CARA MENGANGKAT KEDUA TANGAN
Terdapat beberapa riwayat mengenai cara mengangkat kedua tangan. Namun riwayat yang menjadi pilihan jumhur ulama adalah seseorang itu mengangkat kedua tangan sejajar dengan kedua bahu, di mana penghujung jari-jemarinya sejajar dengan bahagian atas telinga, manakala kedua ibu jari terletak pada bahagian bawah telinga dan kedua telapak tangannya sejajar dengan kedua bahu.
Imam An-Nawawi berkata:”Dengan cara ini, Imam As-Syafie beerjaya menghimpun beberapa riwayat hadis, hingga cara begini dianggap terbaik sebilangan ulama.” Di samping itu, disunatkan menegakkan jari jemarinya ketika mengangkat kedua-dua tangannya itu.” Dari Abu Hurairah R.A katanya:
Yang bermaksud: “Apabila Nabi S.A.S berdiri hendak mengerjakan solat, beliau mengangkat kedua tangannya sambil menegakkan jari-jemarinya”
(Diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, An-Nasai dan At-Tirmizi)
WAKTU MENGANGKAT KEDUA TANGAN
1. Mengangkat kedua tangan hendaklah seiringan dengan bacaan takbiratul ihram, namun dibolehkan membaca takbiratul ihram sebelum mengangkat tangan. Dalil mengangkat kedua tangan beriringan dengan bacaan takbir adalah dari Nafi` R.A, bahawa:
Yang bermaksud:”Apabila Ibnu Umar R.A hendak memulakan solat, beliau membaca takbir sekaligus mengangkat kedua belah tangannya. Cara begini dinyatakannya berasal dari Nabi S.A.W”
(Diriwayatkan oleh Al-Bukhari, An-Nasai dan Abu Daud)
2. Dalil dibolehkan mendahulukan mengangkat kedua tangan ke atas bacaan takbiratul ihram adalah dari Ibnu Umar, katanya:”
Yang bermaksud:”Apabila Nabi S.A.W berdiri hendak mengerjakan soolat, beliau mengangkat kedua belah tangannya hingga sejajar dengan kedua bahunya dan setelah itu, barulah beliau membaca takbir.”
(Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim)
3. Membaca takbir sebelum mengangkat tangan adalah dibolehkan, Dari Malik bin Al-huwairth dengan susunan lafaz:
Yang bermaksud: “Beliau membaca takbir terlebih dahulu dan kemudian barulah mengangkat kedua belah tangannya.”
(Diriwayatkan oleh Muslim)
Hadis ini membolehkan mendahulukan takbir sebelum mengangkat tangan. Tetapi Al-Hafiz Ibnu hajar Al-Asqolani berkata:”Aku tidak pernah mendengar ulama yang mengatakan, bahawa boleh mendahulukan takbir sebelum mengangkat kedua tangan.”
KEDUA DAN KETIGA: KETIKA HENDAK RUKUK DAN BANGKIT BERDIRI DARIPADANYA
Disunatkan mengangkat kedua belah tangan ketika hendak rukuk dan ketika hendak bangkit daripadanya. 22 orang sahabat telah meriwayatkan, bahawa Rasulullah S.A.W sering melakukan yang demikian itu. Dari Ibnu Umar R.A katanya:
Yang bermaksud:”Apabila Nabi S.A.W berdiri hendak mengerjakan solat, beliau mengangkat kedua belah tangannya sejajar dengan kedua bahunya. Setelah itu, barulah beliau membaca takkbir. Kemudian apabila hendak rukuk, beliau mengangkat lagi tangannya seperti itu. Jika mengangkat kepala ketika bangkit dari rukuk, beliau mengangkat lagi tangannya seperti yang demikian itu sambil membaca:”(Allah maha mendengar bagi sesiapa yang memuji-Nya. Wahai Tuhan kami, bagi-Mulah segala pujian).”
(Diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim dan Al-Baihaqi).
Dalam satu riwayat Al-Bukhari dinyatakan:
Yang bermaksud: :”Beliau tidak berbuat demikian ketika hendak sujud dan tidak pula ketika hendak bangkit daripada sujud”
Dalam satu riwayat Muslim:
Yang bermaksud:”Dan beliau tidak mengangkat kedua tangannya ketika bangkit duduk di antara dua sujud.” Al-Baihaqi pula menambahkan":
Yang bermaksud:”Demikianlah solat yang dilakukan oleh Nabi S.A.W hingga beliau wafat.”
Ibnu Al-Madini berkata:”Padaku, hadis ini boleh dijadikan dalil ke atas semua orang. Setiap orang yang mendengarnya hendaklah mengamalkannya, kerana tidak ada kecacatan sedikitpun pada sanadnya.” Bahkan Al-Bukhari telah membuat satu bab tersendiri mengenai masalah ini dan meriwayatkan dari Hasan dan Humaid bin Hilal, bahawa para sahabat selalunya mengangkat tangan pada ketiga-tiga keadaan tersebut, iaitu ketika takbiratul ihram, ketika rukuk dan ketika bangkit daripadanya.” Malah Al-hasan menegaskan, bahawa tidak seorang pun yang menyalahi kenyataan ini.
Mazhab Hanafi menegaskan, bahawa mengangkat tangan hanya disyariatkan pada takbiratul ihram sahaja. Dalilnya hadis Ibnu Mas`ud, di mana beliau berkata:”Aku akan memperlihatkan tata cara solat Rasulullah S.A.W kepada kamu.” Ibnu Mas`ud pun mengerjakan solat, namun ternyata beliau tidka mengangkat kedua tangannya melainkan hanya sekali sahaja, iaitu ketika takbiratul ihram. Bagaimanapun mazhab ini tidak berlandaskan kepada dalil yang kuat, kerana hadisnya banyak mendapat kritikan dari kalangan imam hadis.”
Ibnu Hibban berkata:”Ini merupakkan athar paling baik yang pernah diriwayatkan oleh pendudukk Kufah.” Di situ, dinyatakan bahawa tidak perlu mengangkat tangan dalam solat ketika rukuk dan ketika bangkit darinya. Padahal sebenarnya, athar tersebut merupakan dalil yang amat lemah, kerana adanya beberapa kecacatan hingga ia tidak boleh dijadikan sebagai sandaran dalil. Seandainya athar tersebut dianggap sahih, sebagaimana yang telah ditegaskan oleh At-Tirmizi, tetapi ia tetap tidak dapat menyaingi kekuatan hadis-hadis sahih yang telah pun menduduki peringkat masyhur.”
KEEMPAT: KETIKA BANGKIT UNTUK MENERUSKAN RAKAAT YANG KE TIGA
Dari Nafi` dari Ibnu Umar R.Anhuma, bahawa:
Yang bermaksud:”Apabila Ibnu Umar bangkit dari rakaat kedua, beliau mengangkat kedua belah tangannya. Beliau menegaskan bahawa ii berdasarkan kepada amalan Nabi S.A.W”
(Diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Abu Daud dan An-Nasa`i)
LELAKI DAN PEREMPUAN ADALAH SAMA DALAM MASALAH INI
Imam As-Syaukani berkata:”Ketahuilah bahawa sunat ini mesti dilakukan oleh kaum lelaki dan perempuan dan tidak ada keterangan yang membezakan antara kedua-duanya. Demikian juga tidak ada keterangan yang menyatakan adanya perbezaan tentang ukuran mengangkat tangan antara lelaki dengan perempuan.
Wallahu a`lam….
Thursday, April 22, 2010
Perkara-perkara sunat ketika mengerjakan solat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment