Hujan renyai-renyai kian membasahi bumi Kijang (nama sebuah kg yang terletak di Gua Ayam), Pak Abu kelihatan bermenungan di jendela rumahnya, sambil memerhatikan keadaan sekeliling dan tanah yang kian basah.. "nampak gayanya tak keluar menoreh lah hari ini" rungut Pak Abu.
Dah hampir seminggu hujan berlanjutan, begini lah cuaca yang sering terjadi di sebelah Pantai Timur bilamana tibanya musim tengkujuh, bukanlah Pak Abu seorang saja yang bernasib sedimikian, bahkan nelayan-nelayan pun mengalami nasib yang serupa setiap kali menghadapi 3 bulan yang terakhir pada setiap tahun.
Apa pun mereka itu tetap sabar dengan segala apa yang telah dijadi kan dan ditetapkan oleh Rabbnya. Kerana mereka sedar bahawa setiap apa yang berlaku, pasti akan ada hikmah disebaliknya, dan diketika itu juga Allah ingin menguji akan hamba-hamba-Nya untuk diberikan kebaikan (akan ditambah nikmat keatasnya) kepada mereka yang dapat menerima dan sekali gus bersabar, Adapun sebaliknya pula diberikan kepada mereka-mereka yang kufur akan ni`mat-Nya.. Kerana Allah telah berjanji kepada mereka-meraka yang bersabar dan sebaliknya dalam firman-Nya:

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لأزِيدَنَّكُمْ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan Demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar Sesungguhnya azabKu amatlah keras".( Ibrahim: 7)..
B E R S A M B U N G...
No comments:
Post a Comment