Bismillah…
Salam ukhwah, alhamdulillah..syukur kepada sang Pencipta.. kerana dah 3 malam dapat ke masjid.. setelah 2 malam berkurung dalam rumah.. so, bila dah sihat (walaupun belum pulih sepenuhnya) aku gunakan waktu itu sebaik mungkin..
3 malam lepas, aku berterawih di sebuah surau lama (wakaf mek zainab).. herm.. mengingatkan aku zaman kanak2 dulu.. dengan selawat sebelum dan juga diantara dua rakaat yang berikutnya.. sbb di masjid kg aku tak buat selawat.. dan itu lah yang terbaiknya.. kerana tiada dalil yang menunjukkan adanya selawat diantara dua rakaat…
malam seterusnya aku ke “qaryah Ramadhan” diperkarangan stadium.. tempat solat dia agak selesa.. dalam khemah tu siap ada “aircond” lagi… sound system pun boleh tahan.. imam mesir pulak tuh.. bacaan lancar… setengah juzuk baca tade sangkut pun.. ini juga boleh membantu seseorang agar solatnya lebih khusuk sebenarnya.. herm.. hanya buat lapan rakaat .. 1 juzuk dibahagikan kepada 8 rakaat.. percaya lah sedikit pun tak rasa letih.. kerana kemerduaan alunan bacaan dari kedua2 imam dari mesir itu.. setelah 4 rakaat diselitkan dengan tazkirah.. kebetulan tazkirah semalam disampaikan oleh Ust Fadhli Sha`ri.. tajuk “jihad”..dalam masa yang sama beliau menyentuh tentng apa yang sedang berlaku di selangor…
malam ini pula, aku ke masjid chekok panji.. imam jemputan dari Yaman.. bacaan nya tidak perlula aku nyatakan disini… setelah selesai solat terawih..aku mendekatinya.. lalu “ta`ruf”.. rupa2nya dia adalah syeikh ali (Imam besar sakan sinan abu luhum)… pelajar di yaman cukup kenal dengan imam tersebut.. borak punye borak..tengok jam dah hampir kol 11.00 .. patutla syeikh ali mohon undur diri..
sampai je umah.. jam dah 11.15.. ngantuknye… bukak laptop..tengok apa yang patut..
Ok, dah ngantuk…
Wassalam..
aminpcb
100811
No comments:
Post a Comment