Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang mentadbir sekalian alam. Selawat & Salam ke atas Baginda S.A.W, juga ke atas ahli keluarga Baginda serta para sahabat Baginda seluruhnya.
Dari pagi tadi aku hanya berbaringan di katil, penyakit lama berulang lagi. Ku mencapai salah satu kitab yang berada di rak, kebetulan terbaca bab yang bertajuk “Sopan santun ketika sakit & pengubatan menurut Sunnah”.. Terlintaslah difikiranku untuk dikongsi bersama pembaca yang budiman disini. Moga Allah S.W.T mengampuni segala dosa dan kesilapan kita yang telah lalu.. ameen…
I. SAKIT
Terdapat beberapa hadis yang menegaskan bahawa sakit boleh menghapuskan kesalahan dan menghilangkan dosa. Di bawah ini adalah sebahagian dari hadis-hadis tersebut:
1. Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah R.A bahawa Nabi S.A.W bersabda:
" من يرد الله به خيراً يصب منه"
Yang bermaksud:”Sesiapa yang akan memperoleh limpahan kebaikan dari Allah, maka akan ditimpakan cubaan ke atas dirinya terlebih dahulu”
(Hadis Muttafaqun alaih)
2. Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Abu Sa`id Al-Khudri R.A bahawa Nabi S.A.W bersabda:
عن أبي سعيد وأبي هريرة رضي الله عنهما عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : ما يصيب المسلم من نصب ولا وصب ولا هم ولا حزن ولا أذى ولا غم حتى الشوكة يشاكها إلا كفر الله بها من خطاياه
Yang bermaksud:”Tidak ada satu musibah pun yang menimpa diri seorang muslim, sama ada berupa kesusahan dan penderitaan, kesedihan dan duka cita mahupun penyakit, bahkan sebatang duri yang menusuk anggota tubuhnya sekalipun melainkan akan dihapuskan Allah sebahagian daripada kesalahan-kesalahannya dengan yang demikian itu.”
(Hadis muttafaqun alaih)
3. Al-Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Mas`ud R.A katanya:
قَالَ عَبْدُ اللَّهِ : دَخَلْتُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، وَهُوَ يُوعَكُ ، فَمَسِسْتُهُ بِيَدِي ، فَقُلْتُ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، إِنَّكَ لَتُوعَكُ وَعْكًا شَدِيدًا ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " إِنِّي أُوعَكُ كَمَا يُوعَكُ رَجُلَانِ مِنْكُمْ ، قَالَ : قُلْتُ : ذَلِكَ أَنَّ لَكَ أَجْرَيْنِ ؟ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : أَجَلْ ، ثُمَّ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَا مِنْ مُسْلِمٍ يُصِيبُهُ أَذًى مِنْ مَرَضٍ فَمَا سِوَاهُ ، إِلَّا حَطَّ اللَّهُ بِهِ سَيِّئَاتِهِ كَمَا تَحُطُّ الشَّجَرَةُ وَرَقَهَا " .
Yang bermaksud:
”Aku bertamu ke rumah Rasulullah S.A.W yang ketika itu dalam keadaan demam panas. Maka aku katakan kepadanya: “Wahai Rasulullah! Badanmu amat panas”. Baginda berkata: “Memang! Suhu badankku akan naik dua kali ganda suhu badan kamu ketika demam!”. Lalu aku katakan lagi kepada Baginda:”Mungkin ia disebabkan para Nabi akan diberi pahala dua kali ganda pula! “Benar demikian! kata Nabi,”Selain itu, tidak seorang muslim pun yang di timpa kesakitan mulai dari duri yang tertusuk ke tubuhnya sehingga yang lebih berat daripada itu, melainkan dihapuskan Allah dengan itu kesalahan-kesalahannya, iaitu umpama kayu yang menggugurkan daun-daunnya”.
(Hadis riwayat Al-Bukhari)
4. عن أبي هريرة -رضي الله عنه- أن رسول الله - صلى الله عليه وسلم - قال: مثل المؤمن كمثل خامة الزرع يفيء ورقه، من حيث أتتها الريح تكفئها، فإذا سكنت اعتدلت، وكذلك المؤمن يكفأ بالبلاء، ومثل الكافر كمثل الأرزة صماء معتدلة، حتى يقصمها الله إذا شاء . البخاري
Dari Abu Hurairah R.A, katanya: Rasulullah S.A.W bersabda: “Perumpamaan seorang mukmin adalah seperti tanaman yang berpenyakit. Ia bergoyang dan condong ke pelbagai arah bila di tiup angin. Namun apabila ditimpa musibah, ia akan condong, tetapi akan tegak semula. Sebaliknya seorang derhaka adalah seperti padi yang lurus dan kaku, sehingga mudah patah dan tercabut apabila dikehendaki Allah.
(Hadis riwayat Al-Bukhari)
Wallahu a`lam
______________________
* الوعك adalah demam panas dan rasa sakit yang diderita pesakit.
No comments:
Post a Comment