Assalamualaikum wrt wbt
Alhamdulillahi wakafa, Hari Raya Korban dari segi pengertian membawa makna pengorbanan. Dengan sebab itulah, apabila tiba hari raya korban, ulama-ulama kita seringkali memperingati kita tentang peristiwa korban yang berlaku diantara nabi Ibrahim dan nabi Ismail A.S. Maka ada baiknya pada kali ini, bersempena dengan hari raya korban, kita memperingati kembali akan kisah pengorbanan keluarga nabi Allah Ibrahim untuk kita sama-sama mengambil pengajaran dan pengiktibaran sepertimana yang dinyatakan oleh Allah S.W.T di dalam firman-Nya :
وَاذْكُرْ فِي الْكِتَابِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّهُ كَانَ صِدِّيقًا نَبِيًّا
Yang bermaksud:
“Dan bacakanlah (Wahai Muhammad) di Dalam Kitab (Al-Quran) ini perihal Nabi Ibrahim; Sesungguhnya adalah ia seorang Yang amat benar, lagi menjadi Nabi”. (Surah Maryam:41)
Nabi Ibrahim (A.S) di sifatkan oleh Allah S.W.T sebagai satu umat. Firman-Nya di dalam surah An-Nahl ayat 120:
إِنَّ إِبْرَاهِيمَ كَانَ أُمَّةً قَانِتًا لِلَّهِ حَنِيفًا وَلَمْ يَكُ مِنَ الْمُشْرِكِينَ
Yang bermaksud:
Kenapakah nabi Ibrahim di sifatkan oleh Allah sebagai umat? Sedangkan Baginda hanya seorang sahaja. Menurut Mujahid (Yaitu salah seorang mufassirin dari kalangan tabi`ein), nabi Ibrahim di sifatkan oleh Allah sebagai umat kerana pada satu ketika hanya Baginda seorang sahaja yang beriman kepada Allah S.W.T ketika manusia yang lain semuanya berada di dalam kekufuran. Walaupun Baginda menyedari betapa sukarnya perjuangan yang dilakukan berkeseorangan, namun dengan penuh tabah Baginda menjalankan tanggungjawab kepada Allah yaitu mengajak golongan musyrikin pada zamannya termasuklah bapa Baginda sendiri supaya meninggalkan penyembahan berhala dan menyembah Tuhan yang sebenar yaitu Allah S.W.T.
Bukan sekadar itu sahaja, malah Baginda sanggup berpisah atau memisahkan dirinya daripada kaumnya sendiri dan mengisytiharkan permusuhan dengan mereka semata-mata kerana tidak redha dengan sikap mereka yang tidak mahu beriman kepada Allah S.W.T dan tetap berada di dalam kekufuran. Pengorbanan beliau inilah yang menyebabkan Allah S.W.T memerintahkan kita agar menjadikan Nabi Ibrahim sebagai contoh tauladan.
Firman Allah S.W.T:
قَدْ كَانَتْ لَكُمْ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ فِي إِبْرَاهِيمَ وَالَّذِينَ مَعَهُ إِذْ قَالُوا لِقَوْمِهِمْ إِنَّا بُرَآءُ مِنْكُمْ وَمِمَّا تَعْبُدُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ كَفَرْنَا بِكُمْ وَبَدَا بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةُ وَالْبَغْضَاءُ أَبَدًا حَتَّى تُؤْمِنُوا بِاللَّهِ وَحْدَهُ إِلا قَوْلَ إِبْرَاهِيمَ لأبِيهِ لأسْتَغْفِرَنَّ لَكَ وَمَا أَمْلِكُ لَكَ مِنَ اللَّهِ مِنْ شَيْءٍ رَبَّنَا عَلَيْكَ تَوَكَّلْنَا وَإِلَيْكَ أَنَبْنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ
Yang bermaksud:
”Sesungguhnya adalah bagi kamu pada bawaan Nabi Ibrahim (a.s) dan pengikut-pengikutnya - contoh ikutan Yang baik, semasa mereka berkata kepada kaumnya (yang kufur ingkar): "Sesungguhnya Kami berlepas diri daripada kamu dan daripada apa Yang kamu sembah Yang lain dari Allah; Kami kufur ingkarkan (segala penyembahan) kamu dan (dengan ini) nyatalah perasaan permusuhan dan kebencian di antara Kami Dengan kamu selama-lamanya, sehingga kamu menyembah Allah semata-mata", tetapi janganlah dicontohi perkataan Nabi Ibrahim kepada bapanya (katanya): "Aku akan memohon kepada Tuhanku mengampun dosamu, dan Aku tidak berkuasa menahan (azab seksa) dari Allah sedikit juapun daripada menimpamu". (Berdoalah Wahai orang-orang Yang beriman sebagaimana Nabi Ibrahim dan pengikut-pengikutnya berdoa ketika mereka memusuhi kaumnya Yang kafir, Dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! kepada Engkaulah sahaja Kami berserah diri, dan kepada Engkaulah Kami rujuk bertaubat, serta kepada Engkaulah jua tempat kembali!” (Al-mumtahanah:4).
Bersambung...

“Sesungguhnya Nabi Ibrahim adalah merupakan "satu umat" (Walaupun ia seorang diri); ia takat bulat-bulat kepada Allah, lagi berdiri teguh di atas dasar tauhid; dan ia tidak pernah menjadi dari orang-orang Yang musyrik”.

No comments:
Post a Comment