Sesungguhnya segala puji bagi Allah, kita memuji-Nya, kita meminta pertolongan-Nya, kita meminta keampunan-Nya. Kita berlindung dengan Allah dari kejahatan-kejahatan diri kita serta keburukan-keburukan amalan kita.
Amma ba`du
Dari semalam aku terlantar diatas katil, “gout” masih lagi menyelubungi diriku. Petang khamis (minggu lepas) aku pergi berbekam di pusat rawatan “An-Nur”. Ahamdulillah setelah selesai berbekam kurang sikit kesakitan yang ku alami berbanding sebelumnya. Tetapi, setelah balik dari cameron highland.. Ia kembali menjadi-jadi. So, semalam aku ke klinik lee di Jalan Wakaf Mek Zainab. kena 1 jarum.. lega sekejap.. petang tu..sakit balik.. adui…sampai la hari ni.. masih begini..
Itu lah, masa sihat tak nak pantang (makan).. dah sakit macam nih baru ingat nak pantang..bila sakit semua pantang tu tiada gunanya lagi.. oleh itu kepada mereka yang ada mengalami penyakit ini, berwaspadalah ketika mengambil lauk-pauk.
Tengah aku ralit menulis tetiba pintu bilik ku diketuk.. lalu dibuka..
“Min, ma nak ke tanah sebentar, ni tadi ma ada belikan laksa penang. Nanti kalau lapar makan la, ubat dan air minum pun ada ma sediakan” “ma letak kat atas meja ye” kata emakku sambil berlalu meninggalkan aku di bilik.
”Nanti jangan lupa makan ubat tuh” pesannya lagi.
Ah, laksa penang? dah lama tak kena nih. Aku lekas-lekas bangkit menuju ke bilik air.. setelah siap bersuci.. haha… masa yang dinanti2kan telah tiba.. jom sorruuuu…
Alamak!! ada sebungkus je nih.. cukup la untuk aku sorang.. hehe..
Ok.. kene banyak berehat ni. harap-harap esok sembuh.. dah 2 hari cuti.. banyak benda lagi nak kena buat…
wassalam
aminpcb
Kg.kijang
040510
No comments:
Post a Comment