Monday, January 26, 2009

25-01-2009 Dalam kenangan

9-47 Pagi: Aku menerima dari kak ja (Assalamualaikum! Min sihat ko? Cik Pok ya nampak letih jah, muka dia kekuningan, amat berlainan dari hari yang biasa. Adik beradik dan sedara mara di Ibukota semuanya balik ke kampung. Doakan agar cik cepat sembuh.

10-04 Pagi: Mesej yang seterusnya (Cik kena gastrik teruk sangat, sehingga luka dalaman. Masuk kat Pakar Perdana selama 4 hari, selepas keluar wad tiada selera makan, hampir seminggu berlapar. Hari ni baru ada selera, itu pun 3-4 suap jek)

Selepas ku terima 2 mesej tersebut, aku bermenung seketika. Doaku semoga Cik Pok Ya di panjangkan umur, agar dapat ketemu bila ku pulang ke Malaysia nanti. Lalu aku membalas mesej kak ja, agar sampaikan salam ku kepada atuk kesayangan ku.

5-38 Petang waktu Yaman: Sedang aku mengenangkan saat-saat bersama Cik Pok Ya tiba-tiba ada mesej yang baru ku terima dari Kak Ja, (Min! Cik Pok Ya dah tiada).

Erm... pipi ku mula dibasahi dengan air mata. Mesej yang baru ku terima sebentar tadi benar-benar buat aku menginsafi akan diri ku, rupanya perbualan terakhir ku dengan atuk ku pada 11 bulan yang lalu merupakan yang terakhir untuk ku.

Tabahkan lah hati hamba-Mu ini ya Allah...Berikanlah daku ketenangan... thabitkanlah hati ini dalam menerima ujian dari-Mu. dengan beriman kepada-Mu... ameen ya Robbal Alamin..

* Allahummaghfirlahu warhamhu, wa a`fihi wa`fu anhu..

Friday, January 23, 2009

Lega

.الحمد لله والصلاة والسلام على رسولله, وعلى آله وأصحابه ومن تبعهم بإحسان !لى يوم الدين

Sesudah selesai solat subuh, ku bersegera melangkah keluar rumah untuk ke pasar. Sambil itu aku ditemani oleh kozi. Sesudah kembali dari pasar, kami terus memotong ikan-ikan yang telah dibeli tadi, sesudah itu dimasukkan ke dalam plastik dan seterusnya kedalam "el-mari eis" (peti sejuk).

Min, Bangun-bangun! dah jam 12 nih, kejap lagi dah nak jumaat!! kata Zulkhairi sambil mengejutkan aku dan Sham. Sesudah bersiap-siap ku terus menyegerakan langkah ku menuju ke masjid untuk mengerjakan solat Jumaat.

Setelah selesai solat, aku Kozi & Lan menahan bas untuk ke "Damai Restoran". Seperti yang sedia maklum, Hari ni diadakan majlis aqiqah sempena kelahiran anak Cik Hamdan di "Damai Restoran". Makan besar hari ni...kata ku dalam hati.

Alhamdulillah, minggu ini tentera-tentera israel telah pun berundur dari bumi Gaza, walaupun seluruh dunia lega dengan berita pengunduran tersebut, perlu kita sedar akan jumlah yang terkorban (Syahid) dan juga jumlah yang cedera. Begitu juga dengan kemusnahan yang berlaku. Ada juga sumber yang mengatakan bahawa kemusnahan yang berlaku lebih teruk daripada beberapa kali gempa bumi. Ya Allah!! Terimalah pengorbanan mereka...ameen.

Semalam, aku menerima mesej dari seorang sahabatku di Malaysia. Walaupun hanya ditype satu perkataan, ianya benar-benar dapat melegakan hati ini yang sekian lama tertanya-tanya. Ia membuat kan aku lega setelah sekian lama menjadi persoalan di minda ku. Moga apa yang telah kita rancang dulu menjadi kenyataan...ameen.

Jam menunjukkan pukul 5.00 petang. Aku ingin bersiap-siap dulu sementara menunggu masuk waktu Maghrib. cukup la disini dulu untuk kali ini. Moga bersua lagi dilain waktu. Moga kita semua sentiasa dalam redha-Nya..ameen

Sesungguhnya setiap yang baik itu dari-Nya dan yang sebaliknya itu dari kelemahan diri ku sendiri.

Wassalam

*Allahumma afini fi badani, Allahumma afini fi sam`ie, Allahumma afini fi basori..La ilaha illa Anta..

Wednesday, January 21, 2009

Hembusan yang terakhir

Salam ukhwah buat sahabat-sahabat sekalian. Moga kita semua diberkati-Nya ameen. Kali ini hanya ingin berkongsi lirik nasyid yang dipopularkan oleh Abu Khotir. Sama-sama lah kita hayati liriknya..di samping itu juga selamat menonton!!

video


* Aku adalah kepunyaan Allah, dan kepada Allah jugalah tempat aku kembali.

Tuesday, January 20, 2009

Dibawah Lindungan Kaabah (bhg. akhir)

DI BAWAH LINDUNGAN KAABAH

Pada hari kelapan Zulhijjah perintah daripada syeikh kami menyuruh menyiapkan segala keperluan untuk berangkat ke `Arafah, kerana pada hari kesembilan akan wuquf (Berhenti sehari lamanya) di sana. Berangkat itu ialah tiga hari setelah kami menerima surat tersebut.

