Tuesday, September 29, 2009

Puasa 6

Di penghujung Ramadhan umat Islam menamatkan ibadah puasa dengan hari Raya Aidilfitri sebagai tanda kemenangan dan kejayaan mentarbiyah diri. Tapi hari raya mungkin sahaja menimbulkan kesan sebaliknya. Manusia mula melepaskan tali kekangan nafsunya tanpa pengendalian yang wajar. Ini tentunya akan merosakkan kesan tarbiyah berkenaan.

Sebab itu Rasulullah S.A.W menggesa pengikutnya untuk berpuasa 6 hari dalam bulan Syawal selepas sebulan berpuasa pada bulan Ramadhan. Agar dapat ditawan kembali kehendak nafsu yang mula mahu bermaharajalela itu.

Berdasarkan riwayat Abu Ayyub Al-Ansari Baginda bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa enam hari dalam bulan Syawal, maka seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun." Hadis riwayat Muslim, Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah.

Sekiranya seseorang itu berterusan mengerjakan puasa enam ini setiap tahun, maka seolah-olah ia berpuasa selama-lamanya. Dalam hadis yang lain terdapat tafsiran kepada hadis ini* yang mengatakan berpuasa sebulan Ramadhan menyamai dengan 10 bulan manakala berpuasa enam hari pada bulan Syawal menyamai dua bulan. Dengan itu keseluruhannya adalah setahun.

Mungkin ada yang bertanya apakah yang dimaksudkan ia terus ditunaikan sebaik sahaja selepas 1 Syawal atau puasa sunat itu boleh ditangguhkan perlaksanaannya beberapa hari selepas hari raya? Dengan lebih jelas, adakah boleh puasa sunat Syawal sebelum qadha Ramadhan? Dalam tajuk ini Ulama berbeza pendapat kepada dua pendapat utama:

1. Harus puasa enam sebelum puasa qadha Ramadhan. Ini pendapat jumhur ulama sama ada secara mutlak mahupun dengan pendapat yang memakruhkan perbuatan seperti itu. Ulama Hanafi mengharuskan puasa sunat sebelum qadha Ramadhan kerana qadha itu tidak wajib secara segera tapi wajib "muwassa" atau (mengikut masa yang sesuai kepada orang yang mahu mengqadha puasa berkenaan) Ini juga pendapat Imam Ahmad dalam satu riwayat. Adapun ulama mazhab Maliki dan Syafi`ie mereka berpendapat harus tapi makruh kerana melambat-lambatkan yang wajib kerana sibuk menunaikan yang sunat.

2. Haram puasa sunat sebelum mengqadha puasa Ramadhan. Ini salah satu pendapat mazhab Hanbali.

Kesimpulannya Islam sangat mementingkan usaha melentur dan mentarbiyah nafsu manusia. Ini kerana nafsu manusia kuat terbelenggu dengan asabiyah, keMelayuan, keJawaan dan keAraban. Malah mereka tidak mahu tunduk kepada ajaran Islam yang syumul dan kaffah, mereka enggan bersama memperjuangkan Islam meskipun sudah berpuasa sebulan kerana kepentingan nafsu liar yang tidak dapat dilentur dengan jayanya....

Wallahu a`lam...
________________________________
*Menurut riwayat Al-Bukhari dan Abu Daud, hadis tersebut berbunyi dan bermaksud sebagai berikut:

”Puasa merupakan benteng. Jika salah seorang di anatara kamu berpuasa, maka janganlah berkata-kata kotor dan bertindak bodoh. Jika ada orang yang mengajaknya bergaduh atau mencaci dirinya, hendaklah dia mengatakan: “Aku ini sedang berpuasa”. Kata-kata ini hendaklah diulangi sebanyak dua kali. Demi tuhan yang menguasai diriku! Bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada wangian kasturi. Allah berfirman:” Dia meninggalkan makan, minum dan nafsu syahwatnya kerana Aku. Puasa adalah untuk-Ku, dan Akulah yang akan memberinya ganjaran. Setiap kebaikan akan dilipatgandakan sepuluh kali ganda”.

Rujukan: Fiqh Sunnah, Karangan Syeikh Sayid Sabiq, cetakan Al-Hidayah publication, Bab Puasa, Jilid 2 mukasurat 422 & 459.

Saturday, September 26, 2009

Ehems 11

Memberi rasuah kepada qadhi atau hakim agar ia mendiamkan kebenaran atau melakukan kebatilan merupakan satu kejahatan. Sebab perbuatan itu mengakibatkan ketidakadilan dalam hukum, penindasan orang yang berada dalam kebenaran serta menyebarkan kerosakan di bumi. Allah berfirman:

وَلا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُوا بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُوا فَرِيقًا مِنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالإثْمِ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ

Yang bermaksud: Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu Dengan jalan Yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia Dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya). (Al-Baqarah: 188).


Dalam sebuah hadis marfu` riwayat Abu Hurairah R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:

لعن الله الراشي والمرتشي

Yang bermaksud: “Allah melaknat penyuap dan penerima suap dalam (urusan) hukum
Hadis riwayat Imam Ahmad 2/387: Sohihul Jami`: 5069.

Adapun jika tak ada jalan lain lagi selain rasuah untuk mendapatkan kebenaran atau menolak kezaliman maka hal itu tidak termasuk dalam ancaman tersebut.

Saat ini, rasuah merasuah sudah menjadi kebiasaan umum. Bagi sebahagian pegawai, rasuah menjadi (income) pendapatan yang hasilnya lebih banyak dari gaji mereka peroleh. Untuk urusan rasuah merasuah, banyak perusahaan dan pejabat yang mengasingkan dana dimulai dan di akhiri dengan rasuah. Ini tentu sangat tidak menguntungkan bagi orang-orang miskin. Kerana adanya rasuah, undang-undang dan peraturan menjadi tak berguna lagi. Soal rasuah pula yang menjadikan orang yang berhak diterima sebagai pekerja digantikan oleh mereka yang tidak berhak.

Dalam urusan penradbiran misalnya, pelayanan yang baiknya hanya diberikan kepada mereka yang mahu membayar. Adapun yang tidak membayar, ia akan dilayani secara pandang sebelah mata, diperlambat atau diakhirkan. Pada saat yang sama, para perasuah yang dating kemudian, urusannya telah selesai terlebih dahulu.

kerana soal rasuah merasuah, wang yang mestinya milik mereka yang bekerja, bertukar masuk ke dalam poket orang lain. Disebabkan oleh hal ini juga, juga hal lain maka tidak hairan bahawa Rasulullah S.A.W memohon agar orang-orang yang mempunyai saham dalam urusan rasuah merasuah semuanya dijauhkan dari rahmat Allah.

Dari Abdullah bin Amr R.A, ia berkata, Rasulullah S.A.W bersabda:

لعنة الله على الراشي والمرتشي

Yang bermaksud: “Semoga laknat Allah atas penyuap dan orang yang disuap

hadis riwayat Ibnu Majah, 2313, Sohihul Jami`, 5114.

Wallahu A`lam

Sunday, September 13, 2009

Lawak Orang Pemalas

Pada masa dahulu, ada sebuah kampung dimana semua rakyatnya amat
Rajin belaka tidak ada yang malas.

Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari
Seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku

Katanya : "saya adalah yang paling malas"

Raja pun bertanya : "apa tahap malas awak?"

Lalu jawab lelaki tersebut :"kalau saya hendak makan,ada orang yang
menyuapkan saya".

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi : "Saya lebih malas lagi dari
dia tuanku".

Tuanku pun bertanya kepadanya : "sampai mana pulak tahap malas awak?"

maka jawabnya : "Kalau saya makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan".

Maka raja pun terdiam?

Tanpa disangka2 datang seorang budak lelaki kepadanya sambil
berkata:

"saya lah yang paling malas tuanku".

Raja pun bertanya, : "bagaimana pula tahap kemalasan awak?"

budak itu pun menjawab : "Nak cite pun malas".

KAH . KAH . .KAH . .!!!!!!!!!


P/S jangan maraaaah aaa

Wednesday, September 9, 2009

Qamar Bani Hasyim

Alhamdulillahi wakafa.. Kita telah pun memasuki hari yang ke 19 Ramadhan. Begitu pantas masa berlalu, tidak lama lagi Ramadhan akan berlalu pergi, pergi meninggalkan kita yang masih lagi dalam keadaan leka dengan permainan duniawi ini. Moga-moga kita diberikan keampunan oleh Allah S.W.T .

Allah telah berfirman :
{وَمَا هَذِهِ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ لَهْوٌ وَلَعِبٌ وَإِنَّ الدَّارَ الآخِرَةَ لَهِيَ الْحَيَوَانُ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ}(العنكبوت/64)
Yang bermaksud:

Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan; dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat). (Al-Ankabut:64)

Semalam ketikamana aku berehat-rehat sambil menonton tv, ku menekan butang 106. Yang mana di siang hari tadi aku terlihat akan iklan drama bersiri Sirah Nabawiyah yang bertajuk "Qamar Bani Hasyim". Hampir setengah jam aku terpaku dihadapan tv melihat akan drama bersiri tersebut. Mengapa ku terpaku?? ku terpaku kerana keindahan bahasa yang digunakan dalam dialog cerita tersebut. Ah lama benar aku tak "berkomunikasi" dengan menggunakan bahasa arab. Kali terakhir aku bertutur dalam bahasa arab adalah 4-5 bulan yang lalu ketikamana ada seorang arab dari Tunisia yang masuk ke kedai ayah ku.

