Wednesday, March 25, 2009

Selamat Berjuang Sahabat-sahabat Ku

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum Wrt Wbt..

.الحمد لله والصلاة والسلام على رسول لله, وعلى آله وأصحابه ومن تبعهم بإحسان !لى يوم الدين

Ermm.. entah apa yang sedang kurasai diketika ini, memang benar aku sangat-sangat gembira untuk bertemu dengan kedua orang tua ku, bertemu dengan adik beradik ku, anak saudara ku, sedara-mara ku dan sahabat-sahabat ku, tapi dalam masa yang sama hati ku amat berat untuk meninggalkan bumi Iman & Hikmah ini, dan juga berat untuk meninggalkan sahabat-sahabat seperjuangan ku.

Sebelum ini, aku selalu risau akan ketinggalan anak kunci rumah ketika ku keluar dari rumah, aku risau akan hujan turun yang mana pada ketika itu aku tiada memiliki payung, aku risau juga akan kekalahan manchester united kepada mana-mana kelab england, ku risau sekiranya sedangku membonceng motosikal berseorangan pada waktu malam, disekelilingku adalah pokok-pokok getah dan kelapa sawit diketika itu tayar motosikal tersebut bocor, aku risau bila sedang aku solat aku lupa untuk meng"silent"kan hp ku, dan aku sememangnya risau akan ketikamana ku berada di dur moyah (bilik air) dan pada masa yang sama hp berada dalam poket ku (dengan set as ringtone adalah doa atau zikir yang memuji Allah dan ketika itu dapat panggilan), andai itu semua yang dapat aku zahirkan akan kerisauan ku.. apakah perasaan yang sedang melanda diriku diketika ini????

Moga-moga perjalanan pulang aku dan sahabat-sahabatku dirahmati-Mu Ya Allah... ameen..

Wassalam...

*Allahumma innaka ta`lam anna hazihil qulub, qodij tama at ala mahabbatik, wal taqot ala to atik, wa tawahhadat al da`watik, wa ta ahadat ala nusroti syariatik, fawassiqillahumma robitotaha, wa`dim wuddaha, wahdiha subulaha, wamla aha binurikallazi la yakhbu, wasyroh suduroha bifaidil imani bik, wa jamili tawakkuli alaik, wa ahyihallahumma bima`rifatik, wa amitha ala syahadati fi sabilik, innaka ni`mal maula wa ni`man nasir.. ameen.

3 comments:

loOkinoomz said...

ya Tuhan..perkenankanlah..

GuwaSufi said...

semakain indah kata bahasa mu ;)

mari, kita binakan pula ukhuwah di bumi Melayu (?) ini...

muhamad amin ismail said...

ameen.. mad. maaf lama dop online.. insyaAllah minggu depan akan mula online..