Sunday, April 4, 2010

Alhamdulillah

Salam sejahtera, setelah selesai mengerjakan solat subuh, jam dinding di masjid Al-Aminin menunjukkan 6-20 pagi. Ah masih awal lagi, kata hati ku, kalau aku terus ke kedai untuk ambil nasi berlauk pagi, mesti kedai itu belum buka lagi. Kena menunggu dalam keadaam berdiri pula tu.

Ah ada baiknya aku baca ma`thurat dulu, nanti kat kedai bulih aku murajaah yang selainnya.. jimat masa..

Herm.. malam ini abah, ma dan adik bongsu ku yang kiut miut akan balik dari Kuala Lumpur,  betapa gembiranya hati ini.. baru 3 hari ditinggalkan dah terasa. selama ini aku yang selalu tinggalkan keluarga ku untuk menuntut ilmu di Yaman.. tak rasa apa-apa pun.. :)

Oh yer, baru je minggu lepas aku ada terbaca dalam keratan akhbar utusan, yang mana menyatakan bahawa isu “harga barang akan naik” saja-saja dimainkan oleh pihak pembangkang. Dalam erti kata tidak akan ada berlaku kenaikan harga barang dalam masa terdekat ini. Tetapi semalam, ketikamana aku pergi beli barang-barang untuk kedai, harga barang memang naik. dan boleh dikatakan kebanyakkan nya naik. Entah la, aku pun dah lali dengan ungkapan 1 malaysia. Bukak radio kedengaran 1 malaysia, bukak tv pun sama…

Aku malas untuk hurai semua ini..

Sama-samalah doakan agar kita semua dirahmati-Nya…ameen

No comments: