Tuesday, December 30, 2008

Allhummaghfirlaha

Salam maal hijrah, sedang ku bersarapan pagi dengan mengunyah khomir di Dairy .. kedengaran nasyid-nasyid jihad (Aqsa) di mainkan, begitu juga di kedai-kedai kaset, Kafeteria, motosikal dan juga kereta-kereta persendirian, dan di setiap masjid pula imam-imam menadah tangan membaca qunut nazilah pada setiap waktu solat. begitu lah suasana disini setiap kali ummat islam diseluruh dunia ditindas. Betapa hebatnya semangat yang mereka tunjuk kan, moga-moga begitu jugalah situasi ummat islam di luar Yaman.

Setakat ni jumlah korban semakin meningkat, begitu juga jumlah yang cedera, korban meningkat kepada 350 orang, dan cedera kepada 1600. Anak-anak kecil yang tidak berdosa menjadi mangsa. Seluruh dunia mengecam akan perbuatan tersebut, tetapi israel memekak kan telinga mereka dan terus melancarkan serangan tanpa henti. Ihzimhum, wa zalzilhum, wansurna alaihim "doaku".

Tepat pukul 6-56 malam waktu Yaman, bersamaan 11-56 malam waktu mesia (waktu Malaysia lebih kedepan dari waktu Yaman 5 jam). Diketika itu aku baru pulang dari mesjid, sedang berada dalam bilik unit it, sedang ku ingin melabuhkan duduk ku di kerusi tiba-tiba kedengaran windows log on, ingat kan ada sahabat-sahabat yang sedang menggunakan komputer @ laptop. puas ku berpaling kiri dan kanan mencari, tadi tidak ada pula.. bila ku fikir balik, baru lah terlintas bahawa bunyi tersebut adalah dari hp ku, baru petang itu aku menukar set as ringtone, tu la, banyak sangat makan pengat, kan dah tak ingat.

Lalu ku mengambil hp dari poket seluar lalu terlihat "1 new message" di screen hp ku, pabila buka rupa-rupanya mesej tersebut adalah dari kakak ku, erm ku terdiam seketika, kenapa kali ini mesej yang ku terima dari kak ogy pada lewat malam? Kerana sebelum ini selalu nya aku akan bermesej pada sebelah pagi je. Ku buka mesej tersebut dengan penuh debaran di hati, Mesej tersebut berbunyi "Amin, mek cik dah (Kg Morak) meninggal dunia jam 11-45 malam waktu M,sia, Al- Fatihah".

Tangan ku bergetar, hati ku gelisah, Ya Allah baru dua minggu lepas mek menjalani pembedahan, minggu ni telah pergi meninggalkan kami, Innalillahi wa inna ilaihi rajiun.

"Allahummaghfirlaha war hamha, wa a`fiha wa`fu anha"

Tiada mampu untuk ku teruskan semua ini, ingin ku tenangkan fikiran ku, aku sedar, apa jua yang berlegar difikiran ku sekalipun, ini lah kenyataan yang harus ku terima..Allah Berfirman: " Fa iza ja a ajaluhum la yas ta`khiruna sa`ataw wala yastaqdimun" Surah An Nahl ayat 61.

insyaAllah ketemu lagi di lain kali, moga ku terus tabah dalam menghadapi hari-hari yang terus mendatang.

* Ya Robbi lakal hamdu kama yanbaghi li jalali wajhika wal azimi sultonik

Monday, December 29, 2008

Hijrah & Pengorbanan

.الحمد لله والصلاة والسلام على رسولله, وعلى آله وأصحابه ومن تبعهم بإحسان !لى يوم الدين

Sedang ku terlena di buai mimpi, tiba-tiba ku terjaga, entah mimpi apa sehingga ia mengejutkan aku dari tidur, oleh kerana terjaga ku terus bangkit dan menuju ke dur moyah. Membasuh kedua belah tangan, kemudian ku basahi muka ku, dengan air yang agak hangat, maklum lah sekarang ini musim sejuk, nak tak nak kena panas kan air dengan menggunakan sakhonah yang sedia ada di dur moyah.

alhamdulillah..ku bersyukur sangat-sangat kerana kemudahan tersebut ada dirumah yang ku sewa sekarang ini, bila terkenangkan akan sahabat-sahabat lain yang tiada sakhonah (alat pemanas air) di rumah mereka, bagaimanakah keadaan mereka pabila ingin berwudhu` di sebelah subuh. Ya Allah.. Mesti sejuk bangat, apatah lagi mereka yang berada di kawasan tinggi (sekitar kawasan Jamiah Iman). tentu lebih kesejukan. Moga-moga kita semua beroleh ganjaran dari-Nya. ameen.

Sesudah ku berwudhu`, terus ku memasuki bilik dan cepat-cepat mengelap muka, tangan dan kaki ku dengan menggunakan tuala, ah kalau tak dilap mesti akan terasa lebih sejuk lagi ketiga-tiga anggota tadi, sedang ku terfikir semua itu lalu kedengaran azan dari seluruh pelusuk masjid di Sana`a. Menandakan masuknya waktu solat subuh bagi kawasan Sana`a. Setelah bersiap untuk solat, tubuh ini berasa sangat sejuk, ah solat di rumah saja lah hari ni, cuaca diluar sana amat sejuk, bisik hati ku yang penuh kealpaan.

Setelah selesai solat, ku memuji Allah S.W.T dengan berzikir, setelah itu ku mengangkat kedua belah tangan ku lalu berdoa, memohon keampunan dari sang Pencipta. Meminta keampunan buat kedua orang tua ku, " Rabbij al ni muqimassolat, Robbana wa taqobbal du`a, Robbanaghfirli wa liwa lidayya, walil mu`minina yau ma yaqumul hisab" amen. Lalu ku teringatkan akan sahabat ku yang sedang berada dari kejauhan. Ku mendoakan agar di tenangkan hati kami dalam menghadapi semua ini, andai telah termaktub untuk kami adalah jodoh, peliharalah dia untuk ku, andai dia bukan untuk ku, tenangkan lah hati kami ini.. ameen..

Lalu teringatkan akan saudara-saudara kita yang menjadi mangsa kekejaman israel laknatullah. Ya Allah! bantulah saudara-saudara islam kami di Palestin, bantulah saudara-saudara islam kami di Palestin, bantulah saudara-saudara islam kami di Palestin, di Shishan, di Iraq, di Selatan Thailand, di Filipina, dan di semua tempat.

Setelah selesai solat, lalu ku merehatkan diri, bermenung dan berfikir akan beberapa perkara yang sedia belum terjawab, tiba-tiba ku memasuki suatu tempat yang jauh, yaitu di gombak. ah apakah semua ini? kenapa ku mesti berada di sini? bisik hati ku. Oleh kerana ku berada di tempat tersebut, ku terpaksa menurut arus. Menurut arus untuk memastikan apa peranan aku untuk kali ini, bila ku ikuti jadual-jadual yang sedia tersusun, rupanya-nya ku sedang menuntut di UIA Gombak.. Ah kenapa musti Gombak? rintih hati ku lagi. Sedang aku mengikuti pengajian disana, tiba-tiba ku tersedar... ah rupa-rupanya semua itu tadi adalah mimpi.

"La ila ha ILlah" mimpi rupanya, lalu ku menyapu muka ku. Sambil berfikir, kenapa sedimikian rupa mimpi ku pada kali ini? Dari semalam lagi aku bermimpi yang mana mimpi tersebut buatkan aku bermenung sendirian, apakah pentanda semua ini? apakah maksud akan mimpi tersebut, Ya Allah.. amat rumit sekali ujian yang ku hadapi pada kali ini. Mungkin mimpi tersebut ada kaitnya dengan apa yang berlaku pada ku dari akhir Ramadhan lagi. " Allahumma Inni a`uzubika minal hammi wal hazan, wa a`uzubika minal ajli wal kasal, wa a`uzubika minal jubni wal bukhl, wa auzubika min gholabatid daini wa qohrir rijal" amen.. doa ku.

Hari ini adalah diantara hari-hari yang bersejarah (penting) bagi ummat Islam seluruh dunia, hari yang mana berlakunya penghijrahan Rasulullah S.A.W dan para Sahabat Baginda dari kota Makkah ke kota Madinah untuk menyampaikan risalah Islam. Dengan pelbagai dugaaan dan halangan yang dihadapi oleh Baginda S.A.W dan para Sahabatlah kita dapat merasai nikmat Iman dan Islam yang tersebar luas hingga ke hari ini.

Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud:

" Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (Agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian)" Surah As-Soff ayat 8.

Firman Allah S.W.t yang bermaksud:

"Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita". Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana" Surat At-Taubah ayat 40.

Dua hari lepas seluruh dunia dikejutkan dengan serangan yang dilancarkan oleh israel laknatullah keatas Palestin, yang mana hampir 1100 orang syahid dan cedera. Untuk mengikuti perkembangan terkini boleh lah klik di sini www.aljazeera.net dan di www.utusan.com.my ruangan luar negara.Walaupun sebelum ini kita sedia maklum bahawa beberapa pihak tertentu sedang mengadakan mesyuarat rundingan damai, tapi ummat islam di sana terus di bunuh dan ditindas. Dan serangan israel kali ini adalah jelas menunjukkan bahawa tiada gunanya lagi proses rundingan damai..


Di antara gambar-gambar serangan israel ke atas Palestin

ingatlah Firman Allah yang bermaksud:

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (Agama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu" Surah Al-Baqoroh ayat 120.

Allahummansurna, wala tansur alaina, Ih zimhum, wa zalzilhum wansurna alaihim.. ameen.

Ah terlalu panjang pula tulisan ku hari ni, Sesungguhnya setiap yang baik itu dari-Nya dan yang sebaliknya itu dari kelemahan diriku sendiri, wassalam


* Selamat Menyambut Tahun Baru 1430H

Sunday, December 28, 2008

Windows 7

Alhamdulillah, setelah selesai solat subuh, tiba-tiba terlintas difikiran ku, ah..PERMAYA akan berpindah dari Dairy ke Bersebelahan Jamiah Yamaniah, erm.. mungkin hari ini @ pun esok. Line internet baru lagi sambung.. kredit untuk download masih banyak. Rugilah kalau kredit tersebut tak di habiskan. apa kata minta kebenaran dari pengarah unit it dulu, bisik hati ku.

Lalu ke mencapai hp nokia ku,

"Assalamualaikum" ku memberi salam pada pengarah unit it.

"Waalaikum salam" balasnya..

"Apa khabar?" tanya ku untuk memulakan bicara.

"Alhamdulillah sihat jah" balasnya.

"Sudah solat subuh belum? " tanya ku lagi.

"Ish, Sedih sero" balas sahabat ku lagi.

"Terkejut ke dengan panggilan pagi-pagi buta ni?" ku bertanya.

"Mustila terkejut" balasnya lagi.

(maklum lah, kali pertama buat panggilan kepada pengarah sebelah pagi)

"Ni nak tanya, PERMAYA akan pindah rumah, kemungkinan hari ni atau pun esok, kebetulan pula line internet kite baru je sambung, kredit masih banyak, so macam mana? " tanya ku.

"Erm nak tak nak kita kena habiskan kredit tu, " balas pengarah.

"Kalu macam tuh, ana nak mintak kebenaran untuk download, bulih ke tak?" ku inginkan kepastian.

"Boleh je, tapi kena maklumkan kepada semua unit it" balas tuan pengarah.

"Baik lah kalu macam tuh, tapi jangan lupa bagitau aiman sama" balas ku lagi.

"Ok lah kalu mcm tuh, terima kasih " ku mengakhiri perbualan lalu bagi salam.

Ah, ada sehari je peluang untuk download, entah sempat entah tidak, program tuh hampir 2.5 gig.. juling mata ku nak download file tersebut. erm.. file tuh tak lain tak bukan, adalah windows yang terbaru.. windows 7.


(Inilah diantara dekstop windows 7)

pernah ku terbaca bahawa windows 7 nih lebih latest dari vista, bahkan lebih ringan dari vista, ada juga sahabat ku abey bitau, punca vista berat adalah disebab kan windows tersebut banyak menggunakan flash.. jadi ku terbayang mungkin juga blog-blog yang susah nak bukak disebabkan flash. ooo sebab itu la bila buka blog-blog yang banyak menggunakan flash agak lama ku menunggu. erm..lama disebabkan loading flash kot..

Ok lah, nak sobuh "sarapan pagi" dulu. sambung lagi dilain masa, Wassalam

* Ya Allah, Bantulah sahabat-sahabat kami dalam mengalahkan musuh-Mu, bantu lah sahabat-sahabat kami yang sedang diserang dibumi Palestin, berilah mereka kekuatan untuk melawan israel laknatuLlah, Khaibar-khaibar ya yahud, Jaisyu Muhammad saufa Ya ud! Allahu Akhbar!!!!

Saturday, December 27, 2008

Keletihan

Allhamdulillah... ku bersyukur diatas ni`mat yang dianugerahkan, yaitu iman dan islam. Moga-moga kita semua tergolong dalm golongan orang-orang yang bersyukur..ameen

Pagi-pagi lagi keluar rumah, untuk menelefon keluarga tercinta, (sambil melepaskan rindu pada ayah bonda & adik-adik).

Pukul 8-45 pagi, berundur diri dari internet, menghayunkan kaki menuju ke Jamiah Ulom. Untuk urusan iqamah. Kalau diikutkan minggu lepas lagi dah siap semua urusan iqamah, tapi disebab kan "nasitu" (aku lupa) untuk mengambil gambar. terpaksa la tangguh hingga ke hari ini. alhamdulillah hari ni semuanya selesai. "Robbana la tua khizna, innasina, au akhto`na..ameen

Setelah selesai urusan iqamah, ku menuju ke Dairy, untuk berjumpa dengan sahabat baru, yang meminta tulung agar membawanya ke wizaroh khorijiyah (kementerian luar) dan juga ke safaroh (kedutaan) untuk membuat beberapa urusan beliau, diantaranya utk mengecop sijil beliau di wizaroh khorijiyah dan juga membuat surat muwafaqoh safaroh (sokongan kedutaan). alhamdulillah semuanya settle.. tapi.. kaki ni bagai nak rak.. (jauh sangat berjalan). tubuh pula semakin panas, mata semakin merah.. adakah aku akan demam? "tanya hatiku" Allahumma a`fini fi badani, Allahumma a`fini fi sam`ie, Allahumma a`fini fi basori, La ila ha Illa anta..doa ku.

Erm... kat mesjid suara azan dilaungkan, menandakan telah masuk waktu maghrib bagi kawasan Sana`a dan sewaktu dengannya, cukuplah dulu setakat ini. sambung lagi di lain kali..wassalam

Wednesday, December 24, 2008

Kenangan masa lalu

Alhamdulillahi wa kafa... hari ni, pagi-pagi dah pegi mator (airport). Kebiasaan.. bila sebut je mator, musti akan terlintas di fikiran bahawa ada dikalangan sahabat kita yang akan pulang ke Malaysia. tapi sekarang tidak, bila sebut je mator..tersirat 2 makna disebalik kalimah tersebut, pertamanya adalah untuk menghantar kawan yang akan pulang ke Malaysia..dan keduanya tak lain tak bukan adalah untuk amik duit kat ATM. hehe musti antusufi dan abey pelik bila baca semua ini.. "Yaman Jadid, Mustaqbal Afdhol" inilah diantara slogan yang digunakan oleh kerajaan (yaman) yang sedia ada ketika pilihanraya umum 3 tahun yang lalu.

Pabila ku terbaca msg dari sahabat ku ben bakar dan juga antusufi.. ku teringat akan kenangan yang "dulu-dulu" bersama kedua orang sahabat ku ini.. dengan menggunakan format "Test Market" diruangan massage box yang sedia ada ini, ia membuatkan aku tersenyum seketika. Ia mengingatkan kembali aku kepada test-test market yang sedia ada di forum kominiti permaya.org. (untuk mengetahui cerita selanjutnya sila masuk ke www.permaya.org di ruangan Forum Komuniti, di slot anjung ukhwah & silaturrahim, anjung masakan & resepi, anjung hobi & sukan dan lain-lain lagi). Bila baca apa yang termaktub di anjung tersebut, pada mulanya hanya buatkan aku tersenyum, kemudia suka... dan terkadang diakhiri dengan gelak ketawa.. hehehe..
uhibbukum fiLlah....

Malam ni..pada mulanya ingat nak bukak gerai.. sedang ku bermenung dalam bas menuju ke Dairy, tiba-tiba terdengar nasyid "Sanakhudu ma`arikana ma`ahum" rupa-rupanya hp ku berdering.. bila ku lihat di screen hp terlihat nick abey kelate sedang menelefonku.

(diantara dialog ku dengan abey yang di alek ke loghat kelatey)

"Assalamualaikum " haji amin duk mano tuh
?"

"waalaikum salam, loni duk dale bas, nok ke CT Mart" (balas ku),

"malam ni tok payah niago la.. sbb male ni ado majlis ramah mesra bersamo timbale ketuo menteri pula pine di Restoran Damai"(kata abey)

"baiklah kalu gitu gak (balas ku lagi)"

"syukre atas maklume"

Ah... nasib baik abey maklum awal..kalau tak.. rosak la barang-barang yang akan dibeli..

Ok la.. dah lewat nak ke Restoran Damai ni. ketemu lagi dilain kali..insyaAllah.. Ila Liqo`..

* Allahumma Inni a`uzubika minal hammi wal hazan, wa a`uzubika minal ajli wal kasal, wa a`uzubika minal jubni wal bukhl, wa auzubika min gholabatid daini wa qohrir rijal.

Selamat berjuang

Selamat Berjuang
Munsyid : Brothers

Malam siang berlalu gerhana kesayuan,
Tiada berkesudahan, Detik masa berlalu tiada berhenti,
Oh syahdunya

Sejenak ku terkenang, Hakikat perjuangan,
penuh onak dan cabaran, Bersama teman - teman,
Harungi kehidupan, Oh indahnya o ooo

Berat rasanya, didalam jiwa, untuk melangkah,
Meninggalkan semua, Kasih dan cinta, yang terbina,
Diakan selamanya......O ooo

Selamat berjuang sahabatku
Semoga Allah berkatimu
Kenangan indah bersamamu
Takkan kubiar ia berlalu
Berjuanglah hingga ke akhirnya
Dan ingatlah semua ikrar kita

Hati ini sayu mengenangkan
Sengsara di dalam perjuangan
Jiwa ku merana dan meronta mengharapkan
Kedamaian dan jua ketenangan wo uwo

Tetapi kuatur pada hakikat
Suka dan duka dalam perjuangan
Perlu ketabahan dan kekuatan
Keteguhan hati berlandaskan iman

Selamat berjuang sahabatku(sahabatku)
Semoga Allah berkatimu (berkatimu)
Kenangan indah bersamamu (bersamamu)
Takkan kubiar dia berlalu (ooooo)
Berjuanglah hingga ke akhirnya
Dan ingatlah (ingatlah) semua ikrar kita

*Selamat berjuang duhai sahabatku..

Monday, December 22, 2008

Kekalutan di fikiran

Amat berkecamuk fikiranku pada hari ini, ku berusaha untuk tidak berfikir akan hal itu, tapi tiada ku mampu. Semakin ku menyibukkan diri dengan tugas harian ku.. ia semakin membuatkan aku untuk berfikir akan hal tersebut. Ya Allah...ampuni lah dosa hamba-Mu ini...ameen

Hari ini juga, ku telah melakukan satu hal yang mana kemungkinan ia diluar jangkaan sahabat ku, ini adalah kali pertama aku melakukannya. Apa yang aku harapkan adalah. Harap sahabat ku fahami situasi yang sedang ku alami. Kadang-kadang aku berasa amat tertekan, namun ku masih mampu untuk bersabar, tapi hari ini kesakitan hati melangkaui segala galanya. Maafkan diri ini duhai sahabat ku. Aku berjanji tak akan ulangi semua ini. Moga kau memaafkan diri ini..

ok la. Ada ruang ketemu lagi dilain masa..wassalam

* Ya Allah, Tabahkanlah hati ku, tabahkanlah hati sahabat ku, moga kami beroleh ketenangan.... ameen..

Sunday, December 21, 2008

Robbi yassir, Wala tuassir

Diketika ini, hatiku masih masyghul dengan kealpaan dunia. Harus ku sedar, bahawa dunia ini hanyalah sementara sahaja. Ada pun esok, aku belum tentu mampu untuk mencelikkan mata ini, kecuali dengan izin-Nya..

Minggu ini adalah giliranku untuk ke pasar. Sesudah solat subuh, kuterus melangkah keluar rumah untuk ke sana, Untuk membeli lauk-pauk dan barang dapur. begitulah rutin mingguan kami di rumah sewa, setiap minggu akan bergilir-gilir ke pasar.

Ketika dalam perjalanan pulang ke rumah (dari pasar). kubermenung sendirian, memikirkan akan diriku yang akan pulang ke Malaysia tak lama lagi, apakah yang akan kubawa buat kedua orang tuaku? adakah memadai dengan segulung ijazah? Ah.. usahlah dipeningkan dengan itu semua, apa yang penting sekarang ini, isilah masa yang masih berbaki ini dengan perkara yang bermanfaat, banyakkan talaqi... menghadiri ke kelas tafaqquh fid din.. dll .. Robbisy rohli sodri, Wa yassirli amri, Wah lul uqdatam mil lisani, Yafqohu qouli..

Erm.. mataku mula keletihan, walaupun masih banyak perkara yang ingin diutarakan..tetapi cukup dulu untuk kali ini.. selamat berjuang buat sahabat-sahabatku yang berada di bumi M,sia & Yaman....

Sesungguhnya setiap yang baik itu dari-Nya dan yang sebaliknya itu dari kelemahan diriku sendiri.

* Subhanallahi wa bihamdih, A`dada kholqih, Waridoa nafsih, Wazinata arsyih, Wamidada kalimatih..

Friday, December 19, 2008

Allahummaghfirli Zunubi

Firman allah yang bermaksud:

"Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau amat melimpah belas kasihan dan rahmatMu". Surah Al-Hasyr ayat 10.

Alhamdulillahi wa kafa, terasa amat berat kepala ku pada hari ini. Entah apa sebenarnya yang sedang melanda dibenak fikiran ku, mungkin kerana semalam (rabu) hampir 8 jam berjemur dibawah cahaya matahari, kerana ingin menyaksikan kejohanan bola sepak piala duta yang dianjurkan oleh Lajnah Sukan & Kebudayaan (PERMAYA).

Alhamdulillah, kejohanan pada kali ini amat meriah berbanding dengan tahun yang telah lepas, yang mana disertai lebih dari 100 orang peserta dari setiap maahad dan jamiah, dengan kehadiran peserta yang begitu memberansangkan, Pengarah program terpaksa membentuk 8 pasukan, dan dari 8 pasukan tersebutlah dibahagikan kepada 2 kumpulan.

Dengan menggunakan format liga, juara dan naib jura dari kedua kumpulan tersebut akan melayakkan diri ke separuh akhir, dua pasukan yang kalah pada separuh akhir akan bertemu untuk tempat ke 3 & 4, dan dua pasukan yang menang akan bertemu untuk menentukan johan dan naib johan. kepada pasukan yang kalah usaha lagi, agar dapat merealisasikan impian anda pada kejohanan yang akan datang.

Dalam masa yang sama, ku diamanahkan sebagai pengurus pasukan Taiz. alhamdulillah berjaya menduduki tempat yang ke-3.

Disebalik trofi, pingat dan hamper yang ditawarkan, ada satu maksud yang tersirat disebalik kejohanan tersebut. Ianya adalah untuk merapatkan ukhuwah dikalangan masyarakat Malaysia di bumi Yaman. Bertepatanlah dengan Motto PERMAYA yaitu "Ukhuwwah Manifestasi Keutuhan Ummah". Moga Ukhuwah yang terbina berkekalan.

Ah kepala ku masih berdenyut, perut ku pula memulas dan terasa loya. Ia membuatkan aku sering ke dur moyah (bilik air). Mungkin kerana tersilap makan, Allahummaghfirli Zunubi..Allahummaghfirli Zunubi..Allahummaghfirli Zunubi. Setakat ini dulu, ketemu lagi dilain kali (andai dipanjangkan umur).

*Allahumma afini fi badani, Allahumma afini fi sam`ie, Allahumma afini basori..La ilaha illa Anta..

Tuesday, December 16, 2008

La YukallifuLlahu Nafsan..illa wus`aha...

Firman Allah yang bermaksud:
(ingatlah) bahawa kehidupan dunia (yang tidak berdasarkan iman dan taqwa) hanyalah ibarat permainan dan hiburan, dan jika kamu beriman serta bertaqwa, Allah akan memberikan kamu pahala amal kamu, dan ia tidak meminta kepada kamu harta benda kamu (melainkan untuk memberikan kamu barang yang lebih baik daripadanya). Surah Muhammad Ayat 36.

Alhamdulillah. ku bersyukur diatas nikmat yang tiada terhingga. yaitu Iman dan Islam. moga-moga ia terus tersebar ke serata alam! ameen..

Terasa terlalu kaku untuk ku memulakan semua ini. ianya tiada lain, kerana inilah pertama kali ku menulis di blog ini. adapun sebelum-sebelum ini. aku lebih gemar mengisi blog ku dengan cerpen dan novel yang ditulis oleh pak Hamka. bukan ku tidak meminati penulis-penulis buku yang lain. iya kadangkala terlintas di fikiranku. apakah yang menyebabkan aku lebih gemar mengisi blog ku dengan cerpen dan novel pak Hamka?! telah pun ku teliti, kerana tulisan-tulisan pak Hamka benar-benar memberikan kesan yang mendalam buat ku. lebih-lebih lagi bila ku menghayati watak yang dibawa oleh Zainuddin (Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck) dan Hamid (Di Bawah Lindungan Kaabah) kedua dua watak itu benar-benar membuatkan aku menginsafi akan mereka yang mengalami nasib seperti kedua watak tersebut.

Ia membuatkan aku sedar. Ada orang yang lebih bersedih dari kesedihan yang ku alami diketika ini, andai aku bernasib malang, akan ada orang yang lebih bernasib malang, walaupun ku dikejauhan dari ahli keluarga ku, dari kampung halaman ku, namun aku masih dikelilingi oleh sahabat-sahabat seperjuangan ku di bumi yang penuh iman dan hikmah ini. Seperti mana sabda baginda S.A.W : " Al- Imanul Yaman, Wal Hikmatul Yamaniyyah"(selingan). Lalu bagaimana pula dengan mereka yang sedang dihimpit kesusahan, kemiskinan, kezaliman dll lagi. Moga kita semua beroleh kekuatan tanpa berputus asa. HasbunaLlah... Wani`mal wakil.

Ku teringat akan firman Allah S.W.T dalam surah Al-baqarah ayat 286 yang bermaksud:


"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menganggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (mereka berdoa dengan berkata): " wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami bersalah. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-yang yang bterdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya menikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum kafir"

Allahummaghfirli...zunubi...

ah, masa benar-benar tidak mengizinkan aku..utk berceloteh lebih panjang..

Sesungguhnya setiap yang baik itu dari-Nya dan yang sebaliknya itu dari kelemahan diri ku sendiri.

Wallahu a`lam.

Monday, December 15, 2008

Dibawah Lindungan Kaabah (bhg.9)

HARAPAN DALAM PENGHIDUPAN

" Ingatkah engkau, Ros, bahawa duhulu ada tinggal berhampiran rumahku ini seorang anak muda bernama Hamid?" " Masihkah aku tak ingat, anak muda yang baik budi dan beroleh pertolongan daripada almarhum ayahmu." " Ah, Ros, saya amat kasihan kepada orang muda itu, dia seorang muda yang hidup miskin, mendapat bantuan daripada ayahku, semasa usianya baru 4 tahun

ayahku yang membantunya, dan seketika sekolahnya akan lanjut, ayahku meninggal pula, kemudian meningal ibunya. Rupanya kerana ia sentiasa dirundung malang, sangatlah dukacita hatinya, berbulan-bulan khabar tidak berita pun tidak, budinya baik sekali, pekertinya tinggi dan mulia; memang dalam kalangan orang-orang yang dirudung malang itu kerapkali timbul budi pekerti yang mulia, timbul dengan baik dan suburnya, bukan kerana latihan manusia.

" Bertahun-tahun lamanya kami hidup seperti adik beradik; maka pada dirinya saya dapati beberapa sifat yang tinggi dan terpuji, yang agaknya tidak ada pada pemuda-pemuda lain, baik dalam kalangan bangsawan atau hartawan sekalipun. Sampai kepada saat yang paling akhir daripada kehidupan ayahku, belum pernah ia menunjukkan suatu perangai yang patut dicela, sehingga ibu-bapaku amat memuji akan dia. Ia tahu benar akan kewajipannya. Wahai Ros, saya tertarik benar kepadanya dan kepada tabiatnya. Ia suka sekali bersunyi-sunyi, memisahkan diri daripada pergaulan ramai, laksana seorang pendita bertapa yang benci akan dunia lata ini. Kerapkali ia pergi bermenung ke tepi pantai samudera Hindi yang luas itu, memerhatikan pergelutan ombak dan gelombang, seakan-akan fikirannya terpaku telah terpaku kepada keindahan alam ini. Bila dia pulang ke rumah ibunya yang dicintai, ia menunjukkan khidmatnya dengan sepertinya bila dia bertemu dengan saya, buah katanya tiada keluar dari lingkar kesopanan, tahu ia menimbang hati dan menjaga kata.

Sebagai yang kau tahu, kita pun tamat dari sekolah, maka adat-istiadat telah mendinding pertemuan kita dengan lelaki yang bukan muhrim bukan saudara atau famili karib, waktu itulah saya merasai kesepian yang sangat. Saya merasa kehilangan seorang teman yang sangat saya takjupi. Keadaan memisahkan saya dengan dia, tiada dapat lagi saya mendengarkan buah tuturnya yang lemah lembut. Waktu itulah saya insaf, bahawa saya sudah ditimpa suatu perasaan yang ganjil, saya lengang dan sunyi, ingatan saya sebentar-sebentar kembali kepada Hamid saja.

" Engkaukan tahu, Ros, Hamid tidak begitu gagah, tidak sepantas dan segalak pemuda lain, tetapi hati kecilku amat kasihan kepadanya, agaknya, hidupnya yang sederhana itulah yang telah memaut hati sanubariku. Saya sangat hiba kepadanya kerana saya merasa tak ada orang lain yang akan menghibai dirinya. Hairan Ros, saya telah karam di dalam khayal, di dalam angan-angan.

Kadang-kadang saya singkirkan dia dari fikiran, kerana timbul memikirkan takburku memikirkan darjatku, saya merasai ketinggian dan kemuliaan diriku, lebih daripada kedudukan darjat Hamid dan saya takut terjatuhnya ke dalam jurang cinta, tetapi orang mengkhabarkan bahawa takut itupun setengah daripada rupa cinta juga."

Maka di antara awan yang gelap gelita dan angin badai yang berhembus semenjak pertengahan malam, tiba-tiba cahaya fajar pun naiklah, itulah kenang-kenangan dan pengharapan, daripada cinta dan rindu dendam. Sebenarnya Ros…..saya cinta kepada Hamid.

Biar engkau tertawakan daku, sahabat, biar mulutmu tersenyum simpul, saya akan tetap berkata, bahawa saya cinta kepada Hamid. Ia tidak berpembela, tidak ada orang yang akan sudi menyerahkan diri menjadi isterinya, kerana dia miskin, tidak ada gadis yang akan sudi mempedulikan dia, kerana rupanya tak gagah. Itulah sebabnya dia saya cintai, hartaku ada sedikit, cukup untuk membantu cita-citanya, kerana saya lihat dia akan menjadi seorang ahli seni jika ada yang membantu. Buat saya dialah orang yang paling pantas dan cekap. Meskipun bagi orang lain agaknya tidak. Saya leluasa melihatnya lalu lintas di halaman rumah, meskipun dia tak melihat saya. Jika sekali-sekali dia datang mengunjungi ibuku, aku dengarkan perkataannya yang penuh dengan ilmu dan pengetahuan itu baik-baik.

Pada suatu hari, hari yang tak dapat saya lupakan, ia datang kerumah ini menemui ibuku. Ketika itu ibu tiada di rumah, tiba-tiba saya bertemu muka dengan dia. Rupanya ada perkataan yang hendak dikatakannya, mulutnya masih gugup dan tak lancar, rasa-rasa terdengar olehku sekarang: " Zainab, sebenarnya tidaklah pernah saya lupa hendak datang kemari, barangkali engkaulah yang agak lupa kepadaku."

Alangkah nikmatnya rasa hatiku mendengar perkataannya itu, tetapi belum sempat saya menyusun kata untuk menjawab, ibu datang, perkataan kami terhenti sehingga itu. Badanku serasa bayang-bayang perkataannya menjadi teka-teki bagi hatiku, adakah tutur katanya itu daripada rasa pertalian adik dan abang saja atau daripada kesucian cinta?

" Agaknya, engkau pandang rendah saya ini, Ros, mencintai seorang yang tiaa bersekedudukan dengan diri sendiri, dan jauh tak tentu tempatnya."

" Waktu itu isteriku menjawab," kata salleh, ujarnya: " Tidak Nab, cinta itu adalah perasaan yang mesti ada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci, Cuma tanahnya lah yang berlainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipuan, langkah serong dan lain-lain perangai yang tercela. Tetapi kalau ia jatuh ke tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesucian hati, keikhlasan, setia, budipekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji. Saya tiada hendak menghinakan engkau kerana jatuh cinta padanya, wahai sahabatku Zainab, dan saya banyak pula membaca dalam buku-buku, bahawa biasa cinta yang suci bersih itu tidaklah tumbuh dengan sendirinya, kerana jiwa itu bertemu dengan batin, dalam azal (baka) kejadian Allah sebelum badan kasar manusia ini berkenalan. Itulah kuasa ghaib yang perlu kita percayai. Sebab itu saya percaya bahawa cintamu tak jatuh ke pasir tentu saja Hamid mencintai engkau pula; tidaklah jiwa engkau tertarikh mengingat akan dia, kalau kiranya jiwanya tak mengingat engkau pula. Hati orang yang bercinta mempunyai mata, ia dapat melihat barang yang tak dilihat oleh orang lain."

" Ah" jawab Zainab " Itu Cuma kira-kira dan agak-agak belaka, agak-agak dan kira-kira tak dapat dipercayai, masakan orang yang berpisah sangat jauh, tak berhubungan surat sedikit jua pun akan ingat kepada orang yang ditinggalkannya."
" Jangan begitu, Zainab, engkau tiada percaya percakapanku, kerana hatimu terlalu dipengaruhi oleh angan-anganmu. Percayalah bahawa Hamid ingat pula akan engkau."

" Wahai……kesana rumit..ke sini rumit, Ros; saya percayai bahawa dia ingat kepadaku sebagaimana saya ingat kepadanya, entah agaknya saya menggantang-gantang asap. Tidak saya percayai, hati saya bertambah luka. Saya tahu mengingat orang jauh itu penyakit, tetapi saya pun takut penyakit itu akan hilang dari hati saya….aduh gusti Allah!!"

Setelah itu terhenti sendiri percakapan kedua sahabat itu. Yang kedengaran hanya sedu-seduan dua orang seperasaan dan yang kelihatan ialah orang yang keluh kesah putus asa."

Sekianlah cerita yang dibawa oleh sahabat kita Salleh itu. Tidak berapa lama ia menerima riwayat ganjil itu dari isterinya, ia pun berangkat. Rupanya dengan takdir Tuhan, kami pun bertemu di tanah suci ini, pertemuan yang tidak di sangka-sangka sedikit pun.

" Barangkali terganggu perjalanan jiwamu menuju bakti kesucian kerana mendengar berita yang saya bawa itu" kata Salleh. " Tetapi saya sebagai orang yang tiada tahan memegang rahsia sehingga terkatakan juga olehku kepada engkau, dan beruntung engkau Hamid…..Berbahagia sekali."

" Apakah keuntungan dan bahagianya cinta yang tak berpengharapan? " Tanya saya dengan tiba-tiba kepadanya.

" Bukanlah cinta itu sudah satu keuntungan dan satu pengharapan Hamid?" Tanyanya pula…..

Setelah itu saya menerangkan berita itu, tidak berapa hari kemudian Salleh mengirimkan sepucuk surat buat isterinya Rosnah menerangkan pertemuan kami dengan tiba-tiba itu…..

Tuan!….telah bertahun-tahun saya berjalan di dalam gelap gelita. Tidak tentu arah yang saya tempuh, tidak kelihatan suatu bintang di halaman langit akan saya jadikan pedoman dalam menuju perjalanan itu demi setelah sampai berita yang demikian. Seakan-akan kegelapan itu terang sedikit ke sedikit, sebab dari Timur melintang cahaya fajar, cahaya yang saya nanti-nanti, cahaya itu lebih benderang dari cahaya suria, lebih nyaman dari cahaya bulan dan lebih dingin dari cahaya kelap-kelip bintang-bintang.

Saya hidup laksana seorang buangan yang tersisih pada suatu padang belantara yang jauh laksana seorang bersalah besar yang dibuang negeri, tiada manusia yang datang menengok, tidak ada famili yang melihat, ditimpa oleh haus dan dahaga, sekarang saya telah lepas dari pembuangan, saya telah dibolehkan pulang dan beroleh ampun, telah ada manusia yang lalu-lintas, telah hilang haus dan dahaga, sekarang baru saya tahu dan mengerti, bahawa sukacita itu ada juga dijadikan Tuhan di dalam dunia fana ini.

Dahulu kalau disebut orang kepada saya untung dan bahaya, tidak lain yang terlintas dalam fikiran saya daripada rumah yang indah, gedung yang permai, wang berbilang, emas bertahil, cukup dengan kenderaan dan kehormatan, dijunjung orang ke mana pergi. Sekarang saya telah insaf, bahawa semua itu bukan untuk bahagia, yang sejati ialah jika kita tahu, bahawa kita bukan hidup terbuang di dalam dunia ini, tetapi ada orang yang mencintai kita.

Lebih setahun saya menghilangkan diri, tidak ada orang lain yang bertanya hal ehwal saya dan saya pun tak bertanya hal ehwal orang lain. Segala kesakitan hidup telah saya tanggungkan. Ada juga orang yang menyatakan kasihan, ada orang yang lalu lintas di hadapan saya, sambil menggelengkan kepala. Tetapi bukanlah mereka mengasihi jiwa saya, mereka mengasihi tubuh kasar saya yang kurus tak makan atau ditimpa penyakit. Semuanya tiada erti buat saya. Sekarang barulah saya tahu diri saya ada harganya buat hidup, sebab ada orang yang mencintai saya, iaitu orang yang saya cinta.

Dahulu saya telah putus asa hendak hidup, kadang-kadang terlintas di dalam hati saya hendak membunuh diri. Akan sekarang, wahai tuan, saya hendak hidup, hendak merasai kelazatan cahaya matahari sebagai orang lain pula, sebab pengetahuan hidupku telah ada.

************ ********* ************

Habislah cerita sahabatku Hamid hingga itu, mukanya kelihatan berseri-seri, sebab simpanan di dadanya meluap selama ini telah dapat ditumpahkannya kepada orang yang dapat dipercayainya.

Waktu itu saya menjawab sambil bergurau sedikit: " InsyaAllah, habis mengerjakan haji saya akan lekas kembali pulang, mudah-mudahan kita dapat pulang bersama-sama."
Iapun menjawap sambil tersenyum " Mudah-mudahan………"


Bersambung....

* Penulis : Haji Abdul Malik Karim Abdullah (HAMKA)
* Tajuk : Dipetik dari buku Dibawah Lindungan Kaabah.
* Cetakan : Pustaka Antara

Lukisan Alam

Hidup tidak selalunya indah
Langit tak selalu cerah
Suram malam tak berbintang
Itulah lukisan alam
(Begitu aturan Tuhan)

Jadilah rumput nan lemah lembut
Tak luruh dipukul ribut
Bagai karang di dasar lautan
Tak terusik dilanda badai

Dalam suka hitunglah kesyukuranmu
Dalam senang awasi kealfaanmu
Setitis derita melanda
Segunung kurniaanNya

Usah mengharapkan ke segalanya
Dalam perjuangan penuh pengorbanan
Usah dendam berpanjangan
Maafkan kesalahan insan
(Begitu ajaran Tuhan)

Hasbiallah, Hasbunallah
HasbiRabbi jalallahu Ya Allah

Dalam diam taburkanlah baktimu
Dalam tenang buangkanlah amarahmu
Suburkanlah sifat sabar
(Di) dalam jiwamu itu

Thursday, December 11, 2008

Doa Seorang Kekasih

Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segalanya..

Destinasi Cinta

Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi

Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku... Ya Allah...

KeredhaanMu

Ya Allah, Ya Tuhanku
HambaMu merindukan
Rahmat kasih sayangMu
Dan jua keredhaanMu
Dalam hidupku

Meskipun ku ulangi dosa noda
Yang menjanjikan azab sengsara
Namun ku sedari
KeampunanMu tidak bertepi

Ku akui diri ini
Hamba yang mungkir pada janji-janji
Jadikanlah taubat ini yang sejati
PadaMu Ilahi

Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku
Ya Allah, redhakanlah kehidupanku
Moga terhapus penghijab kalbu
Antara Kau dan aku

Tuhan,
Ku zalimi diri ini
Andai Kau tak ampuni dan rahmati
Alangkah ruginya diri

Tuhan,
Jangan Kau palingkan hati ini
Setelah Kau beri hidayah
Sesungguhnya Kau Maha Pengasih

Monday, December 8, 2008

Mengemis Kasih

Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku dilorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi parah

Semalam sudah sampai kepenghujungnya
Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu
Tak ingin lagi kuulangi kembali
Gerak dosa yang menghiris hati

Tuhan dosaku menggunung tinggi
Tapi rahmat-Mu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi

Tuhan walau taubat sering kumungkir
Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi
Bila selangkah kurapat pada-Mu
Seribu langkah Kau rapat padaKu

Friday, December 5, 2008

Dibawah Lindungan Kaabah (bhg.8)

BERITA DARI KAMPUNG

Setelah setahun saya di sini dan waktu mengerjakan haji telah datang. Tuan sendiri yang mula-mula saya kenal semenjak orang-orang yang akan mengerjakan haji dari tanahair kita. Kemudian sebagai tuan maklum, datanglah pula saudara kita Salleh ini. Salleh adalah salah seorang teman saya semasa kami bersekolah agama di Padang dan Padang Panjang; oleh kerana sekolahnya di Padang telah tamat, dia hendak meneruskan pelajarannya ke Mesir, ia singgah di Mekah ini untuk mencukupkan rukun. Sekarang ia berangkat ke Medinah, supaya sehabis haji dapat ia menumpang kapal yang membawa orang Mesir kembali yang sewanya lebih murah dari kapal-kapal lain.Dengan kebetulan sekali, dia telah memilih syeikh kita menjadi tempatnya, menumpang, sehingga sahabat lama itu bertemu kembali, setelah kami bercerai selama itu.

Wahai tuan….. kedatangannya telah menghidupkan ingatan kembali kepada yang lama-lama, dia menceritakan kepadaku, bahawa dia telah beristeri dan isterinya telah sudi melepaskan die belajar sejauh itu.Padahal mereka baru saja berkahwin. Dipujinya isterinya sebagai seorang perempuan yang setia, yang teguh hatinya melepaskan suaminya berjalan jauh, kerana untuk menambah pengetahuannya. Setelah beberapa hari dia datang, dibawanya saya ke Maala di atas sebuah bangku di halaman qahwa ia membicarakan akan suatu hal yang sangat menggerakkan fikiran saya.

Sambil meminum syahi (teh) Arab yang panas dan enak, ia mulai berkata:" Hamid! Tempoh hari sudah saya katakan, bahawa saya telah beristeri, isteri saya itu ialah Rosnah..ingatkah engkau akan Rosnah, sahabat karib Zainab?"Saya pucat mendengar nama Zainab disebutnya. Kerana sudah lama benar saya tiasa mendengar nama itu disebut orang, kecuali saya sendiri, perubahan muka saya itu dilihat oleh Salleh sambil tersenyum duka." Kerapkali isteriku disuruhnya datang kerumahnya" katanya meneruskan ceritanya. " Kerana hubungan persahabatan mereka itu yang karib. Rupanya Zainab telah sudi membukakan rahsia-rahsianya yang sulit kepada isteri saya. Yang paling hebat, ialah seketika pada suatu hari isteri saya datang ke rumahnya, didapatinya Zainab merenung sebuah album, di dalam album itu terkembang sehelai surat kecil yang telah lusuh dan lunak, kerapkali dibaca dan dibuka lipatannya.

" Setelah adinda kelihatan olehnya" kata isteriku," album itu ditutupnya dengan segera dan surat itu disimpannya baik-baik ke dalam laci mejanya, setelah itu dia kelihatan kepada adinda dengan tenang, wajahnya muram, matanya berbekas tangis dan dia menarik nafas panjang"." Tiada tahan rupanya hati isteriku melihat kejadian itu, maklumlah kaum perempuan itu seperasaan, lalu ia berkata: " Zainab!.... mengapa engkau menangis pula, sahabat? Tidakkah di rumah yang sepermai ini sarang orang yang berdukacita.

Di rumah yang indah-indah dan gedung yang permai, yang di kiri kanannya dikelilingi oleh kebun-kebun yang subur, cukup dengan orang-orang gajian yang setia, tiadalah patut terdapat orang yang mengalirkan airmata. Disana tidaklah ada kesedihan dan kedukaan."Zainab menjawab: " Salah sekali persangkaanmu, sahabat! Bahawasanya airmata tidaklah ia memilih tempat untuk jatuh, tidak pula memilih waktu untuk turun.

Airmata adalah kepunyaan bersyarikat, dipunyai oleh orang-orang yang melarat yang tinggal di dangau-dangau yang buruk, oleh tukang sabit rumput yang masuk ke padang yang luas dan ke tebing yang curam, dan juga oleh penghuni gudang-gudang yang permai dan istana-istana yang indah. Bahkan di situlah lebih banyak orang menelan ratap dan memulas tangis. Luka jiwa yang mereka hidupkan, dilingkung oleh tembok dinding yang tebal dan tinggi, sehingga yang kelihatan oleh orang di luar penuh dengan kepahitan."" Kesedihan orang lain lebih merdeka dan lebih puas, dapat ia menerangkan fahamnya yang tertumbuk kepada alam yang sekelilingnya, dapat pula mereka lupakan dan menghilangkan. Tetapi di rumahtangga yang sebagai ini, kedukaan akan dirasakan sendiri, airmata akan dicucurkan seorang, rumah dan gedung menjadi kubur kesedihan yang tiada berhujung".Airmata Zainab kembali jatuh.

" Mengapa engkau menangis juga, sahabatku! Kesedihan apakah yang engkau tanggungkan? Teringatkah engkau kepada ayahmu? Kalau demikian, engkau salah, Zainab! Lupa engkau agaknya, bahawa kedukaan itu tumbuh diapit oleh dua rumpun kesukaan."" Bukan demikian, sahabat!" jawabnya. " Buat diriku sendiri, Tuhan telah mentakdirkan berlainan dari orang. Kedukaanku tumbuh di antara dua kedukaan pula. Dahulu saya telah berduka, sekarang berdukacita dan kelak akan terus berluka hati."" Engkau mengesali nasib, Zainab!"" Menyesali nasib saya tidak, menyedar untung saya bukan, melainkan yang sebetulnyalah yang saya katakan.

"" Zainab…. Kalau tidak akan merbahaya benar, nyatakanlah kepadaku, apa yang menjadi sebab dukacitamu sebesar itu benar. Kerana sudah agak lama saya melihat mukamu muram, sehingga airmata saya sendiri kerapkali bersyarikat, tercurah untuk kesedihanmu, sahabat! Saya akan meratap menuruti ratap engkau, kerana tidak ada kepandaian kita kaum perempuan selain dari menangis."Laksana seorang anak yang memohon dikasihani, dipeluknya Rosnah, seketika lamanya kedua sahabat itu berpeluk-pelukan, bertangis-tangis tiada berkata-kata." Sudahlah, zainab, ingatlah akan dirimu, kelak engkau, demikian pun saya, ditimpa oleh penyakit lain. Ceritakanlah kepada saya hal yang engkau rahsiakan itu, mudah-mudahan kerana sesudah ada tempat menerangkan, tanggungan itu supaya ringan sedikit, sebab beban untuk sendiri telah dibahagi dua." Mula-mula termenung, setelah beberapa saat lamanya ia pun berkata:

Bersambung....

* Penulis : Haji Abdul Malik Karim Abdullah (HAMKA)
* Tajuk : Dipetik dari buku Dibawah Lindungan Kaabah.
* Cetakan : Pustaka Antara

Sunday, November 30, 2008

Dibawah Lindungan Kaabah (Bhg.7)

BERJALAN JAUH

Dua kejadian yang berjuang pada hari itu, cukuplah untuk menentukan tujuan nasib saya; nikmat hati hanya lalu sebagai khayal belaka. Setelah melayap laksana satu bayangan, ia pun hilang dan tidak akan kembali lagi. Kepada Tuhan dapatlah saya menghantarkan satu kesyukuran yang bersih, sebab saya telah dapat memberikan suatu pengorbanan untuk seorang perempuan yang lemah, saya telah menolongnya, memujuk anaknya yang keras.

Untuk itu perasaan hati sendiri telah saya tekankan; sungguh besar sekali korban yang saya berikan, memang kalau diukur dengan fikiran, saya ini hanya pantas menjadi saudara Zainab, menjadi pembelanya, tetapi cinta mempunyai suatu lapangan yang lebih luas daripada ukuran fikiran itu. Inilah yang tertulis dalam hati, yang sukar dilupakan selamanya. Ada suatu jawapan yang tergantung, yang saya sempat dengar dari mulut Zainab, dan keras persangkaan saya akan dirinya pada hari itu; itulah yang sentiasa menjadi penyakit pada saya, tetapi menjadi ubat juga.

Kemudian saya insaf, bahawa alam ini penuh dengan kekayaan. Allah menunjukkan kuasaNya. Tidaklah adil jika semua makhluk dijadikan dalam tertawa, yang akan menangis pun ada pula. Kita mesti mengukur perjalanan alam dengan ukuran yang luas, bukan dengan nasib diri sendiri.

Bukankah patut saya syukur dan terima kasih, sebab seorang perempuan tua dapat saya tolong, saya patahkan hati anaknya yang hanya satu tempat menumpahkan segala pengharapannya. Kalau kelak terjadi perkahwinan Zainab dengan kemanakan ayahnya dan mereka hidup beruntung, sehingga Mak Asiah waktu menutup mata tidak merasa bahawa ia masih ada hutang piutang dengan anaknya, bukankah saya telah mengusahakannya?

Memang, mula-mula hati itu mesti bergoncang; bukahkan loceng-loceng dirumah juga berbunyi keras dan berdengung jika kena pukul? Tetapi akhirnya, dari sedikit ke sedikit, dengung itu akan berhenti juga. Cuma saja saya mesti berikhtiar, supaya luka-luka yang hebat itu jangan mendalam kembali, saya mesti berusaha, supaya ia beransur-ansur sembuh. Untuk itu saya mesti berusaha, saya mesti meninggalkan Kota Padang, terpaksa tak melihat wajah Zainab lagi, saya berjalan jauh.

Setelah saya siapkan segala yang perlu dan rumahtangga saya pertaruhkan kepada salah seorang sahabat handai yang setia, dengan tak seorang pun yang mengetahui, saya berangkat meninggalkan Kota Padang, kota yang permai dan yang sangat saya cintai itu, dengan menekankan dan membunuh segala perasaan yang sentiasa mengharu hati, saya tumpangi kereta yang berangkat ke Siantar.

Di kiri kanan saya banyak penumpang lain yang akan menuju ke kota Medan, setelah saya sampai ke Medan, saya buat surat kepada Zainab, sesudah hati saya, saya beranikan; itulah surat saya yang pertama kali kepadanya. Jika kelak ternyata dia tak cinta kepada saya, syukur, sebab saya tak melihat mukanya yang kesal membaca surat. Tetapi kalau ia nyata ada mempunyai perasaan sebagi yang saya rasai dan surat itu diterimanya dengan sepertinya, tentu sekurang-kurangnya saya akan menerima belas kasihannya, sebagai seorang melarat yang diarak oleh untung nasib saya.

Demikian bunyi surat itu masih hafaz oleh saya:

" Menyesal sekali, kerana sebelum berangkat tak sempat saya bertemu muka dengan adinda lebih dahulu, maafkanlah adik, kerama amat banyak halangan yang menyebabkan saya tak sempat datang ketika itu, halangan yang tak sapat saya sebutkan.

Barangkali agak sedikit tentu adik bertanya juga dalam hati, apa gerangan sebabnya abang Hamid berangkat dengan tiba-tiba. Biarlah hal itu menjadi soal buat sementara waktu, lama-lama tentu akan hilang jua dengan sendiri.

Banyak hal-hal yang akan saya terangkan dalam surat ini, tetapi tak sanggup pena saya menulisnya. Hanya dengan surat ini saya bermohon sangat supaya adik menuruti cita-cita ibu. Jika kelak maksud famili sampai dan adik bersuami; berikan kepadanya kesetiaan yang penuh.

Akan hal diri saya ini, ingatlah sebagai mengingat seorang yang telah pernah bertemu dalam peri penghidupanmu, seorang sahabat dan boleh juga disebut saudara yang ikhlas dan saya sendiri akan memandang tetap engkau sebagai adikku.

Jika pergaulanmu kelak dengan suamimu berjalan dengan gembira dan beruntung, sampaikanlah salam abang kepadanya. Katakan bahawa di suatu negeri yang jauh, yang tak tentu tanahnya, ada seorang sahabat yang sentiasa ingat akan kita. Dan biarlah Allah memberi perlindungan atas kita semuanya.

Wassalam abangmu,
Hamid,

Demikianlah bunyinya surat yang saya kirimkan. Tiada lama saya di Medan, saya menuju ke Singapura, mengembara ke Bangkok, belayar terus memasuki tanah-tanah Hindustan, dan dari Karachi belayar menuju ke Mesir masuk ke Iraq, melalui Sahara Najad dan akhirnya sampailah saya ke tanah suci ini.

Sekarang sudah tuan lihat, saya telah ada di sini, di bawah lindungan Ka`bah yang suci, terpisah daripada pergaulan manusia yang lain. Di sinilah saya selalu tafakur memohon kepada Tuhan seru sekalian alam, supaya ia memberi saya kesabaran dan keteguhan hati menghadapi kehidupan.

Setiap malam saya duduk beri`tikaf di dalam Masjidil Haram, doa saya telah berangkat ke langit biru, membumbung ke dalam alam ghaib bersama-sama permohonan segala makhluk yang makbul.

Segala ingatan kepada zaman yang lama-lama, dari sedikit beransur-ansur lupa juga. Cuma sekali-sekali ia terlintas difikiran, ketika itu saya menarik nafas panjang, kerana biar pun luka sembuh dengan kunjung, bekasnya mesti ada juga. Tetapi hilang pula dengan segera, bila saya bawa tawaf dan sa`ie(berjalan antara Safa dan Marwah), atau saya bawa bertekun di dalam masjid tengah malam. Sudah hampir datang tamaninah (ketetapan) ke dalam hati saya menurut persangkaan saya mula-mula, tamatlah cerita ini sehingga itu.

Bersambung....

* Penulis : Haji Abdul Malik Karim Abdullah (HAMKA)
* Tajuk : Dipetik dari buku Dibawah Lindungan Kaabah.
* Cetakan : Pustaka Antara

Note: plot cerita yang semakin tragis

Thursday, November 27, 2008

Fi Laylati Minal Layali

(Pada satu dari malam-malamku)

terjemahan nasheed by muhammad husayyan;

Di suatu malam dari malam-malamku
Aku tidak tahu apa yang menimpa diriku wahai tuhan
Kegelapan memenuhi diriku wahai Tuhan


Bumi dan Langit dirasakan sempit
Dan hatiku tidak menjumpai cahaya
Dan air mataku sentiasa mengalir wahai Tuhanku

Aku ingkar dan dosa-dosa besar
Dan sesungguhnya aku dalam kesedihan yang amat
Dibelenggu oleh dosa-dosa, wahai Tuhan

Dan adakah layak keampunan buat orang yang berdosa?
Orang yang sentiasa dalam noda, Wahai Tuhan

Engkau yang menjadikanku
Mengasihiku dan mengurniakanku rezeki
Wahai Tuhan, Engkau selalu bersama-samaku
Tetapi aku jauh daripadaMu
Dan aku berjalan pada jalanku Ya Allah

Dan pada hari ini wahai Tuhan, aku kembali
Daripada kegelapan di belakang batasan-batasan agama
Dan hatiku kecewa dan jalanku bingung
Dan aku telah tenggelam tetapi aku tidak menyedari
Tiada penyelamat bagiku melainkan Engkau
Tiada penyelamat dan tiada penyelamat melainkan Engkau
Wahai Tuhanku.. Wahai Tuhanku

Friday, November 21, 2008

Dibawah Lindungan Kaabah (Bhg.6)

TEGAK DAN RUNTUH

Telah lalu kejadian itu dan dia telah memberi kesan ke dalam jantung saya; rupa-rupanya kedukaan dan cubaan mesti diturunkan kepada manusia secukup-cukupnya dan sepuas-puasnya, menanglah siapa yang tahan.

Sejak kematian itu tidak beberapa kerap lagi saya datang ke rumahnya, saya karam dalam permenungan, memikirkan hidup saya di belakang hari, sebatang kara di dunia ini.

Pada suatu petang sedang matahari akan tenggelam ke dasar lautan di Batang Arau, di antara Hujung Gunung Padang, di celah-celah ombak yang memecah ke atas pasir yang putih di Pulau Pandan, di waktu saya sedang berjalan seorang diri di pesisir Batang Arau yang indah, melihat perahu keluar masuk, tiba-tiba......

kelihatan oleh saya sebuah perahu tumpangan datang dari seberang, di atasnya duduk tiga orang perempuan yang agak tua, bertudung kain bugis halus, setelah perahu kecil itu hampir, keluar dari dalamnya perempuan-perempuan itu, seorang di antaranya ialah Mak Asiah sendiri, ia lekas melihat saya, " Oh, engkau Hamid? Mengapa di sini?" Katanya.

" Berjalan-jalan emak," jawabku; " Dan emak dari mana?"

" Dari menziarahi kubur bapamu….mengapa engkau tak datang ke rumah semenjak ibumu meninggal?" Kerana Engku Haji Jaafar tiada lagi, akan engkau alangi saja datang ke rumah?

" Tidak emak, Cuma kematian yang bertimpa-timpa itu agak mendukacitakan hatiku, itu sebab saya kurang benar keluar rumah.

" Tak boleh begitu, Hamid; sebabnya engkaulah yang mesti menyabarkan hati kami. Besok engkau mesti datang ke rumah, ibu tunggu kedatanganmu, banyak yang perlu kita bincangkan."

" Baiklah mak."

" Saya tunggu, ya?"

" Baik, mak!"

Setelah itu ia pun pergi di tengah jalan, sebelum mereka naik dari sampan, rupanya pembicaraan mereka terhadap diri saya saja. Kerana tak berapa jauh langkahnya, perempuan-perempuan tua yang lain semuanya menoleh kepada saya sebagai rupa orang menunjukkan belas kasihan.

Besoknya janji itu pun saya tepati.

Wahai tuan, hari itulah masa yang tak dapat saya lupakan! Saya datang ke rumah itu, rumah tempat saya bersenda gurau dengan Zainab di waktu kecil, rumah itu seakan-akan hilang semangat dan memang kehilangan semangat, kerana bekas-bekas kematian masih kelihatan nyata. Pintu luar terbuka sedikit dan saya ketuk pintunya yang mengadap ke dalam; pintu terbuka…. Zainab yang membukakan.

" Abang Hamid!" katanya.

Waktu itu kelihatan nyata oleh saya mukanya merah, nampak sangat gembiranya melihat kedatangan saya. Baru sekali itu dan baru saat itu selama hidup saya melihat mukanya demikian, yang tak pernah saya gambarkan dan tuturkan dengan susunan kata, pendeknya wajah yang memberikan saya penuh pengharapan.

" Bang Hamid!" katanya menyambung perkataannya, " Sudah lama benar abang tak kemari, lupa agaknya abang kepada kami!"

Gugup saya hendak menjawab; saya pintar mengarang khayal dan angan-angan tetapi bila sampai di hadapannya saya menjadi seorang yang bodoh.

" Tidak, Zainab" jawabku dengan gugup; " Tetapi….. bukankan kita sama-sama kematian?"

" Memang, kematian itulah yang sepatutnya menjadikan abang kerap kemari."

Seketika itu mukanya kembali ditekurkannya menghadapi kakinya, tangannya berpegang ke pinggir pintu, rambutnya yang halus menutupi sebahagian keningnya dan sepatah kata pun dia tidak berbicara lagi.

" Zainab…" kataku pula. " Sebetulnya tidak saya…. Pernah lupa datang kemari, barangkali engkaulah… agaknya yang … lupa kepadaku."

Mendengar itu ia bertambah menekur, tak berani ia mengangkat muka lagi, dan saya pun gugup hendak menambah perkataan, memang bodoh saya ini, dan pengecut!

Tiba-tiba dalam saya menyediakan perkataan yang akan saya katakana pula dalam sedang merenungi kecantikan Zainab, kedengaranlah dari halaman tapak kaki emak Asiah menginjak batu; Zainab mengangkat mukanya seraya berkata: " Itu ibu datang."

Saya masih dalam kebingungan, Zainab lalu kehadapan saya mengadap kedatangan ibunya. Ketika sampai ke beranda dia berkata " Sudah lama Mid?"

" Baru sebentar, mak" jawabku.

Saya disuruh duduk, Zainab dengan segera pergi ke belakang memasak kopi sebagaimana kebiasaannya. " Hampir mak terlupa akan janji kita. Tadi mak pergi ke rumah orang sebelah kerana tiada lama lagi dia akan mengahwinkan anaknya; jadi dari sekarang sedang bersiap-siap menyediakan yang perlu, maklumlah tetangga, perlu bantu-membantu."

Saya dengarkan perkataannya, tetapi fikiran saya masih tetap ingat kepada kejadian tadi. Fikiran saya menjalar kemana-mana, memikirkan tegur Zainab dan mukanya yang merah ketika mula-mula melihat saya; hanya suatu kejadian yang tiba-tibakah itu, atau adakah dia merasai apa yang saya rasai? Dalam pada itu Mak Asiah masih tetap membicarakan beberapa perkara menyebut-nyebut jasa suaminya, menyebut kebaikan ibuku. Akhirnya sampai pembicaraan kepada Zainab.

" Bagaimanakah fikiranmu Hamid, tentang adikmu Zainab ini?"

" Apakah yang emak maksudkan' Tanya saya.

" Semua keluarga di darat (darat adalah sebutan dari Padang Halus) telah bermuafakat dengan emak hendak mempertalikan Zainab dengan seorang anak saudara almarhum bapamu, yang ada di darat itu, dia sekarang sedang bersekolah di Jawa. Maksud mereka dengan perkahwinan itu supaya hartabenda almarhum bapanya dapat dijagai oleh familinya sendiri, oleh anak saudaranya, sebab tidak ada saudara yang lain, dialah anak yang tunggal. Pertunangan itu telah dirunding oleh orang yang sepatutnya, jika tiada aral melintang, bulan depan hendak dipertunangkan dahulu, nanti apabila tamat sekolahnya akan dilangsungkan perkahwinan. Hal ini telah mak rundingkan dengan Zainab, tetapi tiap-tiap ditanya dia menjawab belum hendak bersuami, katanya, tanah perkuburan ayahnya masih merah, airmatanya belum kering lagi. Itulah sebabnya engkau disuruh kemari, akan emak lawan berunding, mak masih ingat pertalian engkau dan Zainab masa engkau kecil dan masih sekolah; engkau banyak mengetahui tabiatnya apalagi engkau tidak dipandangnya sebagai orang lain, sukakah engkau Hamid, menolong emak?" Lama saya termenung…..

" Mengapa engkau termenung, Hamid? Dapatkan engkau menolong emak, melembutkan hatinya dan memujuk ia supaya mahu? Hamid!.... emak percaya sepenuh-penuhnya kepadamu sebagai Allahyarham bapamu percaya kepada engkau!'

" Apakah yang akan dapat saya Bantu mak? Saya seorang yang lemah. Sedangkan ibunya sendiri tak dapat mematah dan melembutkan hatinya apatah lagi saya orang lain, anak semangnya."

" Jangan bercakap begitu, Hamid, engkau bukan emak pandang sebagai orang lain lagi, almarhum telah memasukkan engkau ke dalam golongan kami, walaupun beragih tetapi tak bercerai. Maka di atas namanya hari ini, di atas nama Haji Jaafar mak meminta tolong melembutkan hati adikmu."

" Oh itu namanya perintah, saya kabulkan permintaan mak."

Mukanya kelihatan gembira, meskipun dia tak sempat memperhatikan bagaimana perubahan muka saya yang telah muram. Kemudian keluarlah Zainab membawa dua cawan kopi dan beberapa piring kuih. Ibunya melihat kepadanya dengan kasih dan mesra, kerana pada diri anaknya itulah tergantung pengharapannya dan penghabisan.

" Duduk, Nab, abangmu Hamid hendak berkata-kata sepatah dua kata dengan engkau."

Saya masih agak bingung dan Zainab telah duduk dekat ibunya dengan wajah kemalu-maluan.

Beberapa minit lamanya tenang saja dalam ruangan itu tak seorang jua pun di antara kami yang berkata; ibunya seakan-akan menunggu supaya perkataan itu lekas dimulai, Zainab kelihatan malu tak mahu melihat muka saya, sedang saya masih termenung memikirkan dari manakah percakapan itu akan saya mulai.

" Bicaralah, Hamid, amat banyak masa terbuang," kata ibu dengan tiba-tiba. Sulit sekali untuk memulai pembicaraan itu, sulit menyuruh seorang mengerjakan suatu pekerjaan yang berat hatinya melakukan, pekerjaan yang berlawanan dengan kehendak hatinya sendiri. Tetapi di balik itu, sebagai seorang anak muda yang telah dicurahi orang kepercayaan dengan sepenuhnya, yang sudi mengorbankan jiwa untuk menyimpan rahsia. Akhirnya hati saya dapat saya bulatkan dan mulai berkata:

" Begini Zainab…. Sudah lama ayah meninggal, semenjak itu lenganglah rumah ini, tiada seorang pembela pun yang akan dapat menjaganya. Selain dari itu, menurut aturan hidup di dunia, seorang gadis perlulah mengikut perintah orangtuanya, terutama kita orang Timur ini. Buat menunjukkan setia hormatnya kepada orangtuanya, ia perlu menekan perasaan hati sendiri. Dia mesti ingat sebuah saja, iaitu mempergunakan dirinya, baik murah atau mahal, untuk berkhidmat kepada orangtuanya."

" Sekarang, kerana memikirkan kemuslihatan rumahtangga dan memikirkan hati ibumu, pada hal hanya sendiri lagi yang dapat engkau khidmati, ia berkehendak supaya engkau mahu dipersuamikan…. dipersuamikan dengan…kemanakan ayahmu."

Seakan-akan terlepas dari suatu beban yang maha hebat saya rasanya, setelah selesai perkataan yang sulit itu. Selama saya berbicara Zainab masih tetap menekur ke meja, tanganya mempermain-mainkan sebuah pontong macis, diramas-ramasnya dan dipatah-patahnya, belum sebuah juga perkataan keluar dari mulutnya. Setelah kira-kira lima minit lamanya, barulah mukanya diangkat, airmatanya kelihatan mengalir, mengalir setitik dua titik ke pipinya yang halus dan indah itu.

" Bagaimana, Zainab, jawablah perkataanku!"

" Belum abang, saya belum hendak kahwin.

" Atas nama ibu, atas nama almarhum ayahmu."

" Belum abang!"

" Sampai hati abang memaksa aku?"

" Abang bukan memaksa engkau, adik… ingatlah ibumu."

Mendengar itu dia kembali terdiam, ibunya pun terdiam, ia telah menangis pula. Karam rasanya bumi ini saya pijakkan, gelap tujuan yang akan saya tempuh. Dua kejadian yang hebat telah membayang dalam kehidupan saya sehari itu, tak ubahnya dengan seorang yang bermimpi mendapat sebutir mutiara ditepi lautan besar, sebelum mutiara itu dibawa pulang, tiba-tiba sudah tersedar; meskipun mata dipaksa hendak tidur, mimpi yang tadi telah tinggal mimpi, ia telah tamat sehingga itu tidak akan bertambah-tambah lagi.

Selama ini saya masih ragu, adakah Zainab membalas cinta saya; pertemuan saya dengan dia itu memberikan pengharapan sedikit pada saya, tetapi belum pengharapan itu dapat saya yakni tibalah penyerahan ibunya yang berat itu.

Hanya hingga itu dapat saya ceritakan kepada tuan apa yang terjadi sehari itu. Setelah itu saya pun pulang ke rumah saya, di jalan pulang saya rasakan badan saya sebagai bayang-bayang tanah serasa bergoyang saya pijakkan.

Bersambung....

* Penulis : Haji Abdul Malik Karim Abdullah (HAMKA)
* Tajuk : Dipetik dari buku Dibawah Lindungan Kaabah.
* Cetakan : Pustaka Antara

Saturday, November 15, 2008

Dibawah Lindungan Kaabah (Bhg.5)

SEPERUNTUNGAN

Setelah beberapa lama kemudian, dengan tidak disangka-sangka satu musibah besar telah menimpa kami berturut-turut. Pertama ialah kematian sekonyong-konyong dari Engku Haji Jaafar yang dermawan. Ia seorang yang sangat dicintai oleh penduduk negeri, kerana ketinggian budinya dan kepandaiannya dalam pergaulan; tidak ada satu pun perbuatan umum di sana yang tak dicampuri oleh Engku Haji Jaafar.

Kematiannya membawa perubahan yang bukan sedikit kepada perhubungan kami dan rumahtangga Zainab. Dia yang telah membuka pintu yang luas kepada saya memasuki rumahnya di zaman hidupnya, sekarang pintu itu mahu tak mahu telah tertutup. Sebagai seorang lain, Pertemuan kami tidak berleluasa seperti dulu lagi. Ah…. zaman semasa anak-anak, dia telah pergi dari kalangan kami dan tak akan kembali lagi.

Belum beberapa lama setelah budiman itu menutup matanya,datang pula musibah baru kepada saya. Ibu saya yang tercinta, yang telah membawa saya menyeberangi hidup bertahun-tahun telah ditimpa sakit, sakit yang selama ini telah melemahkan badannya, iaitu penyakit dada. Kerapkali Zainab dan ibunya datang melihat ibuku, dan duduk dekat kepalanya, sedang saya duduk menjaga dengan diam dan sabar. Kerapkali juga Mak Asiah berkata; " Ah luka lama yang belum sembuh sekarang datang pula yang baru. Belum lama saya menjagai suami saya sakit, sekarang saya mesti melihat sahabat saya yang menanggung sakit. Mudah-mudahan ia lekas sembuh."

Waktu itu Zainab diam dalam menungnya, di hadapan ibu yang sedang sakit, kerapkali ia melihat kepada saya dengan muka yang tenang, dan agaknya bersertaan dengan nasib yang ditanggungnya sendiri. Tetapi sepatah kata pun tak keluar daripada mulutnya dan saya pun melihat pula, sehingga kedua mata kami bertemu dan dari dalam ruang-ruang mata yang hitam, seakan-akan terbayang berulang-ulang beberapa perkataan yang penting, meskipun lidah tiada sanggup menunjukkan ertinya.

Mak Asiah pergi bersama Zainab, di meja mereka letakkan sepinggan bubur yang telah didinginkan, ditutup dengan sebuah piring kecil untuk ibu, kerana dia tak kuat makan nasi. Ketika ia akan pergi, ia berkata:" Jagalah ia baik-baik, jika ia bangun kelak, berilah bubur ini barang sesenduk pun."

" Baiklah mak"-kata saya.

Pintu mereka tutupkan baik-baik dan mereka pun pergi. Setelah beberapa saat kemudian ibuku mengembangkan matanya; di dalamnya hanya kelihatan tinggal cahayaa dari kekerasan hati, padahal Kekuatan telah habis sama sekali.

Dicarinya saya dengan matanya yang telah kabur, tangannya yang telah tinggal jangat pembalut tulang itu mencapai-capai ke kiri ke kanan mencari tangan saya, dengan segera saya berikan tangan kanan saya, dipegangnya erat-erat dan dibawanya kemulutnya seraya diciumnya, lama sekali; dari matanya titik airmata yang panas.

" Hamid"- katanya, rupanya kekuatan kembali sedikit; " Ibu hendak berbicara dengan engkau, penting sekali, nak!"

" Lebih baik ibu diamkan dahulu, agaknya ibu terlalu payah."

" Tidak, Mid, kekuatan ibu dikembalikan Tuhan untuk menyampaikan bicara ini kepadamu."
" Apakah yang ibu maksudkan?"
" Sebagai seorang yang telah lama hidup, ibu telah mengetahui suatu rahsia pada dirimu."

" Rahsia apa ibu?"

" Engkau cinta kepada Zainab!"

" Ah, tidak ibu, itu barang yang amat mustahil dan itulah yang sangat anakanda takuti. Anakanda tak cinta padanya dan takut akan cinta, anakanda belum kenal " cinta." Anakanda tahu bahawa jika anakanda menyerahkan cinta kepadanya, takkan ubahnya seperti seorang yang mencurahkan semangkuk air tawar ke dalam lautan yang amat luas; laut tak akan berubah sifatnya kerana semangkuk air itu."

" Wahai anakku, dari susunan katamu itu telah dapat ibu membuktikan bahawa engkau sedang diserang penyakit cinta, takut akan kena cinta, itulah dia sifat daripada cinta; cinta itulah yang telah merupakan dirinya menjadi suatu perbuatan, cinta itu kerapkali berupa putus harapan, takut, cemburu, hiba hati terkadang-kadang berani. Di hadapan ibumu yang telah lama merasai pahit dan manis kehidupan tidaklah dapat engkau sembunyikan lagi. Mataku telah kabur, tetapi hatiku masih terang-benderang."

" Anakku …… sekarang cintamu masih bersifat angan-angan, cinta itu kadang-kadang hanya menurutkan perintah hati, bukan menurut pendapat otak. Dari belum berbahaya sebelum ia mendalam, kerapkali kalau yang kena cinta tak pandai ia merosakkan kemahuan dan kekerasan hati lelaki. Kalau engkau perturutkan tetap engkau menjadi seorang anak yang berputus asa, apa lagi kalau cinta itu tertolak, terpaksa ditolak oleh keadaan yang ada di sekelilingnya…..

" Hapuskanlah perasaan itu dari hatimu, jangan timbul-timbulkan juga. Engkau tentu memikirkan juga, bahawa emas tak setara dengan loyang, sutera tak sebangsa dengan benang."

" Ayahnya, orang yang telah memenuhi cita-cita kita dengan nikmat, sekarang tak ada lagi, ertinya telah putus tali yang memperhubungkan kita dengan rumahtangga orang di sana. Meski pun ibu Zainab seorang yang penuh dengan budi pekerti. Tentu saja kebaikannya kepada kita tidak lagi sebagai suaminya hidup. Apa lagi famili-famili mereka yang bertali darah sudah banyak yang akan turut mengatur keadaan pergaulan rumahtangga itu, iaitu orang-orang baru yang tidak kenal akan kita."

" Memang anak,….. cinta itu " Adil" sifatnya, Allah telah mentakdirkan dia dalam keadilan, tidak memperbeza-bezakan antara raja dengan orang meminta-minta, tiada menyisihkan orang kaya dengan orang miskin, orang mulia dengan orang hina, bahkan kadang-kadang tidak juga berbeza baginya antara bangsa dengan bangsa, tetapi aturan pergaulan hidup, tiada membiarkan yang demikian itu berlaku, orang sebagai kita ini telah dicap dengan darjat " Bawah" atau " Kebanyakkan" sedang mereka diberi nama " cabang atas"; cabang atas ada kalanya kerana pangkat dan ada kalanya kerana harta benda. Cincin emas orang sayang hendak memberi bermatakan kaca, tentu dicarikan orang, biar lama, permata intan berlian, atau zamrud dan nilam yang telah diasah oleh orang rantai perintang-perintang hatinya, kerana lama menanggung dalam penjara."

" meski pun Zainab suka kepada engkau…. Kerana agaknya batinnya suci daripada perasaan takbur dan mengangkat dirinya, tidaklah langsung kalau ibunya tak suka. Diletakkan ibunya suka, bermuafakat orang itu dahulu dengan kaum kerabat, handai dan taulan. Kalau mereka tak sepakat, waktu itulah kelak kau diserang oleh putus asa, oleh malu, dan kadang-kadang memberi melarat kepada jiwamu. Sebab api masih belum besar tidak engkau padami lebih dahulu."

" Tidak ada yang lebih baik untuk melupakan hal itu sebelum ia mendalam, sebab cinta kepada orang yang demikian, adalah cinta arwah ayahmu hendak kembali ke dunia, kerana ia berbesar hati melihat engkau telah besar. Ia tahu dan melihat segala apa yang kejadian dalam dunia ini, dan ia ingin sekali hendak datang. Tetapi sayang…. Alam dunia telah terbatas jauh sekali dengan alam barzakh….."

