Alhamdulillahi wakafa, setiap hari sememangnya agak ramai pelanggan yang masuk ke kedai untuk makan dan minum dan ada sesetengah tu melepak kan diri. Dalam ramai-ramai pelanggan yang berada di kedai, entah mengapa, semalam mata ku tertumpu kepada seorang muslimin, melihat kepada uban dikepalanya serta air mukanya.. mungkin beliau berusia awal 40 an. Aku asyik memerhatikan gelagatnya ketika dia berbicara dengan rakan-rakannya yang berkerja di “Etiqa”.
9-00 pagi, Hp ku berdering, rupa-rupanya haji hassan (tuan kedai) menelefonku untuk bertanyakan bilakah ku akan kerumahnya untuk bayar sewa kedai. “InsyaAllah petang ini jam 3-15 petang aku akan kerumahnya untuk bayar sewa kedai.” jawab ku mengakhiri perbualan.
3-10 ptg, ketika muslimin tersebut keluar dari kedai ku, aku pun mencapai kunci kereta, untuk ke rumah haji hassan. Ketika ku ingin menghidupkan enjin kereta, tetiba aku terdengar bunyi seperti seseorang berdengkur.. lalu bunyi ada sesuatu yang terjatuh disebelah kereta ku.
Bila aku keluar dari kereta, ku dapati muslimin itu tadi tersungkur, aku panik.. aku cepat-cepat memanggil sepupu ku dan juga beberapa pelanggan yang berada didalam kedai agar dapat memberikan pertolongan kepada abang itu tadi. Dalam masa yang sama, aku cepat-cepat mengangkat kepalanya, dan kudapati dibawah kelopak matanya (luka) berdarah kerana terhentak dibatu ketika jatuh. Bila ku angkat dan letakkan di lenganku.. mulutnya mengeluarkan buih + dengan darah yang begitu banyak. Aku memang benar-benar panik. tidak pernah aku alami semua ini kecuali pada hari ini..
Aku cepat-cepat menyuruh sepupu ku agar mengambilkan sudu atau garfu.. takut kalau-kalau abang itu tergigit lidahnya. Masa tu baru lah aku sedar yang abang itu mengalami penyakit sawan. Mata, mulut dan hidungnya tak henti-henti mengeluarkan darah.
Sambil ku menggosok dada abang itu, sambil ku mengajarkannya agar mengucap.. hanya itu yang ku mampu lakukan. Tubuhnya semakin kejang dan sejuk, “Min, Biarkan lah..dia ni dah tiada harapan” kata salah seorang dari kawan ku yang berada disitu. Ada benarnya juga kata kawan ku itu. cuma ku kuatkan juga hati…
Setelah berkali-kali ku gosok.. dan mengajarkannya mengucap.. tiba-tiba.. aku terdengar suaranya mengucap.. tubuhnya kembali panas.. Allahu Akhbar.. abang itu mengucap… sambil membuka matanya… aku yang tadi semakin kecewa, kini gembira.. bergenang kelopak mataku.. dengan air mata.. aku bersyukur…
Tidak berapa lama kemudian.. datanglah ambulance.. alhamdulillah.. kemudian abang itu pun diangkat dan dibawa ke hospital Kota Bharu..
Herm, jam menunjukkan pukul 3-25 ptg. aku masuk kekedai untuk membersihkan tangan ku (kesan darah).. lalu aku lekas-lekas memacu kereta menuju ke rumah haji hasan..
Tengah ku memandu kereta.. terlintas dihatiku.. bagaimanakah kiranya aku lah yang berada ditempat muslimin itu tadi.. andai berakhirnya hayat ku pada masa tersebut.. adakah aku telah pun bersedia untuk menghadapinya? berapa banyakkah amalan ku sekarang ini? bagaimanakah keadaan ku di esok hari? adakah akan ku menerima buku catatan amalan ku disebelah kanan atau belakang??? (*). Semua ini lah yang sedang berlegar dibenak fikiranku sekarang ini..
Wallahu a`lam..
aminpcb
Nasi Sumatera Sri Kijang
020510
_____________
* Dari-Mu kami datang, dan kepada-Mu jualah kami akan kembali..
(*) Surah Al-Insyiqaq: 7-11
Monday, May 3, 2010
15 minit
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
betul..
kadang2 kita alpa dengan hidup..
saya kekadang terasa agak risau
macamana saya berhadapan dgn
maut...saya di mana masa tuh?
sapa di sisi saya?
semua ini la yang buat kita tertanya-tanya.. bagaimanakah kelak keadaan kita ketika meninggal? erm.. Kesimpulan sama-sama lah buat perkara yang wajib, meninggalkan yang haram, dan memperbanyakkan amalan sunat serta perkara kebaikan.. Moga buku catatan amalan kita diserahkan ditangan kanan..ameen
terima kasih atas peringatan.
menjadi pedoman mudahan...
aminnn...
sama-sama... moga kita diberkati-Nya..ameen..
Post a Comment