Salam sejahtera, herm… Sayup-sayup kedengaran nasyed “ummi” oleh “abu khatir”… memecah kesunyian pagi.. aku teraba-raba mencari hp ku.. akhirnya ku menarik selimut “busyuk” ku..dumm.. bunyi sesuatu terjatuh ke lantai.. ku mengalihkan perhatian ku ke lantai..ku dapati nasyed yang dialunkan itu tadi terhenti.. (auto off) hehehehe
Udah la telefon tu yang terlama pernah aku guna.. beteri pun selalu kong.. bila ada panggilan je.. terus mati.. ahh.. jatuh ke lantai lagi.. nak beli baru.. duit banyak lagi yang nak diguna.. ah… pasnih cari je tepon murah-murah. Dapat buat panggilan, terima panggilan n sms pun dah memadai..
Jam menunjukkan 5.15 pagi, subuh 5.40 (lebih kurang) ada 25 minit untuk bersiap-siap ke masjid. Bila je ku mula melangkah turun dari katil.. tiba-tiba kaki ku kejang.. disebabkan sendi-sendi ku diganggui oleh uri asid yang berlebihan dalam badan ku. Ah, gout datang lagi..
Setelah masuk ke bilik air.. ku basuh kedua belah tanganku di paip.. kemudian bersuci.. mana yang patut.. setelah keluar dari bilik air.. masih terasa sakit pada kaki kiri.. adui.. tak dapat la nak ke masjid..
Belum pun di bahagian mulut ku sembuh sepenuhnya.. di uji pula dengan gout.. ini lah ujian untuk ku dari-Nya.... aku redha..
Ok lah, nak pegi berbekam.. ketemu lagi dilain masa.. wassalam.
aminpcb
290410
__________________
* Allahumma a`fini fi badani, Allahumma a`fini fi sam`ie, Allahumma a`fini fi basori… ameen
Thursday, April 29, 2010
Gout ku membuak lagi
Tuesday, April 27, 2010
Tanda Istikharah Untuk Kahwin & Persoalan
(Ditulis Oleh UZAR)
original article : http://www.zaharuddin.net/content/view/672/99/
Salam ukwah, tadi ketika mana ku sedang “menyelinap” di facebok, tetiba terbaca satu tulisan dari UZAR. Tut… tergerak hati ku untuk membacanya, kebetulan pada jumaat lepas aku ada postkan entri yang bertajuk “Istikharah”. Jom baca..
Bismillah..
Perlu difahami bahawa tanda istikharah lelaki A (sebagai contoh) berkemungkinan menunjukkan wanita B adalah sesuai dan baik untuknya. Namun istikharah wanita B, menunjukkan lelaki A tidak sesuai untuknya. Ia kerap dan boleh berlaku.
Justeru, jangan merasa pelik, jika anda mendapat tanda yang baik, tetapi bakal pasangan anda mendapat tanda sebaliknya, kesimpulan jika mendapat tanda sedemikian adalah, anda berdua tidak sesuai.
____________
Soalan
Salam ustaz. Dulu saya pernah berkawan dengan seorang lelaki dan akhirnya putus, walaubagaimanapun, lelaki tersebut tidak berpuas hati dan mengatakan dia telah melakukan istikharah dan dia pasti saya adalah teman hidupnya dan mengatakan sekiranya saya berkahwin saya mungkin akan bercerai atau suami saya akan mati dan akhirnya saya tetap berkahwin dengan dia (adakah lelaki ini berdosa cakap macam tu).
Saya agak risau pada mulanya kerana bila saya istikharah saya tak nampak apa-apa (mungkin tidak khusy' atau tak tau laa) sehingga saya jadi ragu-ragu.
Sekarang saya telah berkahwin dengan lelaki lain (suami saya sekarang) dan saya berharap hubungan kami berkekalan hingga akhir hayat.
Minta pandangan ustaz, adakah lelaki itu "jahat" kerana menggunakan alasan istikharah untuk memaksa orang mengahwininya.
- melalui ruangan komentar-
JAWAPAN UZAR
1) Perlu fahami konsep istikharah terlebih dahulu. Boleh baca juga jawapan saya berkenaan istikharah di sini:
(http://www.zaharuddin.net/content/view/103/95/)
Antara yang perlu difahami adalah, bagi mendapat tanda yang benar, setiap individu yang ingin melakukan istikharah ini mestilah membersihkan niat dan hatinya dari sebarang pilihannya SEBELUM melakukan istikharah. Mestilah juga benar-benar berniat bahawa ia akan menerima apa sahaja pilihan yang akan didapatinya dari istikharah tadi. Demikian pendapat majoriti ulama.
Ringkasnya, dalam sebuah hadis sohih menyebut :-
كان رسول اللَّهِ يُعَلِّمُنَا الِاسْتِخَارَةَ في الْأُمُورِ كما يُعَلِّمُنَا السُّورَةَ من الْقُرْآنِ يقول إذا هَمَّ أحدكم بِالْأَمْرِ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ من غَيْرِ الْفَرِيضَةِ ثُمَّ لِيَقُلْ اللهم إني أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ وَأَسْأَلُكَ من فَضْلِكَ الْعَظِيمِ فَإِنَّكَ تَقْدِرُ ولا أَقْدِرُ وَتَعْلَمُ ولا أَعْلَمُ وَأَنْتَ عَلَّامُ الْغُيُوبِ اللهم إن كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هذا الْأَمْرَ خَيْرٌ لي في دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي أو قال عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ فَاقْدُرْهُ لي وَيَسِّرْهُ لي ثُمَّ بَارِكْ لي فيه وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هذا الْأَمْرَ شَرٌّ لي في دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي أو قال في عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِي عنه وَاقْدُرْ لي الْخَيْرَ حَيْثُ كان ثُمَّ أَرْضِنِي به قال وَيُسَمِّي حَاجَتَهُ
Ertinya : Adalah Rasulullah s.a.w mengajar kami melakukan istikharah (meminta petunjuk) sama sepertimana mengajar kami surah-surah Al-Quran. Apabila seseorang kamu mempunyai sesuatu hajat hendaklah dia solat solat dua raka'at dan kemudian berdoa ( dengan doa yang diwarnakan merah di atas)" ( Riwayat Al-Bukhari, no 1109, 1/391)
2) Ugutan si lelaki adalah salah dan mendedahkan kelemahannya. Ia juga tergolong dalam hal yang ditegah oleh Islam. Dimana Islam menegah umatnya untuk menakutkan dan mengugut yang lain.