Akan hal Hamid, bermula menerima surat itu tidaklah berkesan pada mukanya, bahawa dia dipengahruhi oleh isinya, tetapi setelah sehari dua hari, kelihatan ia termenung saja, bertambah daripada biasa, ketika kami tanyai keadaannya, ia mengatakan, bahawa badannya terasa sakit-sakit. Tetapi oleh kerana pergi wuquf ke `Arafah menjadi rukun daripada mengerjakan haji, tak dapat tidak ia pun mesti ikut ke sana. Maka dipasanglah sakdup-sakdup di punggung unta yang beribu-ribu banyaknya. Bersedia hendak membawa orang haji ke `Arafah itu. Kira-kira pukul empat petang, jemaah-jemaah telah berangkat berduyun-duyun menuju ke `Arafah, jalan sempit dan penuh oleh manusia dan kenderaan berbagai-bagai, ada yang mengenderai keldai, kuda dan unta, tetapi yang paling banyak duduk dalam sakdup iaitu dua buah tandu yang dipasang kiri kanan punggung unta.

Saya bersama dengan Hamid menumpang dalam satu sakdup. Di `Arafah sangat benar panasnya, sehingga ketika berhenti di tempat itu sehari lamanya, kita ingat-ingat akan berwuquf kelak di padang Mahsyar. Setelah matahari terbenam kami kembali menuju ke Mina, berhenti sebentar di Muzdalifah memilih batu untuk melempar " Jumrah" di Mina itu kelak. Setelah berdiam di Mina pada hari yang ke sepuluh, ke sebelas, kedua belas, ketiga belas, bolehlah kembali ke Mekah mengerjakan tawaf besar dan Sai`e, setelah itu bercukur, sehabis bercukur baru disebut " haji".

Pada perhentian besar di Mina itu, orang-orang yang kaya menyembelih korban untuk fakir dan miskin. Sekarang kembali diceritakan keadaan Hamid. Demamnya yang dibawa dari Mekah bertambah menjadi-jadi, lebih-lebih setelah mendapat hawa yang panas di `Arafah itu. Di sana banyak orang yang mati kerana kepanasan. Hamid tak mahu lagi makan, badannya sangat lelah, sehingga seketika berangkat ke Mina ia tiada sedarkan dirinya, demi melihat hal itu, jantung saya berdebar-debar, saya kasihan kepadanya.

Kalau-kalau di tempat itulah dia akan bercerai buat selama-lamanya dengan kami, lebih-lebih melihat mukanya yang sangat pucat dan badannya yang sangat lemah. Setelah selesai penyembelihan besar itu, pada hari yang ke sebelas kami berangkat ke Mekah, iaitu mengerjakan rukun yang agak cepat, tidak menunggu sampai tiga hari. Sebelum mengerjakan tawaf besar itu, lebih dahulu kami singgah ke rumah kami. Kerana penyakit Hamid rupanya bertambah berat, terpaksalah kami mencarikan orang Badwi upahan, yang biasanya menerima upah mengangkat orang sakit mengerjakan tawaf. Sebelum Hamid diangkat ke atas bangku itu, yang diberi hamparan daripada kulit dahan kurma berjalin, khadam syeikh datang terburu-buru menghantarkan sepucuk surat dari Sumatera, setelah kami buka, ternyata datangnya dari Rosnah. Muka Salleh menjadi pucat,jantung saya berdebar-debar membaca isinya yang tiada sangka-sangka, Zainab telah meninggal, surat menyusul, Rosnah.

Setelah dibacanya dengan sikap yang sangat gugup Salleh menyimpan surat kawat itu ke dalam sakunya, sambil memandang kepada Hamid dengan perasaan yang sangat terharu. Tiba-tiba dari tempat tidurnya Hamid kedengaran berkata; " Surat apakah yang tuan-tuan terima? Apakah sebabnya tuan-tuan sembunyikan daripadaku? Adakah ia membawa duka atau khabar suka? Jika ia khabar suka, tidakkah patut saya diberi sedikit saja daripada kesukaan itu? Kalau khabar itu mengenani diri saya sendiri lebih baik tuan-tuan terangkan kepada saya lekas-lekas, tidaklah patut tuan-tuan sembunyikan lama-lama jangan dibiarkan saya di dalam sakit menanggung perasaan yang ragu-ragu."

" Tenagkanlah hatimu, sahabat! Kehendak Allah telah berlaku, ia telah memanggil orang yang dicintaiNya ke hadratNya."

" Oh, jadi Zainab telah dahulu daripadaku? "
tanyanya pula.

" Ya, demikianlah, sahabat!"

Mendengar jawapan itu kepanya tertekun, ia menarik nafas panjang, dari pipinya meleleh dua titik airmata yang panas. Tidak beberapa saat kemudian, datanglah Badwi tersebut membawa tandu yang kami pesan, Hamid pun dipindahkan ke dalam dan diangkat dengan segera menuju Masjidil Haram, saya dan Salleh mengiringkan di belakang menurut Badwi yang berjalan cepat itu. Setelah sampai di dalam masjid, dibawalah dia tawaf keliling Ka`bah tujuh kali.

Ketika sampai yang ke tujuh kali diisyaratkannya kepada Badwi yang berdua itu menyuruh menghentikan tandunya di antara pintu Ka`bah dengan batu hitam, di tempat yang bernama Maltezam, tempat segala doa yang makbul. Orang lain tawaf pula berdesak-desak. Dengan sifat sabar orang-orang Badwi mengangkat tandu ke dekat tempat yang tersebut. Hati saya sangat berdebar melihatkan keadaan itu, saya lihat muka Hamid, di sana sudah nampak terbayang tanda-tanda kematian. Sampai di sana dihulurkannya tangannya, dipegangnya kesoh kuat dengan tangannya yang telah kurus, seakan-akan tidak akan dilepaskannya lagi. Saya dekati dia, kedengaran oleh saya dia membaca doa demikian bunyinya:

" Ya Rabbi, ya Tuhanku, Yang Maha Pengasih dan Penyayang, di bawah lindungan Ka`bah, rumah Engkau yang suci dan terpilih ini, saya menadahkan tangan memohon kurnia. Kepada siapa lagi yang saya akan pergi memohon ampun, kalau bukan Engkau ya Tuhanku! Tidak ada suatu tali pun tempat saya bergantung, lain daripada tali Engkau, tidak ada pintu yang akan saya tutup, lain daripada pintu Engkau.

Berilah kelapangan jalan buat saya, saya hendak pulang ke hasrat Engkau; saya menuruti orang-orang yang dahulu daripada saya, orang-orang yang bertali hidupnya dengan hidup saya.

Ya Rabbi, Engkaulah Yang Maha Kuasa, kepada Engkaulah kami sekalian akan kembali…"


Setelah itu suaranya tidak kedengaran lagi; di mukanya terbayang suatu cahaya muka yang jernih dan damai, cahaya keredhaan daripada Ilahi. Di bibirnya terbayang suatu senyuman dan…sampailah waktunya lepaslah ia daripada tanggungan dunia yang amat berat ini, dengan keizinan Tuhannya, di bawah lindungan Ka`bah!

Pada hari itu selesailah mayat sahabat yang dikasihi itu dimakamkan di perkuburan Ma`ala yang masyhur.

SURAT ROSNAH YANG MENYUSUL

Dua minggu sudah kejadian itu, datanglah surat Rosnah yang dijanjikannya kepada suaminya itu, demikian bunyinya:

" Kekanda yang tercinta!"

Adinda kirimkan surat ini menyusul surat kawat yang dahulu. Zainab meninggal. Apakah dari itu lagi yang harus adinda nyatakan? Dia telah menanggung penyakit dengan sabar dan tawakkal, mula-mula adinda hendak sampaikan khabar ini kepada Hamid, sebab sentiasa Hamid menjadi buah mulutnya sampai saatnya yang penghabisan, tiba-tiba kawat kekanda datang pula, Hamid telah menyusul kekasihnya.

Demikianlah kedua makhluk yang tidak beruntung nasibnya itu, mudah-mudahan arwahnya mendapat bahagia di akhirat. Adinda harus mengaku, bahawa jarang sekali kita bertemu dengan seorang perempuan sebagai Zainab. Tidak ada orang yang tahu tentang keadaan dirinya, kecuali ibunya dan adinda. Pendengaran yang sampai kepadanya, bahawa Hamid ada di Mekah mengobarkan kembali akan api yang telah hampir padam. Lima hari sebelum ia meninggal dunia, pagi-pagi benar dia sudah bangun dari tempat tidurnya, mukanya lebih jernih dari biasa.

Dengan senyum dia berkata, bahawa dia bermimpi melihat Ka`bah, dantara manusia yang sedang tawaf. Dia melihat Hamid melambaikan tangannya memanggil dia, supaya mendekatkan kepadanya, setelah dia mendekat dia terbangun…Lepas hari itu, tidak banyak bicara lagi, doktor pun datang juga memeriksai dia, tetapi ketika melihat wajahnya, mengertilah adinda, bahawa ubat yang dibawanya sebenar-benarnya ialah buat ibu Zainab, tidak buat Zainab lagi, sebab di tangga ketika dia akan pulang, jelas benar oleh adinda doktor itu menggeleng-gelengkan kepalanya.

Pada malam 9 Zulhijjah panasnya naik daripada biasa. Kira-kira pukul dua tengah malam, dipandangnya adinda tenang-tenang, kemudian dilihatnya pula buku album yang terletak di meja tulisnya; adinda pun mengertilah apa yang dimaksudkannay. Adinda ambil album itu dan adinda buka. Demi dilihatnya gambar Hamid, jatuhlah dua titis airmata yang bulat dari mata yang telah cekung itu. Setelah itu diambilnya tangan ibunya, dibawanya ke dada. Maka dengan beransur-ansur, laksana lampu yang kehabisan minyak, bercerailah badannya dengan sukmanya.

Kekanda, demikianlah kematian zainab, dan sekarang suatu pula yang menjadikan was-was adinda, iaitu keadaan ibunya, bagaimanakah kelak perasaan perempuan itu kerana kehilangan anaknya. Sekianlah dan buat semangat orang yang telah mati, adinda kirimkan salamku dan moga kekanda lekas pulang.


Adindamu Rosnah


PENUTUP Kian lama kian sunyilah tanah Mekah. Bukit-bukit yang telah gondola itu tegak dengan teguhnya laksana pengawal yang menyaksikan dan menjagai orang haji yang beransur pulang ke kampong masing-masing. Kedai-kedai kian sudah tutup, sebab 6 bulan pula lamanya pasar akan sepi. Tidak putus-putus unta berarak-arak diiringkan oleh gembalanya bangsa Badwi sambil bernyanyi-nyanyi. Sehari sebelum kami meninggalkan Mekah, pergilah kami berziarah ke perkuburan Ma,ala tempat Hamid dikuburkan. Di sana masih bertemu kesannya, meskipun agak sukar mencarinya, sebab telah banyak pula orang lain yang berkubur. Saya hadapkan muka saya ke pusara itu dan saya berkata:

" Penghidupanmu yang tiada mengenal putus asa, kesabaran dan ketenangan hatimu menanggung sengsara, dapatlah menjadi tamsil dan ibarat kepada kami. Engkau telah mengambil jalan yang lurus dan jujur di dalam memupuk dan mempertahankan cinta. " Allah adalah Maha adil, jika sempit bagimu dunia ini berdua, maka alam akhirat adalah lebih lapang dan luas, di sanalah kelak makhluk menerima balasan dari kejujuran dan kesabarannya; di sanalah penghidupan yang sebenarnya, bukan mimpi dan bukan khayalan.

" Kami pun dalam menunggu titah pula, sebab ada masanya datang dan ada masanya pergi. " Selamatlah, moga-moga Allah memberi berkat atas jiwamu dan jiwa Zainab." Pukul empat petang kami tawaf keliling Ka`bah " Tawaf Wida" ertinya tawaf selamat berpisah. Sehari itu juga kami akan berangkat ke Juddah. Saudaraku Salleh belayar dengan kapal yang menuju ke Mesir. Dan kapalku memecahkan ombak dan gelombang menuju ke tanahair yang tercinta.

TAMAT

* Penulis : Haji Abdul Malik Karim Abdullah (HAMKA)
* Tajuk : Dipetik dari buku Dibawah Lindungan Kaabah.
* Cetakan : Pustaka Antara

Monday, January 19, 2009

Ibu Mithali

Ibu mithali ibu yang sejati
Kasih sayangmu kasih yang suci
Pengorbananmu di sanjung tinggi
Jasamu tetap disanubari

Ibu oh ibu fitrah ku murni
Kelembutanmu menyentuh hati
Semai kasih mu dalam jiwaku
Kau di sayangi kerna menyayangi

Ibu mithali ibu yang sejati
Kasih sayangmu kasih yang suci
Pengorbananmu di sanjung tinggi
Jasamu tetap disanubari


Ibu oh ibu hatimu suci
Tulus ikhlasmu mendidik daku
Sanggup bersusah dan menderita
Demi kebahgiaan sekeluarga

Ibu mithali ibu yang sejati
Kasih sayangmu kasih yang suci
Pengorbananmu di sanjung tinggi
Jasamu tetap disanubari


Ibu oh ibu kau serikandi
Bakti amalmu tidak terperi
Beramal soleh berperibadi
Menta'ati Allah juga suami

Ibu mithali ibu yang sejati
Kasih sayangmu kasih yang suci
Pengorbananmu di sanjung tinggi
Jasamu tetap disanubari


*Terima kasih Ibu diatas segala pengorbananmu, Hanya Allah yang dapat membalasnya...

Sunday, January 18, 2009

" Birruh..Biddam .. Nafdika Ya Falestin!!!"

(Syeikh Sodiq "anak kepada Syeikh Husin Ahmar" bertongkat)

(Diantara Masyayeikh yang hadir)

(Masjid Presiden yang menjadi kebanggaan rakyat Yaman)

(Masjid Presiden yang tersergam indah di Sab`ein)

(Ketibaan Syeikh Abdul Majid Az-Zindani)

(Diantara muslimat yang turut serta pada perhimpunan tersebut)

(Inilah diantara hadirin yang merempuh masuk untuk bersama-sama dengan Masyayiekh di pentas)

(Fasbir sobron jamila)

(" Birruh..Biddam .. Nafdika Ya Aqso!!!")

(Anak kecil pun tidak ketinggalan)

(Possing baik-baik bang.. nanti jatuh)

(" Birruh..Biddam .. Nafdika Ya Falastin!!!")

(Diantara tokoh-tokoh pejuang Palestin yang syahid)

(" Birruh..Biddam .. Nafdika Ya Ghazzah!! Allahu Akhbar!!!)

(Bukakanlah pintu jihad!!!!!)

(Kecil-kecil cili meriam)

(Tuan punya lori bersama anaknya ketikamana menumpangkan kami, sempat berposing)

Saturday, January 17, 2009

Keranamu Gaza

Khamis 3:26 Petang. Ku menerima mesej dari syarikat telekomunikasi Sabafon, mengajak untuk sama-sama hadir ke "Mahrojan Nasrotu Ghazzah" Bertempat di Medan Sab`ien.

Jumaat 11:30 Pagi. Untuk mengelak dari kesibukan lalu lintas, kami berempat (penulis, Kozi, Ayah Su n Atiq) sepakat untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid Presiden. Kebetulan Medan Sab`ein bersebelahan dengan masjid tersebut.

11:50 Pagi. Kami sampai ke Masjid tersebut, oleh kerana masih ada 20 minit sebelum masuk waktu jumaat, kami sama-sama menghayunkan langkah menuju ke Medan Sab`ein untuk melihat persiapan yang diaturkan oleh pihak penganjur.

12:10 Tengah Hari. Azan dilaungkan menandakan masuknya waktu solat. Kami bergegas menuju ke Masjid.

MEDAN SAB`EIN: Sesudah selesai mengerjakan solat Jumaat, aku, Khairi, Kozi & Atiq bergambar dipersekitaran masjid tersebut (maklumlah kali pertama menjejakkan kaki di "Jamik Rais), selepas itu kami mula menghayunkan langkah menuju ke tempat perhimpunan ..pabila sampai... Tiba-tiba bulu roma ku mula berdiri tegak.. bila mendengar laungan dari para hadirin dan hadirat...diantara laungan-laungan yang berkumandangan:

" Birruh..Biddam .. Nafdika Ya Aqso!!!"

" Birruh..Biddam .. Nafdika Ya Falastin!!!"

" Birruh..Biddam .. Nafdika Ya
Ghazzah!!!"

" Birruh..Biddam .. Nafdika Ya Hamas!!!"

Allahu Akhbar!! Inilah kali pertama aku merasainya. Dengan begitu bersemangat aku pun mengikut sama melaungkan apa yang dilaungkan oleh lautan manusia.. diketika aku melaungkan dengan penuh bersemangat... aku dapat merasai.. ramai orang Yaman yang memandangku.. ini adalah perkara yang biasa bagiku..kerana aku adalah ajnabi.. sambil bertakbir sambil ditemuramah oleh arab-arab Yaman.. akan asal usul ku.. dengan masa yang begitu singkat itu..sudah cukup untuk mengeratkan silaturrahim diantara aku dan orang Yaman.. sedang siku kami bertautan sambil bertakbir.... Begitulah diantara sifat-sifat orang Yaman.. peramah dan mudah mesra.

Perhimpunan itu lebih meriah dengan ketibaan Syeikh Abdul Majid Az Zindani, Dengan laungan takbir dari puluhan ribu manusia, Syeikh Abdul Majid diiringi oleh askar-askar beliau menuju ke pentas. Dibukakan upacara tersebut dengan laungan-laungan berbentuk bantuan & sokongan ke atas Palestin, kemudian Dr Fawwaz (Bekas Mudir Am Muassasah Al -Quds) menyampaikan kata-kata aluan beliau, serta menceritakan perihal yang sedang berlaku di Palestin diketika ini. Dalam ucapan beliau juga, beliau menyeru agar para Pemimpin di tanah arab menyalurkan bantuan yang sewajarnya kepada Semenanjung Gazza yang menjadi mangsa kekejaman tentera israel.

Para hadirin makin bersemangat melaungkan kata-kata jihad, bilamana Syeikh Abdul majid menyampaikan ucapan beliau, di ketika itu juga ada sesetengah hadirin yang merempuh pasukan keselamatan untuk naik ke pentas, untuk berdiri bersama-sama Masyayeikh yang hadir pada perhimpunan tersebut.

Syeikh Al-Zindani dalam ucapannya menyebut bahawa seluruh lapisan masyarakat Yaman daripada pihak pemerintah dan rakyat bersatu dalam isu Palestin mengutuk tindakan Israel terhadap penduduk Gaza. Ini satu isyarat jelas kepada pemerintah Israel. Kemudian beliau menyeru para pemimpin Arab dan dunia Islam agar menyatukan saf dan menegaskan bahawa mereka tidak menerima tindakan Mesir menutup sempadan Rafah. Beliau juga menegaskan bahawa Presiden Republik Arab Mesir, Hosni Mobarak turut sama terlibat dalam pembunuhan penduduk Gaza.

Beliau menyeru para pemerintah supaya menggesa PBB mengambil tindakan terhadap Israel yang telah mengisytiharkan perang secara terbuka terhadap Gaza. Seterusnya Syeikh Al-Zindani menyeru para ulama Islam supaya mengeluarkan fatwa secara bersepakat tentang perbuatan golongan yang membantu Israel menekan penduduk Gaza adalah haram di sisi Islam. Agar seluruh dunia mengetahuinya. Beliau juga memberi amaran agar jangan ada mana-mana pihak yang menghalang bantuan rakyat Yaman ke Gaza yang akan dihantar dengan kapal melalui terusan Suez.

Dengan berakhirnya ucapan Syeikh Abdul Majid itu tadi, berakhirlah perhimpunan pada kali ini. Moga-moga dengan perhimpunan itu tadi, sedikit sebanyak dapat menyedarkan para pemimpin di tanah arab khususnya, dan seluruh dunia am nya.. Moga-moga nasib umat islam di Gaza terbela.. ameen.

Ya Allah! Ampunkanlah kelemahan kami, berikanlah kesedaran kepada kami, dan bangkitkanlah orang-orang yang akan berjihad daripada kalangan kami. Amin.

* Oleh kerana line kurang memuaskan pada pagi ini, gambar-gambar akan dipostkan dilain hari.. InsyaAllah..

Wednesday, January 14, 2009

Satey Oh Satey

"Min, Jom kite buat satey? "kata Sham kepadaku setelah merasai kuah kacang yang sedang mendidih di atas dapur.

"Satey? best juga tuh, tapi kena la beli semua barang-barang tuh dulu, erm.. barang-barang keperluan untuk satey kite beli dekat Ct Mart. Arang kita beli kat baharat (sebelah kedai dobi). Cuma sekarang erm.. serai kita minta dengan abey kelate, dawai (tempat untuk bakar satey) pula akan ku ambil kat rumah Permaya" Balasku.

Kol 10.30 malam bermula la kerja memotong ayam, setelah siap kesemuanya bahan-bahan utk pemerapan (bawang puting, bawang besar, halia, lada hitam, jintan putih, jintan manis, serai, kesemuanya di blender) digaulkan bersama ayam yang telah di potong oleh atiq. Setelah siap digaul, diperapkan semalaman.

Kol 4.00 ptg semalam bermula lah kerja-kerja mencucuk satey.

kol 8 malam, baru je nak mulakan kerja utk membakar satey-satey yang telah di cucuk petang tadi, tiba-tiba.. alamak gelap.. "bekalan letrik terputus daa" kata salah seorang dari kami. memandangkan dah setengah jam pun masih tiada letrik lagi.. kami terpaksa la teruskan agenda seterusnya yaitu agenda membakar satey walaupun dalam keadaan gelap gelita. Erm rasanya cukup dulu setakat ni. apa kata kita tengok gambar sambil bercerita... jom pakat kelih (tengok @ lihat).


(Satey yang siap dicucuk dari sudut tepi)



(Dari 5 ekor ayam "setiap ekor seberat 1.1 Kg" berjaya menghasilkan 100 cucuk satey)



(Nak tunggu satey masak, lambat lagi, jom kita habiskan nasi yang masih berbaki "
kata Fakhrurazi (tengah) kepada Zulkhairi & Husin")



(candid camera)




("Bila nak menyala api ni..?!" seloroh Lan kepada Atiq)



(Diantara tetamu yang hadir , disebelah kanan)




(Balik jangan tak balik..kang hangus tak sedap)



(Cinta satey)



(Tengah bersiap untuk menjamu selera)



(Tambah-tambah, jangan tak tambah)



(Kuah kacang, timun & bawang tidak dapat dipisahkan lagi, serta limau untuk pencuci mulut kata orang ditempat kenduri kahwin)


(Jom makan)


Sebenarnya masih ada gambar yang nak di upload kan.. tapi tidak berkesempatan. insyaAllah akan edit balik dalam masa terdekat (andai berkesempatan). Alhamdulillah.. walaupun pada asalnya hanya lah dengan niat untuk melepaskan geram sebab lama tak makan satey, tapi kerjasama dalam gambar tersebut jelas menunjukkan ikatan ukhwah yang tersimpul rapi. Uhibbukum Fillah...

*Allahumma innaka ta`lam anna hazihil qulub, qodij tama at ala mahabbatik, wal taqot ala to atik, wa tawahhadat al da`watik, wa ta ahadat ala nusroti syariatik, fawassiqillahumma robitotaha, wa`dim wuddaha, wahdiha subulaha, wamla aha binurikallazi la yakhbu, wasyroh suduroha bifaidil imani bik, wa jamili tawakkuli alaik, wa ahyihallahumma bima`rifatik, wa amitha ala syahadati fi sabilik, inna ni`mal maula wa ni`man nasir.. ameen.

Tuesday, January 13, 2009

Dibawah Lindungan Kaabah (bhg.10)

SURAT-SURAT

Sepuluh hari sebelum orang-orang haji berangkat ke `Arafah mengerjakan wuquf jemaah-jemaah telah kembali dari ziarah besar ke Madinah. Waktu itulah pula Salleh kembali ke Mekah. Surat balasan dari isterinya yang datang sepeninggalannya ke Madinah telah kami serahkan ke tangannya. Dalam minggu itu juga datang surat Zainab kepada Hamid.

Salinan surat Rosnah.

Kandaku tuan!
Surat kekanda telah adinda terima, surat yang telah lama adinda harap-harapkan…. Disini ada beberapa perkataan lagi- isteri (yang tak perlu saya salin)

Akan hal Zainab ia sekarang sakit-sakit, badannya telah kurus agaknya kerana selalu ingat segala kejadian yang lama-lama itu, adinda, tiada dapat menahan hati, melihat surat kekanda kepadanya. Seketika membaca surat itu, badannya kelihatan gementar, entah kerana cemasnya entah kerana harapannya, dapatlah kekanda maklumi sendiri. Ia sangat harap dan sangat rindu hendak bertemu dengan Hamid, tetapi hatinya menjadi syak wasangka memikirkan badannya yang selalu tiada sihat itu, entah akan bertemu juga entah tidak.

Alangkah beruntungnya dua orang bersahabat itu kelak, jika mereka dapat bertemu kembali. Ya, mudah-mudahan Allah yang pengasih lagi penyayang mengkabulkan permohonan hambaNya, Amin!

Rosnah.

Salinan surat Zainab

Abangku Hamid!

Baru sekarang adinda beroleh berita di mana abang sekarang. Telah hampir dua tahun hilang saja dari mata, laksana seekor burung yang terlepas dari sangkarnya sepeninggalan yang empunya pergi. Kadang-kadang adinda sesali diri sendiri. Agaknya adinda telah bersalah besar sehingga kekanda pergi tak memberitahu dahulu.

Sayang sekali, pertanyaan abang belum adinda jawab dan abang hilang sebelum mulutku sanggup menyusun perkataan penjawabnya. Kemudian itu abang perintahkan adinda menurut perintah orang tua, tetapi adinda syak-wasangka melihatkan sikap abang yang gugup ketika menjatuhkan perintah itu.

Wahai abang…. Pertalian kita diikat oleh beberapa macam tanda Tanya dan tekateki, sebelum terjawab semuanya, kita telah berpisah dengan tiba-tiba. Memang demikiankah kehendah takdir?

Adinda sentiasa tiada putus pengharapan, adinda tunggu khabar dan berita. Di balik tiap-tiap kalimah daripada suratmu. Abang!....surat yang terkirim dari Medan, ketika abang akan belayar jauh, telah adinda periksa dan adinda selidik; banyak sangat surat itu berisi bayangan, di balik yang tersurat ada yang tersirat. Adinda hendak membalas tetapi kearah manakah surat itu hendak adinda kirimkan, abang hilang tak tentu rimbanya!

Hanya kepada bulan purnama di malam hari adinda bisikkan dan adinda pesankan kerinduan adinda hendak bertemu. Tetapi bulan itu tetap tak datang; pada malam yang berikutan dan seterusnya ia kian kusut….. hanya kepada angin petang yang berhembusan di ranting-ranting kayu di dekat rumahku, hanya kepadanya ku bisikkan menyuruh supaya ditolongnya memeliharakan abangku yang berjalan jauh, entah di darat di laut entah sengsara kehausan.

Hanya kepada surat abang itu, surat yang hanya sekali itu adinda terima selama hidup adinda tumpahkan airmata, kerana hanya menumpahkan airmata itulah kepandaian yang paling penghabisan bagi orang perempuan. Tetapi surat itu bisu, meski pun ia telah lapuk dalam lipatan dan telah layu kerana kerap dibaca, rahsia itu tidak juga dapat dibukanya.

