II. TABAH TATKALA SAKIT
Hendaklah orang yang sakit sabar dan tabah menghadapi penyakit yang dialaminya. Tiada pemberian yang lebih baik dan amat berharga dari Allah Yang Maha Esa kepada seorang hamba melainkan kesabaran.
Imam Muslim meriwayatkan dari Shuhaib bin Sinan bahawa Nabi S.A.W bersabda:
عجبا لأمر المؤمن إن أمره كله خير ، وليس ذاك لأحد إلا للمؤمن ؛ إن أصابته سرّاء شكر ؛ فكان خيراً له ، وإن أصابته ضرّاء صبر؛ فكان خيراً له . رواه مسلم
Yang bermaksud: “Sungguh menakjubkan keadaan seorang mukmin itu! Bagaimana pun juga keadaannya, maka semuanya itu pasti berakhir dengan kebaikan. Keadaan sedemikian tidak akan ditemui kecuali pada orang mukmin. Jika mendapat kegembiraan, dia akan bersyukur dan itu merupakan kebaikan. Jika ditimpa musibah, dia akan bersabar yang juga merupakan kebaikan baginya.”
وعن أنس رضي الله عنه قال سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : إن الله عز وجل قال إذا ابتليت عبدي بحبيبتيه فصبر عوضته منهما الجنة يريد عينيه رواه البخاري
Dari Anas R.A, katanya: “Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda:”Sesungguhnya Allah S.W.T berfirman:”Apabila seorang hamba mendapat cubaan dari-Ku pada dua perkara yang amat disayangi (kedua matanya) lalu bersabar, maka kelak akan Aku gantikan kesabarannya itu dengan syurga”
(Hadis riwayat Al-Bukhari)
وعن عطاء بن أبي رباح قال : قال لي ابن عباس رضي الله عنهما ألا أريك امرأة من أهل الجنة فقلت بلى قال هذه المرأة السوداء أتت النبي صلى الله عليه وسلم فقالت إني أصرع وإني أتكشف فادع الله تعالى لي قال إن شئت صبرت ولك الجنة وإن شئت دعوت الله تعالى أن يعافيك فقالت أصبر فقالت إني أتكشف فادع الله أن لا أتكشف فدعا لها. متفق عليه
Dari Atha` bin Abi Rabah, berkata Ibnu Abbas R.A kepadaku":” Mahukah kamu melihat seorang wanita penghuni syurga? Jawabku:”Tentu saja”. Katanya:”Nah, wanita berkulit hitam itu! Dia pernah datang kepada Nabi S.A.W dan mengadu:”Aku sering tidak sedarkan diri sehingga tanpa sengaja membuka aib sendiri, maka doakanlah supaya Allah menyembuhkan penyakitku ini”. Kata Nabi:”Mahukah kamu bersabar dan sebagai ganjarannya kamu akan memperolehi syurga, atau aku akan berdoa kepada Allah Taala agar Dia menyembuhkan penyakitmu?” Wanita itu menjawab:”Baiklah, aku akan bersabar”. Kemudian dia berkata”Tetapi aku sering membuka aib (Tatkala tidak sedarkan diri), maka doakanlah supaya kebiasaan itu hilang!” Maka Nabi pun mendoakannya (supaya tidak lagi mendedahkan aibnya tatkala tidak sedarkan diri).
(Hadis Muttafaqun alaih).
III. KELUHAN ORANG SAKIT
Orang sakit dibolehkan mengeluh atau mengadukan rasa sakit yang dialaminya kepada doktor atau kawanya selama tidak menampilkan rasa kesal dan kecewa terhadap apa yang dideritainya. Sebelum itu telah disebutkan Sabda Nabi S.A.W di mana Beliau mengadu dengan sabdanya:”إِنِّي أُوعَكُ كَمَا يُوعَكُ رَجُلَانِ مِنْكُمْ
”Aku berasa suhu tubuhku amat panas melebihi dua kali suhu panas tubuh kamu ketika demam”*
Aisyah R.A pernah mengeluh dan mengadu kepada Rasulullah S.A.W ketika sakit dengan berkata:” Aduh sakitnya kepalaku! Kata Nabi pula:”Aku juga, kepala Aku terasa sakit sekali! (Riwayat Bukhari & Muslim).
Abdullah bin Zubair pernah bertanya kepada Asma` yang ketika itu dalam keadaan sakit:”Bagaimanakah keadaan kamu? “Jawab Asma`:” Sungguh sakit!” Sebelum mengeluh dengan apa yang dialaminya, sebaiknya pesakit mengucapkan hamdallah kepada Allah. Ibnu Mas`ud berkata:”Jika seseorang mengeluh selepas membaca hamdalah terlebih baik, maka tidak disebut sebagai mengeluh.” Mengadu kepada Allah adalah disyariatkan. Nabi Ya`kub A.S berkata:”
إِنَّمَا أَشْكُو بَثِّي وَحُزْنِي إِلَى اللَّهِ
Yang bermaksud: "Sesungguhnya Aku hanyalah mengadukan kesusahan dan dukacitaku kepada Allah” (Yusuf:86)
Wallahu a`lam..
_______________
*Takhrij hadis sama sebelum ini
Friday, June 4, 2010
Sopan santun ketika sakit dan pengubatan menurut Sunnah II
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment