Thursday, April 30, 2009

Sabar

Herm, kali ini aku tiada minat untuk menyambung akan kisah rehlah ku di Kuala Berang pada baru-baru ini. Ini bukanlah bermakna aku tiada menghargai akan rehlah ku itu, tetapi disini ada suatu perkara yang aku rasa lebih aula untuk aku coretkan pada kali ini.

Walaupun sahabat-sahabat disekeliling ku melihat aku senantiasa "afroh". Tetapi dari akhir Ramadhan hingga lah ke hari ini, hati ku selalu bersedih, bersedih dengan apa yang menimpa akan diri ku dan juga seorang dari sahabat ku.

Apa pun aku sentiasa doakan yang terbaik, ada pun setiap apa yang berlaku adalah ujian dari-Nya untuk menguji akan kesabaran kita. Kita akan diuji tanpa henti, namun sabar adalah segalanya.

Moga kita sentiasa diberikan kekuatan & kesabaran dalam menempuh hari-hari yang mendatang ameen

Wednesday, April 29, 2009

Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck (Bhg. 1)

Anak Orang Terbuang

Matahari telah hampir masuk ke dalam peraduannya. Dengan amat perlahan, menurutkan perintah dari alam ghaib, ia beransur turun, turun ke dasar laut yang tidak kelihatan ranah tanah tepinya. Cahaya merah telah mulai terbentang di ufuk barat, dan bayangannya tampak mengindahkan wajah lautan yang tenang tak berombak, di sana sini kelihatan layar perahu-perahu telah berkembang, putih dan sabar.

Ke pantai kedengaran suara suara Iloho gading atau Sio saying, yang dinyanyikan oleh anak-anak perahu orang Mandar itu, di tingkah oleh suara geseran rebab dan kecapi. Nun, agak di tengah, di tepi pagaran anggar kelihatan puncak dari sebuah kapal yang telah berpuluh tahun ditenggelamkan di sana.Dia seakan-akan penjaga yang teguh, seakan-akan stesen dari syaitan dan hantu-hantu penghuni Pulau Laya-laya yang penuh dengan keghaiban itu. Konon khabarnya kalau ada orang yang akan mati hanyut atau terbunuh, kedengaranlah pekik dan ribut-ribut tengah malam di dalam kapal yang telah rosak itu!

Pada waktu senja demikian, kota Mengkasar kelihatan hidup. Kepanasan dan
kepayahan orang bekerja siang, apabila telah petang diubat dengan menyaksikan matahari yang hendak terbenam dan mengecap hawa laut, lebih-lebih lagi bila suka pula pergi makan angin di jambatan, iaitu panorama yang sengaja dijorokkan di laut, berhampiran benteng kompeni. Di benteng itulah, kira-kira 90 tahun yang lalu,Pangeran Diponegoro menghabiskan hari tuanya sebagai buangan politik.

Sebelah timur adalah tanah lapang Karibosi yang luas dan dipandang suci oleh penduduk Mengkasar. Menurut tahayul orang tua-tua, bilamana hari akan kiamat, Kara Eng Data akan pulang kembali, di tanah lapang karibosi akan tumbuh tujuh batang beringin dan berdiri tujuh buah istana, persemayaman tujuh orang anak raja-raja, pengiring dari Kara Eng Data. Jauh di darat kelihatan berdiri dengan teguhnya Gunung lompo Batang dan Bawa Kara Eng yang hijau nampak dari jauh.

Dari jambatan besi itu akan kelihatanlah perkahwinan keindahan alam dengan teknik manusia. Ke laut nampak kecantikan lautan, ke darat kebesaran Allah dan ke sebelah kanan kelihatanlah anggar baru, anggar dari pelabuhan yang ketiga di Indonesia, sesudah Tanjung Perak dan Tanjung Priok.

Di tepi pantai, di antara Kampung Baru dan Kampung Mariso berdiri sebuah rumah bentuk Mengkasar, yang salah satu jendelanya menghadap ke laut. Di sanalah seorang anak muda yang bersia kira-kira 19 tahun duduk termenng seorang dirinya menghadapkan mukanya kelaut. Meskipun matanya terpentang lebar, meskipun begitu asyik dia memperhatikan keindahan alam di lautan Mengkasar, rupanya fikirannya telah melayang jauh sekali, ke balik yang tak tampak dimata, dari lautan dunia pindah ke lautan khayal.

Ia teringat pesan ayahnya takkala beliau akan menutup mata, ia teringat itu, meskipun dia masih lupa-lupa ingat. Ayahnya berpesan bahawa negerinya yang asal bukanlah Mengkasar, tetapi jauh di seberang lautan, yang lebih indah lagi dari yang didiaminya sekarang; di sanalah sasap jeraminya.

Jauh ….. kata ayahnya, jauh benar negeri itu, jauh di balik lautan yang lebar, subur dan nyaman tanamannya. Ayahnya berkata, jika Mengkasar ada Gunung Lompo Batang dan Bawa Kara Eng, di kampung nya pun ada dua gunung yang bertuah pula, ia Gunung Merapi dan Singgalang. Di Gunung Merapi ada talang perindu, di Singgalang ada naga hitam di dalam telaga di puncaknya. Jika di sebut orang keindahan Bantimurung di Maros, di negerinya ada pula air terjun yang lebih tinggi. Masih terasa di fikirannya keindahan lagu serantih yang kerap kali di lagukan ayahnya tengah malam. Ia tak tahu benar apakah isi lagu itu, tetapi rayunya sangat melekat dalam hatinya. Ada pantun-pantun ayahnya yang telah hafal olehnya lantaran dinyanyikan dengan nyanyian serantih yang merdu itu:

“Bukit putus Rimba Keluang,
direndam jagung dihangusi.
Hukum putus badan terbuang,
terkenang kampung kutangisi,”

“Batang kapas nan rimbun daun,
urat terentang masuk padi,
Jika lepas laut ketahun,
merantau panjang hanya lagi.”

Siapakah gerangan anak muda itu?

Dia dinamai ayahnya, Zainuddin. Sejak kecilnya telah dirundung oleh kemalangan… Untuk mengetahui siapa dia, kita harus kembali kepada suatu kejadian di suatu negeri kecil dalam wilayah Batipuh Sapuluh Koto (Padang Panjang) kira-kira 30 tahun yang lalu.

Seorang anak muda bergelar Pendekar Sutan, kemanakan Datuk Mantari labih, adalah Pendekar Sutan kepala waris yang tunggal dan peninggalan harta ibunya, kerana dia tak bersaudara perempuan. Menurut ada Minangkabau, amat malangnyanya seorang laki-laki jika tidak mempunyai saudara perempuan, yang akan menjagai harta benda, sawah yang berjenjang, Bandar buatan, lumbung berperang, rumah nan gadang. Setelah meninggal dunia ibunya, maka yang akan mengurus harta benda hanya tinggal ia berdua dengan mamaknya, Datuk Mantari Labih. Mamaknya itu usahkan menukuk dan menambah, hanya pandai menghabiskan saja. Harta benda, beberapa tumpak sawah, dan sebuah gong pusaka telah tergadai ke tangan orang lain. Kalau Pendekar Sutan mencuba hendak menjual atau menggadai pula, selalu dapat bantahan, selalu tidak semuafakat dengan mamaknya itu. Sampai dia berkata: “Daripada engkau menghabiskan harta itu, lebih baik engkau hilang daripada negeri, saya lebih suka.”

Darah muda masih mengalir dalam badannya. Dia hendak kahwin, hendak berumahtangga, hendak melawan laga kawan-kawan sesama gadang. Tetapi selalu dapat halangan dari mamaknya, sebab segala penghasilan sawah dan ladang diangkutnya ke rumah anaknya. Beberapa kali dia mencuba meminta supaya dia diizinkan menggadai, bukan saja mamaknya yang menghalangi, bahkan pihak kemenakan-kemenakan yang jauh, terutama pihak yang perempuan sangat menghalangi, sebab harta itu sudah mesti jatuh ke tangan mereka, menurut hukum adat : “ Nan sehasta, nan sejengkal, dan setompok sebuah jari”.

Pada suatu hari, malang akan timbul, terjadilah pertengkaran di antara mamak dan kemenakan. Pendekar Sutan berkeras hendak menggadaikan setumpak sawah, untuk belanjanya beristeri, kerana sudah besar dan dewasa belum juga dipanjat “ijab kabul”. Mamaknya meradang dan berkata: “Kalau akan berbini mesti lebih dahulu menghabiskan harta tua, tentu habis segenap sawah di Minangkabau ini. Inilah anak muda yang tidak ada malu, selalu hendak menggadai, hendak mengagum”.

Perkataan itu dikatakan di atas rumah besar, dihadapan mamak-mamak dan kemenakan yang lain. Pendekar Sutan naik darah lantaran malu, tetapi masih ditahannya. Dia berkata:” Mamak sendiri juga pernah menggadai, bukan untuk mengahwinkan kemenakan, tetapi untuk mengahwinkan anak mamak sendiri. Berapa tumpak sawah dikerjakan oleh isteri mamak, kami tidak mendapat bahagian”.

“ Itu jangan disebut,” kata Datuk Mantari labih. “ Itu kuasaku, saya mamak disini, menghitamkan dan memutihkan kalian semuanya dan menggantung tinggi membuang jauh”.

“ Meskipun begitu, hukum zalim tak boleh dilakukan”.
“ Apa ?...Engkau katakan saya zalim ? “ kata Datuk Mantari Labih sambil melompat kemuka, dan menyentak kerisnya, tiba sekali di hadapan Pendekar Sutan. Malang akan timbul, sebelum dia sempat mempermainkan keris, pisau belati Pendekar Sutan telah lebih dahulu tertancap di lambung kirinya, mengenani jantungnya.

“ Saya luka, tolong…,” Cuma itu perkataan yang keluar dari mulut Datuk Mantari Labih. Dan dia tak dapat berkata-kata lagi. Seisi rumah riuh.

Beberapa orang mendekati Pendekar Sutan, tetapi mana yang mendekati, mana yang rebah. Sebab gelar pendekar itu didapati dengan “keputusan`, bukan sembarang gelar saja.

Orang rumah itu riuh, pekik yang perempuan itu lebih-lebih lagi. “Amuk-amuk!,” orang di kampung segera tahu tong-tong berbunyi. Penghulu Kepala lekas diberitahu Penghulu Suku tahu pula. Beberapa jam kemudian Pendekar Sutan ditangkap dan Datuk Mantari Labih mati tidak beberapa jam setelah tertikam.

Bersambung...........

* Penulis: Haji Abdul Malik Karim Abdullah (HAMKA)
* Tajuk: Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck

Monday, April 27, 2009

Kubang Bujuk

Salam ukhwah, setelah ku melangkah keluar dari cc, aku terus menuju ke Madrasah Al-Quran Kubang Bujuk dengan nawaitu untk bermalam disana.

Kubang Bujuk adalah salah sebuah pusat pengajian (Tahfiz & Alim) di Kuala Terengganu. Yang aku tahu ia juga adalah diantara pusat Tahfiz yang tertua di Malaysia. Disitu lah banyaknya lahir para "huffaz" @ pun Qari`.

Sebelum ke Yaman, di Kubang Bujuk lah tempat aku menghafaz Al-Quran, hampir 6 tahun aku disitu, menghafaz + bermain badminton + bermain wau.

Kalu nak type pengalaman semasa belajar di Kubang Bujuk, sampai esok type pun belum habis. Jadi ku ringkas kan sahaja @ pun khulasoh nya untuk berbuat sesuatu mestilah bersabar. Kerana Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang bersabar.

Setelah bangun pagi, ku menuju ke bilik air, untuk menyucikan diri. Sesudah solat subuh berjemaah. Aku terus mencari sahabat-sahabat ku yang masih ada di madrasah tersebut. Yang aku pasti hanya ada 3 orang sahaja pelajar yang aku kenali. Ada pun yang berbaki semuanya pelajar baru. Kecuali tenaga pengajar.

Sedang aku khusyuk mendengar bayan subuh, tiba-tiba ku terpandang kepada Abdullah Basri. Salah seorang dari rakan sekuliah ku ketika di Yaman. Dia pun terkejut bila melihat aku. Kami sama-sama berpelukan menandakan lamanya kami tidak ketemu. Sesudah habis bayan subuh aku terus mengajak basri untuk sarapan pagi di kedai Abang Man. Pagi tu aku pekena roti canai dan nasi dagang terengganu sepuas-puasnya dengan Basri & adik ku Shahir. Sambil makan sambil berbual mengingatkan kembali akan kenangan-kenangan ketika di Yaman.

Sesudah itu, aku mohon mengundur diri untuk ke tempat yang dijanji kan yaitu di Masjid Terapung.

Cukup la dahulu untuk kali ini, bersua lagi dilain masa. andai ada kata-kata ku yang kurang menyenangi akan pembaca, ku harapkan maaf dari kalian.

Apa yang baik adalah dari-Nya ada pun yang kurang itu adalah kelemahan diri ini wassalam.


amin ismail
27-04-09
Nasi Sumatera Sri Kijang

Thursday, April 23, 2009

Air Buah

Alhamdulillahi wakafa, Hujan renyai-renyai membasahi bumi kg kijang. Aku masih termenung di bilik ku. Adik ku Sahir pula sedang mengemas beg nya, untuk ke Kuala Terengganu. Dia akan menemani ku sepanjang rehlah lepasan pelajar Yaman yang akan diadakan disana. Walaupun dia adalah bukan pelajar lepasan Yaman, tapi diatas sebab-sebab yang tertentu antusufi dah "tasamuh" kepadanya.

Jam 6-00 Petang: Ku mula memacu kereta kancil milik abah ku, menuju ke Kuala Terengganu. Ku tidak dapat memandu dengan laju, kerana jalan baru sahaja dibasahi dengan hujan. Tepat jam 8-30 malam, aku bagi signal sebelah kanan ku, menandakan aku akan memasuki kawasan masjid KUSZA untuk menyucikan diri dan bersolat. Bila mana aku memasuki kawasan tersebut, ia mengingatkan aku kepada salah seorang dari sahabat ku yang pernah belaja disitu, dan sekarang sedang melanjutkan pelajarannya di UIAM. Moga-moga segala gerak kerja nya dipermudahkan Allah S.W.T. ameen..

Setelah selesai mengerjakan solat Maghrib & Isya (Jama` qasar). Aku dengan segera menghidupkan kereta untuk menuju ke destinasi tertentu. Ah di mana lagi kalau bukan destinasi yang ku maksudkan tadi adalah Seberang Takir. Satu nama tempat yang cukup sinonim dengan air buah.

Sesudah kekenyangan diisi dengan mee teow & tembikai susu gelas besar, tetiba terlihat satu cc yang tak jauh dari tempat kereta ku. Ah lama benar ku tidak "chek email" apa lagi aku terus masuk la. Sambil-sambil tu alhamdulillah sempat juga aku mencoret sedikit sebanyak untuk tatapan pengunjung di sini.

Ok lah, mata ku dah "kecek omputih" (teramat mengantuk) ni. Sambung lagi dilain kali insyaAllah. MOga-moga kita semua dirahmati-Nya.. ameen

Wassalam

amin ismail
23-04-09
Kuala Terengganu.

Monday, April 13, 2009

Berita Baik Buat Lepasan Yaman. Jom pakat gi..


“Kenapa tidak kita buat satu perjumpaan budak-budak lepasan Yaman?”

“Kan dah ramai pelajar kita yang sudah pulang ke Malaysia.”

“Molek jugak tu, nanti dapat kita rapatkan semula ukhuwah sesama pelajar Yaman.”

“Boleh kita kembalikan nostalgia semasa di Yaman dahulu.”

Di atas ini adalah antara dialog awal yang keluar dari pandangan sahabat-sahabat kita lepasan pelajar Yaman yang telah berada di bumi Malaysia. Dari perbincangan ringkas yang santai-santai inilah tercetusnya idea untuk mengumpulkan para lepasan Yaman di dalam satu program.


“Kita buat rehlah.” Cadang Syam via SMS kepada kami. Waktu itu, dia berada di Kedah.

Setelah berbincang dengan beberapa orang yang secara tidak langsung bertindak sebagai urusetia, akhirnya kami membuat keputusan untuk menganjurkan rehlah lepasan pelajar Yaman. Namun sayang sekali, Syamsul Musa yang mencadangkan idea rehlah ini tidak sempat bersama kami. Dia telah kembali. Kembali ke Bumi Iman dan Hikmah untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai di sana.

Tapi baru-baru ini khabarnya dia sudah dipinang orang, nampaknya sejuzuk dari perjuangannya itu sudah pun terlangsai. Namun, masih banyak lagi yang akan diharunginya. Didoakan agar Syam bersama kawan-kawan yang lain dikuatkan semangat dalam perjuangan meraih ilmu yang diredhai Allah Taala.

Tinggalkan dulu sejenak mereka di bumi Yaman dengan agenda mereka. Sekarang kita kembali balik ke tanah air Malaysia tercinta ini.

Rehlah yang dirangka itu akan diadakan di Kuala Berang, Terengganu. Satu kawasan air terjun yang dipanggil Belukar Bukit. Tempat tersebut masih lagi ori flora dan faunanya.

“Mencabar juga ye tempat ni.” Kata salah seorang daripada kami semasa pergi meninjau kawasan tersebut. Yang dimaksudkan dengan mencabar itu adalah kerana pemandu kereta mestilah mempunyai kecekapan mengelak tompok-tompok tahi lembu yang merata-rata di jalan.

Program yang kami namakan ‘Rehlah Ukhuwah; mengimbau memori Yaman’ ini insya-Allah akan diadakan pada 24 & 25 April ini (Jumaat & Sabtu). Bertempat di Belukar Bukit, Kuala Berang. Masing-masing peserta dikehendaki berkumpul pada jam lapan pagi Jumaat di Masjid Rusila. Dari situ, kita akan konvoi bersama-sama ke tapak perkelahan.

Rehlah ini terbuka kepada semua lepasan Yaman (Muslimin sahaja) tanpa membatasi sama ada mereka adalah bekas ahli PERMAYA ataupun sebaliknya. Sebagaimana juga ukhuwah yang sama-sama kita bina di Yaman suatu ketika dahulu, tiada jurang ataupun benteng yang memisahkan antara kita.

Antara mantan pimpinan tertinggi PERMAYA yang sudah bersetuju menghadirkan diri ialah Ust. Fazali, Ust. Pok Nik, Ust. Syed Norhisyam, Ust. Syed Azwan, Ust. Zulkhairi, Ust. Wan Nubli, ust. Mazlan Nawi, Ust. Haji Amin, Ust. Azuri, dan Ust. Mad ABC.

Kepada mereka yang membaca tulisan ini diharap supaya tolong menghebahkannya kepada sahabat-sahabat kita yang lain. Kami juga sangat berharap agar rehlah ini akan dapat mengumpulkan seramai mungkin lepasan pelajar Yaman demi untuk mengejabkan lagi ikatan ukhuwah yang sama-sama kita simpulkan sewaktu di Republik Yaman dahulu.

Untuk melihat banner rehlah sila ke pautan di bawah:

-http://www.alwatary.blogspot.com
-http://www.alories.blogspot.com
-http://www.gengskoop.blogspot.com

Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi:

-Syed Ahmad : 014 8234 783
-Syed Azwan : 014 8040 975


Ukhuwah Manifestasi Keutuhan Ummah


Sumber: www.permaya.org


Note: Sila hebahkan kepada semua!

Saturday, April 11, 2009

Pemarah vs Peramah

Sedang aku khusyu` membaca cerpen karangan pak Hamka yang bertajuk Di Dalam Lembah Kehidupan, datang seorang (muslimat) lalu duduk bersebelahan dengan ku (dalam flight).

" Adik dari mana??" tanya ku setelah hampir setengah jam flight tersebut berada di udara.

" Saya berkerja di Bahrain, dan transit di UAE selama beberapa jam, dan sekarang saya ingin pulang ke Indonesia" Balasnya kepada ku.

" Kerja apa di Bahrain?" tanya ku lagi.

" Pembantu rumah" jawabnya dengan ringkas.

" Sudah berapa lama ya?" tanyaku lagi dengan niat ku untuk ingin tahu.

" Sudah 2 tahun" katanya lagi.

Timbul dalam hati ku perasaan ingin tahu akan layanan orang Bahrain kepada pembantu rumah mereka.

" Macam mana dengan layanan majikan anda??"

" Dia seolah-olah berfikir lantas menjawab " Layanannya kurang baik".

" Berapa pendapatan anda setiap bulan?? (aku terpaksa menggunakan bahasa melayu fushah untuk berkomunikasi dengannya kerana bilamana aku cakap B.melayu biasa die enggak mengerti).

"Erm dia pun berfikir.. lantas bagitau kepadaku akan gajinya dalam perkiraan Rupiah.. selepas mendengar die menyebut dalam angka juta.. aku pun mencelah, waduh, banyak benner" kami pun sama-sama ketawa.

Herm, kalu nak type kesemua dialog diantara kami, memang ruangan ini amatlah tidak mencukupi, jadi cukup lah setakat ini untuk tatapan pembaca, ketemu lagi dilain masa.

Wassalam

Thursday, April 9, 2009

Marah

Alhamdulillahi wakafa, salam ukhwah buat para pembaca. Pada kali ini aku ingin berkongsi cerita tentang kejadian di Sana`a International Air Port. Sebelum memasuki ke balai berlepas, setiap orang akan melalui chek-in yang terakhir. Disitu lah tempatnya aku meninggikan suara ketika mana para petugas menyuruh aku membuka beg ku.

Kenapa aku meninggikan suara? Kerana aku tahu yang petugas hanya tahu menyuruh, dan mereka sekali-kali tak kan menolong ku. Dan tanggapan aku itu adalah benar, selepas barang-barang ku diselongkar, mereka pun menyuruh ku kemas sendiri. Apa lagi bergema lah suara ku kemarahan mengenangkan akan sifat para petugas. Sedang aku mengemas datanglah seorang petugas (muslimat) menolong ku mengemas sambil meredakan keadaan.

Herm.. Marah.. bila aku mengalami perasaan tersebut, aku gagal untuk mengawal akan diriku, apa yang tidak sepatutnya aku katakan, itulah yang bermain dibibir ku. Ya Allah, berikanlah keampunan kepada hamba-Mu ini..ameen

Tuesday, April 7, 2009

Majlis perkahwinan Ali Faqih

Salam ukhwah buat para pengunjung, herm, lama benar tidak aku menulis diruangan ini, ada pun bukan malas yang mengatasi segala itu. Ianya tiada lain kerana aku benar-benar tiada ruang yang amat selesa untuk ku menulis. Adapun sekarang ini aku bernasib baik, sebab bersebelahan kedai ayah ku, ada sebuah kopitiam yang menyediakan perkhidmatan wi-fi. So aku hanya membawa laptop dan pengecas sahaja, sudah memadai. Dari kebiasaan aku terpaksa beratur dan juga berpanasan di cafe (kerana ketika itu air-cond dia rosak daa).


Oh yer, kali ini aku ingin berkongsi cerita dan gambar buat para pengunjung. Sebelum aku melangkah pulang, sempat juga aku menghadiri ke majlis perkahwinan sahabat baik ku ketika di Arhab suatu ketika dulu.

Ali Faqih... adalah nama sahabat ku yang telah melangsungkan perkahwinan pada akhir bulan lepas. Sebelum aku bercerita dengan lebih jauh, ku ingin perkenalkan dahulu sahabat ku ini kepada para pembaca yang budiman.

Ketika di Arhab, kami bersama di asrama, kebetulan pula katil kami bersebelahan. Diwaktu itu lidah ku agak kelu untuk bertutur dalam bahasa arab, kerana aku masih baru. Dan Ali lah yang banyak membantuku agar aku dapat menguasai bahasa arab. Setiap bahasa yang di gunakan olehnya ketika mana dia ingin bercakap dengan ku adalah bahasa arab fushah.

Alhamdulillah.. aku berkesempatan juga untuk menghadiri ke majlis perkahwinannya. kami dilayan dengan baik dari awal hingga ke akhir majlis tersebut. Bukan sahaja Ali, bahkan adik beradik, dan juga sahabat handainya turut melayan kami dengan baik, "Al-imanul Yaman, "Walhikmatul Yamaniyyah".

Untuk sahabat ku Ali.. Mabruk.. DaamaLlahu laka, wa lakas surur...


















Sunday, April 5, 2009

Gambar sekitar Arhab

Hijau bumi tuhan

Lagi kehijauan

Sempat berpossing diatas hilux

Bersama Ustaz Mujahid (kiri)

Anak-anak kecil pun tidak ketinggalan


Idarah Maahad

Matbakh


Dihadapan Masjid



Jauh tak pemandangan nih? ish main-main ayat pula..