Sekarang abang, badan adinda sakit-sakit, ajal entah berlaku pagi hari entah besok petang, gerak Allah siapa tahu, besarlah pengharapanku supaya abang dapat pulang, dapat juga hendaknya kita bertemu…..

dan jika abang terlambat pulang, agaknya bekas tanah penggalian, bekas air penalkin dan jejak mijan yang dua, hanya yang akan abang dapati.

Adikmu yang tulus:

Zainab.

Wahai, akan dapatkah dilukiskan, dapatkah diperikan bagaimana wajah Hamid ketika membaca surat itu? Dapatkah, mungkinkah dikira-kirakan bagaimana perasaannya di waktu itu? Surat demikian adalah pengharapannya selama ini, pengharapannya dan buah mimpinya semasa ia masih bergaul, memikirkan kerendahan darjatnya, tiadalah disangka-sangkanya bahawa ia akan seberuntung itu, menerima surat dari Zainab, belumlah besar kegembiraan seorang budak jika ia diajak tersenyum oleh penghulunya; belumlah besar sukacita seorang pelayan istana jika ia dianugerahi sebentuk cincin oleh rajanya. Surat tanda cinta dari seorang perempuan, perempuan yang mula-mula dikenal dalam penghidupan seorang pemuda, adalah lebih berharga kepada senyuman seorang penghulu daripada budaknya yang lebih mulia daripada sebentuk cincin yang dianugerahkan raja kepada pelayannya. Satu hati, adalah lebih mahal daripada senyuman, satu jiwa adalah lebih berharga daripada sebentuk cincin.

Tetapi malang kerana surat itu diterima Hamid, ketika dia telah jauh dari hadapan Zainab. Apa lagi manusia tidak dapat menentukan nasibnya sendiri.

Bersambung....

* Penulis : Haji Abdul Malik Karim Abdullah (HAMKA)
* Tajuk : Dipetik dari buku Dibawah Lindungan Kaabah.
* Cetakan : Pustaka Antara

Monday, January 12, 2009

message

.الحمد لله والصلاة والسلام على رسولله, وعلى آله وأصحابه ومن تبعهم بإحسان !لى يوم الدي

Alhamdulillah... Syukurku hanya kepada yang Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang.

Sedang aku melabuhkan duduk ku dikerusi. Mengadap laptop sambil menghirup syahi, di suatu tempat yang jauh pula, saudara seislamku sedang berjuang bermati-matian demi mempertahankan tanah mereka dari di rampas oleh yahudi laknatuLlah.. sehingga hari ini hampir seribu dari mereka syahid, dan beribu-ribu lagi dari mereka cedera. Ya Allah..terimalah pengorbanan mereka, terima lah syahid mereka... ameen.

Sedang ku melajukan jari jemari ku ini... tup...tup.. ku terima message.. dari seorang sahabat seperjuangan ku disini. antara isinya (Hj, ada perkara penting yang perlu dibincangkan, harap dapat jumpa di Permaya jam 8 malam). Erm... terpaksa la dibatalkan niat ku, untuk ku coretkan dengan lebih panjang, ketemu lagi dilain masa..Wassalam

P/S: Ya Allah! Ampunkanlah kelemahan kami, berikanlah kesedaran kepada kami, dan bangkitkanlah orang-orang yang akan berjihad daripada kalangan kami. Amin.

Saturday, January 10, 2009

Arah

Ku berjalan, menghayunkkan langkah, sekejap laju, sekejap perlahan, tiada tahu akan ku, kemana kah arah hayunan langkah ku tadi.

Aku bingung seketika, tiada apa yang terlintas difikiran ku, kecuali memeraskan otak untuk mengetahui dimanakah aku, kemana arah tujuan ku, sambil ku berfikir.. tiba-tiba gelap seketika. Ah apa semua ini? gimana boleh ku berada ditempat sedemikian rupa? belum pernah ku jejak kaki ku ke tempat tersebut.

Sambil berfikir, sambil aku memperlahan kan langkah untuk mengetahui kemana tujuan ku, dan dimanakah aku pada masa itu.. Sedang ku berfikir sambil berjalan. lantas kedengaran azan dilaungkan.. baru lah aku sedar, yang aku sedang bermimpi.. Ya Allah.. adakah mimpi aku tadi menggambarkan akan realiti kehidupan aku sekarang ini? Ihdinassirotol mustaqim... Ihdinassirotol mustaqim... Ihdinassirotol mustaqim... amen..

* Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. Surah Al Imran ayat 8.

Sedar

Aku sedar, yang selama ini aku leka dengan ujian dari Sang Pencipta,
Aku sedar, yang aku alpa dengan dunia yang penuh tipu daya,
Sampai bilakah aku terus begini???
Sedarkan lah diri wahai insan yang bernama manusia..
Sedar lah...bahawa tidak diciptakan manusia dan jin kecuali hanya untuk beribadah kepada-Nya.
Kerana...aku adalah kepunyaan Allah, dan kepada Allah jugalah tempat aku kembali...

* Inna lillahi wainna ilahi rajiun..(Keberkatan dan kemanisan perjuangan hanya untuk mereka yang sanggup bermujahadah dalam kepayahan, mampu berkorban dalam tangisan dan rela imannya diuji dalam keperitan.....SALAM PERJUANGAN...)

Thursday, January 8, 2009

Ramalan tok batin

Krew sebuah produksi filem sedang membuat penggambaran di hutan Sarawak.Suatu hari datang seorang lelaki tua suku Penan, mendapatkan pengarah.

"Esok hujan," katanya.

Memang tepat seperti yang dikata. Esoknya krew tidak dapat menjalankan penggambaran kerana hujan.Seminggu kemudian lelaki tua itu datang lagi memberitahu pengarah.

"Hati-hati ya encik. Esok ribut petir akan melanda," katanya selamba.

