Syaitan amat giat dalam menebarkan fitnah dan menjerumuskan manusia kepada yang haram. Kerana itu Allah mengingatkan kita dengan firman-Nya:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ وَمَنْ يَتَّبِعْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ فَإِنَّهُ يَأْمُرُ بِالْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَر
Yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah syaitan, maka Sesungguhnya syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar”. (surah An-Nur: 21).
Syaitan masuk kepada anak Adam bagaikan aliran darah. Di antara cara-cara syaitan di dalam menjerumuskan ke dalam perbuatan keji adalah khalwat dengan wanita bukan mahram. Kerananya, syariat Islam menutup pintu tersebut, sebagaimana yang disabdakan Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
”Tidaklah seorang laki-laki berkhalwat dengan wanita kecuali pihak ketiganya adalah syaitan” Hadis riwayat At-Tirmizi 3/474: lihat Misyakatul Mashabih, 3188
Dan dari Ibnu Umar R.A, bahawasanya Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud:
”Sungguh hendaknya tidak masuk seorang laki-laki dari kamu, setelah hari ini kepada wanita yang tidak ada bersamanya ( suami atau mahramnya), kecuali bersamanya seorang atau dua orang laki-laki”. Hadis riwayat Muslim, 4/1711.
Berdasarkan orang meremehkan persoalan ini. Entah kerana terlalu percaya pada isteri kepada dirinya sendiri atau kepada orang lain. Padahal, khalwat sangat berpotensi untuk mengundang fitnah, perbuatan mungkar dan maksiat. Paling tidak, membangun muqaddimah untuk melakukan zina. Kerananya tidak menghairankan, jika semakin banyak ketidakjelasan nasab dan keturunan. Di samping, jumlah anak-anak haram dan pembuangan bayi juga semakin meningkat dengan mendadak sepertimana yang terpampang di dada akhbar..
Wallahu a`lam..

No comments:
Post a Comment