Alhamdulillahi wa kafa... Salam sejahtera buat sahabat-sahabatku sekalian, diketika ini sama-samalah kita tenangkan fikiran, dan ingatlah akan Firman Allah yang bermaksud: "Demi masa, Sesungguhnya manusia itu daam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran. Surah Al-Asr ayat 1-3. Adapun ayat ini kerap kita baca, dengar dah fahami akan maknanya, tetapi cuba kita renungkan sejauh manakah kita dapat mengamalkan 3 perkara tersebut dalam kehidupan harian kita. Adakah kita diantara orang-orang yang beriman dan beramal soleh? Adakah juga kita tergolong diantara orang-orang yang berpesan dengan kebenaran dan kesabaran? sama-sama lah kita muhasabah diri kita semua, individu tertentu lebih mengetahui akan apa yang dilakukannya pada setiap hari. Moga-moga kita semua dirahmati dan dibawah lindungan-Nya... ameeen.
Tepat jam 9-00 pagi, ku melangkah keluar rumah, alhamdulillah cuaca pagi ini agak baik, dengan hanya memakai kemeja berlengan pendek pun udah cukup selesa, kebiasaan kalu keluar rumah terpaksa berjaket. Maklumlah cuaca di Sana`a tidak seperti diluar sana (yang mana cuaca diluar Sana`a agak panas, berbanding dengan Sana`a yang agak sejuk) . Ku berjalan menuju ke "Maktab Al-Barid furu` Jamiah Jadidah" (Pejabat Pos cawangan Universiti Baru). Semata-mata untuk poskan barang kepada sahabat ku yang berada di Kelate. Setibanya di Pejabat pos, ku terus menuju ke kaunter pos surat @ barang. Lalu ku memberi tahu kepada salah seorang kakitangan disitu akan tujuan ku, setelah diambilnya barang tersebut lalu ditimbangnya. lantas dia bertanya kepada ku :
"Kemana barang ini akan dikirim?" Tanya salah seorang petugas disitu.
" ke Malaysia" Balasku.
Setelah itu dia pun merujuk kepada kertas salinan senarai harga "bayaran" yang ditetapkan mengikut timbangan dan destinasi tertentu.
Setelah di semak akan harga tersebut, lantas dia memberitahu ku bahawa bayaran yang dikenakan sebanyak Ry 1920. Alamak..mahalnya.. rungut ku didalam hati sambil menggaru kepala, sambil berfikir, erm.. harga barang hanya lah Ry 300. Pastu dalam tu ada sekeping dvd. kalu ikutkan kesemua barang tuh tak sampai Ry 500. Tapi bayaran untuk penghantaran pula berlipat kali ganda. Adui... setelah lama berfikir.. ada baiknya aku cancel kan hajat ku untuk pos kan barang tersebut, lebih baik kirim dengan kawan-kawan yang akan pulang ke Malaysia, fikir ku lagi. Setelah itu aku pun memberi tahu kepada petugas tadi bahawa tak jadi untuk poskan barang tersebut. La ba`sa katanya.
Erm.. Berita kematian tok sedara ku semalam, benar-benar membuatkan aku terfikir, hati ku makin gelisah, manakan tidak, dalam masa beberapa hari sahaja, ku dihimpit dengan dua kematian, sedara mara yang terdekat pula. Ya Allah... Tabahkan lah hati hamba-Mu ini. Berilah kekuatan, agar dapat ku hadapinya dengan tenang.
Ok lah setakat ini dulu, keadaan tak mengizinkan, maaf la terpaksa stop mengejut atas beberapa sebab.. wassalam
* Asbahna wa asbahal mulku lillah, walhamdulillahi la syarikalak, La ila ha illahu wa ilaihin nusyur.
No comments:
Post a Comment