلاث: بصيام ثلاثة أيام في كل شهر وركعتي الضحى وأن أوتر قبل أن أنام ] رواه البخاري ومسلم

Yang bermaksud:
Dari Abu Hurairah R.A, katanya: “Nabi S.A.W, kekasihku berwasiat kepadaku sebanyak 3 perkara, iaitu: Puasa tiga hari setiap bulan, mengerjakan dua rakaat Solat Dhuha dan mengerjakan solat witir terlebih dahulu sebelum tidur.”
(Hadis riwayat Al-Bukhari & Muslim)

HUKUMNYA

Solat Dhuha adalah Ibadat yang disunatkan. Oleh itu, sesiapa yang menginginkan pahalanya, hendaklah dia mengerjakannya. Tetapi jika tidak mengerjakan, maka tidaklah mengapa. Dari Abu Said R.A, katanya:

أبي سعيد : كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يصلي الضحى حتى نقول لا يدعها ويدعها حتى نقول لا يصليه

Yang bermaksud: Rasulullah S.A.W sentiasa mengerjakan Solat Dhuha hingga kami mengira, bahawa beliau tidak pernah meninggalkannya,tetapi kalau sudah meninggalkannya, kami mengira bahawa beliau tidak pernah mengerjakannya.”
(Diriwayatkan oleh At-Tirmizi. Beliau berkata: “Hadis ini hasan”)

WAKTUNYA

Solat Dhuha bermula ketika matahari naik sekadar sepenggalah dan berakhir hingga matahari agak tinggi dan panas agak terik.

Dari Zaid Ibnu Arqam R.A, katanya:
Nabi S.A.W keluar menuju tempat penduduk Quba`. Tatkala itu, mereka sedang mengerjakan solat Dhuha. Beliau bersabda:”Inilah waktu solat Al-Awwabin (Solat Dhuha).Waktunya bermula apabila anak unta masuk semula ke dalam kandangnya kerana panasnya cahaya matahari pagi.”
(Diriwayatkan oleh Ahmad, Muslim dan At-Tirmizi).

JUMLAH RAKAATNYA

Paling seidikit jumlah rakaat solat Dhuha adalah sebanyak dua rakaat, sebagaimana yang telah disebutkan sebelum ini dalam hadis Abu Zar. Jumlah rakaat paling banyak yang pernah dikerjakan Rasulullah S.A.W sebanyak lapan rakaat. Tetapi menurut sabda Nabi S.A.W adalah dua belas rakaat.

Sebahagian ulama berpendapat, tidak ada batasan jumlah rakaat solat Dhuha. Ini adalah perdapat Abu Ja`far At-Thobari dan inilah yang menjadi pegangan Al-Mulaimi dan Ar-Rawayani dari mazhab As-Syafi`e. Dalam Syarah At-Tirmizi, Al-Iraqi mengatakan:”"Aku tidak pernah melihat seorang pun, samada dari golongan sahabat mahupun tabi`in, yang menghadkan jumlah rakaat solat Dhuha hingga dua belas rakaat.” Demikian juga pendapat yang ditegaskan oleh As-Sayuti.

Sa`id bin Manshur meriwayatkan dari Al-Hasan ketika ditanya:”Adakah sahabat Rasulullah S.A.W juga pernah mengerjakan solat itu? Lalu Al-Hasan menjawab: ”Ya! Ada antara mereka yang mengerjakan sebanyak dua belas rakaat. Ada pula yang mengerjakan sebanyak empat rakaat. Ada juga yang mengerjakannya secara berterusan hingga tengah hari tanpa mengira jumlah rakaat yang telah dikerjakan.”

Ibrahim An-Nakh`i meriwayatkan, bahawa ada seseorang yang bertanya kepada Al-Aswad Ibn Yazid: ”Berapakah jumlah rakaat yang saya harus kerjakan ketika solat Dhuha? “Al-Aswad menjawab:”Itu terserah kepada kemampuanmu.”

Dari Ummi Hani`, katanya:
”Nabi S.A.W pernah mengerjakan solat Dhuha sebanyak lapan rakaat, dan pada setiap dua rakaat, beliau mengucapkan salam.”
(Diriwayatkan oleh Abu Daud dengan sanad yang sahih)

Dari Aisyah R.A katanya: “Nabi S.A.W mengerjakan solat Dhuha sebanyak empat rakaat, lalu beliau menambah rakaat berikutnya tanpa ada hitungan yang pasti.”
(Diriwayatkan oleh Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Wallahu a`lam…

Tuesday, May 4, 2010

Terlantar



Sesungguhnya segala puji bagi Allah, kita memuji-Nya, kita meminta pertolongan-Nya, kita meminta keampunan-Nya. Kita berlindung dengan Allah dari kejahatan-kejahatan diri kita serta keburukan-keburukan amalan kita.

Amma ba`du

Dari semalam aku terlantar diatas katil, “gout” masih lagi menyelubungi diriku. Petang khamis (minggu lepas) aku pergi berbekam di pusat rawatan “An-Nur”. Ahamdulillah setelah selesai berbekam kurang sikit kesakitan yang ku alami berbanding sebelumnya. Tetapi, setelah balik dari cameron highland.. Ia kembali menjadi-jadi. So, semalam aku ke klinik lee di Jalan Wakaf Mek Zainab. kena 1 jarum.. lega sekejap.. petang tu..sakit balik.. adui…sampai la hari ni.. masih begini..

Itu lah, masa sihat tak nak pantang (makan).. dah sakit macam nih baru ingat nak pantang..bila sakit semua pantang tu tiada gunanya lagi.. oleh itu kepada mereka yang ada mengalami penyakit ini, berwaspadalah ketika mengambil lauk-pauk.

Tengah aku ralit menulis tetiba pintu bilik ku diketuk.. lalu dibuka..

“Min, ma nak ke tanah sebentar, ni tadi ma ada belikan laksa penang. Nanti kalau lapar makan la, ubat dan air minum pun ada ma sediakan”  “ma letak kat atas meja ye” kata emakku sambil berlalu meninggalkan aku di bilik.

”Nanti jangan lupa makan ubat tuh”
pesannya lagi.
Ah, laksa penang? dah lama tak kena nih. Aku lekas-lekas bangkit menuju ke bilik air.. setelah siap bersuci.. haha… masa yang dinanti2kan telah tiba.. jom sorruuuu…

Alamak!! ada sebungkus je nih.. cukup la untuk aku sorang.. hehe..

Ok.. kene banyak berehat ni. harap-harap esok sembuh.. dah 2 hari cuti.. banyak benda lagi nak kena buat…

wassalam

aminpcb
Kg.kijang
040510

Monday, May 3, 2010

15 minit

Alhamdulillahi wakafa, setiap hari sememangnya agak ramai pelanggan yang masuk ke kedai untuk makan dan minum dan ada sesetengah tu melepak kan diri.  Dalam ramai-ramai pelanggan yang berada di kedai,  entah mengapa, semalam mata ku tertumpu kepada seorang muslimin, melihat kepada uban dikepalanya serta air mukanya.. mungkin beliau berusia awal 40 an. Aku asyik memerhatikan gelagatnya ketika dia berbicara dengan rakan-rakannya yang berkerja di “Etiqa”.

9-00 pagi, Hp ku berdering, rupa-rupanya haji hassan (tuan kedai) menelefonku untuk bertanyakan bilakah ku akan kerumahnya untuk bayar sewa kedai. “InsyaAllah petang ini jam 3-15 petang aku akan kerumahnya untuk bayar sewa kedai.” jawab ku mengakhiri perbualan.

3-10 ptg, ketika muslimin tersebut keluar dari kedai ku, aku pun mencapai kunci kereta, untuk ke rumah haji hassan. Ketika ku ingin menghidupkan enjin kereta, tetiba aku terdengar bunyi seperti seseorang berdengkur.. lalu bunyi ada sesuatu yang terjatuh disebelah kereta ku.

Bila aku keluar dari kereta, ku dapati muslimin itu tadi tersungkur, aku panik.. aku cepat-cepat memanggil sepupu ku dan juga beberapa pelanggan yang berada didalam kedai agar dapat memberikan pertolongan kepada abang itu tadi. Dalam masa yang sama, aku cepat-cepat mengangkat kepalanya, dan kudapati dibawah kelopak matanya (luka) berdarah kerana terhentak dibatu ketika jatuh. Bila ku angkat dan letakkan di lenganku.. mulutnya mengeluarkan buih + dengan darah yang begitu banyak. Aku memang benar-benar panik. tidak pernah aku alami semua ini kecuali pada hari ini..

Aku cepat-cepat menyuruh sepupu ku agar mengambilkan sudu atau garfu.. takut kalau-kalau abang itu tergigit lidahnya. Masa tu baru lah aku sedar yang abang itu mengalami penyakit sawan. Mata, mulut dan hidungnya tak henti-henti mengeluarkan darah.

Sambil ku menggosok dada abang itu, sambil ku mengajarkannya agar mengucap.. hanya itu yang ku mampu lakukan. Tubuhnya semakin kejang dan sejuk, “Min, Biarkan lah..dia ni dah tiada harapan” kata salah seorang dari kawan ku yang berada disitu. Ada benarnya juga kata kawan ku itu. cuma ku kuatkan juga hati…

Setelah berkali-kali ku gosok.. dan mengajarkannya mengucap.. tiba-tiba.. aku terdengar suaranya mengucap.. tubuhnya kembali panas.. Allahu Akhbar.. abang itu mengucap… sambil membuka matanya… aku yang tadi semakin kecewa, kini gembira.. bergenang kelopak mataku.. dengan air mata.. aku bersyukur…

Tidak berapa lama kemudian.. datanglah ambulance.. alhamdulillah.. kemudian abang itu pun diangkat dan dibawa ke hospital Kota Bharu..

Herm, jam menunjukkan pukul 3-25 ptg. aku masuk kekedai untuk membersihkan tangan ku (kesan darah).. lalu aku lekas-lekas memacu kereta menuju ke rumah haji hasan..

Tengah ku memandu kereta.. terlintas dihatiku.. bagaimanakah kiranya aku lah yang berada ditempat muslimin itu tadi.. andai berakhirnya hayat ku pada masa tersebut.. adakah aku telah pun bersedia untuk menghadapinya? berapa banyakkah amalan ku sekarang ini? bagaimanakah keadaan ku di esok hari? adakah akan ku menerima buku catatan amalan ku disebelah kanan atau belakang??? (*). Semua ini lah yang sedang berlegar dibenak fikiranku sekarang ini..

Wallahu a`lam..

aminpcb
Nasi Sumatera Sri Kijang
020510
_____________
* Dari-Mu kami datang, dan kepada-Mu jualah kami akan kembali..
(*) Surah Al-Insyiqaq: 7-11

Sunday, May 2, 2010

Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck (Bhg. 14)


Khadijah memperlihatkan sebentuk cincin berlian yang indah. Ia memancarkan cahaya yang gilang-gemilang. Katanya: "Inilah tanda mata dari tunanganku. Selama ini belum saya suka membukakan kepada engkau bahawa saya telah bertunangan, sebab saya sangka engkau belum ada niatan hendak kahwin. Tetapi setelah saya ketahui bahawa engku telah mencintai seorang yang bukan jodohmu, saya katakanlah sekarang, bahawa hatiku tak senang kalau tak katakan kepadamu hal yang sebenarnya.

Saya cinta sekali kepada engkau, sahabatku! Alangkah beruntungnya kita, jika suami saya dan suamimu dapat duduk sama rendah tegak sama tinggi kelak, sama-sama dapat mengaji asal usul, ke atas boleh ditengadahkan, ke bawah boleh ditekurkan.

Engkau puji-puji kebaikan Zainuddin, saya memuji pula kebaikannya. Tetapi orang yang demikian, di zaman sebagai sekarang ini tak dapat dipakai. Kehidupan zaman sekarang berkehendak kepada wang dan harta cukup. Jika berniaga, perniagaannya maju, jika makan gaji, gajinya cukup. Cinta walaupun bagaimana sucinya, semua bergantung kepada wang!"

"Tidak, Khadijah!" jawab Hayati, "Pendapatmu tak betul, cinta tak bergantung kepada wang. Kalau dua orang yang bercinta dapat bertemu, kesenangan dan ketenteraman fikirannya, itulah wang, itulah dia kekayaan, lebih dari gelang emas, dokoh berlian, pakaian cukup. Itulah kesenangan yang tak lekang di panas, tak lapuk di hujan."

"Itu hanya bayangan, Hayati, sekali lagi saya katakan, itu hanya bayangan" ujar Khadijah. "Engkau boleh menahan hatimu dengan pakaian yang buruk dekat lakimu, boleh bersabar dengan rumah yang tak sederhana, jika hanya berdua saja. Tetapi tak lama engkau dapat menahan hati mendengarkan rayuan, angin yang masuk dari celah tingkap rumahmu. Tak lama engkau dapat menahan hati, melihat mata orang yang memandangmu dengan belas kasihan. Ketika itu cinta itu akan beransur surut, engkau mula-mula menyesali nasib. Bila nasib telah disesali, tentu lama-lama pindah penyesalan kepada yang menyebabkan datangnya nasib itu, ialah si suami. Suami pun demikian pula. Berapa banyak saya dengar, berita dari orang yang telah bersuami, mengatakan bahawa ada laki-Iaki yang mengatakan isterinya sial, mengatakan isterinya menyebabkan dia dapat nahas. "


"Bimbang", itulah yang timbul selama Hayati ada di Padang Panjang. Jika dia akan masuk ke tempat tidumya, terbayang air mata Zainuddin, terupa bujuk cumbu Khadijah, kadang-kadang keras, kadang-kadang lunak, teringal senyum Aziz yang pandai menarik hati itu.

Sehabis pasar keramaian, dia pun bersiaplah hendak kembali ke kampungnya. Mereka berjanji akan sentiasa ingat-mengingat. Kain-kain telah dibungkus, beberapa helai baju kebaya potongan Bandung telah dibuat dengan wang Khadijah sendiri.
Ketika dia akan naik ke bendi, Aziz serta Khadijah, dan ibunya, sama-sama melepas. Ketika berjabat salam, lama sekali tangannya dipegang oleh Khadijah. Dengan sikap yang sungguh-sungguh Khadijah berkata: "Jika ada mulutku yang ganjil kepadamu, kalau manis jangan lekas dihulur, kalau pahit jangan lekas diludahkan, fikirkan baik-baik dahulu."

Hayati tak menjawab, dia hanya menarik nafas panjang; dia bimbang! Dari cinta, turunlah dia kepada belas kasihan, belas kasihan sekarang telah diserang pula oleh kebimbangan ....

Setelah bendinya jauh, orang-orang itu pun kembalilah ke rumah. Lama sekali Hayati dan Mak Tengah Limahnya menjadi pembicaraan. Mula-mula memuji sambil bergurau, memperkatakan perangai Mak Tengah Limah tinggal di kota. Bagaimana lakunya di atas rumah, bahawa dia tak suka duduk di kerusi yang terlalu besar itu. Sampai kepada Hayati yang cantik selalu, walaupun pakaian apa yang dipakainya. Aziz pun telah turut pula memuji-mujinya.

"Alangkah baiknya jika kita berkarib dengan dia," ujar Khadijah memutuskan pembicaraan saudaranya sambil tersenyum!

"Kalau kita berkerabat dengan dia, bukan main megahnya itu. Barangkali orang yang akan disuruh pergi yang tak mahu!" ujar ibunya sambil melihat Aziz dengan sudut mata.

Aziz hanya menekur sambil mengulaikan kepalanya ke kerusi dan kemudian menengadah ke loteng, seakan-akan tak terdengar olehnya.

“Bagaimana ini uda? Kata Khadijah pula, perempuan seperti Hayati itu sudah selayaknya untuk kita.

Rupa tak ada tolok bandingannya, peribahasanya amat tinggi, maklumlah orang kampung, adat kota tidak pula kalah. Misalnya kalau jadi, bukan main keberuntungan kita."

"Sebetulnya di dalam pergaulan seminggu itu, banyak benar perangainya yang menarik hati saya. Kalau dapat kita minta, alangkah baiknya," kata ibunya pula.

"Gadis kampung salahnya terlalu kaku kalau dibawa ke kota," kata Aziz dengan suara lunak.
"Itu mudah diperbaiki. Kalau kita palut badannya dengan emas, diberi kesenangan yang memuaskan, tentu dia akan berubah menjadi orang kota yang moden kelak," kata Khadijah.

"Barangkali telah ada tunangannya!"
"Ah, tunangan, dia belum ada tunangan. Semasa di kampung dia bercinta-cintaan dengan orang Mengkasar. Anak mengaji yang tak tentu hilir mudiknya itu, khabamya anak orang terbuang, mana boleh jadi jodohnya.'"

"Zainuddin tempoh hari?" "Itulah!"

Lama-lama pembicaraan itu telah hampir akur, Aziz amat tertarik dengan kecantikan Hayati. Dia sekarang hendak melepaskan pendapat yang lama, hidup membujang, dia hendak mengambil Hayati menjadi isterinya. Tetapi tidaklah sampai pertimbangannya, apakah Hayati hendak jadi isteri yang akan dibawa bersama-sama sehidup semati, isteri kawan bertempur menghadapi kesulitan hayat, sebagaimana difikirkan orang selama ini, tidak sampai ke sana pertimbangannya.

Pertimbangannya ialah Hayati gadis cantik, orang kampung pingitan, dia mesti mendapat Hayati. Tak dapat dengan jalan yang biasa dikerjakannya, iaitu haram, dengan jalan halal baik juga. Dia sekarang ada pekerjaan, simpanan ibunya pun cukup, harta banyak. Siapa orang tak suka dengan dia.

Setelah cukup perlop-nya 14 hari, dia pun kembali ke Padang. Dia benjanji hendak hidup jujur, melemparkan perangainya yang lama, supaya kalau-kalau dia meminta Hayati, akan diberikan oleh kerabatnya dengan tidak banyak berfikir.

Terlalu banyak was-was yang menimpa Zainuddin sejak surat itu dimasukkannyake pos. Dia merasa takut, kalau kalau suratnya yang bersifat terus terang itu akan menggoncangkan hati Hayati. Apalagi setelah ditunggu-tunggu balasannya, tak datang. Dan kemudian sekali, dilihat-lihatnya Hayati tak ada lagi di Padang Panjang. Timbullah kedukaannya, kalau-kalau suratnya itu menimbulkan marah Hayati kepadanya, sehingga dikirimnyalah surat teralamat ke Batipuh, meminta maaf dan keredaan, jika kata yang dahulu telah terlanjur.

Terubatlah hati itu kembali seketika ia mendapat balasan dari Hayati, mengatakan suratnya yang dahulu tidak menerbitkan salah terimanya sedikit juga, dan masih mengharap-harap surat darinya, masih ingin hendak bertemu. Cuma seketika akan berangkat pulang kembali belum sempat memberi tahu, kerana sangat sesaknya pekerjaan, sehingga tak sempat membuat surat dengan
tenang dan tenteram.

Ketika membaca surat itu, telah ada perasaan yang halus dalam jantung Zainuddin, mengatakan bahawa surat itu sudah agak kurang berisi dari yang dahulu. Tetapi perasaan yang demikian tak sanggup tumbuh dengan subur kerana dari dalam pun datang pula suara mengatakan "Manakah akan boleh jadi, seorang anak perempuan yang sebaik hati itu, yang telah bersumpah setia, akan undur dari janjinya hanya dalam beberapa hari saja!

Begitulah keadaan Zainuddin yang hidup laksana, layang-layang yang tak dapat angin, tak tentu turun naiknya selalu gundah-gulana disebabkan oleh pukulan cinta.

Bukan Hayati telah melupakan Zainuddin, belum pula dia cinta kepada Aziz dengan erti cinta yang ada kepada Zainuddin. Tapi yang dapat dilihat, sejak menjejak Padang Panjang, perasaan Hayati yang dahulu, sudah beransur hilang. Dia sudah tahu bagaimana kekurangan hidup di kampung dan bagaimana kemewahan di kota. Sudah mulai masuk ke dalam hatinya perasaan gembira, telah sempit rasanya dipakainya guntingan pakaian cara kampung, telah lebih senang dia melihat sorak-sorai orang di kota. Pengajaran yang diberikan oleh Khadijah meskipun pada hari pertama belum lekat, pada hari kedua, ketiga, dan seterusnya mulai mendalam masuk jantung, mulai terasa benarnya. Sekarang telah terjawab olehnya pertanyaan jantungnya sendiri, mengapa kerap kali benar orang bercerai dengan isterinya, kerap kali perempuan tak setia kepada suami. Lain tidak fasal wang juga. Jika wang telah ada, segala-galanya dapat didamaikan, kekurangan dapat disembunyikan, marah boleh dihapuskan dengan maaf.

Sudah mulai samar wajah Zainuddin dalam sanubari. Dia hanya akan tinggal laksana peringatan dari kehidupan masa yang lalu, semasa masih anak-anak. ltu tidaklah hairan, sudah lazim. Sudah biasa anak gadis mencintai seorang muda, anak muda merindui seorang gadis, semasa mereka masih belum dewasa. Setelah dewasa, tentu kehendak kaum keluarga juga yang akan langsung. Mereka biasanya tinggal kenal dan hormat-menghormati, sama menganggukkan kepala jika bertemu tengah jalan, yang perempuan bersama suaminya, dan yang laki-laki bersama isterinya.

Tetapi bila angin telah reda, bila suara bayu telah hening, Hayati duduk seorang dirinya dalam rumahnya di Batipuh. Suara oto tidak terdengar lagi dan pacu kuda sudah lama usai, bilamana dapat dia bermenung dan berfikir agak sejenak, tampak jugalah Zainuddin terbayang-bayang, berjalan dengan langkahnya yang perlahan, dengan muka yang muram dan kepala tertekur, kurus dan sedih, melarat dan sengsara, tidak ada tali tempat bergantung, tidak ada tanah tempat berpijak. Kalau dia mengingat itu, dia menarik nafas panjang, laksana seorang anak dagang ingat kampung halamannya yang telah lama ditinggalkannya; atau laksana seorang tua yang tersedar hari mudanya.

Ketika itu barulah Hayati menangis, menumpahkan rasa1 belas kasihnya, menumpahkan cinta yang sebenarnya. Dan bila dia bermenung sebentar lagi, bayangan itu pun berransur hilang dalam perarakan awan, berganti dengan satu bayangan putih kian lama kian jelas, iaitu warna kegembiraan Khadijah, keindahan kota, ketangkasan Aziz. terrbayang cincin berlian kiriman tunangan Khadijah yang dipakainya. Terbayang gadis kota yang tangkas dan cantik, dengan bedaknya yang selayang, pipinya yang dipermerah, rambutnya yang disanggul besar, pakaiannya yang tipis dan cantik, kain sarungnya yang senteng di muka sedikit dan selop yang tinggi tumitnya.

Bila bayangan yang gembira itu datang, muzik yang merdu dari suara pergeseran pohon bambu di belakang rumah, yang biasa membualkan lagu kerinduan; kulik helang tengah hari di udara, yang biasa menghidupkan irama orang yang tengah dirayu cinta; desir air yang mengalir dalam sungai yang biasa mengalirkan semangat harapan dari orang yang bercinta. Kicau murai di bumbungan atap rumah, siputu tekukur di dahan pohon suriano Bunyi merbah memanggil pasangannya di rumpun teberau. Yang semuanya itu lagu dan nyanyian keindahan alam anugerah Tuhan, semuanya hilang tak teringat lagi. Semuanya berganti dengan derum oto mendaki bukit, derap telapak kuda berlari, sorak sorai orang di gelanggang, bunyi muzik dan keroncong di malam gembira perkahwinan. Semuanya adalah keindahan buatan manusia yang tiada memuaskan yang lekas membosankan.

"Nikmat Ilahi ada di sekeliling tiap-tiap insan, ada di dusun, ada di kota, ada di gunung dan ada di lurah, ada di daratan dan ada di lautan. Tetapi nafsu tiada merasa puas, atau tidak ingat nikmat yang di kelilingnya itu; dia hanya melihat kekurangannya. Yang sentiasa diperhatikannya ialah nikmat yang ada di tempat lain, dan yang di tangan orang lain. Kelak kalau dia ada kesempatan pindah ke tempat yang dilihatnya itu, dia menyesal dan dia teringat pulang, iaitu pada hari yang tiada berguna padanya penjelasan lagi .... "

Sahabatku yang tercinta Hayati!

Sangat sepinya terasa rumah tangga kami setelah engkau pergi. Orang yang sebagai engkau ini, di mana pun rumah yang engkau ziarahi, kegelapan rumah itu akan hilang kena cahaya mukamu. Udaku Aziz telah kembali ke Padang, tidak berapa hari setelah engkau pulang. Biarlah dengan terus terang saya katakan bahawa kegembiraannya hilang saja setelah engkau pergi. Ibu sendiri kerap menyebut namamu, memuji perangaimu dan memuji kecantikanmu.

Hayati!

Adakah kau kenangkan juga nasihatku yang tulus ikhlas terhadap dirimu? AIgaknya tidak berapa hari lagi akan datang ke mari salah seorang suruhan dari pihak kaum kerabat kami,

Meminta kamu buat menjadi menantunya untuk udaku Aziz, menurut adat yang lazim terpakai di negeri kita. Sungguhpun agaknya keluargamu tiada akan keberatan menerima permintaan kami, hanya sebuah yang diresahkan oleh sahabatmu ini, iaitu kalau-kalau engkau tak mahu atau engkau merasa terpaksa. Kalau demikian, tentu " saja kehidupan dan perkahwinan tiadakan beruntung. Engkau mengatakan tempoh hari, bahawa cintamu telah tertumpah kepada Zainuddin, sudah sukar mengorak buhulnya, dan kehidupan Zainuddin bergantung kepada hidupmu. Maka dengan terus terang sekali lagi kukatakan, bahawa kalau engkau selidiki dengan saksama, sebenarnya bukanlah Zainuddin cinta akan dikau kalau memang dia hendak mengambilmu jadi isterinya . Zainuddin adalah seorang ahli angan-angan, . Ahli syair, Orang yang demikian mendirikan seorang perempuan cantik dalam angan-angannya, untuk memperdalam irama aliran syairnya. Ahli syair, atau ahli gambar mendirikan malaikat dan bidadari, yang akan dipantun dan dilukiskannya. Tetapi dia tak boleh bertemu perempuan itu pada hakikat, cukup pada khayal saja.

Sebab perempuan yang berdiri dalam fikirannya itu sunyi daripada aib dan cela, bersih dari dosa dan kesalahan. Tetapi perempuan yang ada pada hakikat, atau manusia yang sejati, adalah cucu Hawa, Hawa yang beristana dalam syurga dan disuruh keluar dari sana lantaran salah memakan buah khuldi. Kalau dia bertemu dengan
engkau, dan didapatinya hakikat perempuan pada diri engkau, iaitu hakikat manusia yang tiada sunyi daripada khilaf dan salah, maka cinta yang berdiri dalam angan angannya itu akan segera sirna dan habis. Kerana tidak bertemu apa yang diangan-angannya bermula itu. Waktu itu berganti istana keberuntungan cinta, dengan gubuk kutukan kebencian. Kerana tidak malaikat saja pada diri insan. lnsan adalah pergabungan kesucian dan kekotoran, kecuali kalau dia telah diangkat menjadi Nabi dan Rasul, atau Waliullah yang keramat!

Sebab itu, selain daripada memang sukar mungkin tercapai, lebih baik engkau hapuskan dari sekarang angan-angan hendak kahwin dengan Zainuddin, jangan sampai hatimu rosak binasa kelak. Biarkanlah maksud tuan-tuan tak sampai, biarkanlah selama-Iamanya dia menyanyikan engkau dalam syairnya, sebagai bidadari yang hilang, atau sebagai pengharapan yang putus di tengah. Engkau kecewakan hatinya, ertinya engkau memberi nikmat buat dia sebagai seorang ahli budi dan ahli seni yang tinggi. Kerap sekali gelora ratap penyair, atau ilham lukisan penggambar hilang tak menentu, bagai air mata jatuh ke dalam pasir, jika maksudnya sampai. Jadi bererti engkau berikan nikmat kepada orang seorang, dan engkau cabut dari masyarakat umum.

Meskipun baru dari banyak membaca dan mendengar petua orang tua-tua,dapatlah ku katakana kepadamu Hayati, bahawasanya “cinta” tidaklah teguh untuk mempertalikan laki isteri. Tali yang teguh adalah kemaslahatan kedua belah pihak. Cinta ialah bunga melur yang indah warna dan harum baunya dua hari genap ketiga, selama air masih cukup dalam jambangan, selama tiga hari itu pula, subur dan indahlah hidupnya. Yang selalu mengancam akan suburnya ialah kemiskinan. Kalau harta cukup, cinta menjadi, kalau harta tak ada, pergaulan terancam. Cinta itu, Hayati! Cinta atau rindu dendam kasih sayang dan asyik masyuk, biarlah selamanya tinggal dalam khayal dari angan-angan pengarang hikayat, pengarang syair dan ahli pantun. Berkobar kalau berjauhan, terubat hati kalau berdampingan. Tetapi kerana dia hanya sebangsa penyakit, akan sembuhlah dia setelah kesedaran datang.

Hidup pada zaman sekarang berkehendak wang, Hayati! . Walaupun soleh dan bagaimana tekur kita, keadaan yang sekeliling kita tidak dapat melepaskan kita dari kongkongan, sedang Zainuddin tiadakan sanggup menyelenggarakan hidupmu. Kalau lantaran keras seruan dunia itu, Zainuddin tersesat memilih kehidupan dari jalan yang tiada halal, siapa yang berdosa? tidakkah engkau sendiri?

Fikirkan suratku ini. Meskipun hari ini engkau tolak, di belakang hari akan ternyata juga kebenarannya…..

Khadijah

"Ya Rabbi, berilah petunjuk bagi hamba-Mu ini," kata Hayati menarik nafas panjang, setelah membaca surat itu..