Salam Ukhwah, Segala puji Hanya Bagi Allah.. Tuhan sekalian alam.. Selawat dan Salam keatas Baginda ahli keluarga serta Sahabat R.Anhum Ajmaien..
Semalam, aku hanya sempat untuk mengupload gambar sahaja, tidak sempat untuk bercerita.. akan tentang gambar tersebut..
Gambar itu lah yang aku janji kan pada entri yang sebelumnya.
Pagi yang dijanjikan bersama sahabat-sahabat yang lain untuk pergi ke tempat tersebut.. Hati ku tertanya-tanya bagaimanakah keadaan tempat tersebut. Tempat yang mana diturunkan bala oleh Allah kepada mereka-mereka yang zalim.
Allah berfirman:
قَالُوا سُبْحَانَ رَبِّنَا إِنَّا كُنَّا ظَالِمِينَ (٢٩)
29. mereka berkata (dengan sesalnya): "Maha suci Tuhan kami! Sesungguhnya Kami adalah orang-orang Yang berlaku zalim!"
Ketika dipersimpangan pertama seharusnya kami mengambil sebelah kanan, tetapi disebabkan arab yang “memBijjokkan” dirinya. kami telah mengambil ke sebelah kiri kerana mengikut akan kata-kata arab tersebut sehinggalah kami terlajak hingga ke Amran.. (2 jam perjalanan dari Sana`a).
Kadang-kadang panas juga hati ni dengan sifat orang arab yang suka “bijjok”. Apa salahnya jika mereka berterus terang akan sesuatu yang mereka tidak ketahui?
Apapun.. ini semualah yang akan membuatkan kami sama-sama tergelak dan tersenyum bila mengenang kan pe`el orang arab Yaman ketika kami bertanya mengenai sesebuah tempat..
Setelah sampai di tempat tersebut. Kelihatan tanah tersebut seolah-olah dibakar dan ini yang membuatkan aku terpaku.. keluasan tanah tersebut seluas mata memandang..
Benarlah firman Allah:
فَأَصْبَحَتْ كَالصَّرِيمِ (٢٠)
20. lalu menjadilah ia sebagai kebun Yang telah binasa semua buahnya…..
Ok, gambar dah ada tuh.. apa kata kita pakat tengok gambarnya pula…
Wassalam
_______________________
عَسَى رَبُّنَا أَنْ يُبْدِلَنَا خَيْرًا مِنْهَا إِنَّا إِلَى رَبِّنَا رَاغِبُونَ (٣٢)
32. "Semoga Tuhan kita, (dengan sebab kita bertaubat) menggantikan bagi kita Yang lebih baik daripada (kebun Yang telah binasa) itu; sesungguhnya, kepada Tuhan kita sahajalah kita berharap".
No comments:
Post a Comment