Muqaddimah Imam An Nawawi III
Dan sabdanya lagi yang bermaksud:
"Semoga Allah mencerahkan wajah orang yang mendengar kata-kataku lalu ia menghafalnya, kemudian menyampaikannya kepada orang lain sebagaimana ia mendengarnya"
Hadis diriwayatkan oelh Abu Daud dalam kitab ilmu (Bab keutamaan menyebarkan ilmu), no. 3360. At-Tirmizi dalam kitab Ilmu (Bab anjuran menyampaikan ilmu atas orang yang mendengar). Dan Ibnu Majah dalam Muaddimah, no. 230 dan matan hadis ini telah ditetapkan oleh para imam.
Di antara ulama ada yang menyusun 40 hadis tentang Usuluddin (asas-asas agama), ada yang menyusun tentang soal-soal furu` (cabang-cabang agama), ada yang menyusun tentang jihad, ada yang menyusun tentang zuhud (Tidak mementingkan dunia/penyucian jiwa) dan lain lagi menyusun tentang adab serta sebahagian yang lain menyusun tentang khutbah-khutbah Nabi S.A.W. Mereka semua memiliki niat yang baik. Semoga ALlah memberi keredhaan kepada mereka..amen.
Sementara 40 hadis yang saya bukukan ini merupakan hadis-hadis yang merangkumi kesemua perkara tersebut, melebihi apa yang telah disusun oleh para ulama di atas. Setiap hadis yang ada di dalamnya memuatkan kaedah-kaedah agama yang penting, yang digambarkan oleh para ulama sebagai asas-asas agama Islam, atau merupakan setengah atau sepertiga dari Islam, dan penilaian-penilaian lainnya. Dan hadis-hadis yang saya bukukan ini adalah hadis sahih, yang sebahagian besar diambil dari kitab sahih Al-Bukhari dan Muslim. sementara itu saya tidak menyebut sanak-sanad hadis ini agar mudah untuk dihafal dan insyaAllah agar ianya lebih banyak memberikan manfaat. Kemudian saya rungkai pula dengan bab yang mengulas tentang kata-kata samar yang terdapat dalam hadis-hadis tersebut*.
Sepatutnya bagi orang yang menginginkan kehidupan akhirat mengetahui hadis-hadis ini, kerana di dalamnya terkandung banyak perkara penting serta anjuran supaya melakukan berbagai macam ketaatan. Semua ini jelas bagi sesiapa yang mentadabburinya. Kepada Allah jualah saya berharap dan kepada-Nya pula saya berserah diri dan berlindung. Segala puji dan nikmat adalah kepunyaan Allah, dan dari-Nyalah taufiq dan perlindungan.
_________________
* Bab ini sangat jarang sekali dijumpai dalam buku-buku yang mensyarahkan/mengulas kitab Arbain Nawawi. Sementara kami tetap mencantum bab ini pada bahagian akhir buku ini, agar dapat memberikan faedah yang lebih lengkap, sekalipun kami sudah menjelaskan kata-kata samar yang terdapat dalam kitab tersebut di setiap hadis yang kami ulas. Hanya kita tetap perlu pada apa yang sudah ditulis oleh para salafussoleh (pendahulu yang soleh) kita, kerana ketelitian, amanah, kejujuran dan keikhlasan yang ada di dalamnya.

No comments:
Post a Comment