Memang betul, esoknya kawasan itu dilanda ribut petir. "Uhh..handal betul orang tua tu," kata pengarah.

Dia meminta pengurus lokasi mengupah lelaki tua itu untuk meramal cuaca. Pengarah gembira kerana setiap ramalannya tepat.

Beberapa hari kemudian, lelaki tua itu tidak muncul-muncul. Pengarah semakin gelisah kerana esok dia bercadang merakamkan babak terpenting dramanya.

"Mat, kau cari orang tua tu dirumahnya," kata pengarah kepada pengurus lokasi.

Mulanya dia enggan bertemu pengarah, tetapi selepas dipujuk lelaki tua itu pun setuju ke lokasi.

"Esok saya ada penggambaran. Semuanya bergantung pada tok untuk tentukan cuaca," jelas pengarah.

"Entahlah encik, saya tak tau!!! Radio dah pecah," kata lelaki tua itu menggerak-gerakkan bahunya...

Pengarah (@#%^&*(())!))@(*@&@^%@$@$@%&&@**).

*Sekadar mengeringkan gusi

Tuesday, January 6, 2009

Munajat Seorang Hamba

Dikala malam sunyi sepi
Bani insan tenggelam dalam mimpi
Musafir yang malang ini pergi membasuh diri
Untuk mengadap-Mu oh tuhan

Lemah lutut ku berdiri
Di hadapan mu tangisanku keharuan
Hamba yang lemah serta hina
Engkau terima jua mendekati
Bersimpuh dibawah duli kebesaran-Mu

Tuhan hamba belum pasti
Bagaimana penerimaan-Mu
Dikala mendengar pengaduanku
Ku yakin kau tak mungkiri
Dalam wahyu yang Kau nuzulkan
Kau berjanji menerima pengaduanku

Dan Kau berjanji sudi mengampunkan ku
Dari segala dosa yang ku lakukan

Ampunan mu tuhan
Lebih besar dari kesalahan insan
Hamba yakin pada keampunan-Mu tuhan
Bukan tidak redha dengan ujian
Cuma hendak mengadu pada-Mu
Tempat hamba kembali nanti di sana


*AstaghfiruLlahal azim, illazi la ilaha illa huwal hayyul qoyyum, wa atubu alaik.


Sunday, January 4, 2009

Limau segar dari ladang





.الحمد لله والصلاة والسلام على رسولله, وعلى آله وأصحابه ومن تبعهم بإحسان !لى يوم الدين

Sedang ku berjalan menuju ke rumah, ku melintasi di hadapan jamiah Sana`a Jadidah, dengan ratusan mahasiswa dan mahasiswi Jamiah tersebut yang sedang bersesak-sesak menunggu bas, ku terdengar suara yang pada ku biasa kedengaran di pasar buahan-buahan.

"Kilo bi miah" (1 kilo Ry 100)= Rm 1.80 laung si penjual limau.

Aku pun mendekati lalu bertanya untuk memastikan harganya, takut-takut kalau ku tersalah dengar.

"Kilo bikam ya akh?"(Satu kilo berapa duit wahai saudaraku? "dialek ke loghat kedah) tanya ku.

"Kilo bi miah" (1 kilo Ry 100) jawabnya dengan bersungguh-sunguh.

Erm... sedang ku berfikir lantas dia memberitahu ku

"Jarrib-jarrib, hazihi asal" (cuba-cuba, ini adalah madu)

"Ku membalas, hazihi asal au burtukol? " Ini madu ke limau?.

"Hazihi burtukol, walakin to`muhu asal" (Ini adalah limau tetapi rasanya manis seperti madu) balas nya..sambil tersenyum. Penjual itu tahu yang aku ingin bergurau.

Yer aku tau yang itu adalah limau, cuma saje nak kenakan tuan limau itu dengan menggunakan lawak zohiri.

"U`tini isnain kilo ya akh" (berikan aku dua kilo wahai saudaraku).

Setelah membayarnya aku terus mengundur diri, dengan melajukan hayunan kaki ku agar lekas sampai ke rumah, sesudah sampai di rumah terus basuh tangan dan "ghoda" (lunch) bersama dengan ahli rumah ku, setelah selesai lunch baru lah kami sama-sama menikmati limau tersebut, sebelum itu sempat juga amik gambar limat tersebut. dan atas ini lah hasilnya. Setelah merasa seulas.. sedar-sedar ku telah menghabiskan sebanyak 4 biji, hehehehehe. Maklum lah.. lama sangat tak makan limau..

Ok lah.. dah lewat nih, online pun sebab nak active kan antivirus yang baru dibeli tengah hari tadi, ketemu lagi di lain masa, wassalam

P/S : abey..jangan jeles naaaa. :)

* Allahumma amsa bi min ni`matin au bi ahadin min kholqik, Faminka wahda kala syarikalak, falakalhamdu, wa lakasy syukr.

War airplanes

Salam ukhwah buat para pengunjung, diketika mana sedang ku mencari software di www.mininova.org, ku terlihat diruangan picture 1 file yang tertulis "120 War Airplanes HD Wallpapers ". wah.. file ini mengandungi gambar jet-jet perang, best nih kalu download. lantas ku klik untuk download file itu. Pabila siap, ku terus membuka file tersebut, alhamdulillah puas hati sangat bila tengok kesemua gambar itu. resolusi 1920 x 1200 lagi, Erm. bila tengok akan gambar tersebut, ia membuatkan aku teringat akan salah seorang sahabat seperjuangan ku di satu ketika dulu, tiada lain tiada bukan, dia adalah "chenub" (nub jange maroh ko kawe deh). ok la, ada lagi sejam untuk siapkan diri ke kuliah. wassalam.

(Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas)