Salam sejahtera, ada beberapa perkara-perakra sunat ketika mengerjakan solat yang semestinya dilakukan oleh seseorang yang mengerjakan solat supaya memperoleh ganjaran pahalanya. Berikut ini adalah huraiannya:
Disunatkan mengangkat kedua-dua belah tangan pada empat keadaan, Iaitu:
1. Pertama: Ketika Takbiratul Ihram
Ibnu Munzir berkata: “Tidak wujud sebarang perselisihan pendapat di kalangan ulama, bahawa Nabi S.A.W sentiasa mengangkat kedua belah tangannya ketika hendak memulakan solat.”
Al-hafiz Ibnu Hajar Al-Asqolani berkata: “Hadis yang menyatakan sunat mengangkat kedua belah tangan pada permulaan solat itu adalah diriwayatkan oleh lima puluh orang sahabat, termasuk antaranya sepuluh orang sahabat yang dijamin masuk syurga.” AL-Baihaqi meriwayatkan dari Al-Hakim, katanya:”Kami tidak pernah menjumpai satu-satunya amalan sunat yang diriwayatkan dari Rasulullah S.A.W secara bersepadu oleh Khulafa` Ar-Rasyidin, sepuluh orang sahabat yang dijamin masuk syurga, Tabi`in dan Tabi` Tabi`in, selain daripada amalan sunat ini”
Al-Baihqi menyatakan dengan berkata:”Ini berdasarkan kenyataan guru kami, Abu Abdullah.”
B E R S A M B U N G . . . . . . . . . . . . .
_______________________
*Moga kita semua dirahmati-Nya…ameen
No comments:
Post a Comment