Wednesday, August 5, 2009

HUSM

Alhamdulillahi wakafa.. Erm.. mata amat mengantuk, tubuh amat letih.. namun ku gagahi jua sekadar termampu, agar blog ku ini tiada rasa sunyi. Tiada tempat untuk ku mengadu kecuali pada-Nya. Dan melalui ini juga (berblog) ku meluahkan apa yang terbuku, mahu pun tentang diri ku, sekelilingku dan juga apa-apa yang ku rasa sesuai untuk dikongsi bersama semata-mata mencari redha-Nya.

Tiada salah di pihak pembaca yang budiman untuk menegur akan kesilapan ku disepanjang ku menulis disini. Aku hanyalah manusia biasa yang tidak dapat lari dari kesilapan. Namun kan cuba semampu mungkin untuk tidak jadikan kesilapan adalah alasan, kan ku cuba untuk perbaiki diri ini dari masa ke semasa atas teguran-teguran membina yang sedia ada.
”Ya Muqollibal qulub, Tsabbit qulubana ala to`atika wa dinik”.

030809. 08-00 malam. Aku dan abah bergegas menuju ke HUSM kerana adik ku sakit tenat. Herm.. baru petang tadi dia menjalani proses pemecahan batu karang dengan menggunakan kaedah gelombang. Selepas dibenarkan pulang oleh pihak hospital, dia pun balik kerumah dalam keadaan gembira.

020809. Selepas solat Maghrib. Kami sekeluarga berbual-bual sementara menunggu masuknya waktu solat Isya`. Lalu adik ku Hafiz menanyakan kepada ku, berkenaan dengan rawatan pemecahan batu karang. Ku terdiam seketika.. seolah-olah ku ingin mengumpulkan kesemua apa yang pernah ku alami suatu ketika dulu dan aku bercerita secara panjang lebar.. ada pun disini.. memadailah dengan ku mengkhulasohkan sahaja.

Khulasohnya selepas ubat tahan sakit @ bius yang diberikan (hilang powernya). Maka ketika itulah kita akan mulai rasa sakit. Dan sakit tersebut lebih teruk dari sakit batu karang. Bergeraklah macam mana sekalipun ia tetap sakit yang terus menerus. Mata aku pun bengkak kerana menangis kesakitan selama semalaman.. dah ambil ubat tahan sakit tuk kali kedua pun seolah-olah tak ambil je..akhirnya sakit tu hilang dengan sendirinya.. itu pun setelah sekian lama kesakitan. Andai ini yang dikatakan sakit, bagaimanakah seksaan bagi mereka yang sering melakukan dosa di akhirat kelak? Allahummaghfirli zunubi..

030809. 08-00 Malam: Dengan khulasoh itu tadi, itulah yang terjadi pada adik ku ketika mana hilangnya kesan bius tersebut. Tidak dapat aku gambarkan keadaan dia di ketika itu. Air mata ku bergenang kerana aku pernah merasai akan apa yang adik ku tanggung sekarang ini. Perlahan-lahan ko gosok dibelakangnya lalu berkata: “Bersabar lah.. ini adalah diantara dugaan yang Allah berikan kepada hamba-Nya, untuk menguji akan kesabaran hamba-Nya. Dalam pada itu juga, agar kita mensyukuri nikmat-nikmat “sihat” di ketika kita senang kelak. “ Alhamdulillahi walakasy syukr”

Sesudah mendapat rawatan pesakit luar, doktor yang merawatnya mencadangkan agar adik ku berehat di hospital. Kerana bimbang jika sakit nya itu berlanjutan. Dan abah ku bersetuju. Herm.. kami bertiga sahaja di hospital.. abah ku memang agak kepenatan kerana dari ptg tadi bersama hafiz (ketika proses pemecahan batu karang dilakukan). Jadi untuk malam ini aku lah yang akan teman hafiz.. alhamdulillah kerana adik ku dapat bilik yang agak selesa. Bayaran pun selesa juga hehe.. semalaman rm 380.00 .. kali dengan 2 malam. Banyak juga tuh..rungut hati ku.

Kerana aku tidak membawa persiapan untuk bermalam disana, jadi terpaksa la tidur di atas kerusi panjang, bila bergerak sikit.... kruuuukkk ... kreeek.. bunyi kerusi tersebut.. ah.. hanya beberapa jam saja aku dapat melelapkan mata ku.. bila kedengaran azan subuh.. ku bergegas bangun membersihkan diri.. berwudhu..lalu solat.. sekali lagi hati ku hiba.. mengenangkan dosa-dosa ku..

Sesudah solat, aku mengemas mana yang patut, lalu ku memandu pulang ke rumah untuk hantar siti ke sek. Keb. Redang. Seterusnya ke tempat kerja.. moga segala urusanku dipermudahkan-Nya..amen.

*Ya Allah..ampunilah dosa hamba-Mu ini.. Aku memohon syurga-Mu Ya Allah. Jauhkan lah aku dari Api Neraka-Mu sejauh Sab`iena Khorifan.. Ya Arhamarrahimin...

4 comments:

SyAhmaN said...

innalillah..
smg allah beri kekuatan buat kalian sekeluarga..
teruskan bersabar..
InsyaAllah pembaca budiman di sini tak lupa mendoakan..
semoga disihatkan semula adik..

loOkinoomz said...

syafakallah utk adik

smoga kesakitan itu mnjadi penghapus dosa..

moga dipermudahkan sgalanya..

amin ismail said...

Amen.. jazakallahukhairan buat shahman di atas ingatan, Barokallahu fik..

amin ismail said...

ameen. syukran buat mz.. moga kita semua dirahmati dan dilindungi-Nya..ameen.. habiskan masa cuti yang masih berbaki sebaik mungkin.. :D