Monday, November 16, 2009

Ehems15

Allah telah berfirman:

قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ


Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan” (An-Nur:30)

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

Adapun zina mata adalah melihat (kepada apa yang diharamkan Allah)” Hadis marfu` riwayat Imam Ahmad 2/69.

Tetapi dikecualikan dari hokum di atas, bila melihat wanita untuk keperluan yang dibolehkan syariat. Misalnya seorang laki-laki memandang kepada seorang wanita yang akan dilamarnya, demikian pula doktor dengan pesakitnya.

Hal sama juga berlaku untuk wanita. Wanita diharamkan memandang kepada laki-laki bukan mahram dengan pandangan yang menyebabkan fitnah. Allah berfirman:

وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ

"Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kemaluannya” (An-Nur:31).

Juga haram hukumnya memandang kepada laki-laki yang belum baligh dan kepada laki-laki dengan pandangan syahwat. Haram bagi laki-laki melihat aurat laki-laki lain. Hal yang sama juga berlaku antara sesama wanita. Dan setiap aurat yang tidak boleh dilihat, tidak boleh pula untuk dipegang sungguhpun dengan dilapisi kain.

Termasuk tipu daya syaitan adalah melihat gambar-gambar lucah, baik di majalah, filem, televisyen, video, internet dan sebagainya. Sebahagian mereka berdalih, semua itu hanyalah sekadar gambar, tidak hakikat yang sebenarnya.

Namun bukankah sangat jelas bahawa semua itu berpotensi merosak (akhlak) dan membangkitkan nafsu berahi??

wallahu a`lam

No comments: