Monday, March 22, 2010

Solat

Salam ukhwah..

Takrif Solat

Solat ialah ibadat yang terdiri dari perkataan dan perbuatan tertentu yang dimulakan dengan takbir dan diakhiri dengan mengucapkan salam.

Kedudukan Solat dalam Islam

Solat dalam agama Islam menduduki tempat yang teramat istimewa sehingga tidak dapat ditandingi oleh ibadat lain. Ia merupakan tiang agama dan tanpanya agama Islam tidak dapat berdiri kukuh. Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

”Pangkal setiap sesuatu adalah Islam, tiangnya adalah solat dan puncaknya adalah berjuang di jalan Allah” (1)

Ia merupakan ibadah pertama yang di wajibkan oleh Allah Ta`ala, di mana perintahnya disampaikan oleh Allah secara terus tanpa perantara ketika pada malam Mikraj.

Dari Anas R.A, katanya:

”Solat difardhukan ke atas Nabi S.A.W pada malam Israk Mikraj sebanyak lima puluh kali. Kemudian dikurangi hinggalah menjadi lima. Kemudia Allah menyeru: “Wahai Muhammad! Ia merupakan satu ketetapan yang tidak boleh dirubah lagi di sisi-Ku. Dengan mengerjakan solat lima waktu ini, engkau tetap memperoleh ganjaran sama seperti mengerjakan sebanyak lima puluh kali itu”.
(Driwayatkan oleh Ahmad, An-nasa`i dan At-Tirmizi. Beliau mengkategorikannya sebagai hadis sahih)

Ia merupakan amalan yang pertama kali akan dihisab kelak pada hari Kiamat. Dari Abdullah bin Qurth R.A katanya:

Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud:

”Amalan pertama yang akan dihisab dari seorang hamba pada hari Kiamat kelak adalah solat. Jika baik, maka baiklah keseluruhan amalannya, sebaliknya jika rosak, maka rosak pulalah seluruh amalannya”. 
                               (Diriwayatkan oleh At-Tabarani)

Ia adalah pesanan terakhir yang terus diingatkan oleh Rasulullah S.A.W kepada umatnya menjelang kewafatan Beliau. Beliau terus mengulangi sabdanya pada saat-saat hendak menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan berpesan:

“Jagalah solat! Jagalah solat!.. begitu juga hamba sahayamu!”

Setiap orang yang memperhatikan ayat-ayat Al-Quranul Karim, tentulah mengetahui bahawa Allah S.W.T mengebut solat bersamaan denagn zikir, zakat, sifat sabar, qurban dan nusuk dan terkadang solat dijadikan sebagai pembukaan dan penutup setiap amal kebaikan sebagaimana firman Allah Ta`ala dalam surah Al-ma`arij dan awal surah Al-Mu`minun.

Moga kita semua tidak tergolong dalam golongan yang mana lalai dari mengerjakan solat.. ameeen..

____________________
1.) Diriwayatkan Oleh At-Tirmizi dalam kitab :Al-Iman.

No comments: