Tuesday, March 30, 2010

Kisah Juha Dengan Seorang Penipu


Pada suatu hari Juha sedang duduk termenung di depan pintu rumahnya..dia merenung kepada seutas rantai emas di tangannya. Rantai emas tersebut adalah satu-satunya harta peninggalan orang tuanya yang masih ada. Kerana yang selainnya sudah habis di jual untuk membayar segala hutang-hutangnya. Sebab sebelum ini dia banyak berhutang setelahmana dia menanggung kerugian dalam berniaga.


Oleh kerana dia sekarang ini terlalu kesempitan harta, maka dia tidak bercadang untuk menjual rantai emas tersebut. Biarlah rantai tersebut di simpan buat selama-lamanya kerana ianya adalah satu-satunya harta peninggalan orang tuanya yang masih ada. Akhirnya dalam masa yang sama dia mengambil keputusan untuk bermusafir iaitu untuk membina hidup baru dengan azam baru. Tanpa berlengah terus dia bersiap sedia untuk memulakan permusafirannya kerana kebetulan dalam masa yang sama ada satu kabilah yang di pimpin oleh seorang saudagar yang terkenal akan berangkat pulang ke negaranya dengan barang dagangan serta hasil keuntungan yang banyak. Kabilah tersebut adalah dari negara jiran. Dia pergi berjumpa saudagar tersebut...lalu meminta untuk bekerja dengannya. Tanpa banyak bicara saudagar tersebut terus menerimanya menjadi salah seorang pekerjanya.

Pergilah dia bersama-sama dengan kabilah tersebut....sampai di negara tersebut dia pun terus bekerja dengan saudagar tersebut dengan penuh tekun dan bersungguh-sungguh sekali. Setelah agak lama dia bekerja si saudagar tadi melihat bahawa Juha adalah seorang pekerja yang baik...bagus...rajin lagi tekun. Maka tanpa banyak fikir dia memilih Juha untuk turut serta dengan kabilah yang bakal di hantarnya besok hari untuk pergi berniaga ke negara jiran.

Setelahmana Juha mendapat tahu bahawa dia terpilih untuk turut serta dengan kabilah tersebut....maka mulalah dia terfikir bahawa sudah pasti berbulan-bulan lamanya dia akan pergi....perjalanan pula memakan masa agak lama....jadi rantai emas satu-satunya peninggalan orang tuanya mesti di simpam baik-baik....dia tidak boleh untuk membawanya. Kerana mana tahu dalam perjalanan nanti kabilahnya akan di rompak.

Puas dia berfikir pada siapa hendak dia amanahkan rantai emas tersebut untuk di simpan. Sebab apa ! sebab dia orang baru di situ....dia baru tinggal di situ buat beberapa bulan saja...jadi dia belum kenal banyak orang. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk meninggalkan kepada jiran sebelahnya....kerana dia melihat bahawa jiran sebelahnya boleh di percayai. Orangnya agak berumur, pemurah, baik hati, juga seorang peniaga yang terkenal di bandar tersebut.

Pada keesokan harinya sebelum bertolak....pagi-pagi lagi Juha telah pergi kerumah orang tua tersebut. Dia mengetuk pintu rumah...tidak lama kemudian pintu pun di buka dan keluarlah orang tua tadi dengan senyuman lebar. Tanpa banyak bicara Juha pun berkata :

"Wahai Tuan ! aku adalah jiran kamu dan aku adalah orang asing di sini. Baru beberapa bulan saja aku tinggal di sini. Jadi aku mahu bermusafir dengan kabilah saudagar si polan untuk berniaga ke negara jiran. Oleh kerana merasa bimbang jadi aku minta agar kamu sudi untuk menerima suatu amanah untuk kamu simpankan buat seketika. Bila pulang nanti aku akan ambil semula...barang tersebut ialah rantai emas ini !".

Juha pun mengeluarkan rantai tersebut dari poket jubahnya. Bila orang tua tadi terlihat rantai emas tersebut....matanya tidak berkelip-kelip.....tetapi untuk menyembunyikan perasaan tamaknya dia pun berkata demi menenangkan hati Juha :

"Wahai saudaraku ! sesungguh amanah adalah suatu yang besar lagi berat. Aku boleh menerimanya tetapi dengan syarat kalaulah berlaku apa-apa janganlah kamu menyalahkan aku. Sebab apa ! aku ni pun dah berumur dan uzur pulak tu....katalah di takdirkan Allah aku mati sedangkan kamu belum pulang-pulang lagi lebih-lebih pulak aku tidak ada waris untuk aku amanahkan rantai ini !".

Berkata Juha : "Wahai Tuan ! tidak mengapalah aku yakin bahawa kamu adalah seorang yang amanah. Seandainya berlaku yang sedemikian aku memaafkannya terlebih awal....walau bagaimanapun kamu cubalah cari sesiapa yang boleh menyimpan amanah ini sementara aku pulang semula nanti. Dan seandainya aku yang mati dulu sebelum kamu, maka aku berharap kamu dapat jualkan rantai emas ini dan duitnya kamu sedekahkah kepada fakir miskin juga sesiapa yang memerlukannya !. Rasanya kita tidak memerlukan sesiapa pun untuk menjadi saksi kerana Allah swt sudah cukup untuk menjadi saksi !".

Orang tua tadi pun setuju dengan apa yang di perkatakan oleh Juha.....di terimanya amanah tersebut. Lalu tanpa berlengah Juha pun terus meminta izin untuk pergi kerana kabilahnya sudah hampir mahu berangkat. Tidak lama kemudian berangkatlah Juha bersama-sama kabilah tersebut dengan hati penuh tenang....dengan penuh keyakinan terhadap orang tua tadi.

