Tuesday, October 6, 2009

Alhamdulillah

ألحمد لله ولي الصالحين، والعاقبة لمن أطاعه واتقاه في كل حين، ولا عدوان إلا على الظالمين، وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له إله الأولين والآخرين، وأشهد أن محمدًا عبد الله ورسوله

Hp ku berbunyi, mengejutkan aku yang sedang lena dibuai mimpi. Bilamana ku bangkit, dan ingin berjalan menuju ke dur moyah, kaki ku terasa amat sakit. Lalu ku melabuhkan kembali punggung ku ke di tepi katil, dengan harapan agar kesakitan itu tadi berkurangan. Sambil duduk ku gerak-gerakkan kaki ku ke kanan dan ke kiri. Lantas ku gagahi lagi sekali... alhamdulillah sakit itu berkurangan.

Setelah keluar dari bilik air tersebut, ku membaluti tubuhku dengan baju melayu dan kain pelikat. Ku membonceng motosikal menuju ke masjid untuk solat subuh.

Sekembalinya dari masjid ku merebahkan diriku di katil, sambil tangan kanan ku letak kan ke dahi ku.. (inilah cara ku berfikir akan setaip masalah yang ku alami) sambil berfikir akan masalah-masalah yang berlegar disekeliling ku. Benar, semalam salah satu dari masalah ku telah selesai, tetapi masih ada banyak perkara yang belum juga diselesaikan. Apa pun ku tetap bersyukur kerana ujian dan masalah itu lah yang dapat mengajar aku cara untuk menyelesaikan setiap masalah yang ku lalui dan tempuhi.

Dalam ku bermenung, terlintas akan firman Allah :

لا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلا وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلا تُحَمِّلْنَا مَا لا طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنْتَ مَوْلانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ (٢٨٦

Yang bermaksud: "Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah Kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum Yang kafir". (Al-Baqarah: 286).

Wassalam

aminpcb
06 Oktober 09

P/S: "Hidup ini tiada pernah sunyi dari ujian dan dugaan. Moga kita tidak tergolong dalam golongan "mereka yang tertewas".

7 comments:

SyAhmaN said...

"Bilamana ku bangkit, dan ingin berjalan menuju ke dur moyah, KAKI tu terasa amat SAKIT. Lalu ku melabuhkan kembali punggung ku ke di tepi katil, dengan harapan agar kesakitan itu tadi berkurangan. Sambil duduk ku gerak-gerakkan kaki ku ke kanan dan ke kiri. Lantas ku gagahi lagi sekali... alhamdulillah SAKIT itu berkurangan"

boleh kongsikan sakit apekah yang sebenar pada kaki ustaz tu..kasihannya..semoga allah tabahkan dan cekalkan hati...

amin ismail said...

erm... saya kena gout.. dari 10 akhir ramadhan lagi.. sampai la hari ni.. cuma agak teruk sket la..

amin ismail said...

ameen.. Barokallahu fika..

SyAhmaN said...

sudah pergi klinik?
hmm, kena makan berpantanglah ya ustaz..tak boleh sebarangan..

Alhamdulillah,sudah beransur pulih..insyaAllah,kami doakan semoga ustaz cepat sembuh...

amin ismail said...

Ameeeen... em..sekarang ni makin menjadi2.. dah pegi klinik.. dan doktor nasihatkan agar berpantang.. Syahman apa khabar ye?

SyAhmaN said...

owh..siannya..hmm..saya kongsikan link di bawah..moga boleh bantu ustaz yer..bykkn lah makan buah-buahan segar dan sbgnya..

http://ms.wikipedia.org/wiki/Gout

saya?
alhamdulillah..kesihatan fizikal baik2 shj..kesihatan dalaman nie yang agak kurang lah ustaz.. doakanlah saya jadi sekuat ustaz yer dalam perjuangan agama kita.. banyak lagi yang perlu dipelajari..

amin ismail said...

Saya baru lepas baca.. syukran atas wikipedia...

sebelum ni ingat kan ikan dan sayur bayam boleh dimakan bagi yang mengidap gout. rupa-rupa sebaliknya.

Moga syahman diberi ketabahan, kesabaran dalam menghadapi hari yang akan ditempuhi..