Selain dari keindahan dan kemudahan bahasa arab yang sedia ada pada cerita tersebut. ada beberapa perkara lagi yang ingin boleh diambil "istifadah" dari drama yang bersiri itu. Pertamanya bagaimanakah Nabi S.A.W menjalankan da`wah beliau di sekitar Mekah secara sir dan jahr. Dan yang seterusnya da`wah beliau di Madinah. Dalam pada itu juga drama bersiri tersebut menceritakan detik-detik bersejarah dari mula Nabi Muhammad S.A.W diangkat menjadi Rasul sehinggalah kewafatan beliau.

Ada pun yang lainya, jika kita lihat anak-anak bangsa kita pada hari ini hanyalah didedahkan secebis dari perjuangan Nabi S.A.W. Cuba kita bertanyakan kepada ahli keluarga kita tentang apakah yang mereka ketahui dari sirah Rasulullah S.A.W. Semestinya mereka akan menceritakan yang ketika mana Baginda berkahwin dengan Khadijah umur Baginda adalah 25 dan Khadijah adalah 40 tahun. Dan Baginda diangkat menjadi Rasul ketikamana umur Beliau adalah 40 tahun. Kenapa kah hanya ini jawapan yang terpancul dari mulut mereka?? kerana hanya ini diantara apa yang didedahkan kepada mereka diketika mana mereka di sekolah.

Adakah memadai dengan kita mengetahui semua itu? cuba kita tanya diri kita, tentang-tentang artis masa kini, ada diantara mereka yang mengambi berat terhadap artis-artis yang mereka cintai, sayangi dan pujakan sehingga tahu akan tarikh lahir dan tempat lahir. Mereka berlumba-lumba dalam mengambil tahu akan biodata lengkap artis kesayangan mereka. Bila mana artis mereka digosipkan dengan beberapa artis yang lain mereka tampil memberikan komen dengan membuat panggilan ke stesen radio, untuk membela dan memberi pandangan bagi mempertahankan artis-artis yang mereka sayangi.

Tetapi ketikamana Nabi S.A.W dikarikatorkan.. berapa ramaikah yang tampil kehadapan membela Nabi S.A.W ?? apa yang kita lakukan ? adakah kita diantara mereka yang memboikot barangan dari negara yang meng"karikatorkan" Baginda S.A.W ?

Wallahu a`lam..

P/S: Moga Allah memberkati pengarah dan krew-krew drama bersiri tersebut. Alangkah bagusnya jika cerita tersebut dapat dimiliki dalam bentuk cd @ dvd (cadangan buat
Astro melalui saluran oasis (106).

Thursday, September 3, 2009

Random

Alhamdulillahi wakafa, Pagi ini telah memasuki hari yang ke 13 Ramadhan, begitu pantas masa berlalu. Moga dengan hari-hari yang penuh dengan keberkatan dan dijanjikan akan pahala berlipat kali ganda ini, kita pulun semahu-mahunya dalam beribadat kepada sang Pencipta, tiada lain semata mahu mencari redha-Nya.. " Robbana taqobbal minna, Sholatana, wa siyamana, wa qiamana.. ameen

Aku sedang khusyu` membaca surah Ali-Imran, mengimami ahli jemaah masjid mukim binjai.. Tiba-tiba "BOMMMMMM" bunyi seakan letupan yang kuat, aku dapat agak itu adalah kerja anak-anak kecil yang datang ke masjid semata tuk bermain mercun. Kadang-kadang geram juga bila ingatkan "peel" anak-anak tersebut bermain mercun. Mana tidaknya mereka mengganggu ahli jemaah yang sedang khusyu` sembahyang terawih dengan bermain mercun. Sehingga ada satu kali tengah-tengah aku meng"alunkan" bacaan tiba-tiba terlupa kerana terkejut akan bunyi mercun tersebut (kuat pulak tuh).. Herm.. dah la tak solat.. mengganggu orang yang sedang bersolat pula.

Pak Cik Soh (tok siak masjid) dah berkali-kali menasihati mereka, tetapi nasihat itu seolah masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri mereka je. Tidak cukup dengan itu mereka ber"Transformers"(*) pula didalam masjid. Sehingga ada seorang pakcik tua (ahli jemaah masjid) mengeluh " Herm budak-budak nih dah jadikan masjid ni sebagai "stesen"(#) pula. "Ah bukan stesen aja pakcik, bahkan ber"power rangers"($) lagi dalam masjid ni (balas ku), lalu kami sama-sama senyum.

Ini lah suasana yang sering berlaku bilamana berterawih dimana-mana masjid sekali pun. Apa pun dari budak tuh melepak di merata-rata tempat (yang tidak elok) ada baiknya juga mereka melepak di masjid. Paling kurang dapat solat Isya` berjemaah di masjid.

Wallahu a`lam

(*) Masa solat Isya` nampak bagus, tetapi bila terawih .....?
(#) Tempat berkumpul untuk bermain.
($) Bergurau, berlari, buat bising, bergaduh (berlawan macam power rangers)