Saturday, January 3, 2009

Erm......

.الحمد لله والصلاة والسلام على رسولله, وعلى آله وأصحابه ومن تبعهم بإحسان !لى يوم الدين


Salam ukhwah buat pelawat, moga diketika ini kita sama berada dibawah lindungan serta rahmat dari-Nya, ameen.

Sedang aku "ralit" melayari internet serta meng"edit" blog ku, kedengaran azan Maghrib dilaungkan dari Jamek Ansar, ku pun berhenti melayari internet untuk menyahut seruan tersebut, ketika di rakaat ke-3, setelah bangkit dari rukuk, lalu imam menadah tangan, memohon bantuan dari yang Maha Pencipta, diantara doanya "Allahummansurna, wala tansur alaina, Ihzimhum, wa zalzilhum, wansurna alaihim" amen sahut para makmum.

Setelah selesai solat maghrib, lalu imam Masjid Ansar mengambil mic, dengan memberi salam lantas beliau membuka bicara dengan memuji-muji kebesaran Allah S.W.T. Selepas itu beliau menceritakan akan keganasan dan kekejaman yang berlaku di bumi Palestin (Gaza). Yang mana korban telah meningkat kepada 420 orang dan lebih dari 2100 dilaporkan cedera, kanak-kanak yang tiada berdosa menjadi mangsa.

ISRAEL TERUS MENGGANAS... Kekejaman Israel terus memuncak apabila serangan udara yang dilancarkan sejak minggu lalu mengorbankan lebih ramai orang awam dan kanak-kanak tidak berdosa. Dalam serangan terbaru Israel di bandar Gaza semalam, seorang komander Hamas, nizar rayyan bersama empat isteri dan lapan anak mereka terkorban (gambar kanan). (dipetik dari www.utusan.com.my)

Ya Allah, Hancurkan lah yahud.. dan sekutunya.

Pada masa yang sama juga imam masjid tersebut menjelaskan berkenaan derma kilat yang dilancarkan di masjid-masjid di sekitar Sana`a sesudah solat Jumaat tadi. Yang mana di masjid itu sendiri mendapat kutipan mencecah Ry 950,000. Bersamaan USD 4750. Dan di masjid-lain tak kurang hebatnya. Apa yang lebih menarik, salah satu dari masjid di Sana`a, yang mana Sheikh Abdul Majid Az Zindani menyampaikan khutbah @ tazkirah (ku kurang pasti) lalu datang seorang hamba Allah "orang Yaman" kepada sheikh tersebut . Lalu beliau sedekahkan sebuah rumah beliau untuk disalurkan kepada mangsa di Palestin, Allahu Akhbar.. Benarlah akan sabda Baginda yang berbunyi " Al-Imanul Yaman, Wal Hikmatul Yamaniyyah"

Diketika itu juga imam masjid tersebut menceritakan perihal yang sedang berlaku di Mesir, telah kita semua maklum bahawa beberapa hari lepas, Sheikh Abdul Majid Az Zindani telah menyelar Presiden Mesir (Husni Mubarok) "untuk mengetahui cerita selanjutnya sila buka www.permaya.org" . Apa yang lebih mengejutkan, di Kaherah, umat islam di larang sekeras kerasnya berkumpul atau berhimpun, sehinggakan diketika mana ummat islam seluruh dunia sedang mengerjakan solat Jumaat, di Kaherah sebaliknya yang berlaku, sehingga ummat islam disana terpaksa mengerjakan solat zohor. Kerana pihak berkuasa takut jika khotib-khotib di masjid berjaya menaikkan semangat jihad kepada ahli jemaah diketika menyampai khutbah Jumaat. Ah pelik sekali keadaan yang berlaku di Mesir, sudahlah ummat islam di bunuh dan di tindas di Palestin, di Mesir di larang pula solat Jumaat, sempadan Rafah pula di tutup. Apa semua ini? Sama-sama lah kita mendoakan agar Presiden Rep tersebut beroleh hidayah dari yang Maha Esa...ameen

Erm.. sedang jari jemari ku menype laju, tiba-tiba hp ku berbunyi, ku terima 1 mesej dari adik ku, mesej tersebut berbunyi, (Salam, Abe amin, Moksu Besut meninggal dunia). Amat ringkas mesej yang ku terima, tapi amat dalam effectnya, ku kehilangan seorang lagi tok sedara kesayangan, minggu ini ku di himpit dengan 2 berita kematian, Allahummaghfirlaha..

Perasaan ku amat bercelaru, Mungkin dengan berita kematian yang baru ku terima sebentar tadi mengakhiri kalam ku pada kali ini, Wassalam

* Allah Berfirman: " Fa iza ja a ajaluhum la yas ta`khiruna sa`ataw wala yastaqdimun" Surah An Nahl ayat 61.

No comments: