Friday, July 31, 2009

Ketulusan Hati

Sedihku sakitku ku terima
Ku rela ku pasrah jalanku
Ini suratan aku dicoba
Demi rahmat-Mu ku memohon

Yaa Allah ridhoi ketulusan hati
Yaa Allah beri aku ketabahan
Yaa Allah aku sanggup berkorban
Demi rahmat-Mu Yaa Allah

Yaa Allah ridhoi ketulusan hati
Yaa Allah beri aku ketabahan
Yaa Allah aku sanggup berkorban
Demi rahmat-Mu Yaa Allah..

* Hanya pada-Mu ku memohon..

Taubat seorang hamba

Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...

Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah
Taubatku ini.....

Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redha-Mu ya Tuhan.

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah
Taubatku ini...

* Ya Allah... ampunilah dosa hamba-Mu ini..

Thursday, July 30, 2009

Ehems7

Termasuk syirik besar adalah menyembelih binatang untuk selain Allah. Padahal Allah berfirman:
فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ

Yang bermaksud: "Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).(Al-Kautsar: 2)


Maksudnya berkorban hanya untuk Allah dan atas Nama-Nya. Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

Allah melaknat orang yang menyembelih selain Allah” Hadis riwayat Muslim.

Pada binatang sembelihan itu terdapat dua hal yang diharamkan. Pertama, penyembelihannya untuk selain Allah dan keduanya, penyembelihannya dengan nama selain Allah. Keduanya menjadikan daging binatang sembelihan itu tidak boleh dimakan. Dan termasuk penyembelihan jahiliyyah- yang terkenal di zaman kita saat ini- yaitu menyembelih untuk jin. Iaitu manakala mereka membeli rumah atau membangunnya, atau ketika menggali perigi mereka menyembelih di tempat tersebut atau di depan pintu gerbangnya sebagai sembelihan kerana takut dari gangguan jin. (sila lihat Taisirul Azizil Hamid, cetakan Al Ifta` m/s 158.

Di antara contoh syirik besar- dan hal ini umum dilakukan- adalah menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah atau sebaliknya. Atau kepercayaan bahawa seseorang memiliki hak dalam masalah tersebut selain Allah Azza Wajalla. Atau berhukum kepada perundangan jahiliyyah secara sukarela dan atas kemahuannya, seraya menghalalkannya dan berkeyakinan bahawa hal itu dibolehkan. Allah menyebutkan kufur besar dalam firman-Nya:

اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ

Yang bermaksud: Mereka menjadikan pendita-pendita dan Ahli-ahli ugama mereka sebagai pendidik-pendidik selain dari Allah” (At-Taubah: 31)


Ketika Adi bin Hatim mendengar ayat tersebut dibaca oleh Rasulullah S.A.W , ia berkata: “Orang-orang itu tidak menyembah mereka” Lalu Rasulullah dengan tegas bersabda yang bermaksud :

Benar, tetapi mereka (orang-orang alim dan para rahib) menghalalkan untuk mereka apa yang diharamkan oleh Allah, sehingga mereka menganggapnya halal. Dan mengharamkan atas mereka apa yang dihalalkan oleh Allah, sehingga mereka menganggapnya sebagai barang haram. Itulah bentuk ibadah mereka kepada orang-orang alim dan para rahib tersebut.” Hadis riwayat Al-Baihaqi dalam As-Sunanul kubra, Sheikh Albani menggolongkannya dalam hadis hasan, lihat Ghayatul Maram m/s 19.

Allah menjelaskan, di antara sifat orang-orang musyrik adalah sebahagian dalam firman-Nya:

وَلا يُحَرِّمُونَ مَا حَرَّمَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَلا يَدِينُونَ دِينَ الْحَقِّ

Yang bermaksud: "Dan mereka pula tidak mengharamkan apa Yang telah diharamkan oleh Allah dan RasulNya, dan tidak berugama Dengan ugama Yang benar (agama Allah). (At-Taubah:29)


Dan firman Allah:

قُلْ أَرَأَيْتُمْ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ لَكُمْ مِنْ رِزْقٍ فَجَعَلْتُمْ مِنْهُ حَرَامًا وَحَلالا قُلْ آللَّهُ أَذِنَ لَكُمْ أَمْ عَلَى اللَّهِ تَفْتَرُونَ

Yang bermaksud: "Katakanlah (kepada kaum Yang mengada-adakan sesuatu hukum): "Sudahkah kamu nampak baik-buruknya sesuatu Yang diturunkan Allah untuk manfaat kamu itu sehingga dapat kamu jadikan sebahagian daripadanya haram, dan sebahagian lagi halal?" Katakanlah lagi (kepada mereka): "Adakah Allah izinkan bagi kamu berbuat demikian, atau kamu hanya mengada-adakan secara dusta terhadap Allah?". (Yunus: 59)


Termasuk syirik yang banyak terjadi adalah sihir, perdukunan dan ramalan. Adapun sihir, ia termasuk perbuatan kufur dan di antara tujuh dosa besar yang menyebabkan kebinasaan. Sihir hanya mendatangkan bahaya dan sama sekali tidak bermanfaat bagi manusia. Allah berfirman:

وَيَتَعَلَّمُونَ مَا يَضُرُّهُمْ وَلا يَنْفَعُهُمْ

Yang bermaksud: Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka". (Al-Baqarah: 102)


Lagi firman Allah:
وَلا يُفْلِحُ السَّاحِرُ حَيْثُ أَتَى

Yang bermaksud: "Sedang ahli sihir itu tidak akan beroleh kejayaan, di mana sahaja ia berada".(Taha: 69)

Orang yang mengerjakan sihir adalah kafir. Allah berfirman:

وَمَا كَفَرَ سُلَيْمَانُ وَلَكِنَّ الشَّيَاطِينَ كَفَرُوا يُعَلِّمُونَ النَّاسَ السِّحْرَ وَمَا أُنْزِلَ عَلَى الْمَلَكَيْنِ بِبَابِلَ هَارُوتَ وَمَارُوتَ وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنْ أَحَدٍ حَتَّى يَقُولا إِنَّمَا نَحْنُ فِتْنَةٌ فَلا تَكْفُرْ

Yang bermaksud: "Padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya Dengan berkata: "Sesungguhnya Kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya. (Al-Baqarah: 102)

Hukuman bagi tukang sihir adalah bunuh, pekerjaannya haram dan jahat. Orang-orang sesat dan lemah Iman akan pergi kepada tukang sihir untuk berbuat jahat kepada orang lain atau untuk membalas dendam kepada mereka. Di antara manusia ada yang melakukan perbuatan haram, dengan mendatangi tukang sihir dan memohon pertolongan padanya agar terbebas dari pengaruh sihir yang menimpanya. Padahal seharusnya ia mengadu dan kembali kepada Allah, memohon agar disembuhkan dengan kalam-Nya, seperti dengan Mu`awwidzat (Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Nas) –berdasarkan dari hadis-hadis sahih- dan sebagainya.

Dukun dan tukang ramal, keduanya juga kafir jika mendakwakan dirinya mengetahui hal-hal ghaib. Kerana tidak ada yang mengetahui hal-hal ghaib selain daripada Allah. Para dukun dan tukang ramal itu memanfaatkan kelemahan orang-orang awam (yang minta pertolongan padanya) untuk mengambil wang mereka sebanyak-banyaknya. Mereka menggunakan banyak cara untuk perbuatannya tersebut. Di antaranya dengan membuat garis di pasir, membaca (garis) telapak tangan, melihat air dalam teko, bola kaca, cermin dan sebagainya.

Jika sekali waktu mereka benar, maka sembilan puluh sembilan kalinya hanyalah dusta belaka. Tetapi tetap saja orang-orang yang lemah Imannya tidak mengingat, kecuali waktu yang sekali itu saja. Maka mereka pergi kepada para dukun dan tukang ramal untuk mengetahui nasib mereka di masa depan., apakah akan bahagia atau sengsara, baik dalam soal pernikahan, perdagangan, mencari barang-barang yang hilang atau yang seumpamanya.

Hukum orang yang mendatangi tukang ramal atau dukun, jika mempercayai terhadap apa yang dikatakannya adalah kafir, keluar dari agama Islam. Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

Barang siapa mendatangi dukun atau tukang ramal, lalu membenarkan apa yang dikatakannya, sungguh dia telah kufur terhadap apa yang diturunkan atas Muhammad.” Hadis riwayat Imam Ahmad.

Adapun jika orang yang dating tersebut tidak mempercayai bahawa mereka mengetahui hal-hal ghaib, tetapi misalnya pergi untuk sekadar ingin tahu, ingin mencuba atau seumpamanya, maka ia tidak tergolong orang kafir, tetapi solatnya tidak diterima selama empat puluh hari.

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

Barang siapa mendatangi tukang ramal, lalu ia menanyakan padanya tentang sesuatu, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam”. Sahih Muslim.

Ini masih pula harus diikuti dengan tetap mendirikan solat (wajib) dan bertaubat atasnya.

B E R S A M B U N G. . . . . . . . .

Wednesday, July 29, 2009

Bukti-bukti iman serta mukjizatnya (Bhgn.5)

Bagaimana sekiranya berkata kepada anda, seorang Raja dari kalangan raja-raja atau ketua atau seorang pemimpin dari kalangan pemimpin-pemimpin.. “Pergilah ke dalam negara ini dan buatlah sesuka hati kamu” “Kerana akulah yang akan melindungi kamu”. Anda akan berasa kemuliaan. Begitu juga seorang yang beriman, akan merasakan seorang mu`min yang benar akan merasa kemuliaan tersebut dan akan terealisasi perkara tersebut dan ia adalah dengan perlindungan Ilahi.


Telah berlaku dalam sejarah kita, dan Allah telah mengambil alih urusan kita sebagaimana firman Allah S.W.T :
اللَّهُ وَلِيُّ الَّذِينَ آمَنُوا

"Allah Pelindung (yang mengawal dan menolong) orang-orang Yang beriman". (Al-Baqarah:257)

Dan Allah telah memberikan keteguhan kepada orang-orang yang beriman sepertimana Allah berfirman:

وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الأرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَى لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُمْ مِنْ بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا

"Allah menjanjikan orang-orang Yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (Wahai umat Muhammad) Bahawa ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah Yang memegang Kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana ia telah menjadikan orang-orang Yang sebelum mereka: khalifah-khalifah Yang berkuasa; dan ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) Yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh)". (An-Nur: 55)


Dan Allah telah menjadikan Iman sebagai jalan untuk petunjuk dan ke arah jalan yang lurus.

Ketika mana manusia dalam keadaan teraba-raba, timur… barat…utara.. selatan.. ke arah ini..ke arah itu.. di manakah kebenaran?? Allah berfirman:
وَإِنَّ اللَّهَ لَهَادِ الَّذِينَ آمَنُوا إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ

"Dan Sesungguhnya Allah sentiasa memimpin orang-orang Yang beriman ke jalan Yang lurus".(Al-Hajj:54)

Dan tidak sekali-kali Allah menjadikan sebarang jalan untuk orang kafir mengatasi orang beriman. Sepertimana firman Allah Taala, Dia telah berjanji:
وَلَنْ يَجْعَلَ اللَّهُ لِلْكَافِرِينَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ سَبِيلا

"Dan Allah tidak sekali-kali akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk membinasakan orang-orang Yang beriman".(An-Nisa`:141)

Oleh itu, ia adalah kehidupan di bawah payungan rahmat Allah Azza Wajalla. Semua adalah janji yang akan ditunaikan sebagaimana ditunaikan sebelum ini. Apabila kita realisasikan Iman ini dan kita teguh ia di dalam diri kita, akan tetapi.. apa yang kita lihat pada hari ini memerlukan dari kita untuk menilai semula realiti-realiti Iman dalam diri kita.

Ini adalah sebahagian daripada apa yang dijanjukan oleh Allah kepada orang yang beriman di Dunia ini dan di Akhirat. Allah telah berfirman :
وَلأجْرُ الآخِرَةِ خَيْرٌ لِلَّذِينَ آمَنُوا وَكَانُوا يَتَّقُونَ

"Dan Sesungguhnya pahala hari akhirat lebih baik bagi orang-orang Yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa". (Yusuf:57).

Dan Allah telah berfirman:
إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ كَانَتْ لَهُمْ جَنَّاتُ الْفِرْدَوْسِ نُزُلا

"Sesungguhnya orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, disediakan bagi mereka Syurga-syurga Firdaus, sebagai tempat tetamu (yang serba mewah)".(Al-Kahf:108)

Mereka tidak mahu beralih daripadanya. Jadi, kebaikan Dunia dan kebaikan Akhirat telah dihimpunkan oleh Allah untuk orang-orang beriman. Oleh itu realisasikanlah Iman wahai hamba-hamba Allah!

Realisasikanlah Iman wahai orang-orang Islam dan teguhkanlah ia di dalam jiwa kamu! Dan janganlah kita menjadi seperti orang-orang Arab itu; yang Allah telah berfirman berkenaan mereka:
قَالَتِ الأعْرَابُ آمَنَّا قُلْ لَمْ تُؤْمِنُوا وَلَكِنْ قُولُوا أَسْلَمْنَا

"Orang-orang " A'raab" berkata: " Kami telah beriman". Katakanlah (Wahai Muhammad): "Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke Dalam hati kamu berkatalah sahaja: ` Kami telah Islam '". (Al-Huj`rat: 14).

Sebahagian orang-orang Arab; terkena kepada mereka perkara ini dan Allah telah berfirman terhadap mereka perkara ini, Allah telah berfirman:

قَالَتِ الأعْرَابُ آمَنَّا قُلْ لَمْ تُؤْمِنُوا وَلَكِنْ قُولُوا أَسْلَمْنَا وَلَمَّا يَدْخُلِ الإيمَانُ فِي قُلُوبِكُمْ وَإِنْ تُطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ لا يَلِتْكُمْ مِنْ أَعْمَالِكُمْ شَيْئًا إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ

"Orang-orang " A'raab" berkata: " Kami telah beriman". Katakanlah (Wahai Muhammad): "Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke Dalam hati kamu berkatalah sahaja: ` Kami telah Islam '. dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".(Al-Huj`rat: 14).

dan Iman tidak akan masuk ke dalam hati.. kecuali dengan hujjah, kecuali dengan bukti, kecuali dengan ilmu, kerana itu Allah telah berfirman:
فَاعْلَمْ أَنَّهُ لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ

"Oleh itu, maka Tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu (Wahai Muhammad) Bahawa Sesungguhnya tiada Tuhan Yang berhak disembah melainkan Allah".(Muhammad: 19).

Dan Allah berfirman:
أَفَمَنْ يَعْلَمُ أَنَّمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ مِنْ رَبِّكَ الْحَقُّ كَمَنْ هُوَ أَعْمَى إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُولُو الألْبَابِ

"Maka Adakah orang Yang mengetahui Bahawa Al-Quran Yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu (Wahai Muhammad) perkara Yang benar, sama Dengan orang Yang buta matahatinya? Sesungguhnya orang-orang Yang mahu memikirkan hal itu hanyalah orang-orang Yang berakal sempurna".(Ar-Raa`d: 19).

B E R S A M B U N G…..

Tuesday, July 28, 2009

(-_-)

You say if you could fly`, you`d never come back down,
You only have eyes for that blue, blue sky.

You`ve yet to learn what sadness is,
And are just now grasping what pain is like,
Even the feeling I have for you,
Must be expressed with words.

As you awake from a dream into an unknown world,
Spread your wings, and take flight!

You say if you could fly`, you`d never come back down,
You only have eyes for that blue, blue sky.

You know if you can just make it trough,
You`ll find what you seek,
So keep trying to break free,
To that blue sky................

Monday, July 27, 2009

----------------

Segala puji bagi Allah. Kita memuji, memohon pertolongan dan meminta ampun kepada-Nya. Kita berlindung kepada Allah S.W.T dari segala kejahatan diri dan keburukan amal perbuatan. Barang siapa diberi petunjuk oleh Allah, tidak ada yang boleh menyesatkannya dan barang siapa disesatkan oleh Allah, maka tidak ada yang boleh menolongnya. Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah semata, tiada sekutu bagi-Nya. Dan aku bersaksi Muhammad S.A.W itu adalah hamba dan Rasul-Nya.

Amma ba`du...

Minggu ini, genaplah 4 bulan ku berada di bumi tercinta. Bermacam-macam cerita yang ingin dikongsi. Tapi apakan daya diruangan ini terlalu sempit untuk ku susunkan akan apa yang berada dibenak fikiran ku sepanjang ku berada di m,sia ini. Apa pun, akan ku cuba semampu mungkin. Agar cerita ku ini dapat dikongsi bersama.

Sebelum bertolak balik dari Yaman lagi, aku sering memikirkan akan target ku di M,sia kelak. Apa yang harus kulakukan bilamana sampai ke M,sia? Herm.. Pertama sekali.. sebelum aku melangkah lebih jauh.. aku ingin berikan perhatian ku pada keluarga ku. Berkhidmat dengan kedua orang tua ku. Menyampaikan dengan apa yang telah ku pelajari kepada ahli keluarga ku yang terdekat. Dan setakat ini alhamdulillah semua itu berjalan dengan lancar. "Robbi Yassir, Wala Tuassir".

Sekarang ini pun,alhamdulillah aku diberi ruang untuk menyampaikan kuliah di antara solat Maghrib dan Isya pada setiap malam isnin ( di masjid An-Nur tame boyo) .. hanya itu yang ku mampu setakat ini.

Adapun rutin harian ku pula seperti biasa, dari jam 6-50 pg hingga 5-30 ptg.. jaga kaunter kedai ayah. Letih tu.. tak dapat nak bayangkan.. disebabkan keletihan lah setiap kali selepas solat asar aku merehatkan diri ku sambil2 murajaah apa yang sepatutnya. Kadang2 sampai terlena dan jarang2 sekali bila sedar dah nak maghrib.

Tup tup... pelanggan tengah ramai nih..sambung lain kali deh..wassalam

Sunday, July 26, 2009

Ehems6

Syirik atau menyekutukan Allah adalah suatu yang amat diharamkan dan secara mutlak ia merupakan dosa yang paling besar. Hal ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abi Bakrah, bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

”Mahukah aku khabarkan kepada kalian tentang dosa yang paling besar (Nabi ulangi sebanyak tiga kali) ? “Lalu mereka berkata: Ya, wahai Rasulullah! “Beliau bersabda: “Menyekutukan Allah..” (Hadis Muttafaqun Alaih)

Setiap dosa berkemungkinan diampuni oleh Allah Taala, kecuali dosa syirik, ia memerlukan taubat secara khusus, Allah berfirman:

إِنَّ اللَّهَ لا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ

Yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukan-Nya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan Syariat-Nya)". (An-Nisa`:48)


Di antara jenis-jenis dosa, syirik adalah dosa besar. Syirik ini menjadi penyebab keluarnya seseorang dari agama Islam, dan orang yang bersangkutan, jika meninggal dalam keadaan demikian, akan kekal di dalam neraka.

Di antara kenyataan syirik yang umum terjadi di sebahagian besar Negara-negara Islam adalah:

Yakni kepercayaan bahawa para wali yang telah meninggal dunia boleh memenuhi hajat, serta boleh membebaskan manusia dari berbagai kesulitan. Kerana kepercayaan ini, mereka lalu meminta pertolongan dan bantuan kepada para wali yang telah meninggal dunia. Padahal Allah S.W.T berfirman:

وَقَضَى رَبُّكَ أَلا تَعْبُدُوا إِلا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ

Yang bermaksud: Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya Engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata” (Al-Isra`: 23)


Termasuk dalam kategori menyekutukan Allah adalah dengan memohon kepada orang-orang yang telah meninggal, baik para Nabi, orang-orang soleh atau lainnya untuk mendapatkan syafa`at atau melepaskan dari pelbagai kesukaran hidup. Padahal Allah berfirman:

أَمَّنْ يُجِيبُ الْمُضْطَرَّ إِذَا دَعَاهُ وَيَكْشِفُ السُّوءَ وَيَجْعَلُكُمْ خُلَفَاءَ الأرْضِ أَإِلَهٌ مَعَ اللَّهِ

Yang bermaksud: "Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang Tuhan yang lain bersama-sama Allah?" (An-Naml:62)

Sebahagian mereka, bahkan membiasakan dan mentradisikan menyebut nama syeikh atau wali tertentu (yang telah mati), baik dalam keadaan berdiri, duduk, ketika melakukan suatu kesalahan, dalam setiap situasi sulit, ketika ditimpa malapetaka, musibah atau kesukaran hidup.

Diantaranya ada yang menyeru: “ Wahai Muhammad” ada lagi yang menyebut: “Wahai Ali”. Yang lain lagi menyebut: “Wahai Jailani”. Kemudian ada yang menyebut: “Wahai Syadzali” dan yang lain menyebut “Wahai Rifa`I”. Yang lain lagi menyeru Al-Idrus Sayyidah Zainab, ada pula yang menyeru Ibnu `Ulwan dan masih banyak lagi. Sedangkan Allah telah menegaskan:

إِنَّ الَّذِينَ تَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ عِبَادٌ أَمْثَالُكُمْ

Yang bermaksud: "Sesungguhnya benda-benda yang kamu seru selain Allah adalah makhluk-makhluk seperti kamu juga.". (Al-A`raf: 194)


Sebahagian yang menziarahi kuburan ada yang bertawaf (mengelilingi) kuburan tersebut, mencium setiap sudutnya, lalu mengusapkan ke bahagian-bahagian tubuhnya. Mereka juga menciumi pintu kuburan. Bahkan ada yang bersujud ketika melihatnya, berdiri didepannya dengan penuh khusyu`, merendahkan diri dan menghinakan diri seraya mengajukan permintaan dan memohon hajat mereka. Ada yang meminta sembuh dari sakit, mendapatkan keturunan, dipermudahkan urusannya dan tak jarang di antara mereka menyeru: “Ya Sayyidi, aku datang kepadamu dari negeri yang jauh, maka janganlah engkau kecewakan aku”. Padahal Allah Azza Wajalla berfirman:

وَمَنْ أَضَلُّ مِمَّنْ يَدْعُو مِنْ دُونِ اللَّهِ مَنْ لا يَسْتَجِيبُ لَهُ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَهُمْ عَنْ دُعَائِهِمْ غَافِلُونَ

Yang bermaksud: "Dan tidak ada yang lebih sesat daripada orang yang menyembah sesuatu yang lain dari Allah, yang tidak dapat menyahut atau memberikan sebarang pertolongan kepadanya (dari dunia) hinggalah ke hari kiamat, sedang makhluk-makhluk yang mereka sembah itu tidak dapat menyedari atau memberi layanan baik kepada permohonan mereka. "(Al-Ahqaf: 5).


Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:

”Barang siapa mati dalam keadaan menyembah sembahan selain Allah nescaya akan masuk neraka” Hadis riwayat Al-Bukhari.

Sebahagian mereka, mencukur rambutnya di perkuburan, sebahagian lain pula ada yang membawa buku yang berjudul “Manasikul Hajjil Masyahid” (Tata cara ibadat haji di kuburan keramat). Yang mereka maksudkan dengan masyahid adalah kuburan para wali. Sebahagian mereka mempercayai bahawa para wali itu mempunyai autoriti mengatur alam semesta, dan mereka boleh memberi mudharat dan juga manfaat. Sedangkan Allah berfirman:

وَإِنْ يَمْسَسْكَ اللَّهُ بِضُرٍّ فَلا كَاشِفَ لَهُ إِلا هُوَ وَإِنْ يُرِدْكَ بِخَيْرٍ فَلا رَادَّ لِفَضْلِهِ

Yang bermaksud: "Dan jika Allah mengenakan Engkau Dengan sesuatu yang membahayakan, maka tiada sesiapa pun yang akan dapat menghapuskannya melainkan dia; dan jika ia menghendaki Engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada sesiapapun yang akan dapat menghalangi limpah kurnia-Nya. Allah melimpahkan kurnia-Nya". (Yunus: 107).


Wallahu a`lam.


P/S: Sama-sama lah kita renungi akan firman Allah yang bermaksud: Ingatlah! (Hak yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah segala ibadat dan bawaan yang suci bersih (dari segala rupa syirik). Dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung dan penolong (sambil berkata): "Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya", - sesungguhnya Allah akan menghukum di antara mereka (dengan orang-orang yang tidak melakukan syirik) tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan yang bukan-bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik). (Az-Zumar: 2)

Thursday, July 23, 2009

Wallpaper`s windows 7
















Assalamualaikum.. Kali ini hanyalah beberapa wallpaper`s windows 7 yang ingin di kongsi bersama. Moga kita semua berada dalam lindunganNya..ameen

Wednesday, July 22, 2009

Warkah buat sahabat

Sahabat ku!!

Pernahkah kau mendengar khabar berita seorang haji yang berlayar ke Mekkah, membawa isterinya dan anak-anaknya yang masih kecil tiga orang banyaknya, isterinya itu sedang hamil pula. Tiba-tiba penyakit wabak pun datanglah di negeri suei itu, si suami meninggal dunia di sana. Seketika Tuan Syeikh memaklumkan kepada jemaahnya bahawa haji telah selesai dan jemaah-jemaah mesti berangkat ke Jedah akan kembali pulang, pergilah isteri itu membawa anak-anaknya ketiganya ke pusara ayahnya, meratap dan memberitahukan bahawa mereka akan pulang lagi, pulang sendirinya tak berteman, menghadapi kemiskinan dan keyatiman, dan suami yang berbudi itu akan dipertaruhkan menjaganya kepada Ka 'bah.


Pernahkah kau melihat seorang perempuan tua yang berjalan hilir sawah mudik sawah, sambil bernyanyi menyebut-nyebut nama anaknya. laitu seorang perempuan yang masih muda, yang wafat seketika dia akan dikahwinkan, sehingga sedianya akan dibawa bertandang ke rumah mentuanya dengan peralatan besar, kiranya diiringkan ke kuburan oleh orang kampung bersama-sama.

Pernahkah kau mendengar seorang anak muda yang baru bertunangan, berjalan ke rantau orang hendak mencari maskahwin dan kain baju, untuk diberikan kepada tunangannya bilamana dia pulang kelak. Setelah dua tahun dia berjalan, dia pun pulang, didapatinya tunangannya tadi telah bersuami orang lain yang lebih kaya, sebab dia terdengar miskin.

Pernahkah kau dengar bahawa seketika dia pulang itu, setelah sampai kepadanya khabar bahawa tunangannya telah bersuami, dia duduk di tepi batang air yang deras, menangisi nasibnya, dan akhirnya dilemparkan petinya itu ke dalam air. Setelah itu dia kembali merantau, sehingga tak pulang-pulang lagi sampai sekarang ini.


Pernahkah kau mendengar khabar seorang perempuan yang mempunyai dua orang anak laki-laki, .Yang seorang berjalan ke Jakarta dan seorang berjalan ke medan . Tiba-tiba sampai kepadanya khabar bahawa anaknya yang tua mati di rumah sakit, dan anak yang kedua mati pula di dalam mencarikan kepalanya yang tak tertutup dari perutnya yang tak berisi. Sehingga kepada tiap-tiap orang yang pulang merantau ,ditanyakannya juga, adakah bertemu anaknya, dan bila dikatakan orang bahawa anak itu sudah mati, dia termenung, dia tak menangis lagi, sebab sudah kering air mata yang akan ditangiskannya.

Pernahkah kau mendengar nasib seorang tua yang menjadi tukang rumput, mempunyai isteri yang sedang sakit dan anak yang sedang sarat menyusu. Beras yang akan ditanak tak ada, dicubanya meminjam kepada orang sebelah rumah, orang tak mahu meminjami lagi, sebab hutang beras tiga dan empat hari yang lalu belum juga dibayarnya. Lantaran terlalu susah, pergilah dia mencuri beras orang itu dan dibawanya pulang. Dimasaknya beras itu ke dapur, sedang isteri dalam menarik nafas yang penghabisan. Tiba-tiba polis pun datanglah menangkapnya, dia akan dibawa ke pejabat mahkamah; nasi hangus, anaknya meratap dan isterinya mati setelah dia sampai ke pintu. Sehingga lantaran hebatnya cubaan itu, fikirannya bertukar, dia gila, sehingga tak jadi dibawa ke kantor mahkamah, melainkan dihantarkan terus ke rumah sakit gila.

Kalau pernah kau dengar segala cerita itu atau pernah kau lihat; kalau pernah kau dengar nyanyian orang kurungan menunggu vonis buangan, atau rintihan dan pekik orang sakit di dalam rumah sakit, atau tertawa yang tinggi dan rambut yang telah panjang dan pakaian yang compang-camping dari orang gila, sehingga lantaran itu kau jatuh belas kasihan, kau tangisi nasib mereka yang malang dan untung mereka yang buruk, maka ketahuilah sahabatku, bahawa nasibku lebih lagi malangnya dari itu.

Sayalah yang lebih layak menerima kasihan kau, menerima ratap kau dan tangis kau '"
Tak ada lagi yang kutuliskan kepadamu, pelita hatiku dari sedikit ke sedikit beransur padam. Agaknya inilah surat yang penghabisan kepadamu.

Selamat tinggal sahabatku! Kalau umurku masih panjang, entah tidak akan bertemu lagi, dan kalau umurku singkat maka inilah ucapanku yang penghabisan .

P/S :
Hanya yang mengerti... akan mengerti..

Tuesday, July 21, 2009

Don`t leave me

What made me think “How can you say that with a straight face?”
When you asked, “When will we meet again?”
Any time you talk to much, I know you don`t get it
For a moment, I see your bluff and cry

Do my tears even work on you?
I keep saying “ I want to be loved”
In my own special way, but you still don`t get the hint
I have this nagging feeling
That I`ll never see you again

I wish I could tell you, but I can`t find the word
Maybe I`d rather listen to you lie
I can`t even say “Don`t leave me”

When you let go of my hand
Will you forget about me?
I wish I could tell you, but I can`t find the word
Maybe I`d rather listen to you lie
I can`t even say “Don`t leave me”


Petikan: Naruto Soundtrack

Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck (Bhg. 4)

Tanah Asal

Bilamana Zainuddin telah sampai ke Padang Panjang, negeri yang ditujunya, telah diteruskannya perjalanan ke dusun Batipuh, kerana menurut keterangan orang tempat dia bertanya, di sanalah negeri ayahnya yang asli. Seketika dia mengenalkan diri kepada bakonya (keluarga dari pihak ayah), orang laksana kejatuhan bintang dari langit, tidak menyangka-nyangka akan beroleh seorang anak muda yang begitu pantas dan pantas, yang menurut adat di Minangkabau dinamai "anak pisang". Maklumlah, orang di sana masyhur di dalam menerima orang baru. Tetapi basa-basi itu lekas pula bosan. Oleh kerana yang kandung tidak ada lagi, apalagi ayahnya tidak bersaudara perempuan, dia tinggal di rumah persukuan dekat dari ayahnya.


Mula-mula datang, sangatlah gembira hati Zainuddin telah sampai ke negeri yang selama ini jadi kenang-kenangannya. Tetapi dari sebulan ke sebulan, kegembiraan itu hilang, sebab rupanya yang dikenang-kenangnya berlainan dengan yang dihadapinya. Dia tidak beroleh hati yang sebagai hati Mak Base, tidak mendapat kecintaan ayah dan bonda. Bukan orang tak suka kepadanya, suka juga, tetapi berlainan kulit dan isi. Jiwanya sendiri mulai terasa, bahawa meskipun dia anak Minangkabau tulen, dia masih dipandang sebagai seorang pendatang, masih dipandang orang jauh, orang Bugis, orang Mengkasar.

Untuk pehindarkan muka yang kurang jernih, maka bilamana orang ke sawah, bila orang ke ladang, dia pun ikut ke ladang. Dalam pada itu menambah pelajaran perkara tidak dilupakannya. Zainuddin seorang yang terdidik lemah lembut, didikan ahli seni, ahli syair, yang lebih suka mengalah untuk kepentingan orang lain.

Sesudah hampir enam bulan dia tinggal di dusun Batipuh, bilamana dia pergi duduk-duduk ke lepau tempat anak-anak muda bersenda gurau, orang bawa pula dia bergurau, tetapi pandangan orang kepadanya bukan pandangan sama rata, hanya ada juga kurangnya. Sehingga lama-lama insaflah dia perkataan Mak Base seketika dia akan belayar, bahawa adat orang di Minangkabau lain sekali. Bangsa diambil dari ibu. Sebab itu, walaupun seorang anak berayah orang Minangkabau, sebab di negeri lain bangsa di ambil dari ayah, jika ibunya orang lain, walaupun orang Tanapuli atau Bengkulu yang sedekat-dekatnya, dia dipandang orang lain juga. Malang nasib anak yang demikian, sebab dalam negeri ibunya dia dipandang orang asing, dan dalam negeri ayahnya dia dipandang orang asing juga.

Tak dapat Zainuddin mengatakan dia orang Padang, tak kuasa lidahnya menyebut dia orang Minangkabau. Dan dia tidak berhak diberi gelar pusaka, sebab dia tidak bersuku. Meskipun dia kaya raya, misalnya, boleh juga dia diberi gelar pinjaman dari bakonya tetapi gelar itu tak boleh diturunkan pula kepada anaknya. Melekatkan gelar itu pun mesti membayar hutang kepada negeri, sembelihkan kerbau dan sapi, panggil ninik mamak dan alim ulama, himbaukan di labuh nan golong, di pasar nan ramai.

Pada sangkanya semula jika dia datang ke Minangkabau, dia akan bertemu dengan neneknya, ayah dari ayahnya. Di sanalah dia akan memakan harta benda neneknya dengan leluasa sebagai cucu yang menyambung keturunannya. Padahal seketika dia datang itu, setelah dicarinya neneknya itu, ditunjukkan orang di sebuah kampung di Ladang Lawas, bertemu seorang tua di sebuah surau kecil, gelarnya Datuk Paduka Emas, dia hanya tercengang-cengang saja sambil berkata:" Oh….rupanya si Amin ada juga meninggalkan anak di Mengkasar."

Cuma sehingga itu pembicaraan orang tua itu, dan tidak ada tambahnya lagi. Dia tak kuasa hendak menahan cucunya tinggal dengan dia, sebab mesti muafakat lebih dahulu dengan segenap keluarga. Padahal sedangkan pihak si Amin pendekar Sutan, sudah jauh perhubungan keluarga, apalagi dengan anak yang datang dari "Bugis" ini.

Sekali itu saja Zainuddin datang kepada neneknya setelah itu tidak lagi. Dan neneknya pun tidak pula memesan-mesankan dia. Hatinya mulai jemu. Maka terbayang-bayanglah kembali di ruang matanya Kota Mengkasar, kota yang indah dan penuh peradaban, terbayang kembali lautan dengan ombak yang tenang, perahu Mandar, kapal yang sedang berlabuh, sehingga mahu dia rasanya segera pulang, bertemu dengan Mak Basenya yang tercinta.

Tetapi…ya tetapi kehendak Yang maha Kuasa atas diri manusia berbeza dengan kehendak manusia itu sendiri. Zainuddin telah jemu di Minangkabau, dan dia tidak akan jemu lagi, kerana tarikh penghidupan manusia bukan manusia membuatnya, dia hanya menjalani yang tertulis.

Tidak beberapa jauh dari rumah bakonya itu, ada pula sebuah rumah adat yang indah dan kukuh, menurut bentuk adatistiadat Minangkabau, bengonjong empat, beratap ijuk dan bertatahkan timah. Di hujung kedua pihak ada anjung peranginan, serambi muka bergonjong pula, lumbung empat buah berlerat di halaman. Halamannya luas, tempat menjemurkan padi yang akan ditumbuk. Pada buatan rumah, pada symbol pedang bersentak yang terletak di bawah gonjong kiri kanan, menandakan bahawa orang di rumah ini amat keras memegang adat lembaga, agaknya turunan regen atau Tuan Gedang di Batipuh, yang terkembang di Batipuh Atas dan Batipuh Baruh.

Meskipun adat masih kuat, namun gelora pelajaran dan kemajuan agama yang telah berpengaruh di Sumatera Barat, tidak juga melepaskan rumah adat yang kukuh itu dari cengkeramanya. Meskipun kehendak mamak yang tua-tua hendak menahan juga anak kemenakan yang perempuan menuntut ilmu, namun halangan itu sudah percuma saja. Gadis-gadis seisi rumah itu, yang selama ini turun sekali sejumaat diiringkan dayang-dayang banyak, sekarang telah mengepit kitab, melilitkan selendang pula, pergi menuntut ilmu. Ada yang ke Ladang Lawas, ada yang ke Gunung, dan ada juga yang ke Padang Panjang.

Hayati, gadis remaja puteri, ciptaan keindahan alam, lambaian Gunung Merapi, yang terkumpul padanya keindahan adatistiadat yang kukuh dan keindahan model sekarang, itulah bunga di dalam rumah adat itu. Hayati, adalah nama baru yang belum biasa dipakai orang selama ini. Nama gadis-gadis di minangkabau tempoh dahulu hanya si Cinta Bulih, Sabai Nan Aluih, Talipuk Layur dan lain-lain. Tetapi Hayati, adalah bayangan dan perubahan baru yang melingkari Minangkabau yang kukuh dalam adatnya itu.

Wahai, dari manakah pengarang yang lemah ini akan mulai menceritakan sebab-sebab Hayati berkenalan dengan Zainuddin?

Adakah dari sebab mereka kerap kali bertemu di bawah lindungan keindahan alam? Di sawah-sawah yang bersusun-susun? Di bunyi air mengalir di Batang Gadis menuju Sumpur? Ataukah dari dangau di tengah sawah yang luas, Pada waktu burung pipit terbang berbondong? Atau pada waktu habis menyabit, di kala asap jerami menjulang ke udara, dan awan meliputi puncak Merapi yang indah? Atau pada waktu keretapi membunyikan peluitnya di dalam kesusahan mengharung rimba dan jambatan yang tinggi, menuju Sawah Lunto dan melingkari Danau Singkarak? Dari manakah pengarang akan mulai menceritakan sebab-sebab mereka berkenalan?

Di dalam kalangan gadis-gadis di kampung Batipuh telah membuat mulut, bahawa ada sekarang seorang anak muda "orang jauh", orang Bugis dan Mengkasar, menumpang di rumah bakonya, Mande Jamilah. Anak muda itu baik budi pekertinya, rendah hati, terpuji dalam pergaulan, disayangi orang. Sungguh belajar, kerana dia berguru kepada seorang lebai yang ternama. Tetapi dia pemenung, pehiba hati, suka menyisihkan diri ke sawah yang luas, suka merenungi wajah Merapi yang diam tetapi berkata. Sayang dia orang jauh!

Mula-mula Hayati berkenalan dengan dia adalah ketika hujan lebat, sebab daerah Padang Panjang itu, lebih banyak hujannya daripada panasnya. Mereka akan kembali ke Batipuh. Tiba-tiba hujan lebat turun seketika mereka ada di Ekor Lubuk. Zainuddin ada menbawa payung dan Hayati bersama seorang temannya kebetulan tidak berpayung.

Hari hujan juga. Mula-mula mereka sangka akan lekas redanya, rupanya hujan yang tak diikuti angin yang kerap kali lama sekali. Sehingga bermenunglah anak muda itu di muka lepau orang, melihatkan titik-titik air dari atas ke tanah, menembusi halaman yang terkumpul. Kebetulan bendi pun tidak ada yang lalu. Sehingga dari pukul 2 sudah hampr pukul 4 mereka berdiri.

Hairan dengan Zainuddin, mengapa dia tidak berangkat sahaja padahal dia berpayung? Dia tahu akan gadis-gadis itu, orang sekampungnya sama-sama orang Batipuh, dia tahu benar, meskipun belum berkenalan. Tidak sampai hatinya hendak meninggalkan mereka. Anak-anak gadis itupun kenal akan dia, meskipun belum bertegur sapa, tetapi tak berani membuka mulut.

Hari petang juga, tiba-tiba timbullah keberanian Zainuddin, meskipun keringatnya terbit di waktu hujan, dia tampil ke muka, ditegurnya Hayati :"Encik…!

Hayati menentang mukanya tenang-tenang dan tidak menjawab, hanya seakan-akan menunggu apa yang dikatakannya.

"Sukakah Encik saya tolong?"
"Apakah gerangan pertolongan Tuan itu?"
"Berangkat encik dulu pulang ke Batipuh, marah mamak dan ibu Encik kelak jika terlambat benar akan pulang, pakailah payung ini, berangkatlah sekarang juga."
"Terima kasih Encik!" jawab Hayati.
"Janganlah ditolak pertolongan itu," kata orang lepau dengan tiba-tiba. "Orang hendak berbuat baik tidak boleh ditolak."
"Dan Tuan sendiri bagaimana?" jawab Hayati pula, sedang temannya yang seorang lagu menekur-nekur sahaja kemalu-maluan.
"Itu tak usah Encik susahkan, orang laki-laki semuanya mudah baginya, pukul 7 atau pukul 8 malam pun saya sanggup pulang, kalau hujan ini tak reda juga. Berangkat lah dahulu!"
"Kemana payung ini kelak kami hantarkan?"
"Besok saja hantarkan pun tak jadi apa, ke rumah Mande Jamilah!"
"Terima kasih Tuan, atas budi yang baik itu," ujar Hayati sambil tersenyum, senyum bulan kehilang entah jadi entah tidak.
"Ah, baru pertolongan demikian, Encik sudah hendak mengucapkan terima kasih!"

Kedua gadis itu pun berangkatlah di dalam hujan, berpayung berdua berlambat-lambat. Zainuddin tegak termenung seorang dirinya, menunggu biar hujan itu reda. Dalam renungnya itu, berjalanlah fikirannya kian kemari.

Ia teringat payung, teringat hujan, teringat kota Mengkasar jika musim hujan, 40 hari lamanya tidak pernah melihat matahari. Lama-lama teringat dia kepada Hayati yang meminjam payungnya. Itulah rupanya Hayati, yang kerap kali jadi sebutan oleh anak-anak muda temannya bermain,yang jadi buah mulut dan pujian.

Ah, alangkah beruntungnya jika dapat berkenalan dengan gadis itu, berkenalan saja pun cukuplah. Mukanya amat jernih, matanya penuh dengan rahsia kesucian dan tabiatnya gembira. Kalau kiranya gadis demikian ada di Mengkasar….ah!

Hujan pun reda, dia pun pulanglah ke Batipuh, dengan langkah yang cepat dan biasa. Bertambah dekat kampung Batipuh, bertambah jauh dia dari kegembiraannya, sebab kemanisan mulut bakonya kepadanya hanyalah lantaran belanja bulanan yang diberikannya tetap, kiriman Mak Base dari Mengkasar. Bila hari telah malam, dia pergi tidur ke surau, bersama-sama dengan lain-lain anak muda, kerana demikian menurut adat. Semalam itu, Zainuddin dikerumuni mimpi-mimpi yang indah.

Bersambung lagi.....


*Penulis : Haji Abdul Malik Karim Abdullah (HAMKA)
*Tajuk : Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck

Monday, July 20, 2009

Bukti-bukti iman serta mukjizatnya (Bhgn.4)

Pada pendapat anda, jika sebuah syarikat berjaya mencipta satu alat diletakkan di dalam poket dan alat ini menggerakkan pemakainya untuk melakukan segala kebaikan serta menghalang pemakainya dari melakukan segala kejahatan. Adakah akan ada kejahatan? Jika diedarkan alat ini kepada semua orang, kepada yang tua dan yang muda, Semua manusia akan tergerak sesungguhnya yang kita sedang katakan.. alat ini.. ia adalah Taqwa. Ia adalah takutkan Allah S.W.T yang merupakan hasil dari Iman dan natijah dari Iman.

Sesungguhnya Iman bukanlah satu tajuk falsafah, bahkan ia adalah tajuk keilmuan yang hakiki, yang bertepatan dengan realiti kehidupan dan dapat dilihat oleh manusia kesannya. Sebagaimana yang berlaku di dalam sejarah para Sahabat yang mulia, yang mereka dahulunya pengembala-pengembala kambing, lantas Allah mengubah mereka kepada pemimpin-pemimpin umat.


mereka asalnya penternak-penternak kambing, lalu Allah menukar mereka kepada pemimpin-pemimpin bangsa, Maha Suci Allah. Dengan kelebihan-Nya, dengan pertolongan-Nya.. dan dengan bantuan-Nya. Allah telah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman… dengan janji-janji yang agung. Dan Allah mengikat janji-janji tersebut dengan Iman. Maknanya adalah, apabila kita merealisasikan sifat-sifat tersebut, yaitu sifat Iman dan ia tertanam di dalam jiwa kita, akan terjadilah apa yang dijanjikan oleh Allah kepada kita.

Firman Allah:

وَكَانَ حَقًّا عَلَيْنَا نَصْرُ الْمُؤْمِنِينَ (٤٧

Dan sememangnya adalah menjadi tanggungjawab Kami menolong orang-orang Yang beriman”. (Ar-Rum:47)

Kajilah sejarah Ummah, kajilah sejarah Islam, anda akan dapati bahawa kemenangan bersama-sama dengan golongan beriman yang sebenar-benarnya. Ia adalah pembukaan yang besar dan kejayaan yang besar. Sehinggakan mereka telah menyatukan dari penjuru-penjuru Cina di Timur hingga ke penjuru-penjuru Perancis di Barat. Di dalam sebuah Negara dan dalam bangsa yang satu.

Allah S.W.T telah memberikan mereka kemuliaan:

وَلِلَّهِ الْعِزَّةُ وَلِرَسُولِهِ وَلِلْمُؤْمِنِينَ (٨)
Yang bermaksud:

Padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi RasulNya serta bagi orang-orang Yang beriman”. (Al-Munafiqun: 8)


Apabila nyata Iman, akan terealisasi kemenangan dan akan terealisasi kemuliaan, kemudian Allah telah menanggung pertahanan orang-orang yang beriman.

Allah berfirman:

إِنَّ اللَّهَ يُدَافِعُ عَنِ الَّذِينَ آمَنُوا (٣٨)

Sesungguhnya Allah membela orang-orang Yang beriman”. (Al-Hajj: 38)

Bagaimana sekiranya berkata kepada anda, seorang Raja dari kalangan raja-raja atau ketua atau seorang pemimpin dari kalangan pemimpin-pemimpin.. “Pergilah ke dalam negara ini dan buatlah sesuka hati