iv. ORANG SAKIT TETAP MEMPEROLEH GANJARAN PAHALA AMALAN YANG BIASA DILAKUKAN KETIKA SIHAT
Al-Bukhari meriwayatkan dari Abu Musa Al-Asya`ari bahawa Nabi S.A.W bersabda:
إذا مرض العبد أو سافر كتب له مثل ما كان يعمل مقيما صحيحا رواه البخاري
Ertinya:”Apabila seorang sakit atau bermusafir, maka dia tetap memperoleh ganjaran pahala amalan yang biasa dilakukan ketika bermukim dan ketika dalam keadaan sihat”
(Hadis riwayat Al-Bukhari)
v. MENZIARAHI ORANG SAKIT
Antara akhlak Islam adalah seorang muslim dikehendaki menziarahi orang sakit dan peduli terhadap kesihatannya supaya hatinya terhibur dan hak persaudaraan dapat direalisasikan. Ibnu Abbas berkata:”Menziarahi orang sakit untuk pertama kalinya adalah disunatkan, namun setelah itu bersifat sukarela.” Al-Bukhari meriwayatkan dari Abu Musa, bahawa Nabi S.A.W bersabda:
”أطعموا الجائع , وعودوا المريض , وفكوا العاني
“Berilah makan kepada mereka yang kelaparan, lawati orang sakit dan bebaskan tahanan”
Al-Bukhari & Muslim meriwayatkan dalam sebuah hadis:
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : "حق المسلم على المسلم ست: قيل: وما هنّ يا رسول الله؟ قال: إذا لقيته فسلّم عليه. وإذا دعاك فأجبه، وإذا استنصحك فانصح له، وإذا عطس فحمد الله فشَمِّته. وإذا مرض فعُدْه، وإذا مات فاتْبَعه"
Dari Abu Hurairah R.A, katanya:” Rasulullah S.A.W bersabda:” Hak seorang muslim keatas seorang muslim yang lain ada enam. Seorang sahabat bertanya:” Apakah itu wahai Rasulullah?” Rasulullah S.A.W menjawab:” Jika berjumpa dengannya hendaklah kamu memberi salam. Jika kamu dijemput, maka penuhilah jemputannya. Jika meminta nasihat, maka hendaklah kamu memberi nasihat. Jika membaca ( الحمدلله) setelah bersin, hendaklah kamu menjawab dengan bacaan (يرحمك الله) yang ertinya “semoga Allah memberimu rahmat”. Jika dia sakit, maka hendaklah kamu menziarahinya. Jika dia meninggal dunia, maka iringilah jenazahnya (menuju ke perkuburan).
Wallahu a`lam…
Saturday, June 5, 2010
Sopan santun ketika sakit dan pengubatan menurut Sunnah III
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment