Friday, August 5, 2011

Ubat


05082011095
Salam ukhwah.. setelah selesai solat subuh “Assalamualaikum, InsyaAllah sebentar lagi kita akan sama2 mendengar kuliah subuh yang akan disampaikan oleh ust Qamar.. harap para hadirin tidak meng”uzur”kan diri..kata ku kepada makmum..

Kuliah subuh pada kali ini bertajuk “Al Quran, Fadhilat serta adab2nya.. Amat banyak perkara yang disentuh oleh beliau.. dan ia nya berkitar tentang kehidupan hariaan kita.. adakah kita memenuhi tuntutan membaca Alquran (memahami) serta adab-adabnya sepertimana yang dituntut.. atau sebaliknya..

Aku tertanya-tanya adakah quran yang aku baca hari-hari sekadar untuk memenuhi tanggungjawabku sebagai seorang yang menghafal dari al quran ataukah bacaan tersebut sekadar untuk menunjuk-nunjuk pd orang lain yang aku menghafaz al quran.. semua itu berlegar dalam diri ini.. Ya Allah jauhkan lah aku dari sifat “Riya’ dan “Sum`ah”…

Sampai je dirumah.. tekak ku amat sakit, pedih.. lalu ku berehat agar ia pulih seperti sediakala.. herm.. hampir sejam tido.. bila bangun ianya masih sama.. tidak ada perubahan..bahkan makin pedih.. Hari ni giliran aku baca khutbah..terpaksa minta tolong imam tua untuk ganti.. “insyaAllah minggu depan saya akan ganti balik” kata ku kepad Imam tua,…

Tubuh pula makin panas.. kerana risau kalau2 makin teruk.. aku ke klinik keluarga.. amik ubat.. herm…makin bertambah la koleksi ubat ku.. yang sedia ada pun tak larat nak telan dah…

OK, nak rehat dulu..Wassalam..

aminpcb
050811
Kijang enterprise

2 comments:

Anash said...

sakit? gaout dtg lagi ke?
Semoga cepat sembuh hendaknya..
(tetiba prihatin plak..hehe..-sila sangka baik...)
btw, RM950 tuh naik air asia.
Alhamdullilah..memang selesa sume diuruskan.
Note: dok mana sekarang?bukan kat kelantan ker?

muhamad amin ismail said...

erm.. tak.. alhamdlillah stakat ni gout dalam "kawalan".. cuma demam, selsema.. pening.. kesan demam hingga telinge sebelah kurang dengar.. a,ah sekarang di kelantan. bertugas kat sini.. (memang asal kelantan pun) hehe.. insyaAllah slalu sangka baik.. anash dari mana?