Setiap seseorang yang mengerjakan solat, sama ada imam, makmum mahupun mengerjakan solat secara bersendirian, disunatkan membaca Amen denga suara yang kuat setelah membaca surah Al-Fatihah. Ia mesti dibaca dengan suara kuat dalam solat yang diharuskan membaca bacaan dengan suara kuat dan suara perlahan dalam solat yang diharuskan membaca bacaan dengan suara perlahan.
Dari Nu`aim Al-Mujammir, katanya yang bermaksud:
”Aku pernah mengerjakan solat dibelakang Abu Hurairah R.A lalu membaca” بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ” . Kemudian membaca surah Umm Quran (Al-Fatihah) hingga apabila membaca ” وَلاَ الضَّالِّينَ” beliau membaca “Amen” dan para makmum pun mengikuti bacaan “Amen” itu. Setelah memberi salam, Abu Hurairah berkata: “Demi Tuhan yang telah menguasai diriku! Solatku ini adalah yang paling mirip dengan solat yang pernah dilakukan Oleh Rasulullah S.A.W”.
(Al-Bukhari menyatakan bahawa hadis ini secara muallaq (tanpa sanad). * Diriwayatkan oleh An-Nasai , Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Ibnu Siraj)
Dalam Sahih Al-Bukhari dinyatakan:
“Berkata Ibnu Shihab: “Adalah Rasulullah S.A.W sentiasa membaca “Amen” . Atha` berkata: “Membaca “Amen” adalah sebagai doa`. Ibnu Zbair dan para makmumnya membaca “Amen” hingga terdengar suara gemuruh di dalam masjid. Nafi` pula berkata: “Ibnu Umar tidak pernah meninggalkan bacaan “Amen” dan emmerintahkan para makmum supaya membacanya. Aku juga mendengar sebuah hadis tentang mengenai perkara ini daripadanya”.
Wallahu a`lam
______________________
* Yang dimaksudkan dengan hadis muallaq adalah hadis yang tidak disebut sanadnya.
No comments:
Post a Comment