Saturday, September 26, 2009

Ehems 11

Memberi rasuah kepada qadhi atau hakim agar ia mendiamkan kebenaran atau melakukan kebatilan merupakan satu kejahatan. Sebab perbuatan itu mengakibatkan ketidakadilan dalam hukum, penindasan orang yang berada dalam kebenaran serta menyebarkan kerosakan di bumi. Allah berfirman:

وَلا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُوا بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُوا فَرِيقًا مِنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالإثْمِ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ

Yang bermaksud: Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu Dengan jalan Yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia Dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya). (Al-Baqarah: 188).


Dalam sebuah hadis marfu` riwayat Abu Hurairah R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:

لعن الله الراشي والمرتشي

Yang bermaksud: “Allah melaknat penyuap dan penerima suap dalam (urusan) hukum
Hadis riwayat Imam Ahmad 2/387: Sohihul Jami`: 5069.

Adapun jika tak ada jalan lain lagi selain rasuah untuk mendapatkan kebenaran atau menolak kezaliman maka hal itu tidak termasuk dalam ancaman tersebut.

Saat ini, rasuah merasuah sudah menjadi kebiasaan umum. Bagi sebahagian pegawai, rasuah menjadi (income) pendapatan yang hasilnya lebih banyak dari gaji mereka peroleh. Untuk urusan rasuah merasuah, banyak perusahaan dan pejabat yang mengasingkan dana dimulai dan di akhiri dengan rasuah. Ini tentu sangat tidak menguntungkan bagi orang-orang miskin. Kerana adanya rasuah, undang-undang dan peraturan menjadi tak berguna lagi. Soal rasuah pula yang menjadikan orang yang berhak diterima sebagai pekerja digantikan oleh mereka yang tidak berhak.

Dalam urusan penradbiran misalnya, pelayanan yang baiknya hanya diberikan kepada mereka yang mahu membayar. Adapun yang tidak membayar, ia akan dilayani secara pandang sebelah mata, diperlambat atau diakhirkan. Pada saat yang sama, para perasuah yang dating kemudian, urusannya telah selesai terlebih dahulu.

kerana soal rasuah merasuah, wang yang mestinya milik mereka yang bekerja, bertukar masuk ke dalam poket orang lain. Disebabkan oleh hal ini juga, juga hal lain maka tidak hairan bahawa Rasulullah S.A.W memohon agar orang-orang yang mempunyai saham dalam urusan rasuah merasuah semuanya dijauhkan dari rahmat Allah.

Dari Abdullah bin Amr R.A, ia berkata, Rasulullah S.A.W bersabda:

لعنة الله على الراشي والمرتشي

Yang bermaksud: “Semoga laknat Allah atas penyuap dan orang yang disuap

hadis riwayat Ibnu Majah, 2313, Sohihul Jami`, 5114.

Wallahu A`lam

4 comments:

SyAhmaN said...

Ustaz, saya dan kawan2 pernah ditahan polis..kami di Ampang ketika tu..dlm pukul 3 pg..

Kawan sy, yg drive kereta yg kami naiki telah melnggar lampu isyarat..kebetulan, ada 4 pegawai polis sedang mnunggu di tepi jalan..

kenderaan kami ditahan dan diarahkan masuk ke satu lorong gelap.. kemudian kami diarahkan keluar kereta..

dipendekkan cerita, mereka yang mengarahkan kami membayar rasuh kepada mereka seorang rm10.. kebetulan saya pokai pada masa tu..
jadi kwn saya mendahulukan duitnya dahulu..

soalan sy..
adakah kami yang memberi rasuah akbt dipaksa ini turut bersubahat dan dikira melakukan satu dosa besar?

dan apakah hukumnya jika saya membayar kwn sy kemudian/ selepas dari kejadian itu dengan berniat bersedekah utk duit minyak keretanya..bukan utk mengganti duit rasuah yang dia hulurkan..

sekian..wallahualam..mohon feedback dari ustaz..

muhamad amin ismail said...

Bismillah...

Berkenaan dengan apa yang berlaku dan persoalan dari akh syahman.. duit yang diberikan itu setelah mana kita melakukan kesalahan,ini adalah termasuk dalam rasuah.

Dan sebaiknya kita harus meminta agar disaman (kerana kita telah melanggari undang-undang jalanraya) untuk mengelakkan diri kita dari kancah tersebut.

dalam tajuk niat pula. duit yang dikeluarkan adalah kerana kesalahan yang dilakukan.

Moga Allah memberkati kita semua.. ameen

wallahu a`lam

SyAhmaN said...

astagfirullahalazim..
huhu..kadang-kadang payah juga yer ustaz..terjebak juga dalam benda-benda macam nie.. Sebab kereta tu kereta kawan, dia pilih untuk bayar rasuah, dengan kami-kami yang menumpang turut terjebak..moga lepas nie lebih bertegaslah..biar korban duit, jangan korbankan agama..insyaAllah..syukran ustaz atas kesudian menjwb persoalan saya..

muhamad amin ismail said...

Afwan, Biar korban duit lebih, agar dijauhi dari rasuah, daripada korban duit sikit tetapi kita tergolong dalam golongan yang mengamalkan rasuah.

Cuma dalam satu lagi masalah, seandainya kita melalui satu proses pengurusan dan pada masa yang sama orang yang menguruskan urusan kita itu melambat-lambat @ menyusahkan kita agar kita bayar kepadanya. dalam hal ini berlainan pula.

Qadhi Amrani menyatakan bahawa kita boleh bayar sejumlah wang kepada orang tersebut kerana bayaran tersebut adalah untuk mendapatkan hak kita.

wallahu a`lam