Nabi Ibrahim bukan sahaja diperintah oleh Allah S.W.T supaya berkorban tetapi juga isteri serta anaknya. Di dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari di dalam sahihnya, begitu juga di ceritakan oleh Ibnu Kathir di dalam kitab Qasosul Anbiya` di ceritakan bahawa Nabi Ibrahim di perintahkan oleh Allah supaya meninggalkan isteri dan anaknya Ismail di satu kawasan di tanah arab yaitu yang dikenali sebagai Makkah pada ketika ini. Maka mengembaralah Ibrahim bersama isterinya (Hajar) serta anaknya (Ismail) (yang pada ketika itu masih di dalam menyusu). Apabila sampai di tempat tersebut, di tinggalkan isteri dan anaknya bersama dengan satu bekas berisi buah kurma dan sebuah bekas berisi air minuman di satu tempat berhampiran dengan Ka`bah (Baitullah) yaitu di bawah sepohon kayu ditepi telaga zam-zam. Ketika itu tidak ada seorang pun penghuni di Makkah dan Makkah merupakan kawasan yang kering, yang tidak mempunyai air dan tumbuhan langsung.
Setelah melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah (yaitu meninggalkan isteri dan anaknya di situ) Nabi Ibrahim pun membelakangi isteri dan anaknya dan melangkah untuk pulang, tanpa menoleh ke belakang. Apabila Hajar menyedari bahawa Ibrahim melangkah untuk meninggalkan dan juga anaknya Ismail, dia mengikuti Nabi Ibrahim sambil bertanya:
” Wahai Ibrahim! Kemanakah kamu hendak pergi? Adakah kamu hendak meninggalkan kami di satu lembah yang tidak berpenghuni dan tidak mempunyai sesuatu apapun?” Hajar bertanya berulang-ulang kali tetapi tidak di jawab oleh Nabi Ibrahim sehinggalah ia bertanya lagi:” Adakah Allah yang memerintahkan kamu dengan perkara ini wahai Ibrahim?. Lalu Nabi Ibrahim menjawab : Ya, Allah lah yang memerintahkan aku meninggalkan kamu berada disini.
Lalu Hajar seraya menjawab: “Kalau ini merupakan perintah Allah, aku yakin bahawa Allah tidak akan mensia-siakan kami".
Kemudian Hajar kembali kepada anaknya Ismail dan Nabi Ibrahim meneruskan perjalanan. Setelah berjalan sekira-kira tidak keletihan oleh ibu Ismail (Hajar), maka Nabi Ibrahim menoleh kebelakang menghadap kearah Ka`bah dan berdoa dengan doa yang termaktub di dalam Al-Quran, di dalam surah Ibrahim ayat 37 yang berbunyi:
رَبَّنَا إِنِّي أَسْكَنْتُ مِنْ ذُرِّيَّتِي بِوَادٍ غَيْرِ ذِي زَرْعٍ عِنْدَ بَيْتِكَ الْمُحَرَّمِ رَبَّنَا لِيُقِيمُوا الصَّلاةَ فَاجْعَلْ أَفْئِدَةً مِنَ النَّاسِ تَهْوِي إِلَيْهِمْ وَارْزُقْهُمْ مِنَ الثَّمَرَاتِ لَعَلَّهُمْ يَشْكُرُونَ
Yang bermaksud:
"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah suci Makkah) Yang tidak tanaman padanya, di sisi rumahmu Yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (Mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya Dengan ibadat). oleh itu, Jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ), dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur. (Ibrahim:37)
Lalu Daripada apa kisah pengorbanan keluarga Ibrahim A.S tadi, dapat kita kutip beberapa mutiara yang amat berharga dalam kehidupan kita sebagai hamba Allah dan juga sebagai orang yang akan memperjuangkan Agama Allah di muka bumi ini.Dan antara mutiara-mutiara tersebut ialah:-
* Wala yang mutlak kepada Allah dan Rasul.
* Ketaatan yang tidak berbelah bagi kepada perintah Allah walaupun terpaksa menggadaikan kasih sayang terhadap keluarga dan harta benda yang di sukai.
* Tawakkal kepada Allah di kala senang atau susah.
* Keyakinan yang mutlak kepada Allah, apa yang diperintahkan Allah itu pasti tidak akan merugikan kita walaupun nampak berat untuk dilaksanakan.
* Pengorbanan untuk memperolehi redha Allah, yaitu sanggup mengorbankan apa sahaja termasuklah diri sendiri semata-mata untuk mencapai keredhaan Allah Taala.
_______________________________
"Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan Kami ! janganlah Engkau bebankan kepada Kami bebanan Yang berat sebagaimana Yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada Kami apa Yang Kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah Kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum Yang kafir". ameeen...

No comments:
Post a Comment