Tuesday, November 1, 2011

Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck (Bhg. 24)

 

RUMAHTANGGA

Di rantau, hidup orang dagang itu menjadi rapat. Maka sejak hari perkenalan itu, tersimpullah kembali dengan selekasnya tali persahabatan di antara kedua suami isteri itu dengan Zainuddin. Pada raut muka atau sikap dan restu Zainuddin, tidak kelihatan lagi bekas-bekas penyakit lama. Dua hari setelah pertunjukan itu, Aziz membawa isterinya ziarah ke rumah Zainuddin. Dan beberapa hari di belakang, Zainuddin bertandang pula ke rumah Aziz. Di sanalah mereka mengatur budi bahasa yang halus, memperingati zaman yang lampau tatkala di Padang Panjang, yang sekira-kira tidak akan menyedar kepada pembicaraan cinta.

Tetapi ada suatu rahsia rumahtangga yang telah terjadi di antara kedua suami isteri itu. Terjadinya bukan setelah bertemu dengan Zainuddin, tetapi sebelumnya, sejak mereka menjejak Tanah Jawa. Dari sedikit ke sedikit telah nyata bahawa cinta Aziz kepada Hayati, adalah cinta sebagaimana disebut orang pada waktu sekarang. Iaitu cinta yang ditakuti oleh Zainuddin dan telah pernah diterangkannya dalam suratnya kepada Hayati seketika dia akan kahwin. Aziz, sanggup memberikan segenap kesenangan kepada Hayati, yakni kesenangan harta benda, tetapi hati mereka sejak bergaul, bukan kian lama kian kenal, hanya kian lama kian nyata bahawa haluan tidak sarna. Cinta menurut ertian yang dipakai oleh Aziz ialah pada rupa yang mungil dan cantik, pada bunga yang baru kembang yang mekar. Bilamana sebab-sebab itu sudah tak ada lagi, cinta pun kendurlah. Sejak mulai kendumya, maka kesungguhan-kesungguhan telah berganti dengan pura-pura. Diberikannya muka yang manis dan mulut yang manis kepada si isteri, tetapi oleh si isteri sendiri terasa bahawa ini hanya pura-pura. Sedangkan anak kecil kita dukung, sedang perhatian kita kepada yang lain, menangis dia, kononlah manusia yang berakal. Kian lama kian terasalah oleh Hayati kesepian dirinya.

Bahawa ia hidup dikelilingi oleh tembok yang pucat, tak berteman dan berhandai, kecuali air mata dan ratapnya. Insaflah dia sekarang bahawa pertaliannya dengan Aziz, bukan pertalian nikmat yang dirasainya seketika dia mulai kenal kepada Zainuddin dahulunya. Mulai dari sedikit ke sedikit terasa olehnya, bahawa di antara jiwanya dengan jiwa dan haluan suaminya, ialah pertemuan di antara minyak dengan air. Sudah hampir dua tahun pergaulan itu. Aziz telah mulai bosan melihat isterinya. Kerana di kota yang ramai dan bebas, kalau cinta itu hanya pada kecantikan, maka kecantikan seorang perempuan kelak akan dikalahkan pula oleh kecantikan yang lain. Perubahan perangai Aziz ketika

mulai beristeri adalah perubahan dibuat-buat. Perubahan yang dibuat-buat biasanya tiada tahan lama. Yang lekas membosankanAziz ialah tabiat Hayati yang tenang, yang tidak tahu merupakan gembira, yang terlalu keagama-agamaan. Keindahan pakaian dan bentuknya cara kota itu kurang begitu disetujuinya. Ada perempuan yang tak mempunyai haluan dalam hidupnya, hanya menurutkan bentuk dan gaya suami. Tetapi ada pula perempuan yang tetap pada pendiriannya, walaupun bagaimana haluan suaminya. Bagi Aziz ketika mulai kahwin, bukan haluan, bukan perangai dan bukan didikan Hayati yang jadi perkaranya, tetapi wajah yang cantik molek. Jadi nyatalah bahawa pada hakikatnya bukanlah Hayati jodoh Aziz, tetapi perempuan yang kekota-kotaan, yang mahu sama-sama meminum seteguk air kelazatan dunia ini. Jodoh Hayati yang sejati, yang sama-sama lebih banyak tunduk daripada tengadahnya, bukan orang lain, melainkan Zainuddin juga.

Di zaman kini belum sampai fikiran orang kepada menyelidiki haluan cinta dan darjat, mencari pasangan angan dan cita. Di zaman kini yang lebih dipentingkan orang ialah perkahwinan wang, bangsa, perkahwinan adat dan turunan. Manusia di zaman kini baru melihat kulit. Kalau dilihatnya rumah yang indah, keindahan itu yang mencengangkannya bukan kepintaran yang mengatur petanya. Kalau dibacanya hikayat yang bagus, bukan fikiran pengarang yang diselaminya, tetapi dia menggeleng-geleng membaca susun katanya. Kalau dia tertarik dengan rupa perempuan cantik, kepada hawa nafsu kesyaitananlah terhadap fikirannya, bukan kepada kekuasaan Tuhan yang menciptakannya.

Bukan orang penzina peminum arak, bukan pencopet pencuri dan pemaling saja yang patut disebut sampah masyarakat. Tetapi orang-orang inilah sampah masyarakat yang lebih halus tetapi berbahaya. Mereka tertawa di waktu orang lain menangis, fikiran mereka hanya mengumpulkan harta benda melepaskan nafsu hidup. Adapun orang yang memandang dunia sampai ke batinnya, yang tidak mengkaji perbezaan pangkat dan darjat, harta benda dan kekayaan, hanya memandang kepada budi dan bahasa. sedikit sekali jumlahnya. Apalagi zaman sekarang digelari orang zaman kebendaan.

Kalau bertemu atau berkahwin golongan pertama dengan golongan kedua ini, pergaulannya tidaklah akan tenteram. Walaupun lama, maka rumahtangganya bukan sarang kebahagiaan, tetapi neraka hidup. Kalau yang perempuan masuk golongan yang pertama, berapapun banyaknya gaji suaminya, walaupun pangkat suaminya lebih tinggi dari pangkat Nabi Sulaiman, dan kekayaannya lebih banyak daripada kekayaan Raja Qarun, tidaklah orang dalam rumah itu akan melihat kecukupan dan keriangan.

Demikianjuga sebaliknya; kalau yang laki-laki hatinya hati layang-layang, hati golongan pertama tadi, dan isterinya masuk golongan yang kedua, maka si isteri hanyalah lepau tempat singgah bagi suaminya ketika ia lelah berjalan.
Kesenangan di luar rumah, bukan di dalam rumah. Orang yang begini selama-lamanya tidak merasa kepuasan. Perkataan talak, cerai,fasakh dan khuluk, adalah perkataan yang ringan sekali dari mulutnya. Perempuan yang jadi isterinya selama hidupnya makan hati berulam jantung. Dan yang sayangnya penyakit ini berbekas kepada anak-anaknya.

Marilah kita namai golongan pertama golongan kebendaan, dan golongan yang kedua golongan kejiwaan. Golongan pertama memungkiri alam dan suka kepada kemewahan. Negeri yang mereka sukai ialah kota-kota yang ramai. Pakaian yang mereka sukai, jika dia perempuan, ialah yang paling ganjil, yang paling menarik mata laki-laki, sejak pinggang yang diramping-rampingkan sampai kepada bibir yang diberi gincu. Golongan yang kedua tadi, negeri yang mereka sukai ialah di mana yang masih belum dicampur tangan manusia, bahagian-bahagian yang aman dan tenteram.

Kalau kita tilik kepada Hayati, lebih akan nyatalah "Hayati" -nya bila dia tinggal di kampungnya yang kaya dengan anugerah Allah yang abadi. Dan akan hilang perhatiannya dalam hidup jika dia tinggal di kota yang hiruk pikuk sebagai Surabaya itu. Sebaliknya suaminya, masuk kota Surabaya adalah laksana ikan dimasukkan ke dalam air, di sanalah baru bebas dia berenang.

Sejak berapa lama, perhubungan kedua suami isteri itu, hanya perhubungan akad nikah, bukan perhubungan akad hati lagi. Hati yang perempuan terbang membubung ke langit hijau mencari kepuasan di dalam khayal dan hati yang laki-Iaki, hinggap di wajah dari pangkuan perempuan¬perempuan cantik yang menjadikan Surabaya pasamya. Demikianlah kehidupan kedua makhluk itu sekian lamanya, sampai kepada mas a pertemuan dengan Zainuddin itu.

Setelah terjadi pertemuan itu, pulang juga sedikit kesenangan hati Hayati. Kerana rupanya masih ada di dunia ini orang yang pemah mencintainya dahulu. Dahulu!
Cuma yang diselidikinya - meskipun hanya sekadar mahu tahu - menurut sifat yang ada pada tiap-tiap perempuan: Apakah Zainuddin masih ingat kepadanya? Perkenalan mereka itu membesarkan hatinya, dia hendak tahu fikiran Zainuddin, hanya sekadar tahu, lain tidak. Kerana akan mungkin kepada pertalian yang telah dibuhulkan oleh kalimat suci, dia tak mahu. Dia telah ditakdirkan Tuhan buat bersengsara. Dia akan melalui takdir itu sampai Tuhan sendiri pula yang membukakannya, iaitu dengan kafan dan ... perkuburan.

Dia hendak tahu, hanya semata-mata untuk menimbulkan pengharapan, bahawa dirinya masih berhak hidup, mengecap udara yang nyaman dalam dunia ini. Tetapi sudah payah, sudah lelah dia mencari, walaupun dalam sindir kata, atau dalam gendeng mata, atau dalam lagak lagu Zainuddin, semuanya tak bertemu ... Dalam laksana dalamnya lautan.

Dua kali Zainuddin ziarah ke rumah Hayati, yang kebetulan Aziz tak ada di rumah. Dianggukkannya kepalanya kepada Hayati tetapi dia tidak mahu masuk, hanya berjanji akan datang kelak bila Aziz telah kembali. Dahulu masih ada kepercayaan Hayati mengirim surat mengadukan halnya dan menumpahkan perasaan hatinya kepada Khadijah, tetapi akhirnya dia undurkan diri, kerana dia telah tahu bahawa Khadijah berpihak kepada saudaranya jua.

Bersambung lah lagi…

Pengarang: HAMKA
Tajuk : Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck

Tuesday, October 18, 2011

Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck (Bhg. 23)

SURAT-SURAT HAYATI KEPADA KHADIJAH

Surat yang pertama.

Sahabatku Khadijah!

Setelah selesai perkahwinan kita, rupanya kita mesti berpisah sejauh ini; kau ke Medan menurutkan suamimu, kerana dia saudagar dan saya ke Padang menurutkan suamiku, kerana dia makan gaji. Meskipun bagaimana kesenangan yang diberikan Aziz kepadaku, namun saya masih tetap teringat kepada kau. Bilakah kita akan bertemu kembali, mengulang jejak masa muda, semasa masih bebas mengiraikan sayap. Memang amat ganjil hidup yang mesti kita tempuh. Mula-mula saya cintai orang lain, anak muda lain, menurutkan hati yang tidak bertimbangan, tetapi takdir Tuhan menentukan saya mesti menjadi isteri Aziz. Benarlah rupanya pepatah pujangga kita Tuan Haji Agus Salim, bahawa bagi bangsa kita, cinta datangnya ialah sesudah kahwin.

Khadijah! Kami amat beruntung suami isteri!

Justeru rupanya perkataan-perkataan orang membusuk-busukkan suamiku, mengatakan dia suka membuang-buang wang di meja perjudian. Kalau itu ada semasa dia masih belum beristeri, maka sekarang tak ada lagi. Adalah suamiku suatu contoh dari suami yang setia. Kebetulan sekali, baru-baru ini kami dikirim orang dari Surabaya, satu "katalogus" dari hikayat-hikayat yang dikeluarkan oleh satu pedagang buku. Hikayat yang mula-mula kami pesan bernama "Terusir". Kulitnya dihiasi dengan klise yang indah tetapi menyedihkan hati, terlukis seorang anak muda menjinjing bungkusan kecil, disuruh pergi oleh seorang tua yang gagah, memakai saluk. Di sana tertulis: "Pergilah! Negeri kami beradat". Isinya, wahai Khadijah, serupa dengan nasib anak muda yang menjadi buah tutur kita selama ini, Zainuddin. Saya baca cerita itu sampai habis, sehingga dengan tidak saya rasai, buku itu telah basah oleh air mata. Kebetulan penulis yang menanggungjawab hikayat-hikayat yang dikeluarkan itu ialah nama samaran atau potongan leter " Z ".

Mengingat leter itu, dan mengingat isi cerita, saya teringat kembali kepada anak muda yang telah teraniaya lantaran saya: Zainuddin. Kalau bukan karangannya, mengapa hampir serupa apa yang dituliskannya dengan yang kejadian itu, tidak berapa bezanya. Tetapi kalau dia, kadang-kadang saya tak percaya, bahawa anak muda yang pemenung itu akan sanggup menulis buku seindah itu. Beberapa bulan yang lalu, di surat-surat khabar yang terbit di Jakarta bertemu pula hikayat- hikayat pendek yang ditulis oleh leter " Z " juga. Isinya amat indah-indah, tetapi tidaklah seindah hikayat yang terbit di Surabaya ini. Agaknya kau sendiri ada juga membaca buku baru itu.

Kalau memang ini karangannya, alangkah salahnya persangkaan kita kepada anak muda yang kita sangka kurang akal itu. Rupanya dia mempunyai fikiran tinggi, telah menjadi pengarang yang besar. Terus terang saya katakan, hikayat-hikayat itu amat menarik hatiku; meskipun suamiku tidak begitu suka kepada cerita-cerita sedih, hanyalah hikayat-hikayat detektif saja.

Hayati

Surat yang kedua.

Sahabatku Khadijah!

Berdebar-debar, masih berdebar jantungku ketika surat ini kutulis. Suatu keadaan dan penghidupan yang baru akan kami tempuh. Perlu sekali rasanya kau tahu, sahabatku. Ketika suamiku pulang dari pekerjaannya pukul satu tadi, dia telah mendekatiku, mukanya kelihatan girang, lebih daripada kegirangannya yang biasa. diciumnya keningku, sambi! tersenyum dia berkata:

Ti, kita akan pindah, besluitku telah keluar.
Pindah ke mana Kanda? tanyaku.
Cubalah teka, ke mana? katanya pula sambi! tersenyum.
Entahlah, jawabku!
Kita akan pindah ke Jawa, katanya!
Ke Jawa? tanyaku dadaku berdebar amat kerasnya!
Ya, ke Jawa, kita akan berlayar mengharung laut Ketahun, kita akan melihat kota Jakarta yang ramai. Kita akan pergi ke negeri yang lebih ramai. Tempat kita telah ditentukan di Surabaya!

Tidak enak makan suamiku kelihatan lantaran girangnya, dia tersenyum-senyum saja. Baru sebentar ini dia pergi menguruskan perlelongan barang-barang kami. Dan hairan sekali Khadijah! Debar jantungku kian keras, menyalahi kebiasaan orang yang akan didatangi suatu kegirangan.

Sehendaknya tentu bergirang amat saya menerima khabar kepindahan itu, sebab inilah saya lihat cita-cita tiap-tiap isteri yang suaminya makan gaji. Sedangkan kau sendiri ketika akan ke Medan, malam rasakan kau cabik supaya lekas siang. Payah saya menetapkan dan meneguhkan hati, debarnya masih tetap saja, seakan-akan ada rasanya bahaya yang akan kutempuh di Tanah Jawa itu.

Ah, itu hanya was-was, biarlah saya cuba memeranginya. Apalagi saya cukup percaya kepada suamiku. Kalau sekiranya engkau masih ada di rumah, Khadijah, tentu engkau akan turut menghantarkan daku ke Teluk Bayur, mengipas-ngipaskan saputanganmu melepas kami berlayar, yang harinya sudah terlalu dekat sekali. Sudah putus, kami akan pindah, harinya sudah amat dekat. Agaknya setelah sampai di tempat kediaman  yang baru, barulah dapat saya mengirim surat pula kepadamu. Bilakah kita akan bertemu lagi Khadijah?


Hayati

Surat yang ketiga.

Sahabatku Khadijah!

Sejak menjejak Tanah Jawa, sesudah menyatakan bahawa saya telah sampai bersama suami saya dengan selamat, belum pernah saya lagi berkirim surat, sudah hampir tiga bulan lamanya. Hairan tercengang engkau agaknya, apakah sebab saya, yang serajin itu selama ini menulis, sekarang terhenti saja, padahal banyak keadaan-keadaan di Tanah Jawa, keindahan alam, kecantikan kota yang patut diterangkan kepadamu. Tertahan-tahan saya menulis sekali ini. Tetapi ada satu perasaan yang menguatkan hati saya menerangkannya, iaitu persahabatan kita, bukan pertalian ipar bisan kita.

Khadijah! Bagaimana namanya saya ini? Mengapa seakan-akan orang yang karam masuk laut saya rasanya, tidak akan timbul-timbul lagi, setelah menjejak Tanah Jawa ini? Sebelum melangkahkan kaki masuk kapal di pelabuhan Teluk Bayur, darahku berdebar-debar, seakan-akan ada bahaya yang akan kutempuh. Tetapi perasaan itu saya tekankan juga. Sekarang telah timbul hal-hal yang menyebabkan debar darah itu kembali terasa.

Iaitu entah apa sebab kerananya, jauh berbeza perangai suamiku dari dahulu, seketika mula-mula kahwin. Saya masih ingat, lebih kurang setengah tahun kami di Padang, hidup bersuka ria, ke mana suamiku ke sana saya. Tetapi sekarang bila dia pulang dari pekerjaan, senyumnya tidak seperti senyum yang dahulu lagi, sudah nampak dibuat-buatnya. Saya tidak pula berani menyangka bahawa hatinya telah berubah terhadap diriku, itu sekali-kali tidak.

Cuma saya hendak menegaskan, bahawa harga pemandangannya kepadaku telah banyak berbeza. Jika di masa yang lalu, duduk di dekatku menjadi kesenangannya, atau berjalan berdua memakan angin petang menjadi kenikmatan hidup kami, sekarang telah bertukar. Duduk di rumah dia gelisah, larut malam baru dia pulang. Saya tak cemburu kepadanya. Dan katanya pula dia berjalan menziarahi handai taulan, sahabat dan kenalan. Kalau dia menjawab demikian, saya cukup percaya.
Yang saya hairankan pula, jika semasa kami tinggal di Padang, gaji yang diterimanya mencukupi untuk hidup kami, sekarang tidak lagi. Sudah kerap kali kami kekurangan, sudah kerap kali kami mengeluh lantaran belanja tak mencukupi, padahal gaji jauh lebih naik dari di Padang. Akan kukatakan bahawa hal itu lantaran harga makanan terlalu mahal di Surabaya, itu pun tidak pula; penghidupan tidak berapa berbeza dari di kampung kita.

Kalau bukan mengingat bahawa engkau sahabatku, haram saya berani menyatakan ini kepada saudara perempuan suamiku. Tetapi sebab kenal kejujuran hatimu kepadaku, saya kenal engkau pengasih dan peyantun. Pembicaraanmu amat berpengaruh kepadanya, itulah sebab saya sampaikan. Dan ketahuilah olehmu sahabat, bahawasanya kasih sayangku, sedikit tak berubah kepadanya. Jika kiranya dia lupa, hiarlah dia kembali sedar. Marilah kita perbaiki bersama-sama.

Hayati

Balasan Khadijah.

Sahabatku Hayati!

Suratmu yang terakhir ini sahabat, sangat menghairankan hatiku. Engkau terlalu banyak was-was, terlalu banyak mengelamun. Sebenarnya Aziz tetap cinta kepadamu, sejati dan suci. Tidak ada niatnya hendak berkhianat kepadamu dalam negeri yang sejauh ini. Tuduhanmu atas perubahan hati suamimu terlalu berat. Agaknya dia kurang banyak di rumah adalah mencari ikhtiar yang lain utuk mencukupkan penghidupan. Kerana banyak juga saya lihat, belanja rumah tangga itu, beres atau tidaknya, bukan bergantung kepada laki-laki, tetapi tiangnya kebijaksanaan si isteri juga .. , Teguhkanlah hatimu kembali, jangan engkau kurang percaya kepada suamimu, di rantau yang sejauh ini.

Khadijah

Petang itu, sesudah meminum semangkuk teh, ketika Hayati duduk bersama suaminya, datanglah seorang loper menghantarkan surat undangan, demikian bunyinya:

Tuan yang terhormat!

Ini malam akan diadakan pertunjukan di dalam gedung kelab kita, suatu cerita tonil karangan Tuan Shabir (lebih popular dengan nama samaran penulis “ Z "). Diharap supaya Tuan datang bersama isteri untuk memperhatikan kesenian permainan dan ciptaan fikiran pengarang kita yang telah mulai meningkat tangga kemasyhuran itu.

Hormat Pengurus

Undangan itu disertai pula dengan sepucuk surat tersendiri dari Pengurus Kelab. Demikian bunyinya:

Tuan Aziz yang terhormat!

Dari beberapa anggota perkumpulan kita "Kelab Anak Sumatera", kami beroleh khabar, bahawa telah tiga bulan Tuan pindah bekerja di kota Surabaya ini. Setelah sampai khabar itu kepada kami, inginlah kami hendak berkenalan. Kami percaya sungguh bahawa dalam gerakan sosial yang seperti ini, Tuan beserta isteri tidak akan ketinggalan, terutama pula, kelab kita - sebagaimana tersebut dalam Anggaran Dasar yang kami kirimkan beserta ini - adalah medan pertemuan silaturrahim di antara kita anak-anak Sumatera yang hidup di rantau ini.

Kami ambillah peluang ini, yakni nanti malam di Kelab akan dipertunjukkan suatu cerita tonil terdiri dari lima babak, karangan pujjangga muda kita, Tuan Shabir yang masyhur dengan nama samaran penulis " Z" yang telah menerbitkan buku-buku cerita yang masyhur itu.

Pertunjukan hikayat karangan Tuan itu nanti, dia sendiri yang akan memimpinnya (regisseurnya), sehingga jalan cerita tentu saja akan sesuai dengan cita-cita pengarang. Dan kalau pertunjukan ini berhasil baik, maka hasilnya akan didermakan untuk "Studiefonds" yang baru pula kita dirikan.

Berharap sangat kami supaya Tuan sudi datang bersama isteri, sebagai langkah pertama dari perkenalan kita seterusnya.

Wassalam

Atas nama pengurus "Kelab Anak Sumatera "
Ketua (tidak terbaca)
Penulis (idem)

Surat-surat itu sehabis dibacanya, mula-mula hendak dilipatnya saja. Tetapi seketika diletakkannya, Hayati mengambil dan dibacanya pula. Di akhimya dia berkata:
Bawa adinda sekali ini, Kanda?"

"Ah, percuma pergi, tidak menarik kalau cuma tonil bangsa kita, permainannya kurang halus, bukan seperti tonil Belanda!"

"Meskipun begitu, yang sekali ini bawalah adinda. Adinda hendak berkenalan dengan perempuan-perempuan orang kita yang ada di sini."

Tak ada alasan lagi bagi Aziz hendak menolak permintaan isterinya. Sehingga setelah kira-kira pukul tujuh malam, hersiaplah mereka berdandan dengan pakaian yang rapi, hendak hadir ke pertunjukan itu. Mereka terlambat datang, mereka dapati permainan telah berjalan kira-kira 15 minit. Gedung Kelab itu penuh sesak oleh penonton.

Titel cerita ialah Berbalik Pulang, suatu hikayat yang mengandung banyak pengajaran dan ibarat, bagaimana seorang anak muda yang terlalu menurutkan angan-angan, menyangka bahawa perempuan yang dicintainya itu sesuci-suci dan secantik-cantik perempuan yang ada dalam dunia. Kemudian baru dia insaf bahawa dia tertipu, bahawa antara khayal dengan hakikat itu selalu berlawanan. Dia insaf, dia kembali pulang, pulang ke dalam ketenteramannya.

Jalan cerita amat halus, meresap ke dalam hati, meskipun hikayatnya begitu hebat, tetapi kerap terjadi dalam masyarakat. Apalagi pemain-pemainnya pun pandai membawakan peranan masing-masing. Selama pemainan berjalan, tak kurang-kurang pujian orang kepada pengarangnya. Penulis " Z '"', Tuan Shabir, jadi buah tutur penonton. Sehabis pertunjukan, yang telah dapat memukaukan penonton kepada kerusi masing-masing, kedengaranlah suara tepuk tangan yang riuh dalam gedung itu, memuji jalan cerita. Beberapa pengurus menunggu Tuan Shabir turun dari belakang layar tonil, yang dari pemulaan sampai penghabisan mengatur jalan cerita dengan asyik dan hati-hati sekali. Mereka bertungguan, hendak menyampaikan ucapan "selamat". Aziz pun tertarik dengan hikayat itu. Demikian juga Hayati. Sukar orang yang dapat mempertunjukkan suatu cerita yang halus dan mengandung kesenian demikian. Tiba-tiba muncullah pengarang muda itu dari tonil, dia turun ke bawah, diiringkan oleh pemain-pemain disambut oleh pengurus-pengurus yang menunggu kedatangannya itu, dengan tepuk tangan riuh.

Zainuddin yang telah menukar namanya dengan Shabir! Dihadapinya orang-orang yang menungguinya itu dengan muka yang tenang dan penuh senyuman. Lenggang badannya, raut mukanya,jemih keningnya, semuanya telah berubah, bukan Zainuddin yang penyedih hati yang dahulu lagi, tetapi Zainuddin yang sabar, yang tenang, cocok dengan namanya yang baru ... Shabir!
Dengan senyum disambutnya tangan yang dihulurkan orang kepadanya, dipegangnya dan digoyangnya dengan penuh rasa hormat. Tiba-tiba sampailah kepada Aziz dan Hayati.

Muka Hayati pucat sebentar, darahnya tersirap. Dia hendak melihat bagaimanakah bentuk rupa Zainuddin seketika menentang mukanya dan muka suaminya. Sebab, dia ingat betul bagaimana kesedihan anak muda ini seketika menjabat tangannya yang telah berinai beberapa tahun yang lalu, yang membawa sakitnya.

Hanya sebentar, sekejap mata saja kelihatan perubahan muka Zainuddin melihat kedua suami isteri itu, setelah itu hilang tak kelihatan lagi, hilang di dalam senyumannya yang
manis.

"Oh .,. Tuan Aziz! Dan .. Rangkayo (Orang Kaya) Hayati!

Sudah lama tinggal di kota Surabaya ini?" tanyanya sambil, membungkukkan kepalanya memberi homat.

"Baru tiga bulan" jawab Aziz!

"Ajaib, sekian lama di Surabaya, baru sekali ini kita bertemu."

"Kami pun tidak menyangka," jawab Aziz, "bahawa pengarang ternama, ahli tonil yang selalu jadi buah mulut orang lantaran tulisan-tulisannya yang bererti itu adalah sahabat kami, Tuan “Z”…

"Shabir!" katanya menukar pembicaraan itu. "Tidak ada lagi nama yang lama, kerana kurang cocok dengan diri saya. Nama Shabir lebih cocok, bukan?" katanya sambil
tersenyum.

"Semua nama cocok buat orang sebagai Tuan," sahut Azizpula.

"Akur ... ," kata anggota-anggota lain yang dari tadi tegak tersenyum melihat kedua orang itu bercengkerama.

"Sekarang saya kenalkan tuan-tuan kepada sahabat saya Aziz dan isterinya Rangkayo Hayati, dari Padang Panjang," ujar Zainuddin kepada teman-temannya.
Maka terjadilah perkenalan di antara orang-orang itu. Mulai sejak malam itu Aziz dan Hayati telah menjadi anggota dari "Anak Sumatera". Zainuddin, memang bukan Zainuddin yang dahulu lagi hanya mukanya yang sekarang adalah lebih jemih, pakaian yang dipakainya lebih mahal dan gagah dari dahulu. Meskipun mukanya tidak cantik, tetapi cahaya ilmu, pengalaman, penanggungan, cahaya seni semuanya telah memberinya bentuk yang baru.

Pergaulan dalam kota Surabaya pun telah luas, terutama dalam kalangan kaum pergerakan, dalam kalangan kaum pengarang, wartawan-wartawan, pemimpin-pemimpin rakyat. Tiap-tiap rembukan yang mengenai kepentingan bangsa, menolong orang yang sengsara, pekerjaan amal, sentiasalah Zainuddin, atau Shabir jadi ikutan orang banyak. Dan Muluk adalah sahabatnya yang setia.

Bersambung…


Pengarang
: HAMKA
Tajuk : Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck

Sunday, October 2, 2011

Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck (Bhg. 22)

MENEMPUH HIDUP

Dua bulan lamanya Zainuddin sakit. Sakit yang boleh dikatakan penutup dari zaman angan-angan remaja dari pintu zaman yang baru untuk penghidupannya. Rupanya Allah masih mengizinkan dia hidup, padahal sudah berapa kali di dalam sakitnya dia meminta mati. Tetapi rupanya dia masih berguna, lapangan buat berjuang dalam alam dunia ini masih luas. Sebab itu maka sembuhlah dia, dari sedikit ke sedikit, fikirannya pun timbul dari selangkah ke selangkah, sehingga akhimya kekuatannya telah surut semula. Hanya pada tepi matanya, pada raut keningnya, masih tetap terbayang segala lakon hidup yang dijalaninya.

Persahabatan manusia yang didapati sesudah menempuh sengsara adalah persahabatan yang lebih kekal daripada yang didapat pada waktu gembira. Demikian pulalah di antara Zainuddin dengan Muluk. Sejak dia sakit sampai sembuhnya, tidaklah pernah terpisah lagi di antara kedua orang itu. Zainuddin masih muda dan banyak cita-cita, Muluk lebih tua dan banyak pengalaman, walaupun ilmunya tak ada selain dari pergaulan.

Pada suatu hari, tengah hari, sedang cacau ragi kain, sedang lengang orang di kampung hanya sekali-sekali kedengaran peluit keretapi yang sedang diperbaiki di bengkel dekat stesen, dan dari jauh kedengaran aliran air yang merawankan hati dalam belukar Anai. Kebetulan Mululi kembali dari pasar, tidak mendapati Zainuddin di rumah. Dicarinya ke dalam kamar tak ada, dicarinya dan ditanyakannya kepada ibunya sendiri, ibunya pun tak tahu. Terkenanglah dia bahawa pada zaman yang akhir ini, Zainuddin suka sekali bersunyi-sunyi diri ke belukar Anai, ke tepi sungai yang mengalir dengan bunyinya yang dahsyat itu, seakan-akan berserunai bernafiri layaknya. Dia pun dengan tergesa pergi ke sana. Persangkaannya tepat sekali, didapatinya Zainuddin sedang duduk di atas sebuah batu besar melihat air mengalir, yang selalu seakan akan bertutur. Nun jauh dari sana, adalah Lubuk Mata Kucing, tempat orang mandi-manda bergurau.

Setelah Muluk datang; Zainuddin telah tahu, tetapi tak sepatah jua ditegurnya. Di sanalah Muluk mulai berkata.

"Apakah yang Guru menungkan juga?"

"Begini baru usiaku, sudah begini besarnya kedukaan yang menimpa diriku, menung apakah yang tidak akan terjadi? Kalau Bang Muluk merasai tentu Abang tak akan sampai bertanya!"

"Hentikanlah segala permenungan ini, Guru Muda.

Sebab segala yang kejadian itu telah berlalu masanya; apa yang telah tertentu sejak dalam rahim bonda tak dapatlah makhluk mengelakkan," ujar Muluk dengan rupa yang bersungguh-sungguh. "Secara persahabatan, biarlah dengan segenap kejujuran saya lepaskan perasaan yang terguris kepada Guru. Begini banyak ilmu yang telah Guru tuntut, begitu tinggi budi pekerti dan kesopanan Guru; akal panjang fikiran luas, pemandangan jangan disebut.

Tiba-tiba di hadapan keadaan yang begini, Guru bersemangat lemah. Lebih lemah daripada kami parewa yang tak kenal membaca bismillah. Tidaklah baik hidup yang murni dan mulia dikurung di terungku kerana hanya semata-mata memikirkan seorang perempuan, seakan-akan hanya itulah perempuan di dunia ini. Perempuan yang Guru junjung itu, sebelum sampai perkahwinan berhasil dengan Guru telah nyata emas dan loyangnya, batu dan intannya. Dia telah berkhianat, memungkiri janjinya, sehingga lantaran memikirkan itu, Guru telah jatuh sehina selemah ini seakan-akan ditusukkannya sebilah keris yang tajam ke hujung jantung Guru, sehingga kalau bukan kasihan Allah, binasa Guru dibuatnya."

Setelah dia termenung sebentar maka diteruskannya pula perkataannya: "Di sini Guru menangis tersedu-sedu, meratap terisak-isak mengatakan Guru kehilangan nikmat, kehilangan permata; padahal di pihak lain perempuan itu dengan senyum gembira menyandarkan kepalanya ke atas pangkuan suaminya; tidak teringat lagi olehnya diri kita, dilupakan, dibuangkan, setelah dibuang diinjakkannya pula.

Guru pergi duduk -duduk bermenung seorang diri ke tempat yang lengang. Padahal ke mana pun kita pergi, iblis sentiasa menurutkan kita. Alangkah berbahayanya kalau dibisikkan oleh iblis menyuruh Guru putus asa, disuruhnya membunuh diri. Buat orang yang Guru cintai, agaknya lebih senang hatinya kalau Guru hilang dari dunia, lebih bebas dia melangkah di atas dunia yang luas ini. Agaknya ketika orang mendapat mayat Guru tergantung di dahan pohon dadap, atau terbentang di Anai yang deras airnya ini, atau terputus leher Guru disembelih tangan Guru sendiri di dalam kamar. Agaknya kalau sampai kepadanya khabar itu, tidaklah dia akan pergi menjenguk Guru, usahkan menangisi Guru. melainkan dia akan merasa bangga sebab kecantikannya telah mengorbankan orang yang mencintainya.

Hai Guru Muda! Mana pertahanan kehormatan yang ada pada tiap-tiap laki-laki? Tidakkah ada itu pada Guru? Ingatkah Guru bahawa ayah Guru terbuang dan mati di negeri orang, hanya semata-mata lantaran mempertahankan kehormatan diri? Tidakkah dua aliran darah yang panas ada dalam diri Guru, darah Minangkabau dari jihat ayah, darah Mengkasar dari jihat ibu?

Mana kegagahanmu Guru, rasa tanggungjawab atas dirimu? Padahal saya kenal bahawa dalam hal yang lain-lain Guru cukup mempunyai itu. Mengapa dalam hal yang sefasal ini Guru mundur dan kalah?

Dengan terus terang saya katakan, bahawa Guru bercelaka, sengsara, hidup Guru sempit, lebih dari hidup orang lain, lantaran salah Guru sendiri.

Tenaga mudamu, darahmu yang masih panas, kepalamu yang masih sanggup bertempur dengan peri penghidupan telah di rampas dan dirosak binasakan oleh perempuan itu. Jangan malu Guru! Guru mesti tegak kembali. Langkahkan kaki ke perjuangan, yang selalu meminta tentera, yang selalu kekurangan soldadu!

Karamkan diri ke dalam alam, ke dalam masyarakat yang maha luas. Di sana banyak bahagia dan ketenteraman. Di mana-mana didirikan orang perkumpulan-perkumpulan, penolong fakir dan miskin. Di mana-mana didirikan orang rumahsakit-rumahsakit, penolong si sakit yang tak mampu. Diadakan rumah pondokan pemelihara orang tua-tua yang masih panjang umurnya, padahal telah lemah berusaha. Masuki itu dengan mencampuri pekerjaan itu akan terubat kedukaan sekarang.

Di mana-mana didirikan orang perkumpulan politik atau ekonomi untuk membela kepentingan bangsa dan tanah air supaya mencapai bahagia dan hidup yang sempurna. Masuki itu, kiraikan sayap, tuangkan dan habiskan tenaga buat itu.Dengan begitu penyakit yang Guru tanggungkan tentu sembuh, dan penghidupan dapat ditentukan arahnya sebelum terlambat.

Di mana-mana diterbitkan orang surat-surat khabar, pembimbing umat kepada kecerdasan, memuat perkhabaran, pengetahuan, syair dan madah, cerita dan hikayat. Buku roman yang tinggi harganya telah mulai dikeluarkan orang. Kalau Guru ambil kesanggupan menumpahkan fikiran yang tinggi-tinggi itu dengan mengarang, tentu akan berhasil. Apalagi pengalaman telah banyak, jiwa telah kerap kali menanggung, hati telah kerap kali menempuh duka. Kalau Guru segan di bawah takuk orang, dengan wang yang ada di tangan Guru bolehlah menerbitkan sendiri. Dengan demikian Guru akan mengecap bagaimana nikmat kebahagiaan dan keberuntungan.

Di dalam alam yang terbentang di muka kita, di awan-awan yang berarak, di sungai yang mengalir, di burung yang terbang tinggi, di kulik helang tengah hari, di kokok ayam di halaman, di puncak gunung meningkat awan, pendeknya di mana-mana pun, terbentanglah pengubat hati dan jiwa Di sana tersembunyi pokok-pokok untuk kebahagiaan hidup

Apa sebab hati akan dibiarkan bersedih dan bersusah di dalam alam ini? Padahal lapangan kemuliaan dan perasaan bahagia terbuka buat semua orang! Orang yang bercela di dalam dunia ini hanya bertiga saja. Pertama orang dengki, yang selalu merasa sakit hati melihat orang diberi Allah nikmat. Kesakitan hatinya itulah yang menyebabkan dia celaka, padahal nikmat Allah tak dapat dihapuskan oleh tangan manusia. Kedua orang yang tamak dan loba, yang sentiasa merasa belum cukup dengan apa yang telah ada dalam tangannya, selalu menyesal, mengomel, padahal yang akan didapatnya tidak akan lebih daripada yang telah ditentukan Allah dalam kudrat-Nya. Ketiga orang berdosa yang terlepas dari tangan hakim, kerana pencurian atau pembunuhan, kerana memperkosa anak bini orang.

Orang yang begini, meskipun terlepas dari jaringan undang-undang, tidak juga akan merasai nikmat sedikit pun ke mana jua dia pergi. Kesalahan dan tangannya yang berdarah selalu terbayang-bayang di ruangan matanya. Polis serasa-rasa mengejamya juga. Di mana orang berbisik-bisik, disangkakannya memperkatakan hendak menangkapnya juga.

Apakah yang Guru susahkan, padahal ketiga penyakit itu tak ada pada Guru?

Melihat mata Guru memandang saya, saya tahu bahawa Guru kurang percaya akan perkataan saya, sebab menilik kepada kerendahan darjat saya, seorang parewa. Tetapi janganlah dibiarkan banyak-banyak makhluk yang sesat dan tidak mempunyai haluan. Awasilah diri Guru sebelum jatuh ke dalam jurang. Saya mengetahui benar bahawa Guru alim dan berpengetahuan, tetapi liku-liku hidup belum banyak Guru lalui. Seruan dan pemandangan saya adalah seruan dan pandangan dari seorang yang telah mengalami, seorang yang telah menderita, memberi ingat kepada temannya, supaya teman itu jangan sesat dan tergelincir. Sebab mudah orangj atuh ke lurah yang dalam, dan sukar membangkitkan diri dalam lurah itu.

Salah sekali kalau orang sebagai Guru menyangka kebahagiaan ada pada rumah yang indah, atau pada wang terbilang, atau pada perempuan yang cantik. Kalau demikian, apakah akan ubahnya Guru seorang terdidik budiman dengan orang-orang zaman kini. Orang yang sampai gugur rambut di kepala mencari wang kian ke mari, tetapi dia tidak hendak puas, hanyalah semata-mata lantaran diperintah oleh senyuman perempuan.

Lihat anak-anak muda zaman sekarang, yang menangis tersedu-sedu meminta belas kasihan perempuan, mahu dia berkorban, sengsara, hina, hanyalah mencari apa yang disebut orang cinta. Salah persangkaan yang demikian, hai Guru Muda. Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.

Jika kita dikecewakan oleh perempuan pada hari ini, ada dua jalan ditempuh orang, satu jalan ditempuh oleh orang yang hina yang rendah budi. Satu jalan pula ditempuh oleh orang yang dalam fikirannya. Yang ditempuh oleh parewa ialah membalaskan dendam dengan jalan menganiaya. Dicarikannya pekasih atau kebenci kian ke mari, dituntutnya ilmu sihir kepada dukun-dukun yang pandai, sehingga perempuan itu cerai dengan suaminya, atau kena si jundai dan parendangan. Cinta yang demikian namanya kekejaman, dia menganiaya bukan mengasihi, mementingkan kesenangan seorang. Dan itu bukan budi dan cinta, tetapi nafsu yang serendah-rendahnya.

Bukan begitu jalan yang ditempuh budiman. Jika hatinya dikecewakan, dia selalu mencari usaha menunjukkan di hadapan perempuan itu, bahawa dia tidak mati lantaran dibunuhnya. Dia masih hidup, dan masih sanggup tegak. Dia akan tunjukkan di hadapannya dan di hadapan suaminya bahawa jika maksudnya terhalang di sini, pada fasal lain dia tidak terhalang.

Guru sendiri yang mengajarkan kepada saya, dan sekarang saya kembalikan kepada Guru, bahawa banyak orang besar-besar yang kalah dalam percintaan, lantaran kekalahan itu dia ambil jalan lain, dia maju dalam politik, dalam mengarang syair, dalam mengarang buku, dalam perjuangan hidup, sehingga dia naik ke atas puncak yang tinggi, yang perempuan itu wajib melihatnya dengan menengadah dari bawah. Dengan itu, biar hatinya sendiri hancur dalam kekecewaan yang pertama, maka orang banyaklah yang mengambil hasilnya."

Dalam sekali nasihat-nasihat yang diberikan oleh Muluk, tercengang Zainuddin memikirkan, tidak disangkanya bahawa temannya itu, yang pada lahir dicap seorang parewa, tetapi pada batinnya seorang guru yang telah banyak sekali meminum air hidup. Sehingga di dalam Muluk berkata-kata itu, teringatlah di hati Zainuddin bahawa selama ini belum ada dia beroleh seorang sahabat tempat menumpahkan perasaan hati, yang serupa dengan Muluk itu.

"Saya lihat Guru pandai mengarang," Muluk meneruskan tuturnya, "banyak buku-buku terletak di atas meja Guru, banyak karangan-karangan dan hikayat-hikayat. Mengapa itu tidak Guru teruskan?"

"Kalau fikiran tertutup bagaimana hendak mengarang?" keluh Zainuddin.

"Kata orang ketika ditimpa hal-hal yang seperti inilah terbuka fikiran membuat karangan," jawab Muluk.

"Benar segala perkataanmu, Bang Muluk, tidak ada yang salah. Segala yang tersebut itu telah saya usahakan, telah saya ketahui. Tetapi itulah; saya akui pula semangat saya yang lemah yang tak dapat mencapai kemenangan di dalam perjuangan mencari mana yang lebih benar. Tetapi saya ingat pula bahawa segala yang kejadian itu mesti kejadian, kesusahan mesti datang menimpa, dilukai mesti berdarah, dipukul mesti sakit.

Cuma sesudah luka tentu ada pula masa sembuhnya, sesudah bengkak ada masa surutnya. Mulai waktu ini saya akan berusaha memperbaiki jalan fikiran saya kembali. Saya tidak akan mengingat dia lagi, saya akan melupakan dia! Adapun kesakitan yang mengenai hati, moga-moga dapatlah disembuhkan Tuhan dengan beransur. Tetapi ...

"Tetapi apa lagi?" tanya Muluk.

"Saya sudah fikirkan bahawa yang lebih maslahat bagi diri saya dan bagi perjuangan yang akan ditempuh di zaman depan, saya terpaksa pindah dari kota Padang Panjang. Saya hendak ke Tanah Jawa. Di Tanah Jawa nasihat Bang Muluk itu lebih mudah dijalankan daripada di sini. Lagi pula kalau

Padang Panjang kelihatan juga, fikiran yang lama-lama timbul-timbul juga!"

"Sudah tetapkah keputusan demikian?" "Tetap!"

"Saya mesti ikut!" kata Muluk. "Saya tertarik dengan Guru. Sebab itu bawalah saya menjadi jongos, menjadi pelayan, menjadi orang suruhan pada waktu siang di dalam pergaulan hidup, dan menjadi sahabat yang setia yang akan mempertahankan jika Guru ditimpa susah!"

Dengan muka sangat girang, Zainuddin menentang mata Muluk: "Benarkah Abang mahu pergi dengan daku?"

"Benar, sebab dari Guru banyak kebaikan yang akan saya contoh, saya hendak menuntut penghidupan yang baru menanggalkan baju "parewa" saya. Saya hendak tunduk dan kembali ke jalan benar, kerana sejauh-jauh tersesat, kepada kebenaran jugalah kita akan kembali."

"Saya pun perlu berdamping dengan Abang, kita tidak berpisah lagi, banyak pula kebaikan dan faham yang dalam-dalam yang perlu saya ambil dari Abang Muluk."

"Sampai mati menjadi sahabat," kata Muluk. "Sampai mati menjadi sahabat," kata Zainuddin pula, sambil bersalam-salaman yang lama sekali.

Seminggu di belakang itu kelihatan Zainuddin dengan Muluk di atas dek kapal Sloet Van Der Beele yang akan berlayar dari Teluk Bayur ke Tanjung Priok.

JIWA PENGARANG

Kata setengah orang, ilmu mengarang itu diperdapat lantaran dipelajari; diketahui nahu dan saraf bahasa dan dibaca karangan pujangga-pujangga lain dan menirunya, bisa orang menjadi pengarang. Banyak diperbuat orang aturan mengarang, mesti begini, mesti begitu, tak boleh salah. Tetapi bilamana kita lihat karangan pujangga yang sejati sentiasa berlainan susunannya dengan lain pujangga. Seorang pengarang, bilamana dibaca orang karangannya, orang tertarik dengan kesulitan bahasa yang dipakainya. Yang lain pula, bahasanya tidak begitu dipedulikannya, kadang-kadang menyalahi kepada kebiasaan orang lain, bahkan menyalahi nahu dan saraf yang terpakai pada lazim, tetapi lebih enak orang membaca karangan itu.

Di Tanah Indonesia ini, umur kesusasteraan belum lagi tinggi. Perhatian orang untuk memperindah bahasa negerinya masih baru. Sebab itu amat sulit jalan yang ditempuh oleh pengarang. Belum banyak orang yang kenal kepada buah penanya. Zainuddin! ....

Ditinggalkannya Pulau Sumatera, masuk ke Tanah Jawa, medan perjuangan penghidupan yang lebih luas. Sesampai di Jakarta, disewanya sebuah rumah kecil di suatu kampung yang sepi, bersama sahabatnya Muluk. Dari sanalah dicubanya menyudahkan karangan-karangannya yang terbengkalai, terutama di dalam bahagian hikayat.

Dikirimnya kepada surat-surat khabar harian dan mingguan. Rupanya karangan-karangannya itu mendapat tempat yang baik, kerana halus susun bahasanya, dan diberi orang honorarium meskipun kecil. Lantaran penerimaan orang yang demikian, hatinya bertambah giat dan semangatnya makin bangun. Sehingga di dalam masa yang belum cukup setahun, karangan-karangannya telah banyak tersiar. Tiap-tiap hari Sabtu keluarlah cerita-cerita yang dikarangkan oleh leter " Z ", yang amat menarik hati itu.

Kalau pada suatu ketika dicubanya menghentikan mengirim karangan-karangannya, maka datanglah surat hopredaktur meminta karangan yang baru, kerana langganan-langganan telah mendesak, mengapa minggu yang lalu tak ada karangan dari leter " Z ". Jika dahulu dia sendiri yang pergi ke pejabat surat khabar menghantarkannya, diterima dengan dibolak-balik lebih dahulu; sekarang redaksi surat khabar itulah yang datang meminta karangan kepadanya. Beberapa mingguan dan harian memberikan honorarium yang patut. Bahkan dalam masa yang tidak lama kemudian, direktor dari satu surat khabar harian telah datang ke rumahnya menawarkan pekerjaan menjadi redaksi dalam surat khabar itu, spesial mengatur ruangan hikayat, roman dan syair.

Tetapi dia tidak mahu, kerana ia mempunyai cita-cita lain. Setelah dia tahu bahawa buah penanya telah menjadi perhatian umum, mengertilah dia bahawa, inilah tujuan yang tetap dari hidupnya. Daripada bekerja di bawah tangan orang lain, lebih suka dia mengeluarkan dan membuka perusahaan sendiri. Oleh kerana kota Surabaya lebih dekat ke Mengkasar, dan di sana penerbitan buku-buku masih sepi, maka bermaksudlah dia hendak pindah ke Surabaya, akan mengeluarkan buku-buku hikayat bikinan sendiri dengan modal sendiri, dikirim ke seluruh Indonesia.

Dengan kemahuan yang tetap, dia bersama Muluk meninggalkan kota Jakarta, yang di kota itu dia telah mendapat modal paling besar, iaitu leter " Z " yang kelak akan dipergunakan mencuba nasib di kota Surabaya itu. Cita-citanya dengan buku-buku yang dikarangnya ialah menanamkan bibit persatuan rakyat dari segenap kepulauan tanah airnya, mempertinggi kecerdasan kaum perempuan, menghapuskan adat-adat yang telah lapuk, menegakkan kemajuan yang sepadan dengan bangsanya. Ceritanya amat menarik hati orang. Kerana bilamana dia menggubah hikayat-hikayatnya, dinantinya dahulu waktu yang tenang dan sepi. Segenap kesedihan yang berlungguk -lungguk dalam hati sanubarinya sejak dia kecil, itulah yang ditumpahkannya ke dalam karangan-karangan dengan wajah yang sejelas-jelasnya.

Ingatan seorang ibu kepada anaknya, ratap tangis seorang anak atas kematian ibunya, kerana ibunya sendiri memang tak ada lagi. Jikalau dia melukiskan cinta, sebenar-benar cintalah yang digambarkannya. Kekecewaan hati, keremukan fikiran, fikiran yang sedang buntu nasib seorang yang hidup sebatang kara, semuanya itu digambarkannya dalam karangannya, dengan wajah yang sejelas-jelasnya. Kerana orang yang menangis tak dapat menceritakan gelak orang yang tertawa; orang yang bergirang tak dapat melukiskan tangis orang yang bersedih. Pengarang dari kalangan bangsawan amat sukar menceritakan penghidupan dari Pak Tani di pondok yang buruk.

Tidak hairan, kalau sekiranya karangannya mendapat penerimaan yang baik dari pembacanya. Di dalam hal yang demikian, ada pula tabiatnya yang sangat mulia. Iaitu kasih sayang kepada fakir dan miskin, sangat hiba kepada perempuan-perempuan tua yang meminta-minta di tepi jalan. Kalau sekiranya ada orang dagang anak Sumatera atau anak Mengkasar yang terlantar di kota Surabaya dan datang meminta tolong kepadanya, tidaklah mereka akan meninggalkan rumah itu dengan tangan kosong. Ketika diketahuinya bahawa di kota itu ada perkumpulan anak-anak Sumatera yang bekerja memburuh atau di tempat-tempat yang lain, sudi pula dia memasuki perkumpulan itu. Segala yuran diisinya, kadang-kadang lebih daripada yang dibayar orang lain. Kerana demikianlah ahli seni, tak peduli kepada wang. Kerana kekayaan yang sangat dicita-cita oleh ahli seni bukan kekayaan wang, tetapi kekayaan bahagia, kekayaan alam yang tercurah ke dalam kalbunya.

Seorang ahli gambar, kalau gambarnya laku dan dibeli oleh sebuah kantor yang mengumpulkan barang seni dan diletakkan di sana, maka pada waktu perutnya lapar: dan wangnya habis, merasa kenyanglah dia, jika dia pergi pula kembali ke dekat gambar itu, melihat rupa dan wajah orang-orang yang lalu lintas di hadapan gambar itu. Seorang pengarang buku, walau bagaimana pun putus asa hidupnya, kalau pada suatu hari dilihatnya orang sedang membaca buku it u dengan asyiknya, dia lupa kepayahan dan keputusasaannya itu.

Kerana kemuliaan budi dan kebaikan hatinya, yang tiada suka mengganggu orang lain, lagi suka menghormati fikiran orang lain, dalam sedikit masa pula, namanya telah harum dalam perkumpulan "Anak Sumatera" itu. Sehingga tidak berapa lama kemudian, atas anjurannya sendiri didirikan suatu perkumpulan tonil dengan nama "Andalas", nama asli Pulau Sumatera.

Namanya kian lama kian harum, pencariannya pun maju. Dia termasyhur dengan nama samaran leter " Z ", pengarang hikayat, regisseur dari perkumpulan sandiwara "Andalas".

Demikianlah ilham yang dibawa oleh cinta yang suci. Cinta yang suci adalah laksana setitis embun yang turun dari langit ke atas bumi Allah ini. Jika sekiranya bumi yang menerimanya itu subur, maka tumbuhlah di atasnya beraneka warna bunga-bungaan yang harum semerbak. Menanamkan damai, aman, sentosa, insaf, rasa percaya kepada diri sendiri. Dalam hal yang begini, embun "cinta" yang setitis itu membawa manusia yang dititiknya ke maya pada yang mulia. Tetapi jika dia jatuh ke bumi yang tak subur, yang tandus dan penuh batu-batu, tidak ada yang akan tumbuh di sana, lain dari sirih memanjat batu, kuning daunnya lemah gagangnya. Orang itu menjadi putus asa, pencemburu kepada sesama manusia, hilang kepercayaan kepada nikmat yang tersimpan di dalam hidup. Atau menjadi seorang pembenci, kurang percaya, kadang-kadang pendendam dan sakit hati.

Maka adalah cinta kepada Hayati dan pengharapan yang terputus yang memuarakan jiwa dan semangat baru dalam perjuangan hidup anak muda itu, ke lautan yang luas!

"Di belakang kita berdiri satu tugu yang bernama nasib, di sana telah tertulis rol yang akan kita jalani. Meskipun bagaimana kita mengelak dari ketentuan yang tersebut dalam nasib itu, tiadalah dapat, tetapi harus patuh kepada perintahnya. "

Bersambung…

Pengarang: HAMKA

Tajuk : Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck

Note: Ah!! Apa yang tuan ceritakan ini, seolah-olah menceritakan akan diri tuan!!

Wednesday, August 17, 2011

Semua Dalam Aturan-Nya

Bismillah, Walhamdulillah..

Allahu AkhbarruLlahu Akhbar!!!!

Kedengaran azan menandakan masuknya waktu maghrib (berbuka puasa) bagi kawasan Zon satu di kelantan… yg zon dua diharap bersabar… bisik hati ku.. Mulut aku sebelum kedengaran azan.. tak henti-henti kumat-kamit berdoa … macam-macam doa yang ku pinta diketika itu.. termasuk keselamatan didunia dan di akhirat… yg terakhir… doa berbuka puasa.. itu semestinya..

Kenapa aku berdoa???

Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w.:

“Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu, doa yang tidak ditolak ketika dia berbuka.”

(Riwayat Ibn Majah, sanadnya pada nilaian hasan dan ke atas. Ishaq bin ‘Abd Allah al-Madani dithiqahkan oleh Abu Zur’ah dan disebut saduq oleh al-Zahabi dalam al-Kasyif ).

Maka kita boleh berdoa dengan apa sahaja doa yang kita hajati. Doa orang berpuasa makbul disebabkan jiwa yang telah dibersihkan daripada kotoran dosa dan syahwat. Justeru itu al-Munawi menyebut:

”Hadis di atas hanya untuk sesiapa yang telah menunaikan tanggungjawab puasa dengan menjaga lidah, hati dan anggota.”

(Faidh al-Qadir, 2/500).

Di sana ada doa yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w. ketika berbuka dan disunatkan kita membacanya:

ذَهَبَ الظَّمَأُ وَابْتَلَّتِ العُرُوقُ وَثَبَتَ الأَجْرُ إِنْ شَاءَ الله

Yang bermaksud: “Adalah Rasulullah s.a.w. apabila berbuka, Baginda bersabda: Telah hilanglah dahaga, telah basahlah peluh (hilang kekeringan) dan telah tetaplah pahala, insya-Allah.”

(Riwayat Abu Daud, sanadnya hasan)

Namun setiap orang yang menunaikan puasa dengan sepenuhnya, hendaklah merebut peluang doa yang makbul ketika dia berbuka.

Erm… setelah berbuka..aku terus ke masjid… kembalinya dari masjid herm… pekena “mee rebus”.. dah hampir 2 minggu aku tak jamah nasi ketika berbuka.. alhamdulillah… dah banyak kilo turun.. dari 126 kepada 123… mengikut kepada ketinggian..aku kena kurangkan berat badan sehingga 80 kg… erm.. agak- agak nye bila la dapat kembali kepada timbangan tersebut??? hohoho…

Bila tak amik nasi, tubuh rasa sedikit ringan berbanding biasa… nak beribadat pun mudah… takde rasa malas disebabkan kekenyangan…  eh tercerita pasal makan n berat badan la pulak…. hehe asalnya tajuk lain..takpe..bukan selalu..

Malam ni adalah giliran Abd Rahman tuk mengimami solat isya` terawih n witir.. kebetulan pada mula nya aku berhajat utk ke masjid Muhammadi.. tapi..entah mcm mana gerak hati ku nak ke masjid Kg Kijang… last2… aku buat keputusan tuk ke Masjid Kg.Kijang..

Dari kawasan luar masjid aku dapat dengar bilal mengumandangkan Iqamah.. naik je masjid..tengok-tengok.. takde imam… rupa2nya Imam Abd Rahman ke Stadium.. solat terawih disana.. herm… aku tiada pilihan.. aku mengimami solat isya` terawih dan witir… walaupun semalam adalah giliran aku… ah andaikan aku ke masjid Muhammadi.. pasti “kecoh” di masjid Kg.Kijang.. Imam tua ada majlis diluar…  Imam Muda bebas bergerak ke mana mana masjid.. Imam terawih pula.. pergi stadium tanpa meninggal pesan… herm… semua ini adalah dalam aturan-Nya….
images (13)

Alhamdulillah… walaupun aku tak sempat prepare apa-apa pun untuk jadi Imam terawih.. tapi semua itu dipermudahkanNya… Tertanya juga dalam diri ni,  sbb kadang-kadang bila  dah prepare .. perasaan gemuruh tetap ada.. tapi… bila spontan ok pula.. bahkan bacaan pun tenang je, takde sangkut-sangkut.. apa pun Syukur…. Mudah mudahan… kita semua tergolong dalam golongan mereka yang senantiasa bersyukur diatas segala nikmatnya… Yaitu dengan Melakukan segala perintah dan menjauhi apa yang dilarang-Nya…. ameen…
images
Alhamdulillah juga, semalam aku ke HUSM Kubang Kerian… untuk dapatkan rawatan susulan… mata aku yang sebelah kiri menampakkan perubahan (semakin pulih) Cuma kanan je yang masih mcm tuh.. (terdapat bengkak pada lapisan mata).. apa pun aku tetap bersyukur…kerana masih diberikan nikmat penglihatan.

Mata baru terasa mengantuk.. dah sampai masanya untuk berundur diri.. kemaafan sekiranya ada kesilapan disepanjang ku menulis disini.. apa yang baik adalah dari-Nya .. dan yang sebaliknya..adalah kelemahan diri ini..
Wasaalam..

aminpcb
170811
Kg.Kijangpcb

Tuesday, August 16, 2011

Al Buruj II

Imam AHmad telah  meriwayatkan dari Shuhaib, Bahawa Rasulullah SAW bersabda:”Diantara umat-umat sebelum kalian terdapat seorang raja yang memiliki tukang sihir. Setelah usianya semakin tua, tukang sihir itu berkata kepada raja tersebut:”Sesungguhnya usiaku sudah semakin tua dan ajalku akan segera tiba, kerananya berikan kepadaku seorang pemuda untuk aku ajari ilmu sihir.” Maka raja itu pun menyerahkan kepadanya seorang pemuda , yang kemudian dia ajari ilmu sihir. diantara tukang sihir dan raja itu terdapat seorang rahib. lalu pemuda itu mendatangi si rahib itu dan mendengar ucapanya. Maka dia dibuat terkagum kagum oleh gaya bahasa dan ungkapanya. Jika dia mendatangi tukang sihir maka dia dipukul dan ditanya :”Apa yang membuatmu tidak datang?” Dan jika mendatangi keluarganya, maka mereka memukulnya seraya bertanya:”Apa yang membuat mu tidak datang?”. Kemudian dia mengeluhkan hal tersebut kepada rahib tersebut. Maka rahib itu berkata:”Jika ada tukang sihir hendak memukulmu, maka katakan:”keluargaku telah menahanku,” dan jika keluargamu hendak memukulmu, maka katakan kepada mereka,”Tukang sihir telah menahanku”.
Setelah itu, beliau menceritakan:”Suatu hari, tiba tiba dia mendapatkan seekor binatang yang menggerikan lagi besar yang telah menahan umat manusia sehingga mereka tidak dapat melewati jalan tersebut. Lalu dia mengatakan:”Pada hari ini aku akan mengetahui, apakah perintah si rahib yang lebih dicintai Allah atau perintah tukang sihir.” Kemudian dia mengambil batu dan berkata :”Ya Allah, jika perintah rahib itu lebih Engkau sukai dan redhai daripada perintah tukang sihir, maka bunuhlah binatang ini sehingga orang-orang dapat melewati jalan ini”. Setelah itu dia melemparkan batu tersebut kearah binatang, lalu mati dan orang orang dapat melewatinya. Kemudian dia menceritakan dengan apa yang berlaku kepada sang rahib, dan dia mengatakan.”Hai anakku, engkau lebih baik daripada diriku dan engkau akan diuji, hendaklah engkau tidak melaporkan tentangku”. Dan anak itu dapatt mengubati orang yang terkena penyakit sopak dan berbagai macam penyakit lainya, dan dapat menyembuhkan mereka.
Raja tersebut mempunyai seorang pembantu yang buta. Dia mendengar berita tentang pemuda tersebut. Maka dia pun mendatanginya dengan membawa hadiah yang cukup banyak seraya berkata:”Sembuhkanlah diriku, dan engkau akan mendapatkan semua yang ada disini”. Dia pun menjawa:”Aku tidak dapat menyembuhkan seorangpun, sebenarnya yang menyembuhkan itu adalah Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Perkasa. Jika engkau beriman kepadaNya, maka aku akan berdoa kepadaNya sehingga Dia pun menyembuhkan mu”. Maka orang itu pun beriman, kemudian pemuda itu mendoakannya, lalu Allah pun memberikan kesembuhan kepadanya. Setelah itu orang tersebut mendatangi sang raja, dia duduk dekatnya sebagaimana yang biasa dia lakukan. Sang raja bertanya kepadanya:”Hai fulan, siapa yang telah mengembalikan pandanganmu itu? .”Rabb-ku,” jawabnya. “Aku”, tegas raja tersebut, bawahnnya itu menjawab”Tidak melainkan Rab-ku dan juga Rab-mu.”Apakah engkau mempunyai Rab selain diriku”? Tanya raja itu. dia pun menjawab,”Rab-ku dan Rab-mu adalah Allah”.
Kemudian bawahanya itu diseksa tiada henti hentinya hingga akhirnya dia memberitahu tentang keberadaan sang pemuda, dibawanya sang pemuda itu kepada si raja. Raja itu berkata:”Telah sampai berita kepadaku bahawa sihirmu dapat menyembuhkan penyakit sopak dan berbagai penyakit lainya”. Sang pemuda itu menjawab:”AKu tidak dapat menyembuhkan penyakit, hanya Allah sahaja yang dapat menyembuhkan penyakit”. Si raja itu berkata lagi:”Aku!”Sang pemuda itu menjawab:”Rab-ku adalah Rab-mu adalah Allah”. Maka disiksalah pemuda itu hingga akhirnya ia memberitahu tentang keberadaan sang rahib. Lalu rahib itu dibawa menghadap raja itu, dan raja itu berkata:”Tinggalkan agama mu”. Tetapi rahib itu menolak melakukanya. maka raja itu meletakkan gergaji di tengah tengah kepalanya sehingga terbelah badannya menjadi dua. Lalu dia berkata kepada orang yang buta tadi:”Tinggalkanlah agama mu” Tetapi dia menolak meninggalkan agamanya sehingga raja itu meletakkan gergaji di tengah-tengah kepalanya sehingga membelah badannya menjadi dua pula. Kemudian raja itu berkata kepada pemuda itu:”Tinggalkanlah agama mu”. Namun pemuda itu tetap menolaknya……
Bersambung lah lagi….
________________________
Note: kali ni tak panjang mana pun..… Smile

Monday, August 15, 2011

Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck (Bhg. 21)

PERKAHWINAN

Apa benarkah begitu maksud Zainuddin? Mengapa selekas itu benar bertukar bunyi surat? Itu adalah surat yang sebenarnya, yang timbul dari perasaan kemanusiaan, yang harus ada pada tiap-tiap laki-laki. Laki-laki menyimpuh menadahkan tangan harapan di hadapan seorang perempuan yang dicintainya, kalau harapan itu masih dirasa ada. Tetapi turunlah mutunya sebagai laki-laki, kalau orang telah jelas enggan, dia masih mendekat juga.

Tetapi kalau cinta telah mendalam, walaupun bagaimana tebalnya perasaan sebagai laki-laki, badan meremuk juga laksana ayam kena penyakit menular. Setelah hayati menerima surat-surat yang dikirim Zainuddin itu, tergoncang juga fikirannya. Ingatannya melayang kepada zaman-zaman yang telah lalu. Tetapi dia sudah terlalu banyak berhutang budi kepada dunia, sebab itu dia mesti membayar kembali. Sebelum dia menjejak pergaulan yang bebas, sebelum dia tahu memakai pakaian-pakaian guntingan yang baru, baginya kebahagiaan itu adalah pada kecantikan alam dusunnya, pada mencintai kekasihnya yang mula-mula.

Tetapi sekarang sudah berubah, dan perubahan itu janganlah disangka perubahan yang sejati. Itu hanyalah cat yang datang dari luar. Pergaulan dari tutur lemak manis dari kiri dan kanan, boleh menghilangkan warna asli buat sementara waktu. Beberapa perempuan di dalam riwayat telah kita lihat. Dengan mudah saja dia menghubungkan kasih, dengan mudah pula dia memutuskannya. Tetapi orang yang begini biasanya harus membayar hutang pula atas kesalahannya. Pada tarikh Cleopatra, yang sanggup mempermain-mainkan hati Julius Caesar dan lain-lain orang muda, dapatlah jadi ibarat cerita ini. Cintanya kepada Antonius menyebabkan dia merendah menghinakan diri.

Cuba kalau sekiranya surat yang dikirimkannya kepada Zainuddin itu dibacanya dahulu sekali lagi sebelum dimasukkannya ke envelope, atau diheningkannya barang dua hari, agaknya tidak akan jadi dikirimnya. Tetapi itulah perempuan, dia kerap kali sampai membunuh orang dengan perbuatannya yang tiada tersengaja.

Hari perkahwinan telah ditentukan, petang Khamis malam Jumaat disamakan di antara Aziz dengan adiknya Khadijah. Sebelum hari yang ditentukan itu datang, Hayati asyik memperbaiki rumahtangganya, mengatur bunga-bunga berkarang, pemberian kawan-kawannya, gelas dan baki, pinggan dan cawan. Alangkah cantiknya gadis dusun itu diberi pakaian kota. Teman-temannya sesama gadis yang belum dipanjat ijab Kabul, melihat keindahan dan kecantikan Hayati dengan perasaan irihati, bila agaknya mereka akan mencuba pula yang sedemikian itu?

Apa lagi tiga hari sebelum kahwin, satu bungkusan sutera telah dibawa orang dari Padang Panjang, penuh berisi kain-kain yang halus, sarung batik Pekalongan, Ciamis dan Tulungagung. Kebaya-kebaya pendek yang indah potongannya, tanda mata dari bakal suaminya. Kamarnya diperhiasi indah sekali, dipanggilkan seorang perempuan yang ahli mengatur kamar pengantin dari Padang, kerana di kampung tidak ada yang pacak mengerjakannya.

Karib dan bait, ipar dan besan amat ramai dalam rumah yang gedang itu. Berkali-kali lumbung dipanjat, menurunkan padi yang akan dijemur dan ditumbuk. Kerana menurut pepatah Minangkabau, harta pusaka tak boleh diusik dan digaduh, melainkan jika bertemu sebab yang empat perkara: “Rumah gedang ketirisan, adat pusaka tak berdiri, mayat terbujur tengah rumah, gadis gedang belum berlaki”.

Kalau bertemu sebab yang empat itu, maka “tak kayu jenjang dikeping, tak emas bungkal diasah”. Setelah harinya datang, ributlah orang dalah rumah mengerjakan menyiapkan. Hayati riang tersenyum-senyum saja. Kalau sekali-kali teringat olehnya Zainuddin, sengaja ingatan itu dipudarkan dari hatinya. Dengan teman-temannya dia berbicara tentang nasibnya di belakang hari, keberuntungan yang sedang terbayang di angan-angan.

Setelah hari malam kira-kira pukul 12, datanglah pengantin laki-laki dari Padang Panjang, diiringkan oleh teman sahabatnya, cukup dengan adat dan kebesaran. Sebelum makan dan minum, ijab dan Kabul pun dilakukan di muka kadi. Di dalam masa yang hanya satu atau dua minit, runtuhlah gunung cita-cita yang telah sekian lama didirikan oleh Hayati dan Zainuddin dahulunya. Kira-kira pukul dua tetamu yang banyak itu pulanglah ke rumah masing-masing, yang dari Padang Panjang telah kembali ke Padang Panjang. Tidak juga dapat dilupakan bahawa di antara pengantin itu terdapat Muluk, sahabat karib Zainuddin.

Setelah tetamu-tetamu itu pulang, atas permintaan pihak yang perempuan, maka kedua pengantin muda itu dipersandingkan oranglah. Kerana demikian adat yang terpakai. Setelah bersanding beberapa lamanya, keduanya dipersilakan masuk peraduan. Jika pada malam itu hari gembira yang paling besar dalam penghidupan Aziz dan Hayati, adalah di Silaing Padang Panjang Zainuddin sedang tidur sambil merintih, menarik nafas panjang dan mengeluh.

Sampai sesiang-siang hari, matanya haram tak tidur, fikirannya hanya melayang ke Batipuh. Banyak yang terbayang-bayang dalam fikirannya. Setelah hari hampir siang mata Zainuddin belum juga tertidur, datanglah Muluk.

”Bang Muluk kah itu?” Tanya Zainuddin dari kamarnya.

”Ya, bukalah pintu, guru!” jawab Muluk.

Pintu dibukakannya: sebelum Muluk sempat duduk ke kerusi, Zainuddin terus bertanya: Apa khabar?”

”Telah langsung perkahwinan orang itu!” Mendengar perkataan itu lemah sendi tulang Zainuddin, lampu dinding yang terpegang di tangannya hampir terlepas.

Dia masuk kembali ke dalam kamarnya, duduk menghadapi meja kecilnya sambil melepaskan air mata yang telah tertahan, dua patah perkataan yang dapat melepaskan segala perasaan hati, keluarlah dari mulutnya: “…Ah, nasib!”

Sepagi itu Zainuddin tak dapat keluar lagi dari kamarnya, dia demam. Kian lama kian paksa. Yang duduk di kiri kanannya hanyalah Muluk dan ibunya. Makan dia tak mahu, air seteguk pun sukar melakukan, sebab dia tak ingat akan dirinya. Dukun-dukun telah dipanggilkan. Macam-macam pendapat mereka: kena hantu, kena pekasih, kena tuju paramayo, kena tuju senang meranda dan lain-lain penyakit. Apalagi setelah sakitnya lebih sepuluh hari, kerap kali dia mengigau (bertutur sendiri) dalam tidurnya. Menyebut ayahnya, bondanya, Mak Base, Batipuh, kahwin, Aziz. Dan yang paling banyak menjadi buah tuturnya adalah Hayati!

Sudah segala macam ubat dilekatkan, kumpai dan cikarau, sitawar dan sidingin, gining-gining hantu, api-api hantu, sirih bertemu urat, dasun tunggal, urat rotan melantas banir, semuanya tidak ada mujarab. Si sakit hanya bertambah sakit juga.

Melihat itu, cemaslah kedua induk semangnya itu, Muluk dengan ibunya. Mereka takut, orang dagang yang malang itu akan meninggal di rumah mereka lantaran kesia-siaan mereka. Mereka setujulah kedua ibu dan anak itu memanggilkan doctor, segala perkataan-perkataan yang akan menghinakan doctor, keluarlah dari mulut:”Apa guna memanggil doktor, penyakit begini tak biasa doktor mengubat. Tetapi kalau mengubat luka, memang doktor pintar”. Nanti kalau rasa telah benar penyakit itu, baru teringat bahawa ada doktor. Padahal penyakit yang berat itu sama-sama payah mengubatinya, baik oleh doktor apalagi oleh dukun.

Doktor dipanggilkan, si sakit diperiksa, ditanyakan pula kepada ibu dan anak itu berita dan keadaan si sakit. Setelah doktor masuk ke kamar, berkicutlah pintu, kedengaran pula suara si sakit:

”Kau kah itu Hayati? Marilah duduk, marilah ke mari, saya sudah sembuh dari sakitku, aku tak sakit lagi, mengapa lama benar baru kau datang?”

Waktu itu juga doktor maklum nama penyakit itu! Oleh Muluk dinyatakan pula cerita itu semua. Sambil menggeleng-gelengkan kepala doktor berkata:

”Yang lebih baik, kita minta atas nama kemanusiaan supaya perempuan itu datang ke mari, walaupun sekali saja! Agaknya dengan perempuan itu dapatlah sakitnya berkurangan!

”Bagaimana kalau orang tidak mahu?”

”Nanti saya mengikhtiarkan! Kata doktor.

Doktor itu meskipun telah tua, mengerti juga aliran darah muda dan faham akan jiwa manusia. Dengan segala tipu muslihat diikhtiarkan suoaya dapat Hayati melihat Zainuddin, walaupun bersama-sama suaminya. Lantaran pandainya menarik hati ninik mamak Hayati, permintaan itu dikabulkan orang, meskipun Aziz sendiri mula-mulanya keberatan. Dalam pemandangan orang dusun hal itu pun menyalahi kebiasaan. Tetapi kekerasan permintaan doktor telah menghilangkan segala kemusykilan.

Pagi-pagi pukul 9 berhentilah bendi Hayati di muka rumah Zainuddin di silaing, dia diiringkan oleh suaminya Aziz yang kelihatan nyata di mukanya bahawa dia amat keberatan. Doktor pun masuk pula. Di dalam telah menunggu Muluk dan ibunya. Dengan langkah yang perlahan sekali mereka masuk ke dalam kamar mendapati si sakit. Dia tengah tidur dengan enaknya, badannya tinggal kulit pembalut tulang saja. Doktor, Muluk dan ibunya tegak di tepi pembaringan. Hayati duduk ke atas kerusi yang telah disediakan di muka tempat tidur dan suaminya berdiri di belakang kerusi itu.

”Zainuddin, bangunlah, kembangkanlah matamu,” kata doktor, “ini Hayati telah datang menziarahimu!”

Dia masih diam saja!

Dengan separuh berbisik doktor berkata kepada Hayati: “Lebih baik engkau sendiri memanggilnya, moga-moga dia terbangun.”

Mula-mula Hayati menoleh ke belakang, kepada suaminya. Muka Aziz kelihatan kerut saja. “Jika pada waktu badannya sihat tuan-tuan benci kepadanya, kasihanilah diwaktu dia sakit,” kata doktor dengan muka agak marah.

”Zainuddin!” kata Hayati.

Mendengar suara yang merdu itu, yang dalam telinganya laksana suara nafiri dan dewa-dewa, Zainuddin pun mengembangkan matanya yang cekung. Dia menoleh ke kiri dan ke kanan mencari dari mana datang suara itu. Lalu dia bertanya: “Siapa yang memanggil namaku?”

”Bangunlah Zainuddin, ini saya datang,” kata Hayati.

”Hayati kah itu? Suaranya! Saya kenal benar suaranya,” katanya; lalu dicubanya hendak bangun, tetapi badannya masih lemah. Lalu ditolong mendudukkan oleh Muluk dan ibunya. Bahunya dikalang dengan bantal. Terbit suatu cahaya yang hidup dan terang dari kedua belah matanya yang telah kuyu itu. “Mana Hayati?” dicarinya Hayati dengan tangannya.

“Oh, ya, Hayati! Kau datang tepat pada waktunya! Telah saya sediakan rumah buat tempat tinggal kita. Sudah saya cukupkan alat-alat yang perlu dalam rumah itu. Nantilah saya ambil pakaian hitam saya, pakaian pengantin, ini Tuan Kadi (sambil mengisyaratkan matanya kepada doktor), sudah lama menunggu kedatanganmu untuk melangsungkan ijab Kabul. Sehabis nikah kita akan berangkat ke Mengkasar, kita akan melihat Butta Jum Pandang, akan ziarah ke kuburan ayah bondaku! Kita letakkan di sana bunga berkarang!

”Cantiknya kau hari ini! Baju berkurung begini memang sangat saya setujui. Bukankah dahulu seketika kita mula-mula bertemu, kau memakai baju berkurung juga! Ini selendang, selendang sutera putih, memang merupakan pakaian pengantin model sekarang.”

Muka Hayati selama Zainuddin berbicara itu amat pucat, apalagi muka Azzi. Doktor melihat si sakit dengan menggeleng-gelengkan kepalanya. Ibu Muluk menitikkan air mata. “Kemarikan tangan kau hayati, mari saya bimbing. Kita akan pergi bersalam dengan mamakmu, tanganmu akan kugadeng, dari hayatku sampai matiku.

Ai, mengapa kau mundur maju? Masih malukah kau, padahal hari ini hari pernikahan kita?” Hayati hendak menghulurkan tangannya, tetapi lebih dahulu dilihatnya pula muka Aziz. Aziz tetap melihat dengan rasa tak tentu. Dengan perasaan mundur maju, hayati menghulurkan tangan, kerana hendak dipegang oleh si sakit. Tangan itu dibawanya ke mulutnya hendak diciumnya, tiba-tiba badannya gementar, tangan itu dilepaskannya kembali: “O … kau berinai jari, ya, ya, saya lupa, kau sudah kawin, kau sudah kepunyaan orang lain, sudah hilang dari tangan saya.”

Sekaranglah baru dia insaf sedikit, dia kembali teranjak di tilamnya. “Sekarang saya insaf, haram saya menyentuh tangannya. Dia bukan tunangku, bukan isteriku!” Diambilnya hujung selimutnya, ditutupnya mukanya. Kemudian dia berkata: “Keluarlah semuanya, pergilah semuanya, tinggalkan saya seorang diri di sini. Saya tidak ada perhubungan dengan orang-orang itu, mereka pun telah putus pula dengan saya pergilah, keluarlah, segera!”

Terbangunlah perasaan kasihan dari hati sanubari Hayati melihat nasib anak muda itu, lalu dicubanya hendak memberut kepala Zainuddin dengan tangannya yang halus. Tiba-tiba sebelum terbarut, tangannya direnggutkan oleh suaminya, dan dibimbingnya keluar.

Bersambung…

Pengarang: HAMKA

Tajuk : Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck

 

_______________________________

Note: Ah!! Apa yang tuan ceritakan ini, seolah-olah menceritakan akan diri tuan!!

Sunday, August 14, 2011

Al Buruj

{بِاِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيمِ}{وَالسَّمَاءِ ذَاتِ الْبُرُوجِ}(البروج/1).{وَالْيَوْمِ الْمَوْعُودِ}(البروج/2). {وَشَاهِدٍ وَمَشْهُودٍ}(البروج/3). {قُتِلَ أَصْحَابُ الأُخْدُودِ}(البروج/4). {النَّارِ ذَاتِ الْوَقُودِ}(البروج/5). {إِذْ هُمْ عَلَيْهَا قُعُودٌ}(البروج/6). {وَهُمْ عَلَى مَا يَفْعَلُونَ بِالْمُؤْمِنِينَ شُهُودٌ}(البروج/7). {وَمَا نَقَمُوا مِنْهُمْ إِلاَّ أَنْ يُؤْمِنُوا بِاللَّهِ الْعَزِيزِ الْحَمِيدِ}(البروج/8). {الَّذِي لَهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَاللَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ}(البروج/9). {إِنَّ الَّذِينَ فَتَنُوا الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَتُوبُوا فَلَهُمْ عَذَابُ جَهَنَّمَ وَلَهُمْ عَذَابُ الْحَرِيقِ}(البروج/10
Allah SWT telah bersumpah dengan menggunakan langit dan juga bintang-bintang yang besar, sebagaimana penjelasan mengenai hal itu telah diberikan sebelumnya (Yaitu dalam surah Al-Furqon, ayat 61).
Dan firman Allah Ta`ala  قُتِلَ أَصْحَابُ الأُخْدُودِ: “Dan hari yang dijanjikan dan yang menyaksikan dan yang disaksikan”. Para ahli tafsir berbeza pendapat mengenai hal tersebut. Dan majoriti berpendapat bahawa yang dimaksudkan dengan وَشَاهِدٍ (yang menyaksikan) adalah hari Juma`at, sedangkan مَشْهُودٍ (yang disaksikan adalah hari Arafah).
Firman Allah Ta`ala قُتِلَ أَصْحَابُ الأُخْدُودِ “Telah dibinasakan orang-orang yang membuat parit”. Jama` dari kata ini adalah أخاديد , yang berarti parit yang ada di bumi. Yang demikian itu merupakan pemberitahuan tentang satu kaum dari orang-orang kafir yang mengintimidasi orang-orang yang beriman kepada Allah S.W.T yang hidup di tengah-tengah mereka. Mereka memaksa dang menghendaki agar mereka kembali kepada agama mereka, namun orang-orang Mukmin itu menolak ajakan mereka itu, sehingga mereka membuatkan sebuah parit untuk mereka di bumi, di dalam parit itu mereka menyalakan api dan menyiapkan bagi mereka bahan bakar agar api itu tetap menyala. Kemudian mereka bersikap keras meminta orang-orang yang beriman kembali kepada mereka, tetapi orang-orang Mukmin itu tetap menolak, sehingga mereka dilemparkan ke dalam parit tersebut. Oleh kerana itu, Allah Ta`ala berfirman: قُتِلَ أَصْحَابُ الأُخْدُودِ}(البروج/4). {النَّارِ ذَاتِ الْوَقُودِ}(البروج/5). {إِذْ هُمْ عَلَيْهَا قُعُودٌ}(البروج/6). {وَهُمْ عَلَى مَا يَفْعَلُونَ بِالْمُؤْمِنِينَ شُهُودٌ}(البروج/7). Yang bermaksud:”Telah dibinasakan orang-orang yang membuat parit, yang berapi (dinyalakan dengan) kayu bakar, ketika mereka duduk sekitarnya, sedang mereka menyaksikan apa yang mereka perbuat terhadap orang-orang yang beriman”. Maksudnya, mereka menyaksikan apa yang dilakukan terhadap orang-orang yang beriman tersebut.
Allah Ta`ala berfirman:”مَا نَقَمُوا مِنْهُمْ إِلاَّ أَنْ يُؤْمِنُوا بِاللَّهِ الْعَزِيزِ الْحَمِيد(البروج/8).  “Dan mereka tidak menyiksakan orang-orang Mukmin itu melainkan kerana orang Mukmin itu beriman kepada Allah Yang maha perkara lagi Maha Terpuji”. Maksudnya, orang-orang yang beriman itu tidak mempunyai satu kesalahan pun melainkan hanya kerana keimanan mereka kepada Allah Yang Maha Perkasa, yang tidak ad seorang pun terhinakan apabila melindungkan diri kepada kekuasaan-Nya yang Maha Menghalangi lagi Maha Terpuji dalam semua firman, perbuatan, syari`at, dan takdir-Nya. Meskipun telah ditakdirkan kepada hamba-hambaNya yang beriman tadi mengenai kejadian yang menimpa mereka melalui tangan-tangan orang kafir. Dengan demikian, Dia Maha Perkasa lagi Maha Mulia, meski sebabnya tidak diketahui oleh kebanyakkan ummat manusia.
Selanjutnya Allah Ta`ala berfirman:الَّذِي لَهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ “Yang mempunyai kerajaan langit dan bumi”. Di antara kesempurnaan sifat-Nya bahawa Dia adalah Pemilik seluruh langit dan bumi serta segala sesuatu yang terdapat di antara keduanya. وَاللَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ “Dan Allah Maha Menyaksikan segala sesuatu”. Maksudnya, tidak ada sesuatu pun diseluruh langit dan bumi yang tidak diketahui-Nya, dan tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi dari-Nya.
Para ahli tafsir berbeza pendapat mengenai kisah ini dan siapa yang dimaksud dengannya. Dari Ali, menurutnya, mereka adalah penduduk Persia, ketika raja mereka hendak menghalalkan kaum laki-laki menikahi mahramnya, maka para ulama mereka menentangnya, sehingga raja membuat parit, dan dia lemparkan siapa saja yang menentangnya ke dalam parit itu.

Wallahu a`lam… Bersambung……
_________________
*
Rujukan: Tafsir Ibnu Katsir (Surah Al Buruj).

Thursday, August 11, 2011

Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck (Bhg. 20)

 

SURAT YANG PENGHABISAN

Surat yang kedua:
Alangkah gelapnya dunia ini kupandang. Alam lelah lengang dan sunyi, tidak ada gerak yang membangunkan semangatku lagi, malam seakan-akan terus-menerus saja, tidak sedikit juga berganti dengan siang. Kadang-kadang saya rasai badan saya sebagai seorang yang terpencil jauh di tengah padang yang tandus, tidak ada manusia yang lalu lintas di sana, tidak ada kali yang mengalir, tidak ada daun yang digerakkan angin. Seakan-akan saya sudah terbuang, mencari jalan dan ikhtiar untuk keluar dari tempat itu, tetapi jalan tidak kelihatan. Saya tunggu kelepasan dengan sabar, tetapi hanya maut yang melayang-layang di tentang ubun-ubunku.

Bilakah masa itu akan datang? Bilakah maut akan menjemput nyawaku, supaya aku terlepas dari kesakitan yang tiada tertanggung ini?
Kau hilang daripadaku Hayati! Dan gantinya sudah tak akan ada lagi, kerana segenap hidupku telah aku tumpahkan buat kau seorang. Nasibku tak ubah dengan seorang juara sabung yang kalah dalam medan perjudian, wangnya, hanya tinggal seringgit sahaja, dilepaskannya pula wang itu dengan perasaan untung, kiranya kalah pula.

Setelah kau termasuk ke dalam daftar hayatku maka timbullah beberapa cita-cita yang besar dalam hatiku, timbul angan-angan yang murni. Telah dipenuhi semangatku oleh perasaan-perasaan yang suci. Ingat akan dikau adalah nyawa yang menimbulkan kekuatan rohani dan jasmani untuk menempuh perjuangan dalam alam . Tapi sekarang setelah khabar itu sampai, saya telah menjadi lemah, seakan-akan padam pelita angan-angan itu, seakan-akan minyaknya telah habis, sehingga meskipun bagaimana juga orang bermaksud menyalakan kembali, sudah sia-sia. Tidak ada lagi perasaanku, sudah kendur jalan jikiranku. Tidak saya peduli lagi kepada keadaan sekelilingku. Tidak tentu tujuan mana yang akan saya tempuh, haluan mana yang akan saya turut. Adalah nasibku sekarang laksana bangkai burung kecil yang tercampak di tepi jalan sesudah ditembak anak-anak dengan bedilan angin, atau seakan-akan batu kecil yang terbuang di halaman tidak dipedulikan orang.

Hayati! Tidakkah kau takut, bila datang hari kiamat, datang pertanyaan dari Qadhi Rabbun Jalil, mengapakah kau kecewakan hati seorang manusia yang mempunyai tujuan suci dalam hidupnya? Patah tujuan itu lantaran kau kecewakan. Tidakkah kau takut, bilamana lantaran ini saya mati dahulu daripada kau, maka menurutlah arwahku ke mana pun kau pergi,memekik dan merintih meminta dikembalikan hidupnya yang sudah kau rampas, hatinya yang sudah kau patahkan, cita-citanya yang sudah kau dinding. Menurut arwah itu ke mana pun kau pergi, sedang kau tidur dan kau bangun, sedang kau makan dan sedang kau minum, bahkan sedang kau dalam pelukan suamimu sekalipun. Arwah itu akan membisikkan di telingamu, dengan suatu bisikan yang nyata:"Kalau kau biarkan dia tinggal hidup, dialah contoh yang sebenarnya dari suami yang budiman, teladan yang seindah-indahnya dari seorang ayah yang pengasih; seorang sahabat yang setia, seorang yang menjadi tiang agung dalam masyarakat. "

Mana janji kau, mana sumpah setia kau yang dahulu. Tidakkah kau berniat hendak memelihara keberuntunganku, sebagaimana malaikat di langit pun memelihara keberuntungan manusia? Wahai, kalau kau sempatlah kiranya melihat saya sekarang ini, akan nyata oleh kau suatu tubuh yang telah kurus, suatu mata yang telah berkunang-kunang, suatu kekuatan yang telah habis dan musnah lantaran kepedihan dari bencana.

Hayati! datanglah ke mari, agak sekali dan sesaat pun cukuplah. Saya hendak melihat mukamu, sebab di sana tersimpannya keberuntunganku yang telah hilang, angan-anganku yang telab padam. Perdengarkan kepadaku suaramu yang merdu, suara yang telah menimbulkan ghairah untuk hidup dalam jiwaku. Hidupkan hatiku kembali dengan matamu. Katakanlah agak sepatah kalimat saja, bahawa kau masih tetap menyintaiku, meskipun ucapan itu benar atau dusta sekalipun, cukuplah itu bagiku.

Sungguh, jika sekiranya pada masa ini kau bertemu olehku di tengah jalan, dengan tidak mempedulikan kata-kata orang, saya akan menyimpuh di hadapanmu, sebagaimana menyimpuh seorang inang pengasuh di hadapan rajanya. Dan kalau tidak peduli lagi, kerana kebencian telah memenuhi hatimu kepadaku, akan saya iringkan engkau sampai ke mana pun, Supaya agak sekali kau toleh juga saya ke belakang.

Tidak ada sepatah perkataan yang akan kukeluarkan mengganggu engkau. Saya hanya hendak membiarkan air mataku terjatuh di hadapanmu, moga-moga kau dapat menjamah kepalaku dan memberi saya hidup, meskipun sesudah itu akan kau bunuh pula.

Sangat payah sakit saya sekarang Hayati, agaknya tidak ada orang lain yang lebih sakit daripadaku.
Dahulu bahagia dan cinta yang kuminta darimu; sekarang itu kau cabut kembali. Maka kalau itu tak boleh berikan sajalah kepadaku hidup!

Zainuddin


Surat yang ketiga:
Malangnya nasibku. Telah rurut bunga hayatku sebelum dia mekar. Tua telah beransur mendatangiku. Padahal umurku masih muda. Seorang diri aku menyeberangi hidup ini sekarang; ayahku telah mati, ,ibukuku dan ibu angkatku pun demikian. Seluruh alam membenciku, hatta daun kayu di dekat rumah, angin pagi y'ang biasa membawa udara nyaman, tidur yang hiasanya mengembalikan kekuatan manusia, semuanya meninggalkan daku. Tiba-tiba kau, yang hanya satu tempatku bergantung, telah hilang pula dariku! Ke mana saya mesti pergi lagi, tunjukkanlah, walaupun ke pintu kiubur kau tunjukkan, saya pun akan pergi.
Lebih seratus kali nama kau kusebut dalam sehari! Kadang-kadang saya panggil dalam nyanyianku, kadang-kadang dalam ratapku. Kicut pintu ditolakkan angin, serasa-rasa langkah kau yang terdengar. Masih juga belum percaya saya bahawa kau memang telah sebenar-benarnya membuang saya dari ingatanmu. Saya tanyai diri saya, adakah saya berdosa kepadamu? Tidak rasanya, bahkan dosa yang lain yang kerap saya perbuat untuk mencukupkan cintaku kepadamu.

Pernahkah kau mendengar khabar berita seorang haji yang berlayar ke Mekkah, membawa isterinya dan anak-anaknya yang masih kecil tiga orang banyaknya, isterinya itu sedang hamil pula. Tiba-tiba penyakit wabak pun datanglah di negeri suei itu, si suami meninggal dunia di sana. Seketika Tuan Syeikh memaklumkan kepada jemaahnya bahawa haji telah selesai dan jemaah-jemaah mesti berangkat ke Jedah akan kembali pulang, pergilah isteri itu membawa anak-anaknya ketiganya ke pusara ayahnya, meratap dan memberitahukan bahawa mereka akan pulang lagi, pulang sendirinya tak berteman, menghadapi kemiskinan dan keyatiman, dan suami yang berbudi itu akan dipertaruhkan menjaganya kepada Ka 'bah.

Pernahkah kau melihat seorang perempuan tua yang berjalan hilir sawah mudik sawah, sambil bernyanyi menyebut-nyebut nama anaknya. laitu seorang perempuan yang masih muda, yang wafat seketika dia akan dikahwinkan, sehingga sedianya akan dibawa bertandang ke rumah mentuanya dengan peralatan besar, kiranya diiringkan ke kuburan oleh orang kampung bersama-sama. Pernahkah kau mendengar seorang anak muda yang baru bertunangan, berjalan ke rantau orang hendak mencari maskahwin dan kain baju, untuk diberikan kepada tunangannya bilamana dia pulang kelak. Setelah dua tahun dia berjalan, dia pun pulang, didapatinya tunangannya tadi telah bersuami orang lain yang lebih kaya, sebab dia terdengar miskin. Pernahkah kau dengar bahawa seketika dia pulang itu, setelah sampai kepadanya khabar bahawa tunangannya telah bersuami, dia duduk di tepi batang air yang deras, menangisi nasibnya, dan akhirnya dilemparkan petinya itu ke dalam air. Setelah itu dia kembali merantau, sehingga tak pulang-pulang lagi sampai sekarang ini.

Pernahkah kau mendengar khabar seorang perempuan yang mempunyai dua orang anak laki-laki, .Yang seorang berjalan ke Jakarta dan seorang berjalan ke medan . Tiba-tiba sampai kepadanya khabar bahawa anaknya yang tua mati di rumah sakit, dan anak yang kedua mati pula di dalam mencarikan kepalanya yang tak tertutup dari perutnya yang tak berisi. Sehingga kepada tiap-tiap orang yang pulang merantau ,ditanyakannya juga, adakah bertemu anaknya, dan bila dikatakan orang bahawa anak itu sudah mati, dia termenung, dia tak menangis lagi, sebab sudah kering air mata yang akan ditangiskannya.

Pernahkah kau mendengar nasib seorang tua yang menjadi tukang rumput, mempunyai isteri yang sedang sakit dan anak yang sedang sarat menyusu. Beras yang akan ditanak tak ada, dicubanya meminjam kepada orang sebelah rumah, orang tak mahu meminjami lagi, sebab hutang beras tiga dan empat hari yang lalu belum juga dibayarnya. Lantaran terlalu susah, pergilah dia mencuri beras orang itu dan dibawanya pulang. Dimasaknya beras itu ke dapur, sedang isteri dalam menarik nafas yang penghabisan. Tiba-tiba polis pun datanglah menangkapnya, dia akan dibawa ke pejabat mahkamah; nasi hangus, anaknya meratap dan isterinya mati setelah dia sampai ke pintu. Sehingga lantaran hebatnya cubaan itu, fikirannya bertukar, dia gila, sehingga tak jadi dibawa ke kantor mahkamah, melainkan dihantarkan terus ke rumah sakit gila.

Kalau pernah kau dengar segala cerita itu atau pernah kau lihat; kalau pernah kau dengar nyanyian orang kurungan menunggu vonis buangan, atau rintihan dan pekik orang sakit di dalam rumah sakit, atau tertawa yang tinggi dan rambut yang telah panjang dan pakaian yang compang-camping dari orang gila, sehingga lantaran itu kau jatuh belas kasihan, kau tangisi nasib mereka yang malang dan untung mereka yang buruk, maka ketahuilah Hayati, bahawa nasibku lebih lagi malangnya dari itu. Sayalah yang lebih layak menerima kasihan kau, menerima ratap kau dan tangis kau '"

Tak ada lagi yang kutuliskan kepadamu, pelita hatiku dari sedikit ke sedikit beransur padam. Agaknya inilah surat yang penghabisan kepadamu.
Selamat tinggal Hayati! Kalau umurku masih panjang, entah tidak akan bertemu lagi, dan kalau umurku singkat maka inilah ucapanku yang penghabisan ...

Zainuddin

Balasan Hayati:

Tuan yang terhormat!

Tak dapat saya sembunyikan kepada Tuan, malah saya akui terus terang bahawasanya seketika membaca Surat-surat Tuan itu, saya menangis tersedu-sedu, kerana tidak tahan hati saya. Tetapi setelah reda gelora dan ombak hati yang dibangkitkan oleh surat Tuan itu, timbullah kembali keinsafan saya, bahawa tangis itu hanyalah tangis orang-orang yang putus asa, tangis orang yang maksudnya terhalang dan kehendaknya tidak tercapai. Tangis dan kesedihan itu selamanya mesti reda juga, ibarat hujan; selebat-Iebat hujan, akhirnya akan teduh jua.

Kita akan sama-sama menangis buat sementara waktu, laksana tangis anak-anak yang baru keluar dari perut ibunya. Nanti bilamana dia telah sampai ke dunia, dia akan insaf bahawa dia pindah dari alam yang sempit ke dalam alam yang lebih lebar. Kelak Tuan akan merasai sendiri bahawa hidup yang begini telah dpilihkan Allah buat kebahagiaan Tuan. Allah telah sediakan hidup yang lebih beruntung dan lebih murni unltuk kemaslahatan Tuan di belakang hari.

Tuan kan tahu bahawa saya seorang gadis yang miskin dan Tuan pun hidup dalam melarat pula, tak mempunyai persediaan yang cukup untuk menegakkan rumahtangga. Maka lebih baik kita singkirkan perasaan kita, kembali kepada pertimbangan. Lebih baik kila berrpisah, dan kita turutkan perjalanan hidup masing-masing menurut timbangan kita, mana yang lebih bermanfaat buat di hari nanti. Saya pun merasai sebagai yang Tuan rasakan, iaitu kesedihan menerima vonis itu. Tetapi Tuan harus insaf, sudah terlalu lama kita berangangan-angan barang yang mustahil, baik saya atau pun Tuan.

Tuan pilih sajalah seorang isteri yang lebih cantik dan lebih kaya daripada saya, dan marilah kita tinggal bersahabat buat selamanya. Kepada Aziz tak usah Tuan kecil hati, dia tak salah dalam perkara ini. Tetapi sayalah y'ang telah mengambil keputusan yang tetap buat bersuami dia; lawan saya mesyuarat ialah hati saya sendiri, sehingga saya terima tawaran ninik mamak saya. Dan saya harap Tuan lupakanlah segala hal yang telah berlalu, maafkan segala kesalahan dan keteledoran saya, sama kita pandang hal yang dahulu seakan-akan tidak ada saja.

Hayati

Demi setelah sampai surat itu kepada Zainuddin, mengerti benarlah dia sekarang hal yang disusahkannya selama ini, iaitu kalau-kalau Hayati masih cinta kepadanya. Sekarang ternyata sudah tidak lagi. Sebagai seorang laki -laki yang tahu kehormatan dirinya ditulisnyalah surat yang penghabisan, untuk menutup riwayat-riwayat yang telah lama itu.

Sahabatku Hayati!

Surat yang penghabisan

Alhamdulillah telah saya jalankan sepanjang bunyi suratmu. Telah saya lupakan segala hal yang lama-lama. Telah saya pandang semua hal itu tidak ada saja. Saya ucapkan pujian kepada sahabat, kerana sahabat telah dapat menentukan nasib buat di belakang hari, dan saya pun akan berikhtiar pula. Untuk membuktikan kelupaan itu, maka inilah saya kirimkan kembali segenap surat-surat yang sahabat kirimkan kepada saya dari awal sampai ke akhirnya, kerana tidak ada faedah lagi menyimpannya. Persahabatan yang sahabat tawarkan itu saya terima pula dengan dada terbuka, sebagaimana dahulu saya terima cinta yang sahabat berikan. Adapun perasaan kecewa atau kecil hati terhadap sahabat atau tunangan sahabat, tidaklah ada pada saya. Cuma saya doakan, moga-moga pergaulan dan penghidupan sahabat beruntung sampai akhirnya.

Bersambung…

Pengarang: HAMKA
Tajuk : Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck

Note: Ya Allah.. hanya Kepada-Mu ku berserah!!!

Wednesday, August 10, 2011

Mesir Vs Yaman

Bismillah…

Salam ukhwah, alhamdulillah..syukur kepada sang Pencipta.. kerana dah 3 malam dapat  ke masjid.. setelah 2 malam berkurung dalam rumah..  so, bila dah sihat (walaupun belum pulih sepenuhnya) aku gunakan waktu itu sebaik mungkin..

3 malam lepas, aku berterawih di sebuah surau lama (wakaf mek zainab).. herm.. mengingatkan aku zaman kanak2 dulu.. dengan selawat sebelum dan juga diantara dua rakaat yang berikutnya.. sbb di masjid kg aku tak buat selawat.. dan itu lah yang terbaiknya.. kerana tiada dalil yang menunjukkan adanya selawat diantara dua rakaat…

malam seterusnya aku ke “qaryah Ramadhan” diperkarangan stadium.. tempat solat dia agak selesa.. dalam khemah tu siap ada “aircond” lagi… sound system pun boleh tahan.. imam mesir pulak tuh.. bacaan lancar… setengah juzuk baca tade sangkut pun.. ini juga boleh membantu seseorang agar solatnya lebih khusuk sebenarnya.. herm.. hanya buat lapan rakaat .. 1 juzuk dibahagikan kepada 8 rakaat.. percaya lah sedikit pun tak rasa letih.. kerana kemerduaan alunan bacaan dari kedua2 imam dari mesir itu.. setelah 4 rakaat diselitkan dengan tazkirah.. kebetulan tazkirah semalam disampaikan oleh Ust Fadhli Sha`ri.. tajuk “jihad”..dalam masa yang sama beliau menyentuh tentng apa yang sedang berlaku di selangor…

malam ini pula, aku ke masjid chekok panji.. imam jemputan dari Yaman.. bacaan nya tidak perlula aku nyatakan disini… setelah selesai solat terawih..aku mendekatinya.. lalu “ta`ruf”.. rupa2nya dia adalah syeikh ali (Imam besar sakan sinan abu luhum)… pelajar di yaman cukup kenal dengan imam tersebut.. borak punye borak..tengok jam dah hampir kol 11.00 .. patutla syeikh ali mohon undur diri.. Smile

sampai je umah.. jam dah 11.15.. ngantuknye… bukak laptop..tengok apa yang patut..

Ok, dah ngantuk…

Wassalam..

aminpcb
100811

Saturday, August 6, 2011

Alhamdulillah…

Alhamdulillahi wakafa.. abis je klas qur`an di annur.. aku terus ke klinik lee.. amik ubat demam.. ubat yg smlm mungkin kurang sesuai .. kebetulan sambung ubat kolestrol dan asid uri.. + ujian gula + ujian kolestrol.. + ubat demam, batuk, selsema.. Rm 96 .. boleh tahan jugak ye.. pepagi dah terbang rm 96 .apa pun untuk kesihatan.. bukannya untuk benda lain.. kalu beli benda2 yang tak berfaedah takde nak merungut kat sini pun.. Smile

Alhamdulillah, walaupun hari ni cuaca amat panas.. tekak pedih.. + dengan selsema+demam+pening kepala.. syukur dapat bertahan hingga ke waktu berbuka.. semalam pagi2 dah tertewas.. sbb tekak terlalu pedih.. nak telan airliur pun tak lepas.. so terpaksa berbuka dengan segelas air madu.. alhamdulillah lega sedikit..

Hari ni tak banyak aktiviti.. berehat dari tengah hari hingga ke malam di rumah.. nak ke masjid pun…. masih tak larat.. berapa banyak tawaran pahala yang aku dah terlepas pada semalam dan hari ini.. Allahumma a`fini fi badani.. Allahumma a`fini fi sam`ei.. allahumma a`fini fi basori…

ok, kena tidur awal malam ni.. esok klas.. kena usaha selagi mana yg termampu.. mudah mudahan ku masih mampu mengecapi erti “hidup” pada esok hari…

wassalam

aminpcb
060811

Friday, August 5, 2011

Ubat


05082011095
Salam ukhwah.. setelah selesai solat subuh “Assalamualaikum, InsyaAllah sebentar lagi kita akan sama2 mendengar kuliah subuh yang akan disampaikan oleh ust Qamar.. harap para hadirin tidak meng”uzur”kan diri..kata ku kepada makmum..

Kuliah subuh pada kali ini bertajuk “Al Quran, Fadhilat serta adab2nya.. Amat banyak perkara yang disentuh oleh beliau.. dan ia nya berkitar tentang kehidupan hariaan kita.. adakah kita memenuhi tuntutan membaca Alquran (memahami) serta adab-adabnya sepertimana yang dituntut.. atau sebaliknya..

Aku tertanya-tanya adakah quran yang aku baca hari-hari sekadar untuk memenuhi tanggungjawabku sebagai seorang yang menghafal dari al quran ataukah bacaan tersebut sekadar untuk menunjuk-nunjuk pd orang lain yang aku menghafaz al quran.. semua itu berlegar dalam diri ini.. Ya Allah jauhkan lah aku dari sifat “Riya’ dan “Sum`ah”…

Sampai je dirumah.. tekak ku amat sakit, pedih.. lalu ku berehat agar ia pulih seperti sediakala.. herm.. hampir sejam tido.. bila bangun ianya masih sama.. tidak ada perubahan..bahkan makin pedih.. Hari ni giliran aku baca khutbah..terpaksa minta tolong imam tua untuk ganti.. “insyaAllah minggu depan saya akan ganti balik” kata ku kepad Imam tua,…

Tubuh pula makin panas.. kerana risau kalau2 makin teruk.. aku ke klinik keluarga.. amik ubat.. herm…makin bertambah la koleksi ubat ku.. yang sedia ada pun tak larat nak telan dah…

OK, nak rehat dulu..Wassalam..

aminpcb
050811
Kijang enterprise