Pada satu hari, ketika mana ust Zahari sedang tasmi` bacaan ku. Tiba-tiba “zeeeus” bunyi rotan dihayun kan dan ia nya melekat dibelakang ku. Pada ketika itu aku dapat rasakan pedihnya di belakang ku. Aku pasti rotan tersebut telah memberi kesan pada badan ku. Pada masa yang sama juga semua rakan sekelasku memerhatikan aku.
Perasaan geram, marah, sakit hati... sakit belakang (setelah dirotan) kesemua itu menyulubungi hati ku..
Sesudah aku bangkit lalu kembali ke tempat duduk, ku menyemak kembali apakah yang menyebabkan belakangku dirotan sedemikian rupa. Bila ku teliti balik, rupanya aku tersilap baris. Baris yang sepatutnya diatas, aku bacanya dibawah. Besar sangatkah kesilapan aku itu tadi?? Sehingga badan ku menerima pembalasannya. Tidak ku nafikan bilamana tersilapnya baris maka sekaligus akan mengubah makna @ makna pada ayat tersebut, tetapi....mengapa ku dirotan hingga meninggalkan kesan?
Setelah kembali ke asrama, aku menanggalkan baju ku, kemudiaan aku menggunakan cermin yang dipinjamkan oleh sahabat ku untuk melihat kesan dibelakang ku. Ku dapati kesan dari rotan tersebut telah mengubah warna kulit ku, ia menjadi kebiruan. Herm kenapa ku harus dirotan? Salahkah andai tegur dahulu?? Di ketika itu.. bolehkah sekiranya ku katakan, “akibat mulut, badan binasa”???
Pernah aku menceritakan pada entri yang terdahulu bertajuk “Arhab”. Dalam entri tersebut menerangkan, pernah satu kali lidah ku ditarik oleh Ust Mohd Hanzdoli semata-mata untuk menunjukkan kepadaku makhraj huruf yang tepat. Di waktu itu tiada timbul marah dalam hati ku, Cuma ia membuatkan aku tersenyum keseorangan, mengenangkan apa yang pernah kualami semata-mata untuk memperbetulkan bacaan ku.
Bukanlah aku ingin meminta simpati dari sesiapa dengan 2 cerita ku tadi. Tapi hanyalah semata-mata untuk dikongsi pengalaman ku dalam mempelajari Al-Quran.
Bersempena dengan bulan yang mulia ini, ku adakan kelas pengajian Al-Quran di rumahku sesudah solat asar. Alhamdulillah sambutan amat menggalakkan.
Bilamana ku mendengar bacaan dari anak-anak kecil, mata ku amat mudah digenangi dengan airnya. Mengenangkan kepada 2 pengalaman pahit dan manis ku tadi. Apa pun ku tetap bersyukur, bersyukur kerana adanya pengalaman yang sebegitu, ia akan mengingatkan aku sampai bila-bila tika mana ku mulai membaca Al-Quran…

قال صلى الله عليه وسلم: "خيركم من تعلم القرآن وعلمه" "متفق عليه
Wallahu a`lam
* Untuk mengetahui lebih lanjut diantara kelebihan Al-Quran sila klik disini:
http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?cid=1126781258374&pagename=IslamOnline-Arabic-Eman_Counsel%2FEmanA%2FEmanA
No comments:
Post a Comment