Saturday, May 16, 2009

Amanat Di Hari Guru

Dengan Bismillah kita bermula
Kita pelajar menuntut ilmu
Esok kita bergembira
Dapat meraikan Hari Guru

Kita berhimpun untuk bersyukur
Kepada Tuhan yang Maha Esa
Kerana mendapat guru-guru kita
Tekun mengajar setiap masa

Kita pelajar mesti beringat
Masa itu amat berguna
Jangan kita hilang semangat
Untuk belajar hingga berjaya

Di luar sana banyak gejala
Dadah, merempit beribu maksiat
Pesan Cikgu jangan dileka
Sudah tentu hidup tersesat

Dengan Alhamdulillah kita sudahi
kita berucap sekali lagi
Terima kasih Cikgu seribu kali
Kerana bersabar dengan kami

SELAMAT HARI GURU....

Dr. Shaari Isa
Kuala Lumpur

No comments: