Muqaddimah Imam An-Nawawi II
Hadis ini diriwayatkan oleh Al-Baihaqi dari hadis Imam Malik dan lainnya, dan ia berkata bahawa seluruh sanad hadis ini adalah dhaif. Al-Hafiz Ibnu Asakir juga meriwayatkan dari jalan yang lain, dan ia berkata: " Hadis ini diriwayatkan dari Ali, Ibnu Umar, Abu Hurairah, Abu Said Al-Khudri dan Abu Umamah secara marfu` dengan seluruh sanadnya harus diperbincangkan, dan tidak ada satupun yang sahih. (Al-Muin Ala Tafahhumil Arbain: Ibnu Mulqin)
Dalam riwayat lain disebutkan yang bermaksud:
"Dibangkitkan sebagai seorang ahli faqih yang alim".
Dalam riwayat Abu Darda`:
"Pada hari Kiamat aku akan memberi syafaat kepadanya dan menjadi saksi".
Dalam riwayat Ibnu Masud:
"Dikatakan padanya: masuklah dari pintu syurga yang mana sahaja engkau kehendaki".
Dalam riwayat Ibnu Umar:
"Ia dituliskan dalam golongan ulama dan dihimpun bersama ulama dan orang-orang yang mati syahid"
Para ahli hadis bersepakat bahawa hadis ini dhaif (lemah) walaupun banyak sanadnya (jalan periwayatannya).
Dalam hal ini, cukup banyak ulama yang menyusun buku yang memuatkan 40 hadis Nabi S.A.W. Sedemikian banyaknya ulama yang menyusunnya, sehingga buku seumpama ini tidak terhitung lagi jumpahnya. Sementara yang saya ketahui bahawa ulama yang pertama kali membukukan 40 hadis Nabi S.A.W itu adalah Abdullah bin Mubarak, kemudian Muhammad bin Aslam, Al-Hasan bin SUfyan An-Nasai dan masih banyak lagi, baik dari kalangan ulama mutaqaddimin (yang terdahulu) mahupun muta`akhkhirin ( terkemudian).
Saya memohon petunjuk kepada Allah dalam menyusun 40 hadis ini dengan mengikut langkah yang telah ditempuhi oleh para imam yang alim dan para ahli hadis yang disebutkan di atas. Para ulama telah bersepakat atas kebolehan memakai hadis dhaif dalam fadhailul a`mal (hadis-hadis tentang keutamaan beramal). Sungguhpun demikian, dalil yang saya pegang bukanlah hadis ini, tetapi saya berpegang dengan hadis Nabi S.A.W berikut ini yang bermaksud:
" Yang hadir di antara kalian hendaklah menyampaikan kepada yang tidak hadir"
Hadis ini diriwayatkan oleh Al-Bukhari dalam kitab ilmu, (Bab hadis sabda Nabi S.A.W: Banyak orang yang menyampaikan lebih faham daripada orang yang mendengar), juga kitab Korban, Haji, Binatang buruan, Fitnah dan yang lainya. Sementara Imam Muslim meriwayatkannya dalam kitab pembahagian no 29 dan 30.

bersambung lah lagi...
No comments:
Post a Comment