Ibnu Majah meriwayatkan dari Abu Hurairah R.A, katanya:”Rasulullah S.A.W bersabda:”
عن أبي هريرة قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم من عاد
مريضا نادى مناد من السماء طبت* وطاب ممشاك** وتبوأت من الجنة منزلا
Yang bermaksud :”Sesiapa menziarahi orang sakit, maka terdengarlah suara dari langit:”Alangkah terpujinya perbuatanmu! Alangkah terpujinya perjalananmu kunjungan kamu! (Dengan demikian), kamu telah menempah satu tempat tinggal di dalam syurga”. (Hadis riwayat Ibnu Majah)
Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah R.A bahaw Rasulullah S.A.W bersabda:
وعنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم إن الله عز وجل يقول يوم القيامة يا ابن آدم مرضت فلم تعدني قال يا رب كيف أعودك وأنت رب العالمين قال أما علمت أن عبدي فلانا مرض فلم تعده أما علمت أنك لو عدته لوجدتني عنده يا ابن آدم استطعمتك فلم تطعمني قال يا رب كيف أطعمك وأنت رب العالمين قال أما علمت أنه استطعمك عبدي فلان فلم تطعمه أما علمت أنك لو أطعمته لوجدت ذلك عندي يا ابن آدم استسقيتك فلم تسقني قال يا رب كيف أسقيك وأنت رب العالمين قال استسقاك عبدي فلان فلم تسقه أما علمت أنك لو سقيته لوجدت ذلك عندي رواه مسلم
Yang bermaksud:”Allah S.W.T akan berfirman pada hari Kiamat kelak:” Wahai anak Adam! Aku sakit tapi kamu tidak mahu menziarahi-Ku”. Manusia menjawab:”Wahai Tuhanku! Bagaimana aku dapat menziarahi-Mu, sedangkan Engkau Tuhan semesta alam”? Allah berfirman:” Tidakkah kamu mengetahui bahawa hamba-Ku sifulan pernah sakit, tetapi kamu tidak mahu menziarahinya? Tidakkah kamu mengetahui bahawa seandainya kamu melawatnya tentu kamu akan mendapati-Ku di sisinya? Wahai anak Adam! Aku meminta kepada-Mu supaya memberi makanan, tetapi kamu tidak memberi-Ku makan”. Manusia menjawab:” Wahai Tuhan-Ku! Bagaimana aku memberi-Mu makan, sedangkan Engkau Tuhan semesta alam! Allah berfirman:”Tidakkah kamu mengetahui bahawa hamba-Ku si fulan pernah meminta makanan, tetapi kamu tidak mempedulikannya? Tidakkah kamu mengetahui bahawa seandainya kamu memberinya makan pasti kamu akan menjumpai-Ku di sisinya! Wahai anak Adam! Aku meminta supaya kamu memberi-Ku minum, tetapi kamu tidak peduli.”. Manusia menjawab:”Wahai Tuhan-Ku! Bagaimana aku memberi-Mu minum, sedangkan Engkau Tuhan semesta alam”? Allah berfirman:”Hamba-Ku si fulan pernah meminta kepada-Mu supaya diberi minum, tetapi kamu tidak mengendahkannya. Tidakkah kamu mengetahui bahawa seandainya kamu memberinya minum tentu kamu akan mendapati-Ku disisinya”.
Dari Thauban baha Nabi S.A.W bersabda:
" إن المسلم إذا عاد أخاه المسلم لم يزل في خرفة الجنة حتى يرجع قيل يا رسول الله وما خرفة الجنة قال جنا***ها "
Yang bermaksud:”Seorang muslim apabila menziarahi saudaranya yang muslim akan selalu berada di tengah khurfah syurga hinggalah pulang ke rumahnya. Seorang sahabat bertanya:”Apakah maksud khurfah syurga itu, wahai Rasulullah? Beliau menjawab:” Buah-buahan syurga yang masak.”
Dari Ali R.A katanya:”Aku pernah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda:
علي عن ابن عمه رسول الله قوله: ((ما من مسلم يعود مسلما غدوة إلا صلى عليه سبعون ألف ملك حتى يمسي، وإن عاده عشية إلا صلى عليه سبعون ألف حتى يصبح وكان له خريف**** فى الجنة: رواه الترمذ
Yang bermaksud:”Setiap muslim yang menziarahi muslim yang lain di sebelah pagi akan didoakan oleh tujuh puluh ribu Malaikat hingga waktu petang. Jika menziarahinya di sebelah petang maka dia akan didoakan oleh tujuh puluh ribu Malaikat hingga waktu pagi dan dia akan memperolehi satu ladang kebun di dalam syurga.”
(Hadis riwayat At-Tirmizi)
Wallahu a`lam
____________
*طبت = bermaksud : semoga kamu sentiasa hidup bahagia di alam dunia.
**طاب ممشاك = bermaksud: semoga perjalananmu di alam dunia menuju akhirat sentiasa selamat dan ditempuh dengan berjaya.
*** جنا=bermaksud: buah-buahan yang siap dituai.
****خريف=bermaksud: buah-buahan masak yang siap dituai.
No comments:
Post a Comment