ألحمد لله ولي الصالحين، والعاقبة لمن أطاعه واتقاه في كل حين، ولا عدوان إلا على الظالمين، وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له إله الأولين والآخرين، وأشهد أن محمدًا عبد الله ورسوله إمام المجاهدين، وقائد الغرِّ المجلين، صلى الله وسلم عليه وعلى أله الطيبين الطاهرين، ورضي الله عن صحابة الذي جاهدوا في الله حق جهاده، وبذلوا في سبيل إعلأ كلمة الله النفس النفيس، حتى أتاهم اليقين.
قال الله تعالى {يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ} سورة آل عمران 102
Alhamdulillah! Kesyukuran yang tinggi dirofo`kan ke hadrat Ilahi kerana kita masih lagi diberi kekuatan, rahmat, serta petunjuk daripada Ilahi.
Bagi rakyat Malaysia setiap tahun upacara sambutan ini, mengulangi kembali nostalgia silam yang merakamkan detik-detik bersejarah itu. Serentak dengan itu juga ia membawa satu imbasan kenangan dan memori pejuang-pejuang kemerdekaan daripada semua pihak yang telah berkorban untuk memberikan yang terbaik dari perjuangan mereka atas dasar juang 'Pembebasan Malaysia'. Di samping nama seperti Almarhum Tuanku Abdul Rahman yang sedia terukir dalam kemerdekaan negara ini.
Hari kemerdekaan bagi negara yang berdaulat dan bebas daripada belenggu penjajahan asing sememangnya menjadi kemegahan dan simbol kepada kedaulatan negara bangsa tersebut. Bagi kita, kemerdekaan bukan sekadar kejayaan menurunkan bendera Union Jack, anak watan memimpin dan menentukan haluan negara, demikian juga pentadbiran dikuasai oleh anak watan sendiri, tetapi kemerdekaan mempunyai makna dan falsafah yang lebih besar dari itu.
Kemerdekaan akan dapat memenuhi makna sebenar apabila rakyat benar-benar dapat menikmati keadilan, kebebasan, kemakmuran, dan kesaksamaan di tanah airnya sendiri, yang tidak dapat dinikmati semasa penjajahan dahulu. Dan sungguhpun kebebasan itu tidak mutlak dan berfungsi di atas landasan nilai, tetapi ia mesti dapat dilihat bahawa rakyat dapat menikmati hak asasinya tanpa rasa takut atau didiskriminasi. Untuk itu, mestilah dipastikan bahawa undang-undang negara itu, yang kini digubal oleh anak watan yang telah merdeka, dijamin tidak membunuh hak asasi seorang insan. Jika tidak, keseluruhan kemerdekaan itu adalah jenaka semata-mata.
Justeru itu, ketika menyambut Hari Kebangsaan kali ini, marilah kita memperbaharui tekad dan keazaman untuk terus berjuang demi negara yang tercinta.
Wallahu a`lam

No comments:
Post a Comment