Permusafirannya memakan masa agak lama... berbulan-bulan lamanya. Selang beberapa bulan barulah Juha pulang berserta kabilah perniagaannya dengan membawa hasil keuntungan yang banyak. Sebelum pulang Juha sempat membeli satu hadiah untuk dia hadiahkan kepada orang tua yang menyimpan amanahnya tanda terima kasihnya. Sudah pastilah ianya juga adalah suatu hadiah yang juga berharga.

Bila sampai saja...tanpa berlengah terus Juha meminta izin untuk pergi kerumah orang tua tersebut. Oleh kerana terlalu gembira saudagar yang punya kabilah pun terus mengizinkannya. Juha terus berlari kerumah orang tua tersebut dengan hati penuh gembira...tidak sabar untuk melihat semula rantai emas peninggalan orang tuanya.
Sampai saja kerumah orang tua tersebut terus dia mengetuk pintu sambil memberi salam :

"Assalamualaikum!" kemudian kedengaran suara menjawab dari dalam sambil lewa sahaja....mahu tak mahu seakan-akan tidak menghiraukan siapa yang memberi salam :
"Waalaikumussalam !!".

Setelah agak lama menunggu barulah pintu di buka....tuan rumah membuka pintu untuk melihat siapa yang memberi salam tadi. Juha terus melemparkan senyuman manis kepada orang tua tersebut. Akan tetapi orang tua tersebut sama sekali tidak membalas senyuman Juha...seakan-akan dia tidak pernah mengenali Juha.

Walau bagaimana pun Juha terus menghulurkan bungkusan hadiah di tangannya kepada orang tua tersebut seraya berkata : "Aku harap kamu sudi menerima hadiahku ini sebagai tanda terima kasihku terhadap kamu. Kerana kamu sudi menerima amanahku...terima kasihlah kerana kamu sungguh baik hati !".

Akan tetapi orang tua tadi memberi isyarat seakan-akan dia tidak faham apa maksud kata-kata Juha....dia memberi isyarat seakan-akan dia sama sekali tidak mengenali Juha....lantas dia berkata :

"Eh ! apa yang kamu katakan ini ! apa dia amanah yang kamu katakan itu ! dan aku tak pernah pun mengenali kamu !". Dengan serba salah Juha pun berkata : "Eh ! bukankah aku ada meminta kamu menyimpan rantai emas sebagai satu amanah pada kamu dulu !".

Dengan suara yang tinggi tiba-tiba orang tua tadi berkata sambil menudingkan jari kepada Juha :

"Pergilah kamu dari sini ! aku rasa kamu ni gila ! aku tak pernah berkenalan dengan kamu langsung dan aku tidak ada menerima apa-apa amanah dari kamu !. Aku harap kamu boleh pergi segera sebelum aku memanggil pihak keselamatan untuk menangkap kamu !".

Seakan-akan mahu tercabut kepala Juha dari badan bila mendengar kata-kata si orang tua tadi. Dia cuba menenangkan orang tua tersebut....dia cuba menceritakan cerita sebenar, tetapi orang tua tadi menolak mentah-mentah....semuanya di nafikan dengan memaki serta menjerit-jerit ke muka Juha : "Pergi kamu dari sini ! aku tidak mahu tengok muka kamu!".

Tanpa banyak bicara terus Juha meninggalkan rumah orang tua tersebut dengan hati penuh tanda tanya... penuh kecewa...tidak tahu apa yang hendak di lakukan lagi. Lama dia duduk termenung di depan pintu rumahnya. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk bertemu dengan Tuan Hakim lalu menceritakan apa yang sebenarnya berlaku.....di ceritakan tentang orang tua yang telah mengkhianatinya. Tetapi sebelum pergi kerumah Tuan Hakim hati kecilnya berkata :


"Apa pula yang akan dapat di lakukan oleh Tuan Hakim selagimana si orang tua itu tetap juga menafikan bahawa dia tidak ada menerimana apa-apa amanah dariku...lebih-lebih lagi aku tidak mempunyai bukti mahupun saksi !....mana mesti aku dapatkan bukti dan saksi sebab aku tidak ada menulis apa-apa tentang amanah tersebut !?".


Akan tetapi Juha sama sekali tidak berputus asa dan yang penting dia tidak mahu kehilangan satu-satunya harta peninggalan orang tuanya. Terus dia berfikir dan berfikir bagaimana untuk mendapatkan semula hartanya itu. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk pergi bertemu terus dengan Tuan Gabenor bandar tersebut untuk mengadu hal. Tanpa berlengah terus dia pergi kerumah Tuan Gabenor. Sampai di depan pintu istana dia meminta izin untuk masuk...tetapi pengawal pintu tidak mengizinkannya selagimana dia tidak menceritakan apa sebab dia mahu bertemu Tuan Gabenor.

Juha pun menceritakan tujuannya dengan nada penuh sedih. Lalu pengawal pun berkata : "Baiklah ! kamu tunggu di sini sebentar...aku akan berjumpa Tuan Gabenor untuk meminta izin buat kamu masuk menemuinya !". Juha pun menunggu di pintu istana dengan penuh pengharapan. Tidak lama kemudian pengawal pun datang seraya berkata : "Ha ! masuklah Juha ! Tuan Gabenor telah mengizinkan kamu masuk !".

Dengan penuh gembira...tanpa berlengah terus Juha masuk ke dalam istana untuk bertemu Tuan Gabenor. Sampai di depan Tuan Gabenor terus Juha ceritakan apa yang sebenarnya berlaku...oleh kerana tidak tertahan kesedihannya Juha pun menangis semahu-mahunya. Simpati Tuan Gabenor di buatnya lantas beliau berkata : "Kenapa kamu tidak pergi terlebih dahulu kepada Tuan Hakim !?".

Jawab Juha : "Kerana aku tidak mempunyai apa-apa bukti ataupun saksi. Dan kerana aku katakan padanya bahawa saksi kita ialah Allah swt !". Mendengar yang demikian beliau pun berkata :

"Kalau begitu ! aku pun tidak boleh untuk berbuat apa-apa....kamu tidak mempunyai apa-apa bukti. Kalaulah di bawa orang tua itu kesini sudah pasti dia akan menafikannya wahai Juha !".