Lama saya termenung mendengarkan perbicaraan ibu itu, pertama kerana amat dalam penyelidikannya kepada faham hidup ini, kedua memikirkan kekuatan jiwanya yang timbul, seakan-akan malaikat yang memimpin dia sedang berbicara, yang tidak saya sangka-sangka akan sejelas itu. Beberapa saat antaranya saya pun menjawab:" Terima kasih, ibu, nasihat ibu masuk benar kedalam hatiku, semuanya benar belaka, sebenarnya sudah lama pula anakanda merasa yang demikian, sehingga dengan hati sendiri anakanda berjanji hendak melupakannya, yang amat ajaib ialah peperangan otak dengan hati. Tetapi bila kelihatan rumahtangga, atau kelihatan rupanya sendiri, dan kadang-kadang bila namanya disebut orang hati ini lupa akan perintah otak, ia kembali berdebar, ia surut kepada kenang-kenangannya yang lama. Inilah yang kerapkali mengalahkan anakanda."

" Ah, anakku, pandai benar engkau mewartakan nasibmu kepada ibumu! Mengapa engkau segila itu benar, pada hal agaknya engkau belum mengetahui bagaimana pula perasaan Zainab kepada dirimu?"

" Wahai ibu, Cuma anakanda tahu bahawa cintaku mendapat sambutan dengan semestinya, agaknya tidaklah separah ini benar luka hatiku, kerana cinta yang dibalas itulah ubat yang paling mujarab bagi seorang anak muda dalam hidupnya, tak akan lebih pintanya daripada itu, hati anak muda akan besar dan merasa beruntung, jika anakanda ketahui bahawa airmata anakanda yang selama ini telah banyak tercurah tidak bagai air yang tenggelam di pasir; bahawa pengharapan dalam menuju hidup tak terhambat ditengah jalan; bahawa cita-cita hendak memandangi langit tidak di halangi oleh awan. Cinta anakanda kepadanya bukan mencintai tubuhnya dan bentuk badannya, tetapi jiwa anakandalah yang mencintai jiwanya, kecintaan anakanda bukan dipeterikan oleh kebiasaan bergaul dan bukan pula kerana kepandaian menyusun surat-surat kiriman. Kebebasan pergaulan bisa ditutupi dengan perangai yang dibuat-buat dan kepintaran mengarang surat dapat pula menyembunyikan kepalsuan hati. Anakanda menyintai Zainab kerana budinya; di dalam matanya ada terkandung suatu lukisan hati yang suci dan bersih."

" Anakku, sudah tinggi fikiranmu rupanya, sudah dapat engkau menerangkan perasaan hati dengan perkataan yang cukup, sudah menurun pada dirimu kelebihan ayahmu. Ibu tak dapat menyambung perkataan lagi….. perkataanmu hanya ibu sambut dengan airmata. Hanya kepada Tuhan ibu berharap, mudah-mudahan Dia memberikan anugerah dan perlindungan akan dirimu. Dia yang telah menanamkan perasaan itu ke dalam hatimu, Dia pula yang berkuasa mencabutnya. Mudah-mudahan itu hanya suatu khayal, suatu angan-angan yang kerapkali mempengaruhi hati anak muda, yang dapat hilang kerana pergantian siang dan pertukaran malam."

" Mudah-mudahan," jawab saya.

Demikianlah nasihat kepada saya, setelah itu kekuatannya tak ada lagi. Dari saat ke saat, hanya kelihatan kepayahannya menyelesaikan nafas yang turun naik. Kadang-kadang dilihatnya saya tenang-tenang dan dingangakan mulutnya sedikit minta minum. Ubat-ubatnya tak memberi faedah lagi. Tidak beberapa malam setelah dia memberi nasihat itu, datanglah masa yang ditunggu-tunggunya, masa berpindah daripada alam yang sempit kepada alam yang lapang. Sementara saya asyik meminumkan ubat, di tangan kanan saya terpegang sudu dan di tangan kiri terpegang gelas. Ia melihat kepada saya dengan tenang, alamat berpisah yang akhir. Dari mulutnya keluar kalimah suci, bersamaan dengan kepergian nyawanya ke dalam alam yang baqa', yang di sana tempat manusia lepas daripada segala penyakit.

Saya tercengang dan seakan-akan bingung, di tangan kanan saya sudu masih terpegang, di tangan kiri saya berisi ubat; saya lihat ke atas meja, di sana terletak beberapa botol yang telah kosong dan ramuan dukun yang telah layu, limau manis yang dihantarkan oleh Zainab pagi hari itu baru diusiknya seulas, lebihnya masih tinggal terletak di atas meja. Waktu itulah baru saya insaf bahawa itu bukan perkara sudu, gelas, bukan perkara ubat ramuan, tetapi perkara ajal semata-mata…..

Sekarang saya sudah tinggal sebatang kara di dunia ini!

Bersambung....

* Penulis : Haji Abdul Malik Karim Abdullah (HAMKA)
* Tajuk : Dipetik dari buku Dibawah Lindungan Kaabah.
* Cetakan : Pustaka Antara

Friday, November 7, 2008

Dibawah Lindungan Kaabah (Bhg.4)

APAKAH NAMANYA INI?

Saat yang ditakutkan itu pun telah datang; dengan hati riang, bercampur masyghul, saya terpaksa meninggalkan bangku sekolah. Riang, kerana saya telah beroleh diploma dan masyghul kerana berpisah dengan bangku sekolah dan dengan teman-teman. Ertinya masa gembira, masa menghadapi zaman yang akan datang dengan penuh kepercayaan, telah habis.

Setelah guru membahagikan diploma kami masing-masing dengan bersorak-sorak kami meninggalkan perkarangan sekolah, kami bersalam-salaman satu dengan yang lain dan guru memberi kami peringatan, supaya sekolah kami diteruskan bagi siapa yang sanggup

Anak-anak Belanda dan beberapa anak saudagar-saudagar yang mampu, dengan megah menyatakan di hadapan teman-temannya, bahawa sekolah itu akan diteruskannya; setelah habis cuti tahunan, mereka akan berangkat ke tanah Jawa mengambung pelajarannya. Saya sendiri, tidaklah saya khabarkan bahawa saya akan menambah pelajaran agama, kerana selama ini teman-teman mengejekkan saya, mengatakan saya gila agama.

Yang berasa sedih sangat, adalah anak-anak perempuan yang masuk pingitan (Terkurung di rumah saja) tamat sekolah bagi mereka ertinya suatu sangkar yang telah sedia buat seekor burung yang bebas terbang.

Zainab sendiri, semenjak tamat sekolah, ia pun telah tetap dalam rumah, didatangkan baginya guru dari luar yang akan mengajar berbagai-bagai kepandaian yang perlu bagi anak-anak perempuan, seperti menyulam, merenda, memasak dan lain-lainnya. Petang hari ia menyambung pelajarannya dalam perkara agama.

Saya, tidak beberapa bulan setelah tamat sekolah, berangkat ke Padang Panjang, melanjutkan cita-cita ibu saya dan kerana kemurahan Engku Haji Jaafar juga. Sekolah-sekolah agama yang ada di situ mudah sekali saya masuki, kerana lebih dahulu saya telah mempelajari ilmu umum; saya hanya tinggal memperdalam pengertian dalam perkara agama saja, sehingga akhirnya salah seorang guru memberi fikiran, menyuruh saya mempelajari agama di luar sekolah saja, sebab kepandaian saya lebih tinggi dalam hal ilmu umum daripada kawan-kawan yang lain.

Demikian lah pelajaran itu telah saya tuntut dengan bersungguh hati, tetapi…. Semenjak mula saya pindah ke Padang Panjang, sentiasa saya merasa keseorangan. Kian lama saya tinggal dalam negeri dingin itu, kian terasa oleh saya bahawa saya sebagai seorang yang terpencil. Keindahan alam yang ada di sekeliling kota dingin itu menghidupkan kenang-kenangan saya kepada hal-hal yang telah lalu. Gunung Merapi dengan kemuncak tandikat waktu matahari akan terbenam dan mempertaruhkan jabatan memberi cahaya kepada bulan, singlang yang sentiasa diliputi dengan kebun-kebun tebunya yang beriak-riak ditiup angin, semuanya membangkitkan perasaan-perasaan yang ganjil, yang sangat mengganggu fikiran saya.

Saya berasa sebagai seorang yang kehilangan, padahal jika saya periksa penaruhan saya, peti, meja tulis, kain dan baju semuanya cukup. Teapi badan saya ringan, seakan-akan suatu kecukupan yang telah kurang.

Saya Cuma ingat, bahawa jika dengan teman-teman sama sekolah saya pergi melihat keindahan air terjun di Batang Anai atau mendaki Bukit Tuai, atau gua Batu Sungai Anduk, bila masa saya melihat keindahan ciptaan alam itu, saya ingat alangkah senang hati Zainab jika ia turut melihat pula. Kerana saya tahu betul bahawa ia seorang anak perempuan yang dalam perasaannya; waktu sama-sama sekolah, ia sukar benar mendengarkan nyanyian-nyanyian yang sedih, walaupun nyanyian Barat atau Timur. Bila mana lalu dihadapan rumahnya seorang buta bersama-sama cucunya yang kecil, kerapkali ia menitikkan airmata. Bagaimanakah perasaannya kelak jikalau dia ada pula di tempat yang indah itu?


Sentiasa saya hitung pertukaran hari ke bulan dan dari bulan ke tahun. Apabila cuti sekolah bagi bulan puasa telah hampir, gembiralah hati saya kerana akan dapat saya mengadap ibu saya memaparkan di hadapannya bahawa ia sudah patut gembira kerana anaknya ada harapan akan menjadi orang alim dan dapat pula bersimpuh di hadapan Engku Haji Jaafar yang dermawan, bahawa pertolongannya ada harapan akan berhasil, bersimpuh pula di hadapan Mak Asiah kerana dengan pertolongannya saja saya telah menjadi orang baik. Kemudian dari itu akan dapat pula bertemu dengan Zainab. Saya akan nyatakan di hadapannya pengalaman yang telah saya dapat selama pergi menuntut ilmu, dan saya hadiahkan kepadanya gambar dari "Panorama" keliling kota Padang Panjang yang saya ambil gambarnya bersama-sama teman sejawat saya. Tentu akan saya terangkan di hadapannya dengan gembira, dengan besar hati, sehingga ia akan termanggu-manggu mendengar cerita saya, apa lagi ia amat sukar akan dapat keluar dari lingkungan rumahnya.

Apabila sekolah saya tutup, segala segala cita-cita yang telah saya reka selama belajar, dan telah saya susun di jalan antara Padang Panjang dengan Padang semuanya dapat saya jalankan; ibu saya menitik airmata kerana kegirangannya, Engku Haji Jaafar tersenyum mendengar saya mengucapkan terima kasih. Mak Asiah memuji-muji saya sebagai seorang anak yang berbudi, Cuma ketika berhadapan dengan Zainab dalam rumahnya, mulut saya tertutup, saya menjadi seorang yang bodoh atau pengecut.

" Bila abang pulang?" Katanya.

" Pukul sepuluh pagi tadi." Jawab saya.

" Apa khabar?Baik?"

" Alhamdulillah………."
Setelah itu saya menjadi bingung, tidak tentu lagi apa yang akan saya terangkan kepadanya. Segala rancangan saya terhadap dirinya yang saya reka-rekakan tadi, semuanya hilang. Ia melihat tenang-tenang kepada saya, seakan ada pembicaraan saya yang ditunggunya, tetapi kian lama saya kian gugup, sehingga sudah lalu hampir lima belas minit, tidak ada diantara kami yang bercakap.

"Mudah-mudahan kelak selamatlah, dan kerapkali datang kemari kalau masih di rumah"- katanya pula; lalu ia berdiri dari tempat duduknya, kembali ke pekarangan belakang, ke dalam pingitan. Saya pun berdiri saya ambil songkok saya sambil menarik nafas panjang saya pun keluar.

Dalam hati, saya teringat hendak menulis surat kepadanya akan ganti diri saya menerangkan segala perasaan hati. Surat itu akan saya tulis dengan tulus ikhlas, tidak bercampur dengan kata-kata yang dapat menyinggung perasaan hati, baik perkara cinta atau perkara lain-lainnya, apa lagi surat itu tidak akan diketahui oleh orang isinya jika ditulis dalam bahasa Balanda. Tetapi ha…saya tak sampai hati, sebab perbuatan itu hanya sehingga daerah persaudaraan antara adik dan abang, tidaklah mengapa.

Tetapi adalah saya ini seorang yang lemah, otak saya tak dapat mempengaruhi dan mengendalikan hati saya, sepandai-pandainya mengatur dan menyusun kata, akhirnya tentu salah satu perkataan di dalam surat itu terpaksa juga membawa erti lain, padahal dalam perkara yang halus-halus anak perempuan amat dalam pemeriksaannya.

Cinta itu adalah " jiwa" antara cinta yang sejati dengan jiwa tak dapat dipisahkan, cinta pun mereka sebagaimana jiwa, ia tidak memperbezakan di antara darjat dan bangsa, di antara kaya dan miskin, mulia dan papa demikianlah jiwa saya, diluar dari pada resam basi, terlepas daripada kekang kerendahan saya dan kemuliaannya; saya merasainya, bahawa Zainab adalah diri saya, Saya merasai ingat kepadanya adalah kemestian hidup saya. Rindu kepadanya membukakan pintu angan-angan saya menghadapi zaman yang akan datang.

Dahulu saya tidak pedulikan hal itu, tetapi setelah saya besar dan berpisah daripadanya, barulah saya insaf, bahawa kalau bukan di dekatnya, saya berasa kehilangan.

Mustahil ia akan dapat menerima cinta saya, kerana dia langit dan saya bumi, bangsanya tinggi dan saya daripada kasih sayang ayahnya. Bila saya tilik diri saya, tidak ada padanya tempat buat lekat hati Zainab. Jika kelak datang waktunya orang tuanya bermenantu, mustahil pula saya akan temasuk golongan orang yang terpilih untuk menjadi menantu Engku Haji Jaafar, kerana tidak ada yang akan dapat diharapkan dari saya, tetapi tuan…. Kemustahilan itulah yang kerapkali memupuk cinta.

Setelah puasa habis, saya kembali ke Padang Panjang. Sebelum berangkat saya datang ke rumahnya menemuinya, menemui ayah dan ibunya. Daripada ayahnya saya dapat nasihat; " Belajarlah sungguh-sungguh, Hamid, mudah-mudahan engkau lekas pintar dalam perkara agama dan dapat hendaknya saya menolong engkau sampai tamat pelajaranmu….."

" InsyaAllah Engku"- jawab saya.

Setelah itu saya berangkat; seketika saya melengung yang penghabisan ke belakang; kelihatan oleh saya Zainab berdiri di pintu tengah, melihat kepada saya. Di situ timbul pula kembali sifat saya yang pengecut; saya mengadap ke muka dan saya pun pergi……

Bersambung....

* Penulis : Haji Abdul Malik Karim Abdullah (HAMKA)
* Tajuk : Dipetik dari buku Dibawah Lindungan Kaabah.
* Cetakan : Pustaka Antara

Friday, October 31, 2008

Dibawah Lindungan Kaabah (Bhg.3)

PENOLONG

Enam bulan kemudian.Berhampiran dengan rumah kami ada sebuah gedung besar berpekarangan yang cukup luas; dalam perkarangan itu ada juga ditanam buah-buahan yang lazat seperti sauh dan rambutan.Rumah itu lama tinggal kosong, kerana tuannya seorang Belanda telah balik ke Eropah dengan mendapat pencen. Yang menjaga rumah itu selama ini adalah seorang jongos tua. Khabarnya konon rumah itu akan dijual, sebab tuan itu tidak balik lagi ke negeri ini. Selama itu kerap kali kami datang ke situ meminta buah rambutan dan sauh kepada Pak Leman. Demikian juga nama jongos tua itu.Tiba-tiba rumah itu diperbaiki, kerana telah dibeli oleh seorang saudagar tua yang hendak berhenti dari berniaga. Ia akan hidup pada hari tua dengan senang, sebagai berehat daripada pekerjaannya yang berat pada masa ia muda memakan hasil daripada rumah-rumah sewa yang banyak di Padang dan di Bukit Tinggi, demikian juga sawah-sawahnya yang luas di sebelah Paya Kumbuh dan Lintau.

Setelah rumah itu selesai diperbaiki, pindahlah orang hartawan itu ke sana bersama dengan isteri dan seorang anak perempuannya. Di hadapan rumah itu di atas batu marmar yang licin ada tertulis perkataan; Haji Jaafar. Tiap-tiap pagi saya lalu di hadapan rumah itu menjunjung nyiru berisi goring pisang, mata saya sentiasa memandang ke jendela-jendelanya yang berlangsir kain sutera kuning, hendak melihat keindahan perhiasan rumahnya. Fikiran saya menjalar, memikirkan kesenangan hati orang yang tinggal dalam rumah itu, cukup apa yang dimakannya dan diminumnya; airliur saya meleleh bila saya ingat, bahawa kami di rumah kadang-kadang makan, kadang-kadang tidak.

Setelah saya meninggalkan halaman rumah itu, maka dengan suara yang merawankan hati saya panggilkan jualan saya; "Beli goreng pisang! Masih panas!" Lama kelamaan tertariklah perempuan yang setengah tua itu hendak memanggil jualan saya, demikian juga anaknya. Pernah kedengaran oleh saya ia berkata: " Panggillah Nab kesian juga saya!" Perempuan itu suka memakan sirih, mukanya jernih, peramah dan penyayang. Pak Leman yang telah menjadi jongos untuk memelihara perkarangan itu, belum pernah dapat suara keras daripadanya. Anak perempuannya itu masih kecil, sama dengan saya.

Apa perintah ibunya diikuti dengan patuh, rupanya ia amat disayangi kerana anaknya hanya seorang itu. Sudah dua tiga kali saya datang ke rumah indah dan bagus itu; setiap kali saya datang bertambah sukanya melihat kelakuan saya dan belas kasihan akan nasib saya. Pada suatu hari perempuan itu bertanya kepada saya; " Di mana engkau tinggal anak, dan siapa ayah bondamu?" " Saya tinggal dekat sahaja di sini mak"-jawab saya. " Itu rumah tempat kami tinggal, di seberang jalan. Ayah saya telah mati dan saya tinggal dengan ibu saya. Beliaulah yang membuat kuih-kuih ini; pagi-pagi saya berjual goreng pisang dan kalau petang biasanya menjual rakit udang (jengket udang) atau godok perut ayam.

" Berapakah keuntungan sehari?" tanyanya pula. " Tidak tentu, mak.
Kadang-kadang kalau untung baik dapat setali (25 sen), Kadang-kadang kalau kurang dari itu, sekadar cukup untuk kami makan setiap hari…." " Kasihan…." – katanya sambil menarik nafas.

Setelah itu ia berkata pula: " Bawalah ibumu nanti petang kemari, katakan mak yang baru pindah ke rumah ini hendak berkenalan dengan ibu.

" Saya mak, ibu saya kurang benar keluar dari rumah.

" Suruh lah sahaja kemari, katakan mak perlu hendak bertemu.

" Baiklah kalau begitu , mak" – jawab saya.

Setelah itu saya pun pulang, sampai di rumah saya katakanlah kepada ibu perkataan orang di gedung besar itu. Mula-mula ibu seakan-akan hendak bertempik, dia agak marah kepada saya, kalau-kalau saya telah berlangsung mulut menerangkan untung nasib diri kepada orang lain. Tetapi setelah mendengar keterangan saya, hatinya pun senang. Pada petangnya takut-takut cemas pergilah dia ke rumah besar itu. Meskipun ibu saya merasa malu-malu dan insaf akan kerendahan darjatnya, Mak Asiah, demikian nama isteri Engku Haji Jafar itu, sekali-kali tiada meninggikan diri, sebagai kebiasaan perempuan-perempuan isteri orang hartawan atau orang berpangkat yang lain.

Bahkan ibuku dipandangnya sebagai saudaranya, segala nasib dirinya dan penanggungan ibu didengarnya dengan tenang dan muka yang rawan, kadang-kadang ia pun turut menangis waktu ibu menceritakan hal yang sedih-sedih. Sehingga waktu cerita itu habis, terjadilah di antara keduanya persahabatan yang kental, harga menghargai dan cinta menyintai. Semenjak itu saya sentiasa datang ke rumah itu. Saya sudah beroleh seorang adik yang tidak berapa tahun kecilnya daripada saya, yaitu anak perempuan di gedung besar itu, Zainab namanya. Peribahasa yang halus dari Mak Asiah, adalah didikan juga daripada suaminya, seorang hartawan yang amat peramah kepada fakir dan miskin. Konon khabarnya, kekayaan yang di dapatnya itu adalah daripada usahanya sendiri dan titik peluhnya, bukan waris daripada orang tuanya.

Dahulunya dia seorang yang melarat juga, tetapi berkat yakinnya, terbukalah baginya pintu pencarian. Sungguhpun ia telah kara-raya, sekali-kali tidaklah ia lupa kepada keadaannya tempoh dahulu, ia sangat insaf melihat orang-orang yang melarat, lekas memberi pertolongan kepada orang yang berhajat. Pada suatu pagi saya datang mendapatkan ibu saya dengan perasaan yang sangat gembira, membawa khabar suka yang sangat membesarkan hatinya, iaitu esok Zainab akan dihantarkan ke sekolah dan saya akan dibawa sama. Saya akan disekolahkan dengan belanja Haji Engku Jaafar sendiri bersama-sama anaknya. Mendengar perkataan itu bercucuran airmata ibuku kerana sukacitanya, kejadian selama ini yang sangat diharap-harapnya. Esok paginya, saya saya tidak menjunjung nyiru tempat kuih lagi, tetapi telah pergi ke sekolah menjunjung batu tulis. Agaknya dua macam faedah yang akan diambil oleh Engku Haji Jaafar menyerahkan saya, pertama untuk menolong saya, kedua untuk jadi teman anaknya. Saya pun insaf, lebih-lebih setelah beberapa nasihat daripada ibuku.

Zainab telah saya pandang sebagai adik kandung, saya jaga daripada gangguan murid-murid yang lain. Lepas dari sekolah kerapkali saya datang dengan ibu ke rumah besar itu, kalau-kalau ada yang patut kami Bantu dan kami tolong, kerana kami telah dipandang sebagai anggota rumah yang besar itu. Umur saya lebih tua daripada Zainab dua tahun. Meskipun saya hanya anak yang beroleh pertolongan daripada ayahnya, sekali-kali tidaklah Zainab menganggap saya sebagai orang lain lagi, tidak pula ia pernah mengangkat diri, agaknya kerana kebaikan didikan ayah-bondanya. Cuma di sekolah, anak-anak orang kaya kerapkali menggelakkan saya anak yang berjual goreng pisang telah bersekolah bersama-sama dengan anak orang hartawan.

Dua perkataan yang manis, yang timbul daripada hati yang suci, telah merapatkan kami, perkataan itu ialah abang dan adik.Sampai sekarang, saya masih teringat nikmat kehidupan dalam dunia anak-anak yang kerapkali diratapi oleh ahli-ahli sya`ir, yang hanya datang sekali ke alam manusia selama hidupnya. Waktu itu bila pulang dari sekolah, saya dan Zainab bersama teman-teman kami yang lain berlari-lari, berkejar-kejaran dan bermain galah dalam perkarangan rumahnya, memanjat pohon rambutan yang sedang ranum, kekadang bercari-carian dan bersorak-sorak. Waktu itu ibuku dan ibunya sedang duduk di beranda belakang; ibuku sentiasa merendahkan diri, melihat kami yang rasa sukacita.

Kadang-kadang waktu petang kami duduk di beranda muka, membelek buku gambar, bertengkar dan berkelahi, kemudian damai pula. Hari Minggu kami diizinkan pergi ke tepi laut. Ke muara atau ke tepi Batang Arau, melihat perahu pengail yang sedang di lambung-lambungkan gelombang di tengah lautan yang luas, kain layarnya dipuput oleh angin yang menghantarkannya ke tengah, akan mencari rezekinya. Negeri Pariaman hijau nampaknya dari jauh, ombak memecah dan menderum tiada berhenti memukul pasir tepi itu. Di sana kami berlari-larian mengejar ambai-ambai yang segak dan lekas lari ke sarangnya. Kadang-kadang kami buat unggunan pasir sebagai rumah-rumah atau masjid-masjid, tiba-tiba datang ombak yang agak besar, di hapuskannya unggunan yang kami dirikan itu; anak-anak perempuan lari ke tepi menyinsingkan tepi bajunya, takut tersiram air laut.

Waktu orang berlimau, sehari akan puasa, kami dibawa ke atas puncak Gunung Padang, kerana di sanalah ayahku berkubur, dan beberapa famili ibu Zainab. Saya disuruh membawa air wangi dalam botol. Zainab mambawa bunga-bungaan dan ibuku serta ibunya mengiringi dari belakang. Semuanya masih tergambar dalam fikiran saya hari ini, masih saya ingat bahawa persaudaraan kami suci dan ikhlas adanya, dari tahun berganti tahun, sampai kami tamat dari sekolah pertengahan. Amat besar budi Engku Haji Jaafar kepada saya, banyak kepandaian yang telah saya peroleh kerana kebaikan budinya itu. Dari sekolah rendah (H.I.S) saya sama-sama naik dengan anaknya menduduki Mulo. Tetapi setelah tamat dari sana, sekolah kami tak akan disambung lagi, kerana sebenarnya didikan ibuku amak melekat kepada diri saya, iaitu condong kepada mempelajari agama. Zainab pun hingga itu pelajarannya, kerana dalam adat orang hartawan dan bangsawan di Padang, kemajuan anak perempuan itu hanya terbatas hingga Mulo, belum berani mereka melebihi dari kebiasaan umum, melepaskan anak perempuannya belajar jauh-jauh.

Setelat tamat dari mulo, menurut adat, Zainab masuk dalam pingitan, ia tidak akan dapat keluar lagi kalau tidak ada satu keperluan yang sangat penting, ini pun harus ditemani oleh ibu atau orang kepercayaannya, sampai datang masanya bersuami kelak. Dan saya, bila sekolah itu tamat, akan berangkat ke Padang Panjang, sebab Engku Haji Jaafar masih sanggup membelanjai saya, apa lagi demikianlah cita-cita ibuku. Bersambung....

* Penulis : Haji Abdul Malik Karim Abdullah (HAMKA)
* Tajuk : Dipetik dari buku Dibawah Lindungan Kaabah.
* Cetakan : Pustaka Antara