Alhamdulillahi wakafa, sekarang ini masa untuk ku untuk melayari internet amatlah terhad. Terhad kerana taklif yang sedia ada. Semakin umur seseorang itu meningkat, semakin besar akan tanggung jawabnya. (mcm dialog citer spiderman I la pulak)
Ikhwah yang dikasihi Allah sekalian. Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan menjalani Ibadah Puasa, yang mana ianya adalah salah satu dari rukun Islam yang lima.
Oleh itu, pada kali ini ku hanya ingin berkongsi akan beberapa maksud dari hadis mengenai kelebihan berpuasa, Oh ya.. pada beberapa entri yang terdahulu pun aku hanyalah mampu type akan maksud dari hadis sahaja. Kerana ku belum install mausuah hadis dalam laptop ku (tak sempat belaja cara install virtual cd). InsyaAllah bila dah install nanti, akan ku serta kan hadis-hadis tersebut (dalam bahasa arab).
Dan untuk akhirnya moga kita ini tergolong dalam golongan pecinta kebaikan, sepertimana malaikat menyeru kepada “Pencinta Kebaikan” ketikamana datangnya bulan Ramadhan Al-Mubarak dengan seruan “Wahai pencinta kebaikan! Bergembiralah” dan malaikat menyerukan kata-kata itu hingga berakhirnya Ramadhan.
Sekadar ini dulu, ketemu lagi di lain masa. Apa yang baik itu dari-Nya, ada pun yang lemah itu adalah kekurangan diri ini.. Wassalam.
Hadis yang pertama:
Dari Abu Hirairah, bahawa Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud:
”Allah `Azzawajalla berfirman: “Semua amalan umat manusia adalah untuk dirinya, kecuali puasa. Sebab, ia adalah untuk-Ku dan Aku yang akan memberinya ganjaran”(*). Puasa merupakan benteng dari perbuatan maksiat. Oleh yang demikian, jika salah seorang antara kamu berpuasa, maka janganlah bercakap kotor, berteriak-teriak atau maki hamun! Jika ada seseorang mencaci dirinya atau diajak bergaduh, maka katakanlah kepadanya: “aku ini sedang berpuasa.” Diulangi sebanyak dua kali. Demi Tuhan yang menguasai diri Muhammad! Bau mulut seseorang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah (pada hari kiamat) daripada wangian kasturi. Seseorang yang berpuasa akan memperolah dua kegembiraan yang amat menyenangkan hatinya, iaitu: Tatkala berbuka, dia akan bergembira dengan berbuka itu dan di kala hendak berjumpa Tuhannya kelak. Dia akan bergembira kerana puasanya. (Diriwayatkan oleh Ahmad, Muslim dan An-Nasai`)
* Hadis ini sebahagiannya adalah hadis qudsi, manakala sebahagiannya lagi adalah nabawi, Hadis nabawi bermula daripada perkataan (Puasa merupakan benteng @ pencegah maksiat الصيام جنة )
Menurut riwayat Al-Bukhari dan Abu Daud, hadis tersebut berbunyi bermaksud sebagai berikut:
”Puasa merupakan benteng. Jika salah seorang di anatara kamu berpuasa, maka janganlah berkata-kata kotor dan bertindak bodoh. Jika ada orang yang mengajaknya bergaduh atau mencaci dirinya, hendaklah dia mengatakan: “Aku ini sedang berpuasa”. Kata-kata ini hendaklah diulangi sebanyak dua kali. Demi tuhan yang menguasai diruku! Bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada wangian kasturi. Allah berfirman:” Dia meninggalkan makan, minum dan nafsu syahwatnya kerana Aku. Puasa adalah untuk-Ku, dan Akulah yang akan memberinya ganjaran. Setiap kebaikan akan dilipatgandakan sepuluh kali ganda”.
Hadis yang kedua:
Dari Abdullah bin Amar bahawa Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud:
”Puasa dan Al-Quran akan memberi syafaat kepada seseorang pada hari kiamat. Puasa berkata: “Wahai Tuhanku! Aku melarangnya daripada makan dan memuaskan syahwat di kala siang hari. Oleh itu, berilah syafaat kepadaku untuk kemudian aku berikan kepadanya”. Al-Quran pula berkata: “Aku melarang dirinya daripada tidur di kala malam hari. Oleh itu, aku memohon syafaat kepada-Mu untuk kemudian aku berikan kepadanya”. Maka kedua-duanya memperoleh syafaat dari Allah”.
(Diriwayatkan oleh Ahmad dengan sanad yang sahih dalam Musnad Ahmad.)
Hadis yang ketiga:
Dari Abu Umamah, katanya yang bermaksud:
”Aku datang kepada Rasulullah S.A.W, lalu aku katakan: “Berilah kepadaku suatu amalan yang membolehkan diriku masuk ke dalam syurga. “Maka Nabi S.A.W bersabda: “Hendaklah kamu berpuasa, kerana ia merupakan amalan yang tidak dapat di tandingi oleh amalan yang lain”. Kemudian aku mendatangi Nabi S.A.W untuk kali kedua, maka sabdanya: “Hendaklah kamu berpuasa”. (Diriwayatkan oleh Ahmad, An-Nasa`i dan Al-Hakim yang menyatakan kesahihannya)
Hadis keempat:
Dari Abu Said Al-Khudri R.A, bahawa Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud:
”Tidaklah seseorang berpuasa satu hari di jalan Allah, melainkan dengan itu Allah akan menyelamatkan dirinya dari api neraka sejauh jarak tujuh puluh tahun (Sab`eina khorifan).
(Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dalam kitab: Berjihad dan peperangan. Bab : Keutamaan berpuasa dijalan Allah)
Hadis kelima:
Dari Sahal bin Sa`ad, bahawa Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud:
”Sesungguhnya syurga mempunyai sebuah pintu yang disebut “Al-Rayyan” yang bermaksud “Pemuas Dahaga”. Pada hari kiamat ada suara yang menyeru: “Di manakah orang-orang yang gemar berpuasa?” Apabila orang yang terakhir dari mereka telah masuk ke dalam Syurga, maka pintu itu pun terus ditutup”. (Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim)
Wassalam.
P/S : Selamat menjalani Ibadah Puasa… Ramadhan Kareeem…
No comments:
Post a Comment