120809 jam 12-58 Tengah hari: Kedengaran deringan hp ku berbunyi (sms).. bila ku mencapai lalu kudapati tertulis 1 new message.. herm.. mesej dari siapa ye? Hati ku tertanya-tanya. Dalam seminggu dua ini aku kerap menerima mesej dari syarikat tel yang memberitahu berkenaan dengan pakej-pakej yang sedang di tawarkan oleh syarikat berkenaan. Kadang-kadang bila asyik terima mesej yang sama, rasa boring pun ada. Jadi sebelum aku membuka mesej tersebut, aku berharap agar tiada lagi mesej yang sebegitu. Yang membuatkan aku jadi boring bila membacanya. Selingan je ..
Lantas ku menekan butang ok untuk membaca mesej tersebut, mesej berbunyi “ abe amin, malam ni ayah hase ajak makan kat luar”. Mesej tersebut dari adik ku hafiz. Lalu aku membalasnya “Kalu gitu gak, mulai sekarang kito pakat puaso la” dengan niat untuk make sepuas puasnya. (aku membalasnya dalam Bahasa Malaysia yang dialek kelate).
Ayoh hase adalah pak sedara ku, adik kepada ma. Sekarang ini dia sekeluarga menetap di Ibukota (berniaga). Seorang yang ringan tangan, mahupun bantuan tenaga sekalipun kewangan.Mudah mesra dan bertanggungjawab.
Selepas solat maghrib, kami sekeluarga menuju ke destinasi yang dijanjikan. Dan destinasi yang dimaksudkan itu adalah “Restoran Ikan Bakar di Tawang” . Sesudah sampai disana kami bersalam-salaman dengan sedara mara yang turut serta pada “diner” tersebut. Sementara diketika itu ayah hase dan isterinya “Che Dah”sedang sibuk meng”order” makanan berdasarkan menu yang disediakan oleh pihak restoran tersebut.
Tengah kami berbual-bual kedengaran azan dilaungkan menandakan masuknya waktu solat Isya` bagi negeri Kelantan dan kawasan yang sama waktu dengannya. Kebetulan masjid itu terletak seratus meter dari restoran itu. Setelah meng”order” kakak yang mengambil order pun memberitahu “menu yang dipesan ini akan siap dalam masa setengah jam, ada baiknya bersolat dahulu” kata kakak itu dengan memberikan senyuman.
Lalu, kami pun membuka langkah (bukannya untuk silat) menuju ke masjid untuk solat Isya` berjemaah. Sesudah solat aku terus menuju ke restoran itu tadi. Aku menggunakan dhomir “aku” kerana aku berseorangan kembali ke restoran tersebut, adapun tadi beramai-ramai ke masjid.
Sesampai di situ, kami dihidangi dengan nasi putih, ikan siakap bakar, ketam bakar dan ketam kari, tom yam, udang bakar, dan yang terakhirnya sup belut… herm memang berbaloi menahan lapar hampir separuh hari..
Eh dah sampai masanya untuk menyantap, jadi apa kata kita lihat gambar sambil bercerita…
No comments:
Post a Comment