Wednesday, March 25, 2009

Selamat Berjuang Sahabat-sahabat Ku

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum Wrt Wbt..

.الحمد لله والصلاة والسلام على رسول لله, وعلى آله وأصحابه ومن تبعهم بإحسان !لى يوم الدين

Ermm.. entah apa yang sedang kurasai diketika ini, memang benar aku sangat-sangat gembira untuk bertemu dengan kedua orang tua ku, bertemu dengan adik beradik ku, anak saudara ku, sedara-mara ku dan sahabat-sahabat ku, tapi dalam masa yang sama hati ku amat berat untuk meninggalkan bumi Iman & Hikmah ini, dan juga berat untuk meninggalkan sahabat-sahabat seperjuangan ku.

Sebelum ini, aku selalu risau akan ketinggalan anak kunci rumah ketika ku keluar dari rumah, aku risau akan hujan turun yang mana pada ketika itu aku tiada memiliki payung, aku risau juga akan kekalahan manchester united kepada mana-mana kelab england, ku risau sekiranya sedangku membonceng motosikal berseorangan pada waktu malam, disekelilingku adalah pokok-pokok getah dan kelapa sawit diketika itu tayar motosikal tersebut bocor, aku risau bila sedang aku solat aku lupa untuk meng"silent"kan hp ku, dan aku sememangnya risau akan ketikamana ku berada di dur moyah (bilik air) dan pada masa yang sama hp berada dalam poket ku (dengan set as ringtone adalah doa atau zikir yang memuji Allah dan ketika itu dapat panggilan), andai itu semua yang dapat aku zahirkan akan kerisauan ku.. apakah perasaan yang sedang melanda diriku diketika ini????

Moga-moga perjalanan pulang aku dan sahabat-sahabatku dirahmati-Mu Ya Allah... ameen..

Wassalam...

*Allahumma innaka ta`lam anna hazihil qulub, qodij tama at ala mahabbatik, wal taqot ala to atik, wa tawahhadat al da`watik, wa ta ahadat ala nusroti syariatik, fawassiqillahumma robitotaha, wa`dim wuddaha, wahdiha subulaha, wamla aha binurikallazi la yakhbu, wasyroh suduroha bifaidil imani bik, wa jamili tawakkuli alaik, wa ahyihallahumma bima`rifatik, wa amitha ala syahadati fi sabilik, innaka ni`mal maula wa ni`man nasir.. ameen.

Saturday, March 21, 2009

Mungkin ini yang tersurat

Alhamdulillahi wakafa.. hampir sepuluh hari aku menyepikan diri dari berblog, tapi kali ini bukanlah malas yang mengatasi segalanya, tetapi adalah waktu yang tidak membenarkan aku untuk menulis disini. Ada pun jika berkesempatan masuk cc, hanyalah untuk menelefon keluarga dan sahabat-sahabat di Malaysia, chek email dan juga membaca isu-isu semasa di keratan akhbar.

Seminggu yang lalu aku dan aiman bersama-sama menziarahi tempat belajar ku pada suatu masa dahulu, yang mana ketika ku mula-mula jejakkan kaki ini ke ke bumi Iman & Hikmah, Baitu Marran (adalah nama sebuah perkampungan di daerah Arhab) lah tempat aku murajaah akan hafalan-hafalan ku (Al-Quran) . Alhamdulillah hampir setahun aku disana. Banyak yang dapat ku pelajari, adapun makhraj hurufnya (sehinggakan penah satu kali lidah ku ditarik oleh Ustaz Mohd Hanzoli) dan ditunjukkan akan dimanakah makhraj huruf yang sebetulnya (pada lidah ku).

Sekali fikir sakit hati pun ada, nak tergelak pun ada. Dan semua itulah yang membantu aku (makhraj huruf) ketika mana ku ingin memulakan bacaan ayat-ayat suci Al-quran, adapun didalam solat dan sebaliknya. Jazakumullahu khairan.

Dengan kamera yang sedia ada, aku dan aiman bergambar sakan (bukan sakan abu luhum) di kawasan Darul Quran tersebut. Untuk tatapan pembaca, akan ku postkan gambar-gambar tersebut sehari dua lagi InsyaAllah.

Aku baru saja pulang dari wakalah Yemeniah (Yemeniah Travel), alhamdulillah tiket ku dah confirm (itupun setelah beberapa kali terpaksa ditunda). Mz pun dah comment kat c-box agar ku bersabar. Yer, tengah bersabar lah ni. Kalu tak sabar dah lama ku renangi lautan Aden hanya untuk sampai ke M,sia, walaupun itu adalah suatu perkara yang mush ma`kul (tidak masuk akal) bagiku.

Hanya disini li hazihil marroh. InsyaAllah ketemu lagi dilain masa, Moga Allah senantiasa merahmati kita, moga kita dijauhkan dari segala perkara-perkara yang buruk. ameen

Apa yang baik hanya dari Allah S.W.T dan adapun yang lemah itu adalah kelemahan diri ini, wassalam..

Sinopsis Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck

Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck merupakan sebuah karya tersohor oleh Prof Dr. Hamka. Ianya adalah kisah cinta seorang pemuda kampung miskin yang tidak punya saudara bernama Zainuddin terhadap seorang gadis dari keluarga ternama bernama Hayati. Cinta mereka tidak mendapat restu keluarga Hayati. Pinangan Zainudin ditolak. Hayati dijodohkan dengan pemuda pilihan keluarga bernama Aziz yang dikatakan lebih layak mendampingi Hayati. Ibarat ruas telah bertemu buku, bagai janggut pulang ke dagu, sama berbangsa keduanya, satu bulan satu matahari. Begitulah pandangan keluarga Hayati, ketika mereka sepakat menjodohkan Hayati dan Aziz.

Cerita ini berkisar tentang semangat juang Zainuddin, bagaimana merana dan melaratnya hidup Zainuddin setelah cintanya ditolak oleh keluarga Hayati. Kemudian beliau bangun semula dari segala kedukaan, membuka lembaran baru dalam hidupnya menjadi seorang penulis yang ternama dan berjaya. Ia menceritakan tentang kesetiaan, cinta dan kasihnya Zainuddin terhadap Hayati. Meski Hayati sudah berkahwin tetapi sebaik mendapat tahu tentang kesusahan yang dihadapi Hayati, lantaran suaminya yang suka berpoya-poya serta tidak bertanggung-jawab, Zainuddin terus membantu tanpa ada dendam dan benci. Sesungguhnya cinta yang suci itu akan terus mekar di dalam hati hingga ke hujung nyawa begitulah jua cinta antara Zainuddin dan Hayati.

Cerita cinta ini disampaikan kepada pembaca melalui surat-surat yang ditulis oleh Zainuddin dan Hayati. Membaca surat-surat ini akan membawa kita terbang jauh ke dasar hati mereka. Sebuah cerita yang menyayat hati. Berkisar tentang pangkat dan darjat. Antara kekuatan jiwa, keimanan dan tuntutan nafsu.

Prof. Dr. Hamka menulis buku ini ketika beliau berusia 31 tahun ketika darah masih muda, khayalan dan sentimen masih memenuhi jiwanya dan beliau dikritik hebat kerana ia adalah sebuah buku cinta sedangkan pada zaman itu buku yang sebegini tidak pernah diterbitkan. Tetapi setelah sepuluh tahun berlalu, masyarakat mulai faham akan perlunya kesenian dan keindahan dalam hidup manusia. Sehinggakan ada yang bertanya bila lagi Dr akan menulis cerita yang begini hebat seperti Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck dan Di Bawah Lindungan Kaabah.

Surat daripada Zainuddin kepada Hayati;

Lebih seratus kali namamu ku sebut dalam sehari. Kadang-kadang saya terpanggil dalam nyanyianku, kadang-kadang dalam ratapku. Kicut pintu ditolak angin, terasa langkah kau yang terdengar. Masih juga belum percaya, kau telah membuang saya dari ingatanmu. Saya tanyai diri saya, apakah saya berdosa kepadamu? Tidak rasanya, bahkan dosa yang lain yang kerap saya perbuat untuk mencukupkan cintaku kepadamu.

Surat Khadijah (sahabat Hayati ) kepada Hayati

Cinta tidaklah teguh untuk mempertalikan laki isteri. Tali yang teguh adalah kemaslahatan kedua belah pihak. Cinta adalah bunga melur yang indah warna dan harum baunya dua hari genap ketiga selama air masih cukup dalam jambangan, selama tiga hari itu pula subur dan indahlah hidupnya. Yang selalu akan mengancam akan kesuburannya ialah kemiskinan. Kalau harta cukup cinta menjadi kalau harta tiada pergaulan terancam. Cinta atau rindu, dendam kasih sayang atau asyik maksyuk biarlah tinggal dalam khayal dari angan-angan pengarang hikayat.

Bersambung...................

Tuesday, March 10, 2009

Babul Yaman, Isnin, Maulidur Rasul

Assalamualaikum... Berat terasa tangan ini untuk memulakan bicara, ini kerana rasa "malas" yang mengatasi segalanya. Apa pun, ku cuba untuk hilangkan rasa itu, dengan bercerita tentang lawatan aku ke suatu tempat (sambil membeli belah sebenarnya) yang tidak jauh dari Tahrir yaitu Babul Yaman. Dengan maksud "pintu Yaman" ia menyimpan 1001 sejarah Yaman disuatu ketika dulu. Hinggalah hari ini semua itu masih lekat diingatan orang-orang Yaman, kecuali bagi mereka yang "dok cakno" tentang sejarah Yaman.

Sesetengah Ulama berpendapat bahawa tarikh yang paling tepat bagi kelahiran baginda S.A.W adalah 9 Rabi`ul Awwal Tahun Gajah. Kerana mengikut perkiraan ahli falak, 9 Rabiul Awal tahun Gajah adalah tepat pada hari isnin.

Dari Abu Qatadah Al-Ansari r.a. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya tentang puasa hari Isnin, Jawab baginda s.a.w.; "Hari Isnin itu hari kelahiranku dan hari Isnin itu Quran diturunkan." - Sahih Bukhari

Kita sedia maklum akan cerita tentera Abrahah (dari Yaman) yang menyerang Ka`bah, di dalam Babul Yaman lah istana Abrahah.

Tengah aku ralit bercerita & menype tiba-tiba kedengaran azan zohor dilaungkan, ala bukan payah pun kite sambung lain kali yer.. Wassalam
















Saturday, March 7, 2009

Mukjizat Saintifik Berdasarkan Al-Quran

Assalamualaikum Wrt Wbt..

Apa yang akan kita lihat dibawah ini adalah diantara terjemahan dari kitab Al-Iman karangan Syeikh Abdul Majid Az Zindani & diterjemahkan oleh Ustaz Adli Mohd Saad. Moga-moga dengan semua ini sedikit sebanyak menyedarkan kita akan kebenaran ISLAM.

(Untuk paparan yang lebih jelas, sila klik pada gambar)


































































































































































































































































* Allahu Akhbar

Sunday, March 1, 2009

Sabar

Alhamdulillah wakafa, Setelah sudah minum pagi, ku mula mengambil kotak untuk diisi akan kitab-kitab ku yang akan dikargo. Sedang Atiq, Fakhrurazi, Lan & Husin dengan tekun mengadap buku B.I nya. Yang mana dia orang akan menghadapi peperiksaan jam 1 petang nanti.

Tengah aku mengisi kitab-kitab ku kedalam kotak, ia mengingatkan kembali ketika mana aku mula-mula menjejakkan kaki ke bumi Iman & Hikmah ini. Arhab, Ma`had Ibnu Amir As-Sana`ani, Jamiatul Ulom.. dan PERMAYA. Itu semu terlintas difikiran ku. Amat sempit ruangan ini untuk ku lukis kan kesemua itu. Ku cuma mampu katakan kenangan tinggal kenangan.

Walaupun telah ku ketahui akan keputusan peperiksaan ku, tapi keputusan itu belum sampai kepada musajjil. Ini lah yang membuatkan penerbangan ku terpaksa ditangguhkan. Entah apa yang sedang kurasai diwaktu ini. Hati ku melonjak untuk lekas pulang ke Kampungg halamanku. Untuk berjumpa dengan kedua orang tu. Mencium tangan mereka, mengucup dahi mereka, tidak juga ku dapat bersabar untuk bersama-sama dengan adik beradik ku, dan terakhirnya untuk bermain-main dengan anak sedara ku. Ya Allah!! ketemukan lah kami dalam suasana yang ada padanya Rahmat-Mu... ameen

Cukuplah disini, ketemu lagi dilain kali. Moga Allah merahmati kita semua.

Wassalam

* Robbana atina fid dunya hasanah, wafil akhiroti hasanah, wa qina azaban nar...