Saturday, March 21, 2009

Mungkin ini yang tersurat

Alhamdulillahi wakafa.. hampir sepuluh hari aku menyepikan diri dari berblog, tapi kali ini bukanlah malas yang mengatasi segalanya, tetapi adalah waktu yang tidak membenarkan aku untuk menulis disini. Ada pun jika berkesempatan masuk cc, hanyalah untuk menelefon keluarga dan sahabat-sahabat di Malaysia, chek email dan juga membaca isu-isu semasa di keratan akhbar.

Seminggu yang lalu aku dan aiman bersama-sama menziarahi tempat belajar ku pada suatu masa dahulu, yang mana ketika ku mula-mula jejakkan kaki ini ke ke bumi Iman & Hikmah, Baitu Marran (adalah nama sebuah perkampungan di daerah Arhab) lah tempat aku murajaah akan hafalan-hafalan ku (Al-Quran) . Alhamdulillah hampir setahun aku disana. Banyak yang dapat ku pelajari, adapun makhraj hurufnya (sehinggakan penah satu kali lidah ku ditarik oleh Ustaz Mohd Hanzoli) dan ditunjukkan akan dimanakah makhraj huruf yang sebetulnya (pada lidah ku).

Sekali fikir sakit hati pun ada, nak tergelak pun ada. Dan semua itulah yang membantu aku (makhraj huruf) ketika mana ku ingin memulakan bacaan ayat-ayat suci Al-quran, adapun didalam solat dan sebaliknya. Jazakumullahu khairan.

Dengan kamera yang sedia ada, aku dan aiman bergambar sakan (bukan sakan abu luhum) di kawasan Darul Quran tersebut. Untuk tatapan pembaca, akan ku postkan gambar-gambar tersebut sehari dua lagi InsyaAllah.

Aku baru saja pulang dari wakalah Yemeniah (Yemeniah Travel), alhamdulillah tiket ku dah confirm (itupun setelah beberapa kali terpaksa ditunda). Mz pun dah comment kat c-box agar ku bersabar. Yer, tengah bersabar lah ni. Kalu tak sabar dah lama ku renangi lautan Aden hanya untuk sampai ke M,sia, walaupun itu adalah suatu perkara yang mush ma`kul (tidak masuk akal) bagiku.

Hanya disini li hazihil marroh. InsyaAllah ketemu lagi dilain masa, Moga Allah senantiasa merahmati kita, moga kita dijauhkan dari segala perkara-perkara yang buruk. ameen

Apa yang baik hanya dari Allah S.W.T dan adapun yang lemah itu adalah kelemahan diri ini, wassalam..

8 comments:

Saya said...

Assalamualaikum..


ni nak balik for good ke balik cuti je??

wah..menariknya pengalaman..

al-mutawwi` said...

Waalaikum salam..

Erm.. balik habis.. tak datang dah kot!!

Bonda said...
This comment has been removed by the author.
anTusufi said...

Salam sahabat :)

Aku pernah juga ke Arhab, waktu tu musim sejuk...air dlm bekas kat luar beku, huhuhu...

Aji, berapa tarikhnya pulang?

al-mutawwi` said...

Walaikum salam mad,

Ambe insyaAllah akan balik rabu nih 24-3, sampai kl khamis petang, sampai kelantan 7-15 malam, hari yang sama

anTusufi said...

Salam...

Ok bro...selamat berangkat ye (bkn angkat kapal terbang)....

Selamat kembali ke tanah air..selamat memulakan perjuangan baru di bumi Melayu (?) ini...

Bro, likuan perjuangannya tidak semudah disangka...cabarannya bukan sesenang dikata...curahkan ilmu yang ada bagi menurap jalannya yang semakin membangangkan :)

Ok bro..sedikit perkongsian pengalaman cetek daripada aku, saing rodong mu ;)

Kita jumpa di Malaysia...tak sabar nak dengar cite2 sensasi n terkini dari mu, heheheh...

al-mutawwi` said...

syukran mad.. insyaAllah ketemu kita di Malaysia nanti.. doakan moga ambe selamat sampai..

al-mutawwi` said...

ERm.... entah apa yang sedang kurasai sekarang ini...