Dalam sebuah hadis menyatakan :
كَانُوا يَسِيرُونَ مع النبي فَنَامَ رَجُلٌ منهم فَانْطَلَقَ بَعْضُهُمْ إلى حَبْلٍ معه فَأَخَذَهُ فَفَزِعَ فقال رسول اللَّهِ لَا يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يُرَوِّعَ مُسْلِمًا
Ertinya : Para sahabat Nabi berjalan (jauh) bersama Nabi saw, lalu seorang dari mereka tidur, sebahagian mereka mula mengambil tali (lalu mengikatnya) dan mengejutkannya (menakutkannya), baginda mendengarnya lalu berkata : "Tidak halal seorang Muslim untuk menakutkan seorang Muslim yang lain" (terjemahan berdasarkan huraian kitab Mirqat Al-Mafatih, 7/103)
Di dalam kitab 'Aunul Ma'bud syarah Sunan Abu Daud, dalam menghuraikan hadis di atas mengatakan tidak halal seseorang mempermainkan rakan yang lain samada dengan niat gurauan, menakutkan dan lain-lain. Al-Munziri pula tidak memberikan sebarang komen tentang taraf hadis ini ('Aunul Ma'bud, 13/236)
Kesimpulannya, perkataan-perkataan yag digunakan oleh lelaki tadi pada hemat saya adalah tergolong dalam kategori ini. Selain itu, ia juga salah kerana berbentuk ramalan berdasarkan tanda istikharahnya semata-mata, malah tanda ini juga mungkin boleh disilapfahamkan jika hati sudah berat sebelah.
3) Ye semoga rumahtangga anda bahagia dan jangan terpengaruh dengan ‘ugutan' tidak langsung lelaki tersebut.
4) Perlu difahami bahawa tanda istikharah lelaki A (sebagai contoh) berkemungkinan menunjukkan wanita B adalah sesuai dan baik untuknya. Namun istikharah wanita B, menunjukkan lelaki A tidak sesuai untuknya. Ia kerap dan boleh berlaku. Justeru, jangan merasa pelik, jika anda mendapat tanda yang baik, tetapi bakal pasangan anda mendapat tanda sebaliknya, kesimpulan jika mendapat tanda sedemikian adalah, anda berdua tidak sesuai.
Akhirnya
Dinasihatkan dalam sebuah athar :
ما خاب من استخار ولا ندم من استشار
Ertinya : Tidaklah rugi sesiapa yang beristikharah ( meminta petunjuk) dan tidak menyesal mereka yang bermesyuarat ( Al-Awsat, At-Tabrani, 6/365)
Ibn Taimiyah ketika menghuraikan athar di atas menyatakan
ما ندم من استخار الخالق، وشاور المخلوقين، فقد قال تعالي: وَشَاوِرْهُمْ فِي الأَمْرِ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ
Ertinya : Tidak menyesal barangsiapa yang beristikharah kepada penciptanya ( Allah), dan bermesyuarat ( meminta pendapat) dari makhluk ( rakan-rakan dan mereka yang berpengalaman), dan Allah telah berfirman ertinya : Dan dalam urusan mereka itu mereka bermesyuaarat, dan apabil akmu telah berusaha, bertawakkal ( berserah) kepada Allah swt"
Justeru, amat elok untuk mengabungkan istikharah dengan berbincang dengan mereka yang lebih berpengalaman, pendapat mereka yang berpengalaman itu sebenarnya adalah salah satu dari tanda istikharah. Seorang ulama salaf berkata :-
من حق العاقل أن يضيف إلى رأيه آراء العلماء، ويجمع إلى عقله عقول الحكماء، فالرأي الفذّ ربما زلّ، والعقل الفرد ربما ضلّ
Ertinya : dari hak seorang yang beraqal lagi bijak itu adalah menambahkan nilai pendapatnya dengan pendapat para ulama, sehingga bergabung pendapatnya dengan aqal (minda) para ahli cerdik pandai, maka pendapat secara berseorangan berkemungkinan tergelincir, dan minda berseorangan mungkin akan tersesat" ( Al-Madkhal, 4/41)
Sekian,
Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/
Friday, April 23, 2010
Solat Istikharah
Salam sejahtera, Seseorang yang ingin mengerjakan sesuatu permasalahan yang bersifat mubah* dan tidak dapat mengenal pasti masa satu yang terbaik untuk dirinya, disunatkan mengerjakan dua rakaat solat istikharah dan hukumnya tidak wajib. Solat tersebut boleh dilakukan ketika mengerjakan solat sunat rawatib atau tahiyatul masjid dan boleh dilakukan pada waktu malam atau pun di siang hari. Malah seseorang yang mengerjakan solat istikharah dibolehkan membaca surah mana pun dari Al-Quran setelah membaca surah Al-Fatihah. Setelah itu, hendaklah dia membaca tahmid, selawat ke atas Nabi S.A.W dan selanjutnya membaca doa, sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dari Jabir R.A katanya:
“Rasulullah s.a.w. mengajar kami beristikharah dalam semua pekerjaan seperti baginda mengajar kami satu surah dari Al-Quran,” sabdanya: "Apabila seseorang kamu mempunyai rancangan untuk melakukan sesuatu hendaklah dia melakukan solat sunat dua rakaat, kemudian bacalah doa ini:”
اللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْتَخِيْرُكَ بِعِلْمِكَ ، وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ ، وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيْمِ فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلاَ أَقْدِرُ، وَتَعْلَمُ وَلاَ أَعْلَمُ ، وَأَنْتَ عَلاَّمُ الْغُيُوبُ ، اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنْ هَذَا الأَمْرَ .... خَيْرٌ لِيْ فِي دِيْنِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي عَاجِلَهُ وَآجِلَهُ فَاقْدِرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ، ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيْهِ ، وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ.... شَرٌّ لِي فِي دِيْنِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي عَاجِلَهُ وآجِلَهُ فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِيْ عَنْهُ ، وَاقْدُرهُ لِيْ الخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ، ثُمَّ ارْضنِى بِهِ
“Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib.
Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.”
(sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).
Tidak akan menyesal sesiapa yang bertanyakan penciptanya dan berbincang dengan orang-orang mukmin kemudian berhati-hati dalam menangani persoalannya.
Allah telah berfirman:
Yang bermaksud:"Dan berbincanglah dengan mereka (para sahabat) dalam urusan itu (peperangan, ekonomi, politik dll). Apabila kamu telah membulatkan tekad, bertawakallah kepada Allah". (Surah Ali-Imran:159)
Dalam mengerjakan solat istikharah, tidak terdapat suatu bacaan tertentu, di samping tidak perlu dikerjakan secara berulang-ulang. Imam An-Nawawi berkata:”Sesudah mengerjakan solat istikharah, seseorang semestinya mengerjakan apa yang dirasa lebih baik untuk dirinya. Di samping itu, hendaknya dia benar-benar bebas dari dorongan dan kehendak yang bersifat peribadi.
Jadi, tidak boleh wujud sebarang pilihan terbaik sebelum mengerjakan solat istikharah. Jika demikian, maka sama halnya dengan tidak beristikharah kepada Allah atau kurang pasrah diri terhadap pengetahuan dan kekuasaan Allah. Oleh yang demikian, seseorang mestilah mempercayai kehendak Allah yang akan ditetapkan ke atas dirinya. Dengan begitu, bererti dia tidak memaksakan kehendak peribadi ketika beristikharah untuk mencari petunjuk yang terbaik kepada Allah.
Wallahu a`lam
____________
* Wajib dan mandub adalah sesuatu perbuatan yang dituntut supaya dilaksanakan, manakala makruh pula adalah sesuatu yang dituntut supaya ditinggalkan. Oleh yang demikian, solat istikharah hanya pada perkara mubah sahaja.
Rujukan: KItab Fiqh Sunnah, Karangan Syeikh Sayid Sabiq ( Cetakan Dar Fathul Al-I`lam Al-Arabi)
Thursday, April 22, 2010
Perkara-perkara sunat ketika mengerjakan solat
CARA MENGANGKAT KEDUA TANGAN
Terdapat beberapa riwayat mengenai cara mengangkat kedua tangan. Namun riwayat yang menjadi pilihan jumhur ulama adalah seseorang itu mengangkat kedua tangan sejajar dengan kedua bahu, di mana penghujung jari-jemarinya sejajar dengan bahagian atas telinga, manakala kedua ibu jari terletak pada bahagian bawah telinga dan kedua telapak tangannya sejajar dengan kedua bahu.
Imam An-Nawawi berkata:”Dengan cara ini, Imam As-Syafie beerjaya menghimpun beberapa riwayat hadis, hingga cara begini dianggap terbaik sebilangan ulama.” Di samping itu, disunatkan menegakkan jari jemarinya ketika mengangkat kedua-dua tangannya itu.” Dari Abu Hurairah R.A katanya:
Yang bermaksud: “Apabila Nabi S.A.S berdiri hendak mengerjakan solat, beliau mengangkat kedua tangannya sambil menegakkan jari-jemarinya”
(Diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, An-Nasai dan At-Tirmizi)
WAKTU MENGANGKAT KEDUA TANGAN
1. Mengangkat kedua tangan hendaklah seiringan dengan bacaan takbiratul ihram, namun dibolehkan membaca takbiratul ihram sebelum mengangkat tangan. Dalil mengangkat kedua tangan beriringan dengan bacaan takbir adalah dari Nafi` R.A, bahawa:
Yang bermaksud:”Apabila Ibnu Umar R.A hendak memulakan solat, beliau membaca takbir sekaligus mengangkat kedua belah tangannya. Cara begini dinyatakannya berasal dari Nabi S.A.W”
(Diriwayatkan oleh Al-Bukhari, An-Nasai dan Abu Daud)
2. Dalil dibolehkan mendahulukan mengangkat kedua tangan ke atas bacaan takbiratul ihram adalah dari Ibnu Umar, katanya:”
Yang bermaksud:”Apabila Nabi S.A.W berdiri hendak mengerjakan soolat, beliau mengangkat kedua belah tangannya hingga sejajar dengan kedua bahunya dan setelah itu, barulah beliau membaca takbir.”
(Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim)
3. Membaca takbir sebelum mengangkat tangan adalah dibolehkan, Dari Malik bin Al-huwairth dengan susunan lafaz:
Yang bermaksud: “Beliau membaca takbir terlebih dahulu dan kemudian barulah mengangkat kedua belah tangannya.”
(Diriwayatkan oleh Muslim)
Hadis ini membolehkan mendahulukan takbir sebelum mengangkat tangan. Tetapi Al-Hafiz Ibnu hajar Al-Asqolani berkata:”Aku tidak pernah mendengar ulama yang mengatakan, bahawa boleh mendahulukan takbir sebelum mengangkat kedua tangan.”
KEDUA DAN KETIGA: KETIKA HENDAK RUKUK DAN BANGKIT BERDIRI DARIPADANYA
Disunatkan mengangkat kedua belah tangan ketika hendak rukuk dan ketika hendak bangkit daripadanya. 22 orang sahabat telah meriwayatkan, bahawa Rasulullah S.A.W sering melakukan yang demikian itu. Dari Ibnu Umar R.A katanya:
Yang bermaksud:”Apabila Nabi S.A.W berdiri hendak mengerjakan solat, beliau mengangkat kedua belah tangannya sejajar dengan kedua bahunya. Setelah itu, barulah beliau membaca takkbir. Kemudian apabila hendak rukuk, beliau mengangkat lagi tangannya seperti itu. Jika mengangkat kepala ketika bangkit dari rukuk, beliau mengangkat lagi tangannya seperti yang demikian itu sambil membaca:”(Allah maha mendengar bagi sesiapa yang memuji-Nya. Wahai Tuhan kami, bagi-Mulah segala pujian).”
(Diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim dan Al-Baihaqi).
Dalam satu riwayat Al-Bukhari dinyatakan:
Yang bermaksud: :”Beliau tidak berbuat demikian ketika hendak sujud dan tidak pula ketika hendak bangkit daripada sujud”
Dalam satu riwayat Muslim:
Yang bermaksud:”Dan beliau tidak mengangkat kedua tangannya ketika bangkit duduk di antara dua sujud.” Al-Baihaqi pula menambahkan":
Yang bermaksud:”Demikianlah solat yang dilakukan oleh Nabi S.A.W hingga beliau wafat.”
Ibnu Al-Madini berkata:”Padaku, hadis ini boleh dijadikan dalil ke atas semua orang. Setiap orang yang mendengarnya hendaklah mengamalkannya, kerana tidak ada kecacatan sedikitpun pada sanadnya.” Bahkan Al-Bukhari telah membuat satu bab tersendiri mengenai masalah ini dan meriwayatkan dari Hasan dan Humaid bin Hilal, bahawa para sahabat selalunya mengangkat tangan pada ketiga-tiga keadaan tersebut, iaitu ketika takbiratul ihram, ketika rukuk dan ketika bangkit daripadanya.” Malah Al-hasan menegaskan, bahawa tidak seorang pun yang menyalahi kenyataan ini.
Mazhab Hanafi menegaskan, bahawa mengangkat tangan hanya disyariatkan pada takbiratul ihram sahaja. Dalilnya hadis Ibnu Mas`ud, di mana beliau berkata:”Aku akan memperlihatkan tata cara solat Rasulullah S.A.W kepada kamu.” Ibnu Mas`ud pun mengerjakan solat, namun ternyata beliau tidka mengangkat kedua tangannya melainkan hanya sekali sahaja, iaitu ketika takbiratul ihram. Bagaimanapun mazhab ini tidak berlandaskan kepada dalil yang kuat, kerana hadisnya banyak mendapat kritikan dari kalangan imam hadis.”
Ibnu Hibban berkata:”Ini merupakkan athar paling baik yang pernah diriwayatkan oleh pendudukk Kufah.” Di situ, dinyatakan bahawa tidak perlu mengangkat tangan dalam solat ketika rukuk dan ketika bangkit darinya. Padahal sebenarnya, athar tersebut merupakan dalil yang amat lemah, kerana adanya beberapa kecacatan hingga ia tidak boleh dijadikan sebagai sandaran dalil. Seandainya athar tersebut dianggap sahih, sebagaimana yang telah ditegaskan oleh At-Tirmizi, tetapi ia tetap tidak dapat menyaingi kekuatan hadis-hadis sahih yang telah pun menduduki peringkat masyhur.”
KEEMPAT: KETIKA BANGKIT UNTUK MENERUSKAN RAKAAT YANG KE TIGA
Dari Nafi` dari Ibnu Umar R.Anhuma, bahawa:
Yang bermaksud:”Apabila Ibnu Umar bangkit dari rakaat kedua, beliau mengangkat kedua belah tangannya. Beliau menegaskan bahawa ii berdasarkan kepada amalan Nabi S.A.W”
(Diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Abu Daud dan An-Nasa`i)
LELAKI DAN PEREMPUAN ADALAH SAMA DALAM MASALAH INI
Imam As-Syaukani berkata:”Ketahuilah bahawa sunat ini mesti dilakukan oleh kaum lelaki dan perempuan dan tidak ada keterangan yang membezakan antara kedua-duanya. Demikian juga tidak ada keterangan yang menyatakan adanya perbezaan tentang ukuran mengangkat tangan antara lelaki dengan perempuan.
Wallahu a`lam….
Tuesday, April 20, 2010
Perkara2 sunat ketika mengerjakan solat
Salam sejahtera, ada beberapa perkara-perakra sunat ketika mengerjakan solat yang semestinya dilakukan oleh seseorang yang mengerjakan solat supaya memperoleh ganjaran pahalanya. Berikut ini adalah huraiannya:
Disunatkan mengangkat kedua-dua belah tangan pada empat keadaan, Iaitu:
1. Pertama: Ketika Takbiratul Ihram
Ibnu Munzir berkata: “Tidak wujud sebarang perselisihan pendapat di kalangan ulama, bahawa Nabi S.A.W sentiasa mengangkat kedua belah tangannya ketika hendak memulakan solat.”
Al-hafiz Ibnu Hajar Al-Asqolani berkata: “Hadis yang menyatakan sunat mengangkat kedua belah tangan pada permulaan solat itu adalah diriwayatkan oleh lima puluh orang sahabat, termasuk antaranya sepuluh orang sahabat yang dijamin masuk syurga.” AL-Baihaqi meriwayatkan dari Al-Hakim, katanya:”Kami tidak pernah menjumpai satu-satunya amalan sunat yang diriwayatkan dari Rasulullah S.A.W secara bersepadu oleh Khulafa` Ar-Rasyidin, sepuluh orang sahabat yang dijamin masuk syurga, Tabi`in dan Tabi` Tabi`in, selain daripada amalan sunat ini”
Al-Baihqi menyatakan dengan berkata:”Ini berdasarkan kenyataan guru kami, Abu Abdullah.”
B E R S A M B U N G . . . . . . . . . . . . .
_______________________
*Moga kita semua dirahmati-Nya…ameen
Monday, April 19, 2010
:)
Salam Ukhwah, Segala puji Hanya Bagi Allah.. Tuhan sekalian alam.. Selawat dan Salam keatas Baginda ahli keluarga serta Sahabat R.Anhum Ajmaien..
Semalam, aku hanya sempat untuk mengupload gambar sahaja, tidak sempat untuk bercerita.. akan tentang gambar tersebut..
Gambar itu lah yang aku janji kan pada entri yang sebelumnya.
Pagi yang dijanjikan bersama sahabat-sahabat yang lain untuk pergi ke tempat tersebut.. Hati ku tertanya-tanya bagaimanakah keadaan tempat tersebut. Tempat yang mana diturunkan bala oleh Allah kepada mereka-mereka yang zalim.
Allah berfirman:
قَالُوا سُبْحَانَ رَبِّنَا إِنَّا كُنَّا ظَالِمِينَ (٢٩)
29. mereka berkata (dengan sesalnya): "Maha suci Tuhan kami! Sesungguhnya Kami adalah orang-orang Yang berlaku zalim!"
Ketika dipersimpangan pertama seharusnya kami mengambil sebelah kanan, tetapi disebabkan arab yang “memBijjokkan” dirinya. kami telah mengambil ke sebelah kiri kerana mengikut akan kata-kata arab tersebut sehinggalah kami terlajak hingga ke Amran.. (2 jam perjalanan dari Sana`a).
Kadang-kadang panas juga hati ni dengan sifat orang arab yang suka “bijjok”. Apa salahnya jika mereka berterus terang akan sesuatu yang mereka tidak ketahui?
Apapun.. ini semualah yang akan membuatkan kami sama-sama tergelak dan tersenyum bila mengenang kan pe`el orang arab Yaman ketika kami bertanya mengenai sesebuah tempat..
Setelah sampai di tempat tersebut. Kelihatan tanah tersebut seolah-olah dibakar dan ini yang membuatkan aku terpaku.. keluasan tanah tersebut seluas mata memandang..
Benarlah firman Allah:
فَأَصْبَحَتْ كَالصَّرِيمِ (٢٠)
20. lalu menjadilah ia sebagai kebun Yang telah binasa semua buahnya…..
Ok, gambar dah ada tuh.. apa kata kita pakat tengok gambarnya pula…
Wassalam
_______________________
عَسَى رَبُّنَا أَنْ يُبْدِلَنَا خَيْرًا مِنْهَا إِنَّا إِلَى رَبِّنَا رَاغِبُونَ (٣٢)
32. "Semoga Tuhan kita, (dengan sebab kita bertaubat) menggantikan bagi kita Yang lebih baik daripada (kebun Yang telah binasa) itu; sesungguhnya, kepada Tuhan kita sahajalah kita berharap".
Sunday, April 18, 2010
Saturday, April 17, 2010
Di manakah kami?
Salam Sejahtera..Beberapa tahun yang lalu, kami pernah pergi ke suatu tempat. Yang mana mengambil masa 1 jam dari Sana`a *. Disitu adalah tempat yang dikatakan turunnya bala dari Allah kepada mereka yang zalim.
Firman Allah didalam surah Al-Qalam:
إِنَّا بَلَوْنَاهُمْ كَمَا بَلَوْنَا أَصْحَابَ الْجَنَّةِ إِذْ أَقْسَمُوا لَيَصْرِمُنَّهَا مُصْبِحِينَ (١٧)
17. Sesungguhnya Kami telah timpakan mereka Dengan bala bencana, sebagaimana Kami timpakan tuan-tuan punya kebun (dari kaum Yang telah lalu), ketika orang-orang itu bersumpah (bahawa) mereka akan memetik buah-buah kebun itu pada esok pagi; -
وَلا يَسْتَثْنُونَ (١٨)
18. serta mereka tidak menyebut pengecualian.
فَطَافَ عَلَيْهَا طَائِفٌ مِنْ رَبِّكَ وَهُمْ نَائِمُونَ (١٩)
19. maka kebun itu didatangi serta diliputi oleh bala bencana dari Tuhanmu (pada malam hari), sedang mereka semua tidur.
فَأَصْبَحَتْ كَالصَّرِيمِ (٢٠)
20. lalu menjadilah ia sebagai kebun Yang telah binasa semua buahnya.
فَتَنَادَوْا مُصْبِحِينَ (٢١)
21. kemudian pada pagi-pagi, mereka panggil memanggil antara satu Dengan Yang lain -
أَنِ اغْدُوا عَلَى حَرْثِكُمْ إِنْ كُنْتُمْ صَارِمِينَ (٢٢)
22. (setengahnya berkata): "Pergilah pada pagi-pagi ke kebun kamu, kalau betul kamu mahu memetik buahnya".
فَانْطَلَقُوا وَهُمْ يَتَخَافَتُونَ (٢٣)
23. lalu berjalanlah mereka sambil berbisik (katanya):
أَنْ لا يَدْخُلَنَّهَا الْيَوْمَ عَلَيْكُمْ مِسْكِينٌ (٢٤)
24. "Pada hari ini, janganlah hendaknya seorang miskin pun masuk ke kebun itu mendapatkan kamu".
وَغَدَوْا عَلَى حَرْدٍ قَادِرِينَ (٢٥)
25. dan pergilah mereka pada pagi-pagi itu, Dengan kepercayaan, (bahawa) mereka berkuasa menghampakan fakir miskin dari hasil kebun itu.
فَلَمَّا رَأَوْهَا قَالُوا إِنَّا لَضَالُّونَ (٢٦)
26. sebaik-baik sahaja mereka melihat kebunnya, mereka berkata: "Sebenarnya kita sesat jalan, (Ini bukanlah kebun kita)".
بَلْ نَحْنُ مَحْرُومُونَ (٢٧)
27. (setelah mereka perhati Dengan teliti, mereka berkata: "Tidak! kita tidak sesat), bahkan kita orang-orang Yang dihampakan (dari hasil kebun kita, Dengan sebab ingatan buruk kita sendiri)".
قَالَ أَوْسَطُهُمْ أَلَمْ أَقُلْ لَكُمْ لَوْلا تُسَبِّحُونَ (٢٨)
28. berkatalah orang Yang bersikap adil di antara mereka: "Bukankah Aku telah katakan kepada kamu (semasa kamu hendak menghampakan orang-orang fakir miskin dari habuannya): amatlah elok kiranya kamu mengingati Allah (serta membatalkan rancangan kamu Yang jahat itu) ?"
قَالُوا سُبْحَانَ رَبِّنَا إِنَّا كُنَّا ظَالِمِينَ (٢٩)
29. mereka berkata (dengan sesalnya): "Maha suci Tuhan kami! Sesungguhnya Kami adalah orang-orang Yang berlaku zalim!"
فَأَقْبَلَ بَعْضُهُمْ عَلَى بَعْضٍ يَتَلاوَمُونَ (٣٠)
30. kemudian setengahnya mengadap Yang lain, sambil cela-mencela.
قَالُوا يَا وَيْلَنَا إِنَّا كُنَّا طَاغِينَ (٣١)
31. mereka berkata: "Aduhai celakanya kita! Sesungguhnya kita adalah orang-orang Yang melampaui batas.
عَسَى رَبُّنَا أَنْ يُبْدِلَنَا خَيْرًا مِنْهَا إِنَّا إِلَى رَبِّنَا رَاغِبُونَ (٣٢)
32. "Semoga Tuhan kita, (dengan sebab kita bertaubat) menggantikan bagi kita Yang lebih baik daripada (kebun Yang telah binasa) itu; sesungguhnya, kepada Tuhan kita sahajalah kita berharap".
كَذَلِكَ الْعَذَابُ وَلَعَذَابُ الآخِرَةِ أَكْبَرُ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ (٣٣)
33. Demikianlah azab seksa (yang telah ditimpakan kepada golongan Yang ingkar di dunia), dan Sesungguhnya azab hari akhirat lebih besar lagi; kalaulah mereka orang-orang Yang berpengetahuan (tentulah mereka beringat-ingat).
Erm.. untuk mengetahui bagaimanakah keadaan kebun tersebut sekarang ini.. kita sambung esok yer..
_________________
*Ini adalah pendapat Ibnu Kathir didalam Tafsirnya (Tafsir Al-Qur`anul Azim)
Tuesday, April 13, 2010
Teringat
Ketika aku memerhatikan kipas yang berpusing, terlintaslah dalam kepala tu.. bahawa pusingan nya itu bukanlah pusingan semata, pusingnya itu lah yang akan memberikan sedikit keselesaan dan kelegaan kepada manusia ketika mana sedang kepanasan..
Eh, kenapa kipas pula yang menjadi perbincangan ku?
Sebenarnya, Hati ku masih lagi seperti semalam walaupun sahabat-sahabat disekelilingku melihat aku gembira, sentiasa happy, tetapi.. itu hanyalah luaran.. adalah dalaman..semua ini …. ah biarlah..
Inikan untuk bacaan umum, tidak sepatutnya aku hanya menceritakan akan apa yang kulalui.. nanti apa pula kata pembaca.. mesti mereka boring..
Tetapi, sekali difikirkan.. blog ini kan boleh dipelbagaikan gunanya, ada mereka yang menggunakn blog ini sebagai tempat untuk mengiklankan produk-produk mereka, ada juga yang menggunakan sebagai wasilah untuk berda`wah, politik dan sebagainya.
Dan apa yang menyedihkan hari ini, ada beberapa golongan manusia yang menggunakannya sebagai tempat untuk menabur @ menyebarkan fitnah, dan juga menggunakan ruangan ini untuk melakukan perkara-perkara yang tidak sihat…
Moga kita dijauhi dari semua yang tidak memberikan menafaat kepada kita semua. ameen.
Apa pun di blog ku ini, aku lebih berminat untuk menuliskan akan tentang diri ku..
Eh sekejap je dah kol 7-00 malam, aku kena beransur dulu, perlu bersiap-siap untuk ke masjid Mas Omar.
Wassalam
Monday, April 12, 2010
Pahit
Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah.. Tiada yang disembah melainkan-Nya & Nabi Muhammad S.A.W adalah Hamba dan Pesuruh-Nya.
Aku baru selesai mengerjakan solat Asar bersendirian. Kebiasaan waktu beginilah aku murajaah kembali akan apa yang akan aku bentangkan pada setiap malam (kuliah Maghrib) di masjid sekitar dun Kijang.
Kebetulan, malam ini adalah giliran Ust Jal (Kuliah Maghrib), jadi aku bolehlah berehat seketika sementara menunggu jam hp (Bilik ku tiada jam dinding :) ) ku menunjukkan jam 7-00 mlm. Ah tentang jam 7-00 malam tak perlulah aku terangkan lagi, kerana telah sedia maklum pada entriku yang lalu mengenai jam 7-00 malam.
Herm, banyak juga perkara yang ingin ku utarakan disini, tetapi diruangan ini ternyata belum juga mampu untuk ku luahkan akan keseluruhan.
Walau ku tak mampu ceritakan disini secara keseluruhan, cukuplah walau pun secebis dari apa yang ku alami sekarang ini.. kerana, paling tidak dapat meringankan akan apa yang sedang ku tanggungi ini.
Mungkin apa yang aku alami sekarang ini adalah perkara biasa bagi orang yang telah melaluinya.. benar, amat senang untuk aku type “lupakanlah akan peristiwa yang lepas”..tetapi masa untuk kutempuhi agar dapat melupakan keseluruhannya.. semua itu amatlah berat… Hanya Allah yang Maha Mengetahui..
Aku hanya mampu merancang, adapun yang menentukan hanyalah sang Pencipta. Segala apa yang berlaku ini adalah dalam aturan-Nya. Mudah-mudahan ada hikmah disebaliknya.
Entri “Aku bukanlah superman” bukanlah aku saja-saja publishkan.. Semua itu berkait dengan apa yang aku lalui diketika ini.
Ah, mengapa mudah benar….
Mengapa amat murah sekali…
Mengapa amat lemah sekali….
Tadi, aku menyatakan untuk menceritakan apa yang sedang ku alami sekarang ini, tetapi.. belum juga ku ceritakan.. Sebabnya?? Mudah aje… hati manusia selalu berubah.. biarlah semua ini menjadi 1 rahsia.
Tulisan ku untuk kali ini amatlah bercelaru, samalah kecelaruan yang sedang berlegar dipersekitaran minda ku… Ah, bukannya selalu.. sebelum ni pun hidup ku senang, aman.. pernah aku merungut sebegini? ………………………………
Ya Rabbi… Kepada-Mu akan ku kembali…
Ampunkanlah dosa dan segala keterlanjuranku..
Diketika ini, difikiran ku hanyalah teringat akan satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari & Muslim, yang mana ini juga diantara doa yang dibaca Oleh Baginda S.A.W setiap kali selepas takbiratul ihram didalam Solat-Nya..
Ya Allah! jauhkanlah diriku dengan kesalahanku sebagaimana Engkau menjauhkan antara Timur dan Barat!
Ya Allah! bersihkanlah diriku dari kesalahanku sebagaimana kain yang berwarna putih bersih dari kotoran noda!
Ya Allah! cucilah diriku dari kesalahanku, dengan salju, air dan embun"
Wassalam
aminpcb
11042010
_______________________
Ya Allah! aku berlindung pada-Mu dari rasa sedih dan gelisah dan aku berlindung pada-Mu dari sikap pengecut dan bakhil dan aku berlindung pada-Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang..ameen
Saturday, April 10, 2010
Naruto
Kali ini aku hanya ingin kongsi citer kartun, kalau diikutkan citer kartun nih dah pun menyambut ulangtahun ke-10. Tapi aku baru mengikutinya 6 tahun yang lalu. Tajuknye adalah Naruto..
Sebenarnya aku adalah hantu kartun sejak dari kecil, hingga bila anak-anak kecil bermain-main disebelah petang, aku hanya menghabiskan masa petangku dengan menonton citer kartun. Hingga ada diantara pak sedara ku menggelarkan aku hantu kartun, adapun anime mahupun mangga. :) Ala setelah habis citer kartun tu tadi, aku pun turun jugak ke tanah tuk bermain-main.. sementara tunggu pukul 7 ptg, sbb bila jam menunjukkan 7 ptg.. aku akan bergegas2 balik kerumah untuk mandi.. kerana ingin mengikuti ayah ku ke masjid.. itulah rutin harianku diwaktu petang..
Ketika usiaku mencecah 13 tahun, aku memasuki madrasah al-quran kubang bujuk, jd selama disana memang tidak terdedah kepada keadaan luar.. pagi, ptg n malam ku hanya dengan al-quran.. alhamdulillah…
Bila aku menjejakkan kaki ke yaman… tut…. sampai disini jek…
Ok sambung balik citer naruto.. ada jugak pelanggan aku baru nih bertanya.. anime apa yang biasa didownload? aku dengan bersahaja menjawab naruto jek…
Ish.. takde citer lain ke nak tengok..asyik-asyik naruto.. katanya seolah2 bosan dengan tajuk “naruto”..
Ala.. tengok citer naruto ni pun suka-suka jek.. yang ni pun tak terlayan (masa yang agak terhad).. usahkan nak tengok citer lain.. Balas ku sambil tersenyum.
Ah, ni baru siap download naruto 154-155.. tengok intro pun dah best.. takpe layan kat umah petang karang lagi best.. sekarang buat kerja elok2.. jangan curik tulang.. :)
Wassalam..
______________________
*Hancurlah konoha kena serang dengan akatsuki
Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck (Bhg. 13)
Bimbang
Aziz bekerja di Padang, jauh dari mata orang tuanya, bergaul dengan teman sejawat yang tidak berketentuan perangai, sehingga dia sendiri pun telah berturut-turut pula.
Bilamana hari telah malam, dia pergi ke tempat pergurauan, melepaskan nafsu mudanya.
Yang lebih disukainya ialah menghabiskan wang dengan orang-orang yang tak berketentuan. Atau mempermain-mainkan anak bini orang. Kalau kelihatan seorang gadis yang cantik rupanya, dia telah jadi sebagai cacing kepanasan, sebentar-sebentar dia rupa orang alim sangat, tetapi dengan perangai demikian dia tidak tahan lama,
beberapa minit saja dapat berubah menjadi seorang yang duduk gelisah. Belum pernah dia beristeri, meskipun telah berkali-kali disuruh orang tuanya, kerana menurut perkataannya kepada kawan-kawannya beristeri itu mengikat langkah, menyebabkan kehilangan kebebasan. Apalagi pada zaman ini, zaman kemajuan, semuanya serba susah. Akan dipilih isteri orang kampong, terlalu bodoh, tidak tahu bagaimana kemahuan hidup di zaman sekarang.
Isteri itu selain dari pandai mengatur rumah, pandai melekatkan pakaian yang menarik hati, harus pandai pula bergaul. Tidak kaku, jika bertemu dengan laki-laki lain. Sedang pada perempuan kampung semuanya itu tidak lengkap. Akan beristeri perempuan kota,tingkahnya banyak, mintanya bukan sedikit. Dia mahu menonton, mahu itu, mahu ini, kadang-kadang hendak mengatur langkah kakinya menurut sukanya. Apalagi gadis-gadis sekarang menurut persangkaan aziz tidak mempunyai cinta yang jujur, sebab pergaulannya terlalu bebas. Dia sudah berkali-kali berjanji dengan gadis-gadis akan setia, sehidup semati, sesakit sesenang, tetapi sebahagian besar yang berjanji itu, bersuami juga, dan hidup senang dengan suaminya. Janjinya ketika masih perawan seberat bumi dan langit. Dia sendiri pun demikian pula, berjanji empat kali sehari, dengan anak gadis yang bermacam-macam pula perangainya, dia juga mungkir.
Jadi bagi aziz, hidup adalah komedi belaka. Kejujuran tidak ada pada masyarakat, baik laki-laki atau perempuan. Kejujuran adalah bergantung kepada wang. Kahwin tidak ada gunanya asal suka sama suka. Sebab itu hanya ijab dan Kabul, yang perempuan dibolehkan orang tuanya, baru boleh kahwin, kalau tidak, tidak boleh. Yang demikian adalah merampas kemerdekaan. Lebih baik turutkan saja kehendak hati sedang badan muda, kalau sudah tua, iaitu kesempatan kesenangan tak ada lagi barulah perbaiki diri, baru kahwin!
Tetapi sungguhpun begitu, kepada kaum keluarga ada juga segannya sedikit. Itulah sebabnya dia tinggal di Padang. Supaya jangan mengganggu pendengaran kaum kerabat kiri kanan. Kalau dia pulang sekali-sekali dan disebutkan kepadanya perkara kahwin, tidaklah itu alas an yang dikeluarkannya, hanyalah diwajibkan saja:" Belum hendak kahwin, belum ada yang setuju."
Adiknya, Khadijah telah bertunangan dengan seorang muda yang kaya, yang baru saja menerima pusaka tok besar (kedai) di Bukit Tinggi dan berfikiran moden pula. Tetapi dia (Khadijah) hendak mencuba dahulu, melunakkan hati saudaranya supaya suka kahwin pula. Yang maksud hatinya akan jodoh saudaranya ialah Hayati. Mudah-mudahan keborosan dan fikiran muda saudaranya itu dapat berubah jika mendapat isteri sebagai Hayati yang alim itu. Apalagi Hayati cantik benar, perasaan kampungnya dapatlah dibentuk supaya lebih maju, jika kelak tinggal dikota. Apalagi kota sebagai Padang. Dalam pergaulan beberapa hari di Padang Panjang, dalam melihat pacu kuda, pasar keramaian, berjalan-jalan makan angin ke tempat-tempat yang indah dan pergaulan di atas rumah yang bebas, tentu saja hati aziz amat tertarik melihat kecantikan Hayati. Khadijah pun selalu memperhatikan bagaimana tajam mata saudaranya melihat gadis pingitan itu. Bilamana bersama-sama makan, kerap kali Hayati tersipu-sipu kerana tidak tahan dilihat dengan sudut mata yang setajam itu.
Bilamana Khadijah ke belakang atau yang lain tak asa, Aziz tiba, didapatinya hayati duduk, pandai pula dia mengeluarkan perkataan-perkataan yang lemak manis yang dapat menerbitkan kegembiraan perempuan. Maklumlah sudah biasa.
Berutur yang lemak manis dia pandai sekali, mula-mula malu dan enggan,bahkan takut Hayati berdekat dengan dia, maklumlah gadis kampung, Tetapi "memikat" adalah kepandaian Aiz yang tersendiri. Sehingga keseganan dan keberatan itu lama-lama hilang. Dia suka kepada Aziz sebab dia saudara Khadijah, dan sentiasa bila melihat orang lain itu, perasaan belas kasihan kepada Zainuddin bertambah-tambah juga. Belas kasihan!
Aziz amat pandai berpura-pura. Menurut pendapatnya, segala perempuan itu sama saja, sama-sama permainan lelaki, yang mana pun boleh dipermain-mainkan. Timbangannya terhadap Hayati berbeza dengan timbangan Khadijah. Bagi Khadijah, Hayati patut menjadi isteri Aziz, Hayati itu cantik betul, bagaimanakah akal supaya dapat jatuh ke tangannya.
Sehari sesudah Khadijah berbicara panjang mencela dan mengejek Zainuddin itu, Hayati dibawa oleh Khadijah ke dalam kamarnya. Diperhatikannya albumnya yang penuh dengan gambar-gambar ketika dia pergi makan angin ke bukit-bukit, ke Lubuk Mata Kucing, ke kaki Singgalang, ke belukar Anai, ke Ngarai di Bukit Tinggi, ketika tunangnya di rumah tempoh hari. Sudah dua bulan tunanngnya itu ada di Jakarta, menambah ilmunya dalam perkara perdagangan, dan bilamana dia pulang akan ditentukan hari perkahwinan mereka. Alangkah baiknya kata Khadijah kalau hari perkahwinan mereka dapat disamakan!
Bersambung………
Wednesday, April 7, 2010
Multazam
Assalamualaikum.. 3 hari lepas aku menerima 1 msg dari kawan ku (Qadir), katanya abang dia (multazam) sedang berada dihospital.
Pada mulanya hanya demam biasa, tetapi setelah berlanjutan selama 2 minggu, herm.. multazam dibawa ke hospital untuk mendapat rawatan. Setelah beberapa hari dihospital belum juga dikenal pasti akan penyakitnya.
Dan, selepas dimasukkan darah sebanyak 4 beg plastik, kesemua darahnya itu hilang, dan ini barulah dapat dikesan bahawa dia mengidap penyakit “Luekimia” ..
Aku terdiam bila ini yang diberitahu kepadaku oleh adiknya Multazam yaitu Qadir. Hanya doa yang mampu ku pohon dari sang Pencipta agar lekas sembuh…
Alhhumma a`fina fi badanina, Allahumma afina fi sam`ina, Allahumma afina fi basorina…
Sunday, April 4, 2010
Alhamdulillah
Salam sejahtera, setelah selesai mengerjakan solat subuh, jam dinding di masjid Al-Aminin menunjukkan 6-20 pagi. Ah masih awal lagi, kata hati ku, kalau aku terus ke kedai untuk ambil nasi berlauk pagi, mesti kedai itu belum buka lagi. Kena menunggu dalam keadaam berdiri pula tu.
Ah ada baiknya aku baca ma`thurat dulu, nanti kat kedai bulih aku murajaah yang selainnya.. jimat masa..
Herm.. malam ini abah, ma dan adik bongsu ku yang kiut miut akan balik dari Kuala Lumpur, betapa gembiranya hati ini.. baru 3 hari ditinggalkan dah terasa. selama ini aku yang selalu tinggalkan keluarga ku untuk menuntut ilmu di Yaman.. tak rasa apa-apa pun.. :)
Oh yer, baru je minggu lepas aku ada terbaca dalam keratan akhbar utusan, yang mana menyatakan bahawa isu “harga barang akan naik” saja-saja dimainkan oleh pihak pembangkang. Dalam erti kata tidak akan ada berlaku kenaikan harga barang dalam masa terdekat ini. Tetapi semalam, ketikamana aku pergi beli barang-barang untuk kedai, harga barang memang naik. dan boleh dikatakan kebanyakkan nya naik. Entah la, aku pun dah lali dengan ungkapan 1 malaysia. Bukak radio kedengaran 1 malaysia, bukak tv pun sama…
Aku malas untuk hurai semua ini..
Sama-samalah doakan agar kita semua dirahmati-Nya…ameen
Saturday, April 3, 2010
Tangguh
Alhamdulillahi wakafa… setelah kembali dari mengerjakan solat subuh di masjid Al-Aminin Kg.Kijang, aku bersegera masuk ke bilik untuk bersiap-siap ke tempat kerja, tengah aku ingin menuruni 11 anak tangga yang tersusun (menurun), opss!! baru ku teringat yang hp ku tertinggal di bilik.
Setelah ku mencapai hp ku, terlihat 1 mesej.. ku ingatkan dari sahabat aku semalam, tapi rupa-rupanya dari cikgu azmi, bila ku bukak “Assalamualaikum, Ust.. cikgu nik pa telah meninggal dunia jam 5 pagi td”.
Aku terdiam seketika, baru minggu lepas ayah ku ada menyebut untuk menziarahi cikgu nik pa, tetapi terpaksa ditangguhkan dulu kerana masa yang tidak mengizinkan..
aku tak tau nak type apa lagi… doaku moga rohnya dicucuri rahmat…ameen
_____________________
*Alllahum maghfirlahu war hamhu, wa afihi wa`fu anhu