Mereka semua menjadi buntu, suasana senyap seketika. Tiba-tiba Juha berkata : "Wahai Tuan Gabenor ! aku ada satu jalan...kalau berjaya jalan ini, maka akan jelaslah bahawa orang tua tersebut adalah seorang penipu dan suka mengkhianati amanah orang. Akan tetapi sekiranya perancangan aku ini tidak berjaya, maka janganlah kamu lakukan apa-apa kekerasan terhadap orang tua tersebut !".

Tuan Gabenor pun bersetuju untuk mendengarnya....Juha pun mulalah memberitahu tentang perancangannya satu persatu. Tuan Gabenor mendengarnya dengan teliti sekali. Beliau mendengarnya dengan begitu minat sekali sambil terdetik di dalam kepalanya : "Bahawa Juha ini seorang yang cerdik juga !". Akhirnya beliau pun bersetuju untuk melakukan seperti apa yang telah di sarankan oleh Juha demi memberi pengajaran kepada orang tua yang suka menipu tadi.

Pada keesokan paginya Juha terus membawa sebuah kerusi lalu di letakkan betul-betul di depan kedai kepunyaan orang tua tersebut....lalu dia pun duduk di atas kerusi tersebut...dia duduk dengan penuh ego dan sombong sekali. Lantas dia melemparkan pandangannya ke arah orang tua yang sedang duduk di dalam kedainya dengan pandangan sinis dan tajam seolah-olah sedang bermusuhan. Melihatkan yang demikian orang tua tadi pun merasa pelik...lama kelamaan dia mula naik marah. Oleh kerana tidak sabar dia terus bangun menuju ke arah Juha yang sedang duduk di depan kedainya. Juha tetap tenang dan tidak bergerak sama sekali, seakan-akan tidak memperdulikannya.

Bertambah marahlah si orang tua tadi....dengan kemarahan yang membuak dia terus menyentap leher baju Juha seraya berkata : "Eh ! kenapa kamu duduk di sini tanpa keizinan dariku....ini adalah kawasan kedaiku. Aku beri amaran sekiranya kamu tidak mahu pergi aku akan memanggil pihak keselamatan untuk menangkap kamu !".

Rupa-rupanya secara sepontan beberapa orang pengawal istana pun datang....mereka terus meleraikan pergaduhan tersebut. Orang tua tadi tidak berpuashati seraya berkata : "Orang ini duduk di depan kedaiku tanpa keizinanku, sudah begitu dia melihat ke arahku dengan penuh ego dan sombong sekali sedangkan aku tidak pernah mengenalinya !".
Serta-merta pengawal tersebut berkata dengan suara penuh lembut : "Tuan ! kawasan ini adalah jalan umum. Orang ramai berhak untuk berbuat apa saja...samaada mahu duduk...berdiri. Jadi Tuan yang mulia ini tak salah. Dia berhak duduk di sini walaupun kamu kata kawasan ini berada dalam hak kamu. Dia berhak walaupun kalau dia mahu duduk di atas kepala kamu sekalipun. Jadi adakah kamu faham wahai orang tua yang tak sedar diri !?".

Bentak si pengawal sambil mempersilakan Juha duduk semula ke atas kerusinya : "Silakan duduk Tuan! silakan!" lantas si pengawal tadi pun mengambil segelas air lalu di berikan kepada Juha sambil berkata : "Sila minum Tuan! Tuan kalau ada apa-apa kami semua sedia berkhidmat untuk Tuan!".
Semua itu terus di saksikan oleh orang tua tadi dengan penuh kehairanan...tetapi kemarahannya terus membuak. Dalam hatinya berkata : "Eh ! siapakah sebenarnya lelaki ini ! hinggakan pengawal istana pun begitu hormat sekali terhadapnya !?"..seakan-akan ada sesuatu yang dia tidak mengetahuinya.

Tidak lama kemudian kedengaran suara melaung : "Orang ramai ! beri laluan kerana kenderaan Tuan Gabenor mahu lalu !"....tahulah orang ramai bahawa Tuan Gabenor telah berbesar hati untuk meninjau keadaan di pasar....semua yang hadir berdiri memberi penghormatan. Kebetulan tempat Juha duduk itu adalah kawasan jalan umum yang bakal di lalui oleh kenderaan Tuan Gabenor. Orang tua tadi terus bergegas berdiri di depan kedainya memberi hormat. Tetapi yang pelik lagi ialah Juha sama sekali tidak bangun....bahkan dia terus duduk tenang seakan-akan tidak menghiraukan bahawa kenderaan Tuan Gabenor semakin menghampirinya.

Tidak lama kemudian sampailah kenderaan Tuan Gabenor di hadapan Juha....tiba-tiba berhenti kenderaan tersebut....lantas serta merta Tuan Gabenor turun dari kenderaan seraya berkata : "Wahai saudara ! mengapalah kamu tidak beritahu aku bahawa kamu datang kesini ! sudahlah begitu kamu tidak mahu berziarah ke istana pulak tu !. Sesungguhnya kami semua terlalu merindui kamu kerana sudah lama tak jumpa !".....Juha terus bangun lantas memeluk Tuan Gabenor dengan begitu mesra sekali.

Ini semakin menjadikan orang tua tadi kehairanan. Tahulah dia bahawa Juha bukan sebarang orang....dia dari kerabat Tuan Gabenor juga...mulalah dia merasa serba salah. Sebelum Tuan Gabenor beredar Juha berkata :

"Baiklah ! nanti aku akan pergi ke istana....sebab aku ada beberapa urusan yang mesti di selesai hari ini. Kalau tak selesai nanti aku beritahu kamu lah kerana sebenarnya aku tidak mahu menyusah-nyusahkan kamu dan aku yakin bahawa sudah pasti kamu akan dapat membantu aku. Nanti sajalah kita bertemu di istana... !". Tuan Gabenor pun memberi salam : "Assalamualaikum !"...jawab Juha : "Waalaikumussalam !".

Melihat yang demikian orang tua tadi hampir-hampir mahu pengsan, tahulah dia bahawa selama ini dia sengaja menempah bala. Dia telah bermusuhan dengan kerabat istana....dia tahu sendiri apa balasan yang sedang menunggunya. Tanpa banyak bicara terus dia berlari masuk ke dalam istana....di ambilnya rantai emas dari laci meja...lalu berlari semula keluar kedai menemui Juha sambil katanya dalam ketakutan : "Wahai Tuan ! ambil lah semua rantai emas yang kamu amanahkan kepadaku dulu. Aku minta maaf banyak-banyak !...aku berjanji tidak akan melakukannya lagi!" sambil dia mencium-cium tangan Juha.

Melihatkan yang demikian pengawal istana terus menangkap orang tua tersebut....jelaslah bahawa selama ini memang orang tua tersebut suka berbuat khianat kepada sesiapa yang ada memberi amanah kepadanya. Orang tua tersebut terus di bawah ke istana untuk di bicarakan... setelah mengaku bersalah Tuan gabenor pun mengambil keputusan supaya dia di penjara buat seketika untuk memberi pengajaran kepadanya. Sambil beliau berkata :

"Memang benarlah bahawa kamu ini adalah salah seorang yang telah di sabdakan oleh baginda Rasulullah saw dalam hadisnya yang berbunyi : "Tanda-tanda orang munafiq itu ada tiga : "Bila berkata-kata dia dusta, bila berjanji dia ingkari dan bila di beri amanah dia khianat !"...maka balasan untuk orang seperti kamu ini ialah penjara di dunia dan neraka di akhirat !".

Mendengar yang demikian orang tua tadi menjerit-jerit meminta maaf dari Juha dan juga dari Tuan Gabenor moga di ampunkan kesalahannya...dan dia benar-benar bertaubat : "Maafkanlah aku ! maafkanlah aku ! aku bertaubat dan aku berjanji tidak akan berlaku khianat lagi !".

_______________________
* Moral: janganlah amal sikap menipu  :).

Sunday, March 28, 2010

Saturday, March 27, 2010

Tawajjuh @ doa iftitah


Salam ukhwah, seseorang yang mengerjakan solat disunatkan membaca salah satu daripada doa yang pernah dibaca oleh Nabi S.A.W. Ia dibaca pada pembukaan solat selepas bertakbiratul ihram dan sebelum membaca surah al-Fatihah.

Berikut ini antara bacaan doa iftitah:

[وعن أبي هريرة رضي الله عنه قال: كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا كبر للصلاة سكت هنيهة قبل أن يقرأ، فسألته فقال: (أقول: اللهم باعد بين وبين خطاياي كما باعدت بين المشرق والمغرب، اللهم نقني من خطاياي كما ينقى الثوب الأبيض من الدنس، اللهم اغسلني من خطاياي بالماء والثلج والبرد)، متفق عليه]

Dari Abu Hurairah R.A, katanya:

”Apabila Rasulullah S.A.W sudah bertakbiratul ihram sebaik solat dimulakan, beliau berhenti sejenak sebelum membaca surah AL-Fatihah. Aku pun bertanya:”Wahai Rasulullah! Demi ibubapaku yang menjadi tebusan kepada dirimu, apakah yang Engkau baca ketika Kamu berdiam diri diantara takbiratul ihram dengan membaca surah Al-Fatihah? Nabi S.A.W menjawab:”Aku membaca Ya Allah! jauhkanlah diriku dengan kesalahanku sebagaimana Engkau menjauhkan antara Timur dan Barat! Ya ALlah! bersihkanlah diriku dari kesalahanku sebagaimana kain yang berwarna putih bersih dari kotoran noda! Ya Allah! cucilah diriku dari kesalahanku, dengan salju, air dan embun"
(Hadis riwayat Bukhari & Muslim)

Untuk mengetahui akan syarah bagi hadis ini.. jom klik di http://72.35.18.22/audio/index.php?page=FullContent&audioid=134331

Wassalam…

___________________
* Jom pakat hafal doa ni…

Monday, March 22, 2010

Solat

Salam ukhwah..

Takrif Solat

Solat ialah ibadat yang terdiri dari perkataan dan perbuatan tertentu yang dimulakan dengan takbir dan diakhiri dengan mengucapkan salam.

Kedudukan Solat dalam Islam

Solat dalam agama Islam menduduki tempat yang teramat istimewa sehingga tidak dapat ditandingi oleh ibadat lain. Ia merupakan tiang agama dan tanpanya agama Islam tidak dapat berdiri kukuh. Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

”Pangkal setiap sesuatu adalah Islam, tiangnya adalah solat dan puncaknya adalah berjuang di jalan Allah” (1)

Ia merupakan ibadah pertama yang di wajibkan oleh Allah Ta`ala, di mana perintahnya disampaikan oleh Allah secara terus tanpa perantara ketika pada malam Mikraj.

Dari Anas R.A, katanya:

”Solat difardhukan ke atas Nabi S.A.W pada malam Israk Mikraj sebanyak lima puluh kali. Kemudian dikurangi hinggalah menjadi lima. Kemudia Allah menyeru: “Wahai Muhammad! Ia merupakan satu ketetapan yang tidak boleh dirubah lagi di sisi-Ku. Dengan mengerjakan solat lima waktu ini, engkau tetap memperoleh ganjaran sama seperti mengerjakan sebanyak lima puluh kali itu”.
(Driwayatkan oleh Ahmad, An-nasa`i dan At-Tirmizi. Beliau mengkategorikannya sebagai hadis sahih)

Ia merupakan amalan yang pertama kali akan dihisab kelak pada hari Kiamat. Dari Abdullah bin Qurth R.A katanya:

Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud:

”Amalan pertama yang akan dihisab dari seorang hamba pada hari Kiamat kelak adalah solat. Jika baik, maka baiklah keseluruhan amalannya, sebaliknya jika rosak, maka rosak pulalah seluruh amalannya”. 
                               (Diriwayatkan oleh At-Tabarani)

Ia adalah pesanan terakhir yang terus diingatkan oleh Rasulullah S.A.W kepada umatnya menjelang kewafatan Beliau. Beliau terus mengulangi sabdanya pada saat-saat hendak menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan berpesan:

“Jagalah solat! Jagalah solat!.. begitu juga hamba sahayamu!”

Setiap orang yang memperhatikan ayat-ayat Al-Quranul Karim, tentulah mengetahui bahawa Allah S.W.T mengebut solat bersamaan denagn zikir, zakat, sifat sabar, qurban dan nusuk dan terkadang solat dijadikan sebagai pembukaan dan penutup setiap amal kebaikan sebagaimana firman Allah Ta`ala dalam surah Al-ma`arij dan awal surah Al-Mu`minun.

Moga kita semua tidak tergolong dalam golongan yang mana lalai dari mengerjakan solat.. ameeen..

____________________
1.) Diriwayatkan Oleh At-Tirmizi dalam kitab :Al-Iman.

Saturday, March 20, 2010

Tak tau nak tulis apa

Salam ukhwah, hampir seminggu lebih aku tak menulis. Malas dan tak rajin.. semua itu sedang mekar dalam diri ku..ini pun nasib baik ada secebis dari rasa rajin ku untuk menyapu habuk yang menghiasi blog ini.

Kekadang bila kita sentiasa menulis.. ia tidaklah menunjukkan yang idea kita “banyak” pada masa tersebut, tetapi bila kita tak rajin menulis..bukanlah bererti kita tiada idea.. kerana semua itu dilihat juga dari sudut mood…

Ah, mesti para pembaca yang budiman dapat meneka apa yang sedang menghantui diriku sekarang ini..

Erm, oklah pelanggan tengah ramai nih, panjang umur, murah rezki..ketemu lagi dilain masa ..
Wassalam  

________________________
*Selamat pengantin baru buat sahabat ku.. Moga dipanjangkan Umur, dimurahkn rezki.. berkekalan ke akhirnya..

*BarokaLlahu laka, wabaroka alaika.. wajama`a bainakuma fi khair… aaammeeen…

Thursday, March 11, 2010

Superman??

Salam ukhwah.. ketika dalam perjalan pulang dari masjid (solat subuh) pada pagi ini, aku dengarkan telingaku akan radio dan pada masa yang sama aku terdengar satu lagu…

Ini bukanlah kali pertama aku mendengar lagu tersebut keudara… dan bila tiap kali aku mendengarnya.. sesekali aku tersenyum seorang diri bilamana ku perhatikan akan liriknya… 

Ah, tiada salahnya jika ingin ku berkongsi dengan sahabat-sahabatku disini..kan??

Home / Lirik Lagu

Lirik Lagu Bukan Superman – Lucky Laki Band

The Lucky Laki Band – Al El Dul

Reff:
Aku bukanlah superman
Aku juga bisa nangis
Jika kekasih hatiku
Pergi meninggalkan aku
Ayahku selalu berkata padaku
Laki-laki tak boleh nangis
Harus slalu kuat
Harus slalu tangguh
Harus bisa jadi tahan banting

Tapi ternyata sakitnya cinta
Buat aku menangis

Repeat Reff

Ayahku selalu memarahi aku
Jika jatuh air mataku
Kata ayah slalu air mata itu
Adalah tanda kelemahan

Tapi ternyata
AIr mataku
Tetap terjatuh juga…….. 

Sunday, March 7, 2010

Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck (Bhg. 12)

Pacu Kuda & Pasar Malam II

Tertegun langkah Hayati, sehingga langkah kawan-kawannya, iaitu Khadijah dan tiga orang gadis-gadis muda yang lain itu tertegun pula. Apalagi Aziz dan teman-temannya.

"Mengapa terhenti Hayati?" tanya Khadijah sambil melihat tenang-tenang kepada Zainuddin dengan penglihatan menghina.

"Kenapa tertegun? Dan siapakah ini?" tanya Khadijah sekali lagi.

"Inilah sahabatku, Zainuddin!"

”Oooo ini orang yang kerap kali kau sebut-sebut itu rupanya.


"Ditariknya tangan Hayati ke dalam, disendengnya Aziz dengan sudut matanya, sambil tersenyum. Aziz pun tersenyum, kawan-kawannya yang lain tersenyum pula. Mereka terus ke dalam tribune. Zainuddin tinggal berdiri seorang dirinya. Jelas terdengar dan nampak nyata olehnya anak-anak muda itu setelah jauh dari dia, tertawa terbahak-bahak, hanya Hayati seorang yang berjalan menekurkan muka sehingga lantaran kebingungan hampir terlepas tas yang dipegangnya dari tangannya.

Rasa-rasanya pening kepala Zainuddin melihat kejadian itu, mengalir keringat dingin di keningnya. Dia tegak termangu, suara hiruk-pikuk sekelilingnya seakan-akan tak didengamya. Kuda yang baru dilepas telah disorak-sorak orang berkali-kali. Sebentar kedengaran "Agam ... Agam". Sebentar kedengaran "Padang ... Padang" dan seterusnya, namun Zainuddin belum juga insaf di mana dia sekarang. Khadijah dan Aziz, dan kawan-kawannya yang lain tersenyum-senyum saja melihat Hayati. Sambil mengeluarkan senyuman yang agak pahit ertinya, Khadijah berkata, sambil melihat kepada Zainuddin yang berdiri di tepi pagar itu: "Itulah rupanya orang yang engkau puji-puji itu, Hayati?" Seorang temannya berkata pula:

"Rupanya alim betul kenalanmu itu!"

"Orang 'banyak berfikir' memang begitu," kata yang seorang pula.

"Tapi model pula saya lihat baju buka ditutupkan ke telapaknya dan tidak memakai dasi," kata yang lain.

"Sarungnya sarung Bugis," kata yang seorang.

"Memang dia orang Mengkasar," kata Khadijah pula.

"00, jadi bukan orang sini?" kata yang seorang.

Tiba-tiba datanglah seorang guard mengusiri orang yang tegak di tepi pagar, kerana tak boleh terlalu dekat. Zainuddin turut terusir dengan orang banyak ....

Teman-temannya tertawa terbahak-bahak melihatkan kejadian itu, sedang keringat telah mengalir di dahi Hayati, mukanya merah dan ditekurkannya ke bumi. Orang banyak bersorak-sorak melihat kuda yang menang, anak-anak muda itu turut bersorak, hanya Hayati saja yang terdiam.

"Ai, mengapa mukamu merah Hayati?" tanya Khadijah.

"Kepalaku sangat sakit," katanya, "lebih baik kita segera pulang."

Tidak berapa saat mereka duduk dalam tribune itu mereka pun pulanglah.

Memang berbeza sekali perasaan jiwa laki-laki dengan perempuan, sebagaimana berlainnya kejadian tubuh kasarnya. Laki-laki dan perempuan sama-sama mencukupkan kehidupan dengan percintaan. Tetapi falsafah kedua belah pihak dalam perkara cinta, amat berbeza, laksana perbezaan siang dengan malam, tegasnya perbezaan Adam dengan Hawa.

Laki-laki bilamana telah menentukan cintanya untuk seorang perempuan, maka perempuan itu mesti jadi haknya seorang, tak boleh orang lain hendak ikut berkongsi dengan dia. Jika perempuan itu cantik, maka kecantikannya biarlah diketahui olehnya seorang. Jika suara perempuan itu nyaring, biarlah dia seorang yang mendengarnya. Sebab itu, kalau ada orang lain yang hendak memuji kecintaannya, atau mengatakan suaranya nyaring, atau menyanjung budi baiknya, semua itu tidaklah diterima oleh laki-laki yang mencintainya tadi. Bertambah banyak orang memuji kecintaannya, bertambah timbullah cemburu dalam hatinya, sebab perempuan itu untuk dia, buat dia, tak boleh buat orang lain.

Tetapi takdirnya ada orang yang mencela, mengatakan perempuan yang dicintainya itu buruk tidak serupa perempuan lain, kalau ada orang yang menunjukkan belas kasihan kepadanya, sebab dia telah memberikan cinta hati kepada seorang perempuan, yang kecantikannya tidak patut mendapat penghargaan setinggi itu, kalau ada orang mencacat, merendahkan, maka semuanya itu bagi laki-laki yang bercinta tadi, akan menambah patri cintanya dan menambah harga perempuan itu di matanya.

Tetapi cinta perempuan kepada laki-laki sebaliknya dari itu. Laki-laki pada pemandangan perempuan adalah laksana dokoh emas yang tergelung di lehernya, atau gelang bertatah berlian yang melilit tangannya, perhiasan yang akan dibanggakannya kepada kawan sesama gedangnya. Seburuk-buruk kecintaannya akan lupa dia keburukan itu, kalau laki-laki lain atau perempuan lain memujinya dekat dia, mengatakan dia seorang laki-laki yang tangkas berbudi, tenama, termasyhur dan lain-lain sebagainya. Maka nyatalah bahawa cinta perempuan kepada laki-laki lebih banyak berdasarkan ketakburan daripada kenafsuan.

Pengakuan orang lain atas kemuliaan kecantikannya atas tunangannya atau suaminya, bagi seorang perempuan adalah sebagai satu kemenangan di dalam perjuangan. Oleh sebab yang demikian, tidaklah patut kita hairan, jika Hayati termenung, mukanya tertekur, kepalanya berasa sakit, melihat kecintaannya tidak segagah orang lain, tidak sepandai orang lain memakai pakaian, seakan-akan orang yang tersisih. Selama ini, tidak ada dunia bagi Hayati lain dari Zainuddin; belum ada keindahan alam yang dipandangnya selain Zainuddin. Kegagahan laki-laki adalah perbuatan Tuhan, Zainuddinlah patrinya. Kalau hendak mencari seorang pemuda yang lurus dan yang baik hati, itulah Zainuddin. Orang cela manusia yang paling dicintainya, kerana mereka tiada kenal siapa dia.

Dia mengeluh dan berkata seorang dirinya:

"Mereka tiada kenal bagaimana kemuliaan batin Zainuddin, mereka tak tahu bahawa di balik pakaian yang kurang sempurna itu tersimpan hati yang baik. Mereka cela dia, sebab mereka tiada kenal siapa dia. Kalau mereka tahu siapa dia, tentu akan mereka hormati, sebab di sanalah tersimpan satu hati yang bersih dan jiwa yang besar."

Termenung dia seorang diri dalam kamarnya, teringat akan mimpi dan angan-angan Zainuddin terhadap dirinya, teringat dia bahawa anak muda yang melarat itu tak berhenti dirundung malang.
Dahulu, dia sangat belas kasihan melihat nasib Zainuddin, dari belas kasihan mendakilah dia kepada cinta. Maka pada ketika itu, belas kasihan itu timbullah pula kembali, sambil menarik nafas yang panjang dari dalam, dia berkata: “Kasihan nasibmu Zainuddin.”

Dari lurah belas kasihan mendaki ke puncak bukit cinta, sekarang telah menurun kembali kepada lurah kasihan. Dan cinta bilamana telah menurun kepada belas kasihan, tandanya lama kelamaan dia akan beransur turun.

Adikku Hayati!


Setelah sekian lamanya kita bercerai-cerai, masih teringat olehku seketika kau melepasku pergi, di penajunan, di batas antara negeri Batipuh dengan Ekor Lubuk, di antara sawah yang berjenjang, ketika matahari mulai naik. Masih terbayang muramnya muka kau, bagaimana teguhnya sikap kau melepasku. Masih teringat, dan masih jelas, laksana detik suara jam yang didengarkan oleh seorang yang matanya tak mahu tidur tengah malam, bagaimana kau menyuruhku sabar, menyuruh saya teguh menempuh bahaya hidup. Jika saya ingat semuanya itu, saya bacai pula surat-surat kita, maka tidaklah sepi rasanya diri saya bercerai-cerai dan berjauhan tempat tinggal dengan kau.

Pergaulan kita telah mulai menjalar ke kampong-kampung, kedamaian dan kerukunan hidup dalam kampung telah mulai diusik oleh nafsi-nafsi orang kota. Banyak orang tua-tua yang mengeluh dan merasa takut, kalau-kalau ketenteraman perempuan dalam adatnya dan kedamaian pemuda dalam sopannya akan terganggu oleh gelora zaman baru. Tetapi berlainan saya dengan mereka itu selama ini terhadap dirimu. Saya percaya bahawa engkau tak akan terpengaruh oleh segala keadaan yang baru, tetapi akan tenteram dalam lingkungan adinda tinggal, kenaI dalam kalangan keluarga siapa adinda dilahirkan, kenal pula didikan agama yang adinda terima, kenal pula bagaimana kerasnya Engku Datuk .,. menjaga anak kemenakannya.

Maafkan saya Hayati, jika saya berbicara terus terang, supaya jangan hatiku menaruh dosa walaupun sebesar zarah terhadapmu. Cinta yang sejati, adikku, tidaklah bersifat munafik, pepat di luar pancung di dalam. Akan saya katakan perasaan hati terus terang, walaupun lantaran itu saya akan kau bunuh misalnya, bahagialah saya lantaran tanganmu. Hayati! .... Apa yang saya lihat kelmarin?
Mengapa telah berubah pakaianmu, telah berubah gayamu? Mana baju kurungmu? Bukankah Adinda orang dusun! Saya bukan mencela bentuk pakaian orang kini, yang saya cela ialah cara yang telah berlebih-Iebihan, dibungkus perbuatan 'terlalu' dengan nama 'model '. Kelmarin, Adinda pakai baju yang sejarang-jarangnya, hampir separuh dada Adinda kelihatan, sempit pula gunting lengannya, dan pakaian itu yang dibawa ke tengah-tengah ramai.

Kekanda percaya, bahawa yang demikian bukan kehendak Hayati yang sejati, Hayati hanya terturut kepada kehendak perempuan zaman kini. Mereka katakan itulah kemajuan, padahal kemajuan jauh dari itu. Apakah tujuan kemajuan itu kepada perubahan pakaian sampai begitu, Hayati? Hayati, kehidupanku! Pakailah pakaianmu yang asli kembali, lekatkan pakaian dusunmu. Maaflah Hayati, bahawa Hayati sangat cantik, dan kecantikannya itu bukannya dibantu pakaian, tetapi ciptaan sejak dia dilahirkan. Jangan marah Hayati. Kau hanya buat saya seorang, bukan buat orang lain. Biarlah orang lain mengatakan kau perempuan dusun, tak kenal kemajuan pakaian zaman kini, kau Hayati . . . .. kau hanya untukku seorang.

Zainuddin


Sedang dia asyik membaca surat itu, tiba-tiba pintu kamarnya terbuka, masuklah Khadijah. Hayati mencuba hendak menyembunyikan surat itu ke bawah bantalnya, tetapi direbut segera oleh Khadijah dan .dibacanya .. Sehabis dibacanya mukanya merah padam, bibirnya dicibirkan:

"Cis' 'alim' betul orang yang engkau cintai ini. Mahunya rupanya supaya kau coreng mukamu dengan arang, pakai pakaian orang dusun Batipuh semasa 30 tahun yang lalu, alihkan pertaut sarungmu ke belakang, tindik telingamu luas-luas masukkan daun tebu yang digulung, supaya bertambah besar dan luasnya, makan sirih biar gigimu hitam, berjalan dengan kaki (terangkat-angkat junjung niru dan tampian. Di mana duduk puji dan sanjung dia, katakan dia seorang laki-laki yang jempol. Alangkah beruntungnya engkau Jika bersuami dia kelak. Engkau akan dikurung dalam rumah, menurut adat orang Arab, tak boleh kena cahaya matahari, turun sekali sejumaat. Dan bila engkau berjalan beriring-iring dengan dia, tak boleh laki-laki lain menentang mukamu, tutup muka dengan selendang, sebagai kuda bendi dengan tutup matanya. Kalau dia hendak pergi ke mana-mana, kunci rumah dibawanya, engkau hanya di dapur saja."

"Tak baik begitu, Khadijah. Tidaklah adat istiadatnya sampai seburuk yang engkau katakan itu. Engkau belum kenal akan dia, tuduhanmu telah sengit saja."

"Kenal apakah lagi yang lebih dari membaca surat ini?" "Dia baik hati, Khadijah. Tetapi dia sedang dilamun percintaan. Tidakkah engkau tahu bahawa orang yang dalam percintaan, kerap kali cemburu?"
"Kalau demikian memang berlainan sekali pendirian kita perkara cinta, Hayati. Kau terlalu dibuaikan angan-angan. Kalau bagi saya, sekiranya datang malaikat dari langit, mengaku sudi menjadi kecintaanku, dibawanya sangkar dari emas, cukup pakaian dari sutera ainal benaat, bermahkotakan intan baiduri, tetapi kemerdekaanku dirampas, dan aku wajib tinggal selama-lamanya dalam sangkar emas itu; jika aku bernyanyi hanya untuk dia, jika aku bersiul hanya buat didengamya, aku diikat, dipaksa turut ikatan itu. Maka terima kasih bagi malaikat, selamat jalan bagi sangkar emas, selamat pergi bagi mahkota baiduri. Bagiku, bebas menurutkan kata hati, di bawah perintah diri seorang, itulah tujuan yang paling tinggi dunia ini."

Kemudian itu disambungnya pula:

"Hairan saya dengan hatimu Hayati. Bagaimana engkau pemurah betul membalas cinta manusia yang sekejam itu. Baginya semuanya haram, semuanya tak boleh, semuanya terlarang. Akan jadi siapakah engkau nanti? Bagaimana wajah perjalanan hidupmu pada zaman yang akan datang, saya bingung memikirkannya. Engkau puji 'kecintaan' mu itu setinggi langit. Bagi saya tak lain orang yang demikian daripada algojo perampas kemerdekaan perempuan".

Hayati yang cantik! Yang menerbitkan iri hati dalam kalangan kawan-kawannya. Akan ke manakah hilangnya kelak kecantikan itu, akan jadi korban dan nafsu seorang yang kejam, yang hendak mengikatnya menjadi permainannya. Hayati, Hayati .... muda hanya sekali, sahabat. Cuba kau fikirkan baik-baik hari kemudian. Berkali-kali engkau menyebut nama Tuhan, seakan-akan kami yang lain ini tidak bertuhan pada pemandanganmu. Padahal tidaklah. Tuhan sekeras itu aturan-Nya, Dia tidak memberati manusia lebih daripada kuat kuasanya. Dia tidak menyuruh supaya kita semuanya jadi perempuan tua yang membongkok-bongkok pergi ke surau pukul empat hari akan siang, sebelum ayam berkokok, sebelum murai berkicau, berselimutkan kain telekung ... meraba-raba di dalam gelap. Jangan Hayati,.mari kita ambil kesempatan selagi badan muda, percayai diri sendiri cari suami yang boleh membimbing kita, dan tersenyum di dunia yang tak lama umurnya ini barang sekejap waktu ... "

Belum sempat Hayati menjawab, Khadijah telah, keluar dari kamar itu. Tinggallah Hayati seorang dirinya kebingungan tidak tentu apa yang akan dibuatnya; kadang-kadang dia tidur, kadang-kadang dia tegak, kadang-kadang dia mengeluh kadang-kadang dia menghadap ke kiri, dibacanya surat Zainuddin, kadang-kadang pula dia menghadap ke kanan, teringat perkataan Khadijah.
Bersambung…………

Pengarang: HAMKA
Tajuk : Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck

Saturday, March 6, 2010

Dugaan

Salam Ukhwah..

Hidup ini, tiada pernah sepi dari cubaan dan dugaan. Apa yang penting ialah cara seseorang dalam menangani setiap masalah yang dihadapinya.

Kadang-kadang seseorang itu mampu untuk menyelesaikan masalah orang lain, walau rumit mana sekalipun masalah tersebut.

Tetapi belum juga dipastikan adakah dia mampu menyelesaikan masalah yang dihadapinya walau pun ianya adalah masalah yang kecil.

Ah, betapa pentingnya yang dimaksudkan dengan “berkongsi” dalam melayari arus kehidupan ini. Dengan berseorang diri, ternyata tidak ku mampu untuk semua ini..

Ya Allah! permudahkanlah segala urusan kami, moga kami tergolong dalam golongan mereka-mereka yang bersabar dan beriman kepada-Mu hingga ke akhir hayat kami… Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah & Nabi Muhammad itu adalah hamba-Mu dan Utusan-Mu….

Wednesday, March 3, 2010

Berdoa selepas azan

Alhamdulillahi wakafa… ah, tadi sedang aku membelek-belekkan kitab ku (untuk kuliah malam ini) terlintas di kepala ku akan beberapa hadis yang menerangkan akan kelebihan berdoa diantara waktu azan dan iqamat..

Yang mana  waktu diantara azan dan iqamat merupakan suatu waktu yang diharapkan doa akan dimakbulkan. Oleh yang demikian, seseorang disunatkan memperbanyak bacaan doa ketika itu. Dari Anas R.A, bahawa Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud:

“Doa yang dibaca diantara azan dan iqamat tidak akan pernah ditolak.” (Diriwayatkan oleh Abu Daud, An-Nasa`i dan At-Tirmizi. Beliau berkata:”Hadis ini hasan lagi sahih.” Anas menambah lagi:”Para sahabat bertanya:”Apakah yang harus kami baca, wahai Rasulullah? Nabi S.A.W menjawab:”Pohonlah keampunan dan keselamatan di dunia dan di akhirat kepada Allah.”
                                (Diriwayatkan oleh Abu Daud).

Dari Abdullah bin Amar, Bahawa:
”Seorang lelaki bertanya: “Wahai Rasulullah! Benarlah para muazzin itu lebih utama daripada kami?  Nabi S.A.W bersabda:”Baccalah seperti apa yang dikumandangkan oleh muazzin, jika azan telah dikumandangkan maka bacalah doa. Sebab membaca doa ketika itu dimakbulkan oleh Allah.”
                (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud)

Dari Sahl bin Sa`ad bahawa, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
”Ada dua perkara yang tidak akan ditolak, pertama membaca doa ketika azan. Kedua, membaca doa dalam keadaan gawat (Dimana salah seorang antara kamu berkecamuk dalam peperangan).
                               (Diriwayatkan oleh Abu Daud).

Dari Ummu Salamah, katanya: “Rasulullah S.A.W mengajarkan bacaan doa kepadaku ketika azan maghrib, “Ya Allah! Ini adalah saat datangnya malam-Mu, berlalunya siang-Mu, dan suara orang-orang yang memohon kepada-Mu, maka ampunilah dosaku”.
                                   (Diriwayatkan oleh Abu Daud)

Moga, kita sama-sama dapat manfaat darinya.. ameen