Wednesday, June 30, 2010

Temuduga

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang mentadbir sekalian alam. Selawat & Salam ke atas Baginda S.A.W, juga ke atas ahli keluarga Baginda serta para sahabat Baginda seluruhnya.

Amma ba`dhu

Alhamdulillah, setelah 2 minggu terlantar dikatil hari ini menampakkan sedikit perubahan pada kaki ku yang sakit. Baru boleh berjalan walaupun masih terhincut-hincut. Kebetulan pada pagi ini ada temuduga di majlis agama.. ku terpaksa gagahi jua walau pun berkerusi roda untuk kesana, kerana dah hampir 6 bulan aku menunggu panggilan temuduga (susulan yang pertama). Rugilah kalau aku tak dapat menghadirkan diri pada temuduga tersebut. Ya Allah permudahkanlah segala urusan ku.

Erm.. baru-baru ini, aku berhadapan dgn detik yang mencemaskan.. antara hidup dan mati ku. Yang mana tiba-tiba badan ku terasa pening dan kebas, dadaku terasa sakit, degupan jantungku amat lemah. Diketika itu hanya “mati” yang berlegar dikepala, teringat akan segala kesilapan dan kesalahan (dosa-dosa) yang dilakukan. Aku hanya mampu mengucap kalimah “Lailaha Illah”.. hanya itu yang terkeluar dari bibirku..

Tubuhku menampakkan pucat dan mula terasa sejuk.. “seolah-olah tiada darah” kata ayah ku. Hati ku amat kuat untuk melawan keadaan tersebut, tapi kekuatan yang sedia ada tidak mampu untuk melawanya..  ingin saja kupejami mataku. Tetapi abah dan sepupuku berkali-kali berpesan agar jangan tutup mata (tidur).. setelah beberapa ku terus mengucap.. tiba-tiba semangat ku untuk melawan semua itu hadir.. mukaku mula kemerahan (darah).. Allahu Akhbar.. Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Ya Rabb!!

Lalu kudipapah dan dibaringkan diatas katil. Semua mula senyum menandakan bersyukur diatas perubahan tersebut. Dan akulah orang yang paling perlu bersyukur diketika itu, kerana masih diberikan peluang untuk meneruskan sisa-sisa umurku dalam mengabdikan diri kepada-Nya..

Tidak perlu aku ceritakan akan keadaan ibu dan adik ku pada masa itu, hanya linangan airmata yang menemani mereka…

Ok, aku perlu bersiap-siap untuk ke majlis agama.. ku mohon doa dari kalian, agar segala urusanku dipermudahkan-Nya…

wassalam

Monday, June 14, 2010

Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck (Bhg. 16)

Daeng Masiga

Gementar surat itu dalam pegangannya, berdebar darah yang mengalir dalam dadanya. Telah habis lakon orang-orang yang berhubungan rapat dengan kehidupannya. Permainan sudah habis, layar sudah .ditutup, dan anak -anak tonil telah membuka pakaian permainan. Tinggallah panggung penghidupan itu dalam kesunyiannya kerana penonton telah pulang dan hari telah larut malam. Demikianlah rasanya ibarat duka atas kematian Mak Base yang menimpa hati Zainuddin. Sebatang kara di dunia !.

Dia teringat sekolahnya yang tidak masak, pelajarannya yang tidak sempurna, di mana tinggal tak tentu tujuan. Dia teringat waktu ayahnya masih hidup, teringat asuhan Mak Base. Teringat negeri Mengkasar yang tercinta, tempat darahnya tertumpah ditinggalkannya, kerana mengejar mimpi sejak dari kecil, tanah Minangkabau yang terkenal molek. Tetapi tidak juga dapat disingkirkannya peringatan kepada masa dia diusir dari Batipuh, sebab dia tidak orang beradat, orang pendatang dari jauh, meskipun ayah orang Minangkabau, namun dirinya tersandang orang lain. Di Mengkasar lain, di Padang lain. Ke mana dia hendak pergi lagi?

Berputar laksana perpusaran buaian di pasar keramaian layaknya otak Zainuddin memikirkan nasibnya, nafasnya sesak, matanya menjadi gelap. Dia teringat ... teringat satu perbuatan yang berbahaya sekali membunuh diri. Sudah hilang pertimbangannya, dinaikinya tempat tidurnya, dicuba-cubanya mengikatkan tali ke atas paran yang melintang; supaya berakhir azab dunia yang tidak berhenti-henti atas dirinya ini.
"Engkau bodoh!" kata suatu suara yang datang dari sudut hatinya yang kecil, dengan tiba-tiba, sehingga dia terkejut, dan tali itu terlepas dari tangannya.
"Engkau bodoh!" Tidakkah engkau ingat dunia perlu didiami? Tidakkah engkau kasihan umurmu masih muda, dan kesempatanmu buat berjuang masih ada? Tidakkah engkau ingat bahawa harta benda yang selama ini engkau serahkan kepada almarhumah yang berbudi itu telah dalam tangan engkau? Engkau kira sedikitkah wang tiga ribu rupiah? Tiga ribu rupiah!!!
Tiga ribu !!!

Kesedihanmu telah berakhir. Dan selain dari sengsara sebanyak itu menimpa dirimu, jangan engkau lupakan bahawa engkau pun dapat nikmat pula. Engkau mencintai dan engkau dicintai ... Hayati!
Tiga ribu rupiah - Hayati!
Jelas nian suara itu terdengar olehnya! Direnggutkannya tali itu kembali ke bawah, dan baru sekarang senyuman kecil tersungging di bibirya.

Dengan tiga ribu rupiah dia hendak hidup, hendak berjuang menghadapi dunia yang luas ini berdua dengan Hayati. Sebab itu, dia hendak mencuba meminta Hayati kepada keluarganya. Dalam angan-angan yang demikianlah matanya tertidur!
Bila dia bangun pagi-pagi, tersenyum dia sekali lagi, senyum yang hanya sekali-kali menghiasi bibirya, melihat tali yang bekas direnggutkan, kitab yang berserak, bantal yang kusut dan kamar yang kotor. Meskipun kesedihan hati kematian belum hilang, kegembiraan mendapat fikiran baru telah menandingi kesedihan itu.

Setelah selesai membereskan isi bilik kecilnya, dibuatnyalah dua pucuk surat. Pertama kepada Daeng Masiga menunjukkan kesedihan hati atas kematian orang yang sangat disayanginya itu, dan meminta supaya barang-barang peninggalan Mak Base mana yang dapat dijual, juallah dan harganya itu ambil oleh Daeng Masiga sendiri. Tanah dan rumah diharap supaya dipeliharakan baik-baik, entah lain hari ada masanya kembali ke Mengkasar.

Setelah melipat surat itu, dia terkeluh sekali lagi
berkata:
"Ah, Mak Base! Begitu baik budimu kepadaku, engkau telah dahulu daripadaku."
Setelah itu mulailah surat yang penting itu, surat kepada mamak Hayati. Engku Datuk ... dan kepada keluarganya.
Sudah biasa dia membuat surat-surat, apa saja macam isinya, tetapi yang sekali ini bingung dia. Kerana belum di-ketahuinya cara-cara membuat surat meminang anak orang. Setelah fikirannya ditetapkannya, barulah dia menulis:

Yang mulia Engku Datuk . .. dan segala kaum keluarga di sini.
"Sesungguhnya, dengan diri sendiri, tidaklah dapat
saya datang menghadap ke haribaan Engku-Engku dan kaum kerabat di sini. Kerana bahasa Minangkabau yang saya pakai tidak begitu bagus, jadi tidak dapat saya mengeluarkan perasaan hati dengan sepuas-puasnya. Sungguhpun begitu saya buat surat ini dengan penuh keyakinan dan berserah diri kepada Tuhan, moga-moga mendapat penerimaan yang baik dari Engku dan kaum kerabat semuanya. laitu, maksud surat itu ...

Termenung Zainuddin sebentar, di hisapnya dahulu sebatang rokok, baru dapat dimulainya pula:
"Saya hendak meminta belas kasihan Engku dan kaum kerabat semuanya, menyambut hidup hamba ini. Sebagaimana Engku tahu, ibuku telah mati, ayahku pun demikian pula. Maka berapa hari yang lalu, saya menerima surat dari sahabat handai di Mengkasar, menerangkan bahawa mak angkat saya telah meninggal pula.
Engku yang terhormat! Siapa yang akan saya tepati di Mengkasar. Hanya jerat semata inilah lagi yang tinggal, cuma tanah asal nenek moyang saya inilah lagi negeri saya, Negeri Minangkabau.

Apa gunanya lagi saya sembunyikan maksud hati saya. Sekarang saya katakan terus terang, saya hendak hidup dengan kemenakan Engku, Hayati! Kerana sebagai banyak Engku dengar di kampung, sungguh hidup saya tak beruntung kalau tidak dengan dia. Saya seorang muda yang mempunyai cita-cita tinggi, maka sudilah Engku dan keluarga menolong saya menghidupkan cita-cita itu, izinkanlah pertalian saya dengan Hayati.

Engku yang mulia! Saya seorang anak muda yang setia. Jika sekiranya Engku sudi menerima saya untuk kemenakan Engku, Engku akan beroleh kemenakan yang penyantun, yang suka berjuang dalam hidup dengan tiada mengenal bosan dan jemu. Cukuplah penanggungan saya sejak kecil menghantarkan saya sampai besar, untuk menimbulkan keinsafan dalam hati saya. Tak usah Engku takut Hayati akan kecewa bersuami saya. Percayalah Engku bahawa dia akan beroleh seorang suami yang kenaI kewajipannya, menempuh kesenangan dan kesusahan dengan hati yang tetap.

Kabulkanlah surat saya Engku, saya tak pandai menccari jalan yang saya rasa lebih aman dan tidak mengecilkan hati, lain dari mengirim surat ini.

Zainuddin

Tak mahu juga Zainuddin menerangkan dalam surat itu bahawa dia telah kaya, telah sanggup menghadapi kehidupan dengan wang tertaruh, kerana pada zaman sekarang wang adalah sebagai garansi. Budi pekertinya yang tinggi tidak hendak mengusik kemuliaan Hayati yang telah begitu lama beristana dalam hati jantungnya, dengan menyebut beberapa banyak wangnya. Surat diterima orang di Batipuh, adalah dua hari setelah utusan Aziz kembali ke Padang Panjang!

Bersambung…………
Pengarang: HAMKA
Tajuk : Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck

Monday, June 7, 2010

Keutamaan menziarahi orang sakit

Ibnu Majah meriwayatkan dari Abu Hurairah R.A, katanya:”Rasulullah S.A.W bersabda:”

عن ‏ ‏أبي هريرة ‏ ‏قال :   ‏قال رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏من ‏ ‏عاد ‏
‏مريضا نادى مناد من السماء طبت* وطاب ممشاك** وتبوأت من الجنة منزلا

Yang bermaksud :”Sesiapa menziarahi orang sakit, maka terdengarlah suara dari langit:”Alangkah terpujinya perbuatanmu! Alangkah terpujinya perjalananmu kunjungan kamu! (Dengan demikian), kamu telah menempah satu tempat tinggal di dalam syurga”. (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah R.A bahaw Rasulullah S.A.W bersabda:

وعنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم إن الله عز وجل يقول يوم القيامة يا ابن آدم مرضت فلم تعدني قال يا رب كيف أعودك وأنت رب العالمين قال أما علمت أن عبدي فلانا مرض فلم تعده أما علمت أنك لو عدته لوجدتني عنده يا ابن آدم استطعمتك فلم تطعمني قال يا رب كيف أطعمك وأنت رب العالمين قال أما علمت أنه استطعمك عبدي فلان فلم تطعمه أما علمت أنك لو أطعمته لوجدت ذلك عندي يا ابن آدم استسقيتك فلم تسقني قال يا رب كيف أسقيك وأنت رب العالمين قال استسقاك عبدي فلان فلم تسقه أما علمت أنك لو سقيته لوجدت ذلك عندي رواه مسلم

Yang bermaksud:”Allah S.W.T akan berfirman pada hari Kiamat kelak:” Wahai anak Adam! Aku sakit tapi kamu tidak mahu menziarahi-Ku”. Manusia menjawab:”Wahai Tuhanku! Bagaimana aku dapat menziarahi-Mu, sedangkan Engkau Tuhan  semesta alam”? Allah berfirman:” Tidakkah kamu mengetahui bahawa hamba-Ku sifulan pernah sakit, tetapi kamu tidak mahu menziarahinya? Tidakkah kamu mengetahui bahawa seandainya kamu melawatnya tentu kamu akan mendapati-Ku di sisinya? Wahai anak Adam! Aku meminta kepada-Mu supaya memberi makanan, tetapi kamu tidak memberi-Ku makan”. Manusia menjawab:” Wahai Tuhan-Ku! Bagaimana aku memberi-Mu makan, sedangkan Engkau Tuhan semesta alam! Allah berfirman:”Tidakkah kamu mengetahui bahawa hamba-Ku si fulan pernah meminta makanan, tetapi kamu tidak mempedulikannya? Tidakkah kamu mengetahui bahawa seandainya kamu memberinya makan pasti kamu akan menjumpai-Ku di sisinya! Wahai anak Adam! Aku meminta supaya kamu memberi-Ku minum, tetapi kamu tidak peduli.”. Manusia menjawab:”Wahai Tuhan-Ku! Bagaimana aku memberi-Mu minum, sedangkan Engkau Tuhan semesta alam”? Allah berfirman:”Hamba-Ku si fulan pernah meminta kepada-Mu supaya diberi minum, tetapi kamu tidak mengendahkannya. Tidakkah kamu mengetahui bahawa seandainya kamu memberinya minum tentu kamu akan mendapati-Ku disisinya”.

Dari Thauban baha Nabi S.A.W bersabda:
" إن المسلم إذا عاد أخاه المسلم لم يزل في خرفة الجنة حتى يرجع قيل يا رسول الله وما خرفة الجنة قال جنا***ها    "

Yang bermaksud:”Seorang muslim apabila menziarahi saudaranya yang muslim akan selalu berada di tengah khurfah syurga hinggalah pulang ke rumahnya. Seorang sahabat bertanya:”Apakah maksud khurfah syurga itu, wahai Rasulullah? Beliau menjawab:” Buah-buahan syurga yang masak.”

Dari Ali R.A katanya:”Aku pernah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda:
علي عن ابن عمه رسول الله قوله: ((ما من مسلم يعود مسلما غدوة إلا صلى عليه سبعون ألف ملك حتى يمسي، وإن عاده عشية إلا صلى عليه سبعون ألف حتى يصبح وكان له خريف**** فى الجنة:  رواه الترمذ

Yang bermaksud:”Setiap muslim yang menziarahi muslim yang lain di sebelah pagi akan didoakan oleh tujuh puluh ribu Malaikat hingga waktu petang. Jika menziarahinya di sebelah petang maka dia akan didoakan oleh tujuh puluh ribu Malaikat hingga waktu pagi dan dia akan memperolehi satu ladang kebun di dalam syurga.”
(Hadis riwayat At-Tirmizi)

Wallahu a`lam
____________
*طبت = bermaksud : semoga kamu sentiasa hidup bahagia di alam dunia.
**طاب ممشاك = bermaksud: semoga perjalananmu di alam dunia menuju akhirat sentiasa selamat dan ditempuh dengan berjaya.
*** جنا=bermaksud: buah-buahan yang siap dituai.
****خريف=bermaksud: buah-buahan masak yang siap dituai.


Sunday, June 6, 2010

Persahabatan…..

Bukan mudah untuk menjalinkan persahabatan
andainya
Tiada kesefahaman
Tiasa ketabahan dalam hati
Tiada keikhlasan dalam diri

Namun
Apabila terjalin sebuah persahabatan
Yang benar-benar suci dan tulus
Resah duka dikongsi bersama
Riang gembira dirasa seadilnya
Kasih dan sayang dicurah sebaiknya

Kadangkala
Jalinan persahabatan meringankan bebanan
Kadangkala juga
Jalinan persahabatan benar-benar menyeksakan

Tapi
Bagi mereka yang memahami erti persahabatan
Akan menghargai jalinan itu seadanya

                                                               
                                                                AmenG                               

Saturday, June 5, 2010

Sopan santun ketika sakit dan pengubatan menurut Sunnah III

iv. ORANG SAKIT TETAP MEMPEROLEH GANJARAN PAHALA AMALAN YANG BIASA DILAKUKAN KETIKA SIHAT

Al-Bukhari meriwayatkan dari Abu Musa Al-Asya`ari bahawa Nabi S.A.W bersabda:

إذا مرض العبد أو سافر كتب له مثل ما كان يعمل مقيما صحيحا رواه البخاري

Ertinya:”Apabila seorang sakit atau bermusafir, maka dia tetap memperoleh ganjaran pahala amalan yang biasa dilakukan ketika bermukim dan ketika dalam keadaan sihat”
(Hadis riwayat Al-Bukhari)

v. MENZIARAHI ORANG SAKIT

Antara akhlak Islam adalah seorang muslim dikehendaki menziarahi orang sakit dan peduli terhadap kesihatannya supaya hatinya terhibur dan hak persaudaraan dapat direalisasikan. Ibnu Abbas berkata:”Menziarahi orang sakit untuk pertama kalinya adalah disunatkan, namun setelah itu bersifat sukarela.” Al-Bukhari meriwayatkan dari Abu Musa, bahawa Nabi S.A.W bersabda:

أطعموا الجائع , وعودوا المريض , وفكوا العاني

“Berilah makan kepada mereka yang kelaparan, lawati orang sakit dan bebaskan tahanan”

Al-Bukhari & Muslim meriwayatkan dalam sebuah hadis:
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : "حق المسلم على المسلم ست: قيل: وما هنّ يا رسول الله؟ قال: إذا لقيته فسلّم عليه. وإذا دعاك فأجبه، وإذا استنصحك فانصح له، وإذا عطس فحمد الله فشَمِّته. وإذا مرض فعُدْه، وإذا مات فاتْبَعه"

Dari Abu Hurairah R.A, katanya:” Rasulullah S.A.W bersabda:” Hak seorang muslim keatas seorang muslim yang lain ada enam. Seorang sahabat bertanya:” Apakah itu wahai Rasulullah?” Rasulullah S.A.W menjawab:” Jika berjumpa dengannya hendaklah kamu memberi salam. Jika kamu dijemput, maka penuhilah jemputannya. Jika meminta nasihat, maka hendaklah kamu memberi nasihat. Jika membaca  ( الحمدلله)  setelah bersin, hendaklah kamu menjawab dengan bacaan (يرحمك الله) yang ertinya “semoga Allah memberimu rahmat”. Jika dia sakit, maka hendaklah kamu menziarahinya. Jika dia meninggal dunia, maka iringilah jenazahnya (menuju ke perkuburan).

Wallahu a`lam…

Friday, June 4, 2010

Sopan santun ketika sakit dan pengubatan menurut Sunnah II

II. TABAH TATKALA SAKIT

Hendaklah orang yang sakit sabar dan tabah menghadapi penyakit yang dialaminya. Tiada pemberian yang lebih baik dan amat berharga dari Allah Yang Maha Esa kepada seorang hamba melainkan kesabaran.

Imam Muslim meriwayatkan dari Shuhaib bin Sinan bahawa Nabi S.A.W bersabda:

عجبا لأمر المؤمن إن أمره كله خير ، وليس ذاك لأحد إلا للمؤمن ؛ إن أصابته سرّاء شكر ؛ فكان خيراً له ، وإن أصابته ضرّاء صبر؛ فكان خيراً له                                                                             . رواه مسلم

Yang bermaksud: “Sungguh menakjubkan keadaan seorang mukmin itu! Bagaimana pun juga keadaannya, maka semuanya itu pasti berakhir dengan kebaikan. Keadaan sedemikian tidak akan ditemui kecuali pada orang mukmin. Jika mendapat kegembiraan, dia akan bersyukur dan itu merupakan kebaikan. Jika ditimpa musibah, dia akan bersabar yang juga merupakan kebaikan baginya.”


وعن أنس رضي الله عنه قال سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : إن الله عز وجل قال إذا ابتليت عبدي بحبيبتيه فصبر عوضته منهما الجنة يريد عينيه                                                        رواه البخاري

Dari Anas R.A, katanya: “Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda:”Sesungguhnya Allah S.W.T berfirman:”Apabila seorang hamba mendapat cubaan dari-Ku pada dua perkara yang amat disayangi (kedua matanya) lalu bersabar, maka kelak akan Aku gantikan kesabarannya itu dengan syurga”
(Hadis riwayat Al-Bukhari)

  وعن عطاء بن أبي رباح قال : قال لي ابن عباس رضي الله عنهما ألا أريك امرأة من أهل الجنة فقلت بلى قال هذه المرأة السوداء أتت النبي صلى الله عليه وسلم فقالت إني أصرع وإني أتكشف فادع الله تعالى لي قال إن شئت صبرت ولك الجنة وإن شئت دعوت الله تعالى أن يعافيك فقالت أصبر فقالت إني أتكشف فادع الله أن لا أتكشف فدعا لها.                             متفق عليه

Dari Atha` bin Abi Rabah, berkata Ibnu Abbas R.A kepadaku":” Mahukah kamu melihat seorang wanita penghuni syurga? Jawabku:”Tentu saja”. Katanya:”Nah, wanita berkulit hitam itu! Dia pernah datang kepada Nabi S.A.W dan mengadu:”Aku sering tidak sedarkan diri sehingga tanpa sengaja membuka aib sendiri, maka doakanlah supaya Allah menyembuhkan penyakitku ini”. Kata Nabi:”Mahukah kamu bersabar  dan sebagai ganjarannya kamu akan memperolehi syurga, atau aku akan berdoa kepada Allah Taala agar Dia menyembuhkan penyakitmu?” Wanita itu menjawab:”Baiklah, aku akan bersabar”. Kemudian dia berkata”Tetapi aku sering membuka aib (Tatkala tidak sedarkan diri), maka doakanlah supaya kebiasaan itu hilang!” Maka Nabi pun mendoakannya (supaya tidak lagi mendedahkan aibnya tatkala tidak sedarkan diri).
(Hadis Muttafaqun alaih).

III. KELUHAN ORANG SAKIT

Orang sakit dibolehkan mengeluh atau mengadukan rasa sakit yang dialaminya kepada doktor atau kawanya selama tidak menampilkan rasa kesal dan kecewa terhadap apa yang dideritainya. Sebelum itu telah disebutkan Sabda Nabi S.A.W di mana Beliau mengadu dengan sabdanya:”إِنِّي أُوعَكُ كَمَا يُوعَكُ رَجُلَانِ مِنْكُمْ
”Aku berasa suhu tubuhku amat panas melebihi dua kali suhu panas tubuh kamu ketika demam”*

Aisyah R.A pernah mengeluh dan mengadu kepada Rasulullah S.A.W ketika sakit dengan berkata:” Aduh sakitnya kepalaku! Kata Nabi pula:”Aku juga, kepala Aku terasa sakit sekali! (Riwayat Bukhari & Muslim).

Abdullah bin Zubair pernah bertanya kepada Asma` yang ketika itu dalam keadaan sakit:”Bagaimanakah keadaan kamu? “Jawab Asma`:” Sungguh sakit!” Sebelum mengeluh dengan apa yang dialaminya, sebaiknya pesakit mengucapkan hamdallah kepada Allah. Ibnu Mas`ud berkata:”Jika seseorang mengeluh selepas membaca hamdalah terlebih baik, maka tidak disebut sebagai mengeluh.” Mengadu kepada Allah adalah disyariatkan. Nabi Ya`kub A.S berkata:”

إِنَّمَا أَشْكُو بَثِّي وَحُزْنِي إِلَى اللَّهِ

Yang bermaksud: "Sesungguhnya Aku hanyalah mengadukan kesusahan dan dukacitaku kepada Allah” (Yusuf:86)

Wallahu a`lam..
_______________
*Takhrij hadis sama sebelum ini

Thursday, June 3, 2010

Sopan santun ketika sakit dan pengubatan menurut Sunnah I

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang mentadbir sekalian alam. Selawat & Salam ke atas Baginda S.A.W, juga ke atas ahli keluarga Baginda serta para sahabat Baginda seluruhnya.

Dari pagi tadi aku hanya berbaringan di katil, penyakit lama berulang lagi. Ku mencapai salah satu kitab yang berada di rak, kebetulan terbaca bab yang bertajuk “Sopan santun ketika sakit & pengubatan menurut Sunnah”.. Terlintaslah difikiranku untuk dikongsi bersama pembaca yang budiman disini. Moga Allah S.W.T mengampuni segala dosa dan kesilapan kita yang telah lalu.. ameen…

I. SAKIT

Terdapat beberapa hadis yang menegaskan bahawa sakit boleh menghapuskan kesalahan dan menghilangkan dosa. Di bawah ini adalah sebahagian dari hadis-hadis tersebut:

1. Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah R.A bahawa Nabi S.A.W bersabda:

" من يرد الله به خيراً يصب منه"


Yang bermaksud:”Sesiapa yang akan memperoleh limpahan kebaikan dari Allah, maka akan ditimpakan cubaan ke atas dirinya terlebih dahulu”
(Hadis Muttafaqun alaih)

2. Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Abu Sa`id Al-Khudri R.A bahawa Nabi S.A.W bersabda:

عن أبي سعيد وأبي هريرة رضي الله عنهما عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : ما يصيب المسلم من نصب ولا وصب ولا هم ولا حزن ولا أذى ولا غم حتى الشوكة يشاكها إلا كفر الله بها من خطاياه

Yang bermaksud:”Tidak ada satu musibah pun yang menimpa diri seorang muslim, sama ada berupa kesusahan dan penderitaan, kesedihan dan duka cita mahupun penyakit, bahkan sebatang duri yang menusuk anggota tubuhnya sekalipun melainkan akan dihapuskan Allah sebahagian daripada kesalahan-kesalahannya dengan yang demikian itu.”
(Hadis muttafaqun alaih)

3. Al-Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Mas`ud R.A katanya:                                           
                                                                        قَالَ عَبْدُ اللَّهِ : دَخَلْتُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، وَهُوَ يُوعَكُ ، فَمَسِسْتُهُ بِيَدِي ، فَقُلْتُ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، إِنَّكَ لَتُوعَكُ وَعْكًا شَدِيدًا ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " إِنِّي أُوعَكُ كَمَا يُوعَكُ رَجُلَانِ مِنْكُمْ ، قَالَ : قُلْتُ : ذَلِكَ أَنَّ لَكَ أَجْرَيْنِ ؟ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : أَجَلْ ، ثُمَّ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَا مِنْ مُسْلِمٍ يُصِيبُهُ أَذًى مِنْ مَرَضٍ فَمَا سِوَاهُ ، إِلَّا حَطَّ اللَّهُ بِهِ سَيِّئَاتِهِ كَمَا تَحُطُّ الشَّجَرَةُ وَرَقَهَا " .

Yang bermaksud:
Aku bertamu ke rumah Rasulullah S.A.W yang ketika itu dalam keadaan demam panas. Maka aku katakan kepadanya: “Wahai Rasulullah! Badanmu amat panas”. Baginda berkata: “Memang! Suhu badankku akan naik dua kali ganda suhu badan kamu ketika demam!”. Lalu aku katakan lagi kepada Baginda:”Mungkin ia disebabkan para Nabi akan diberi pahala dua kali ganda pula! “Benar demikian! kata Nabi,”Selain itu, tidak seorang muslim pun yang di timpa kesakitan mulai dari duri yang tertusuk ke tubuhnya sehingga yang lebih berat daripada itu, melainkan dihapuskan Allah dengan itu kesalahan-kesalahannya, iaitu umpama kayu yang menggugurkan daun-daunnya”.
(Hadis riwayat Al-Bukhari)

4. عن أبي هريرة -رضي الله عنه- أن رسول الله - صلى الله عليه وسلم - قال: مثل المؤمن كمثل خامة الزرع يفيء ورقه، من حيث أتتها الريح تكفئها، فإذا سكنت اعتدلت، وكذلك المؤمن يكفأ بالبلاء، ومثل الكافر كمثل الأرزة صماء معتدلة، حتى يقصمها الله إذا شاء . البخاري

Dari Abu Hurairah R.A, katanya: Rasulullah S.A.W bersabda: “Perumpamaan seorang mukmin adalah seperti tanaman yang berpenyakit. Ia bergoyang dan condong ke pelbagai arah bila di tiup angin. Namun apabila ditimpa musibah, ia akan condong, tetapi akan tegak semula. Sebaliknya seorang derhaka adalah seperti padi yang lurus dan kaku, sehingga mudah patah dan tercabut apabila dikehendaki Allah.
(Hadis riwayat Al-Bukhari)

Wallahu a`lam
______________________
* الوعك adalah demam panas dan rasa sakit yang diderita pesakit.

Tuesday, June 1, 2010

Disunatkan membaca Amen bersamaan dengan Imam

Makmum disunatkan membaca “amen” bersamaan dengan imam,  hingga tanpa lebih dahulu atau lebih lambat daripada imam ketika membaca “amen”.

Dari Abu Hurairah R.A, bahawa:

أن النبي  قال : ( إذا قال الإمام ( غير المغضوب عليهم ولا الضالين ) فقولوا آمين فإن من وافق تأمينه تأمين الملائكة غفر له ما تقدم من ذنبه
رواه البخاري


Yang bermaksud: Rasulullah S.A.W bersabda:
“Apabila imam membaca ( غير المغضوب عليهم ولا الضالين ), maka bacalah “Amen”. Sesiapa yang membacanya dan secara kebetulan bersamaan dengan bacaan “Amen” yang dibaca oleh para Malaikat, maka Allah mengampuni dosanya yang terdahulu.”
(Diriwayatkan oleh Al-Bukhari)

Dari Abu Hurairah R.A, bahawa:
عن أبي هريرة  : أن النبي  قال : ( إذا قال الإمام ( غير المغضوب عليهم ولا الضالين ) فقولوا آمين فإن الملائكة يقولون آمين وإن الإمام يقول آمين فمن وافق تأمينه تأمين الملائكة غفر له ما تقدم من ذنبه
رواه احمد ابو داود والنسائى


Yang bermaksud:
Rasulullah S.A.W bersabda:”Apabila imam membaca   ( غير المغضوب عليهم ولا الضالين ),  maka bacalah  “Amen”*. Kerana Malaikat juga membaca “Amen”. Oleh yang demikian, sesiapa yang bacaan “Amen” bersamaan dengan bacaan “Amen” yang dibaca oleh Malaikat, maka Allah akan mengampunkani dosanya yang terdahulu”.
(Diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud & An-Nasa`i)

Maksud Amen

Perkataan “Amen” dengan membaca pendek pada huruf alif dan dibolehkan juga membacanya panjang disertai dengan membaca pendek pada huruf mim, tidaklah termasuk ke dalam bahagian ayat surah Al-Fatihah. Ia hanyalah doa yang bermaksud:”Perkenankanlah!”.

Wallahu a`lam
_________________
* Imam Al-Khattabi berkata: “Maksud sabda Rasulullah S.A.W:”Jika Imam membaca ولا الضالين  maka bacalah amen (bersamaan dengan imam sehingga bacaan Amen kamu benar-benar seiring dengan bacaan Amen imam).