Makmum disunatkan membaca “amen” bersamaan dengan imam, hingga tanpa lebih dahulu atau lebih lambat daripada imam ketika membaca “amen”.
Dari Abu Hurairah R.A, bahawa:
أن النبي قال : ( إذا قال الإمام ( غير المغضوب عليهم ولا الضالين ) فقولوا آمين فإن من وافق تأمينه تأمين الملائكة غفر له ما تقدم من ذنبه
رواه البخاري
Yang bermaksud: Rasulullah S.A.W bersabda:
“Apabila imam membaca ( غير المغضوب عليهم ولا الضالين ), maka bacalah “Amen”. Sesiapa yang membacanya dan secara kebetulan bersamaan dengan bacaan “Amen” yang dibaca oleh para Malaikat, maka Allah mengampuni dosanya yang terdahulu.”
(Diriwayatkan oleh Al-Bukhari)
Dari Abu Hurairah R.A, bahawa:
عن أبي هريرة : أن النبي قال : ( إذا قال الإمام ( غير المغضوب عليهم ولا الضالين ) فقولوا آمين فإن الملائكة يقولون آمين وإن الإمام يقول آمين فمن وافق تأمينه تأمين الملائكة غفر له ما تقدم من ذنبه
رواه احمد ابو داود والنسائى
Yang bermaksud:
Rasulullah S.A.W bersabda:”Apabila imam membaca ( غير المغضوب عليهم ولا الضالين ), maka bacalah “Amen”*. Kerana Malaikat juga membaca “Amen”. Oleh yang demikian, sesiapa yang bacaan “Amen” bersamaan dengan bacaan “Amen” yang dibaca oleh Malaikat, maka Allah akan mengampunkani dosanya yang terdahulu”.
(Diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud & An-Nasa`i)
Maksud Amen
Perkataan “Amen” dengan membaca pendek pada huruf alif dan dibolehkan juga membacanya panjang disertai dengan membaca pendek pada huruf mim, tidaklah termasuk ke dalam bahagian ayat surah Al-Fatihah. Ia hanyalah doa yang bermaksud:”Perkenankanlah!”.
Wallahu a`lam
_________________
* Imam Al-Khattabi berkata: “Maksud sabda Rasulullah S.A.W:”Jika Imam membaca ولا الضالين maka bacalah amen (bersamaan dengan imam sehingga bacaan Amen kamu benar-benar seiring dengan bacaan Amen imam).
No comments:
Post a Comment