Salam Ukhwah, Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam keatas Baginda S.A.W, ahli keluarga, serta sahabat-sahabat R.Anhum ajma`in.
Amma ba`dhu
Ah, sekian lama aku menyepikan diri dari menulis, segala macam rasa sedang berlegar di benak fikiran ku sekarang ini, semua ini kerana aku lama tidak menulis…
Sebulan yang lalu, laptop ku rosak. itulah puncanya mengapa aku terus menyepikan diri. Walaupun rosak, aku tetap berpuas hati kerana sudah hampir 5 tahun laptop itu ku “nodai”. Ishhh jangan silap paham pula.. maksud ku adalah hampir 5 tahun aku guna laptop tersebut..
Herm, sekarang ini telah pun ku menemui pengganti”nya”. Alhamdulillah sekian lama ku menanti akhirnya ketemu jua. Moga-moga kali ini akan bertahan lebih lama.
Semalam, selepas solat maghrib, seorang ust dari Pasir Pekan menyampaikan kuliah di masjid Al-Aminin (kg kijang). Dia membentangkan Tafsir dari surah Al-Kahfi, sambutan dari kalangan orang kg juga amat menggalakkan. Ada pun org kg kijang sendiri mahupun dari luar kg tersebut. Apa yang buatkan aku tertarik, cara ust Qamar menyampaikan sesuatu adalah dengan berdalil, adapun dari Al-Quran mahupun Hadis. Dan yang paling penting cara penyampaiannya membuatkan orang yang mendengar mudah untuk memahaminya. Moga kuliah-kuliah agama sebegini terus mekar mewarnai masjid-masjid bagi mengisi kekosongan diantara Maghrib- Isya`.
Setelah selesai solat Isya` kami didatangi oleh seorang hamba Allah (Ust wakil muassasah Al-Quds) bagi menceritakan @ menjelaskan akan perihal sebenar yang berlaku di Gaza sekarang ini. Program tersebut dimulai dengan pengenalan diri penceramah, dan seterusnya penerangan berkaitan dengan Masjidil Aqso adalah kiblat yang pertama bagi orang Islam dari pelusuk dunia suatu ketika dulu. Kemudian ust tersebut menerangkan akan hadis yangmana Baginda S.A.W menjanjikan kelebihan bagi mereka yang mengerjakan solat di Masjidil Aqso.
Setelah itu beliau (penceramah) menceritakan detik-detik orang pertama yang mencetuskan idea bagi membangunkan sebuah negara Israel hinggalah kepada apa yang dapat kita lihat pada hari ini.
Apa yang lebih menyedihkan membangunnya negara tersebut adalah juga dari kerjasama orang-orang Islam yang berkuasa diketika itu. Dan apa yang lebih jelas pada hari ini, kita juga dapat melihat siapakah orang yang terus memberikan sumbangan kepada Israel.
Di akhir program tersebut, ajk masjid mengadakan kutipan derma untuk disalurkan kepada muassasah tersebut.
Ah, aku ingin ke belakang dulu, untuk melihat apa-apa yang perlu aku lakukan, ketemu lagi dilain masa, salam ukhwah buat sahabat-sahabat yang terus memberikan aku semangant dalam menuju kepada sang Pencipta..
Apa yang baik dari-Nya, dan apa yang sebaliknya adalah kelemahan diriku, yang tidak dapat lari dari kesilapan. wassalam
Saturday, February 6, 2010
Cuti
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment