Wednesday, February 4, 2009

Abe Li

Alhamdulillah, lutut dah semakin pulih, tapi sakitnya masih terasa, mungkin disebabkan terlalu banyak bergerak.

Tengah lena dibuai mimpi.. tut..tut.. hp ku berbunyi, ada mesej masuk rupa nya. Dalam keadaan yang masih "mamai" aku pun mengcapai hp ku, lantas membukanya. Ku dapati mesej tersebut dari adik ku "ibah". Erm diantara mesejnya " Assalamualaikum, Abe amin, sekali lagi kita kehilangan saudara kita. Yaitu Abe Li anak kepada arwah Mok Su Besut. Meninggal dunia pada 7.20 pagi tadi, koma sejak 2 hari lepas disebabkan tekanan darah terlalu tinggi".

Ingatan ku mengimbau kembali pada tahun 1999 di bulan Ramadhan. Diketika itu aku berada di Kg Teluk Bayu, Berdekatan dengan Kuala Besut. Pada masa yang sama aku menjadi imam terawih di masjid Kg Teluk Bayu. Oleh kerana boring tanpa aktiviti di sebelah petang, aku sering ke rumah Pok Su Harun (Bilal masjid tersebut). Untuk bermain dengan cucu nya (Syakir). Kadangkala kami berbual sambil menonton tv (rancangan Jejak Rasul). Bila mana aku bertanyakan adakah Pok Su Harun kenal akan arwah tok sedara ku, lantas dia memberitahuku yang dia kenal sangat akan arwah tok sedara ku itu (yaitu ayah kepada Abg Li).

Dia memuji arwah tok sedara ku yang begitu gigih berkerja untuk mencari sesuap nasi kepada ahli keluarga nya. Bukan itu saja, malah didikan agama yang arwah berikan kepada anak-anaknya cukup membuatkan anak-anaknya terkenal dikalangan penduduk tempatan dengan sifat penyabar, baik hati, tak pernah tinggal solat, dan tidak pernah menimbulkan masalah dengan orang kampung yang berdekatan. Begitulah ulasan Pok Su Harun.

Erm... dari bulan 12 ke hari ini, berita 4 kematian yang ku terima benar-benar membuatkan aku berfikir dan bermenung.

Wahai amin.... adakah cukup dengan hanya ku bermenung??? siapakah pula yang akan mengiringi mereka itu??? sedar kah aku yang mati itu pasti?? dan aku adalah yang akan mengiringi mereka itu tadi. Adakah aku bersedia untuk itu????

Soal ku kepada diriku...wallahu a`lam.


* Allahummaghfirlahu warhamhu, wa a`fihi wa`fu anhu..

No comments: