Monday, August 3, 2009

Bukti-bukti iman serta mukjizatnya (Bhgn.6)

Apakah itu Iman? Dan apakah hakikatnya? Dari mana kita mendapatinya? Bagaimana pula kita mendapatkanya? Adakah ia dijual di dalam botol? …sebagai contoh.. adakah di pasar..secara kilo? Atau diberi secara suntikan? …..

Baik, Iman terdiri daripada 3 hakikat. Satu hakikat adalah di dalam hati kita, iaitu YAKIN, sepertimana firman Allah S.W.T :
وَكَذَلِكَ نُرِي إِبْرَاهِيمَ مَلَكُوتَ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ وَلِيَكُونَ مِنَ الْمُوقِنِينَ

Yang bermaksud: “Dan Demikianlah Kami perlihatkan kepada Nabi Ibrahim kebesaran dan kekuasaan (Kami) di langit dan di bumi, dan supaya menjadilah ia dari orang-orang yang percaya Dengan sepenuh-penuh yakin”.(Al-An`aam: 75)


Dan keyakinan ini tidak akan berlaku pada diri seseorang melainkan dengan ilmu, tidak akan berlaku melainkan dengan hujjah dan bukti, dan Allah telah berfirman tentang kaum Musa setelah mana mereka melihat tanda dan mereka melihat mukjizat, dan mereka telah yakin bahawa ia adalah kebenaran dan keyakinan telah masuk ke dalam hati mereka, lantas mereka berbesar diri, dan mereka itu tidak percaya dan mereka menentang. Allah telah berfirman:

وَجَحَدُوا بِهَا وَاسْتَيْقَنَتْهَا أَنْفُسُهُمْ ظُلْمًا وَعُلُوًّا

Yang bermaksud: ”Dan mereka mengingkarinya secara zalim dan sombong angkuh sedang hati mereka meyakini kebenarannya.”. (An-Naml: 14)

Dan Allah Taala telah berfirman:

الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوا

Yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi”. (Al-hujurat: 15)

Tiada lagi di dalam hati mereka sebarang keraguan, tiada lagi pada mereka sebarang syak, tiada lagi pada mereka sebarang kesamaran, kerana mereka itu Yakin dengan sebenar-benarnya. Sehinggakan telah berkata sebahagian Sahabat (RidhwanuLlah alaihim): “ Jika disingkap hijab, tidak akan bertambah dari Iman mereka sedikit pun”.

Ini adalah perkara yang pertama. Yaitu mestilah terealisasi keyakinan di dalam hati, serta ia mestilah teguh di dalam jiwa. Apa dia dalil-dalil? Apa dia bukti-bukti? Yang mewujudkan keyakinan dan mewujudkan ketenangan di dalam hati setiap manusia agar kita berada dalam keyakinan dan ketenangan.

Yang kedua mestilah hati bereaksi dengan hakikat-hakikat yang masuk ke dalam jiwa. Ia mestilah menyahutnya, kemudian tergerak lidah dengannya dan ia akan bersaksi sebagaimana firman Taala:
قُولُوا آمَنَّا بِاللَّهِ

Yang bermaksud: ”Katakanlah (Wahai orang-orang Yang beriman): "Kami beriman kepada Allah” (Al-Baqarah: 136)


Dia akan bersaksi dan berkata-kata dan sepertimana firman Allah Taala:

قُلْ هَذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ

Yang bermaksud: “Katakanlah (Wahai Muhammad): "Inilah jalanku, Aku dan orang-orang Yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah Dengan berdasarkan keterangan dan Bukti Yang jelas nyata”. (Yusuf: 108)

Ini adalah hakikat kedua yang dizahirkan pada lidah. Iaitu PENYAKSIAN (syahadah). Telah datang di dalam hadis daripada Rasulullah S.A.W :

”Iman itu tujuh puluh cabang…yang setingginya adalah kata-kata “La Ilaha Illa Allah”…dan yang paling rendah adalah mengalihkan benda yang menyakitkan daripada jalan”


Yang ketiga adalah AMAL. Amal mengikut ketentuan apa yang telah tersemat di hati ini. Dan dizahirkan serta dilafazkan oleh lidah, sepertimana Allah berfirman:

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوا

Yang bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang Yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang Yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi

Ayat ini menjelaskan tentang kepercayaan kemudian:

وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أُولَئِكَ هُمُ الصَّادِقُونَ

Serta mereka berjuang Dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang Yang benar (pengakuan imannya). (Al-Hujurat: 15)


Dan jihad merupakan satu amal daripada kerja-kerja fizikal. Dan di dalam hadis Ibnu Abbas, di sisi AL-Bukhari, Muslim dan lain-lain: Apabila dating rombongan Abdul Qais kepada Nabi S.A.W lalu Nabi bersabda kepada mereka: “Adakah kamu semua tahu apa itu “beriman dengan Allah semata-mata?”, mereka pun berkata: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Penyaksian “tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad adalah pesuruh Allah” “mendirikan solat dan menunaikan zakat” dan “berpuasa di bulan Ramadhan”. Perkara ini sebagaimana yang datang di dalam hadis yang disepakati (oleh Bukhari dan Muslim) adalah termasuk dari hakikat-hakikat Iman.

BeRsAmBuNg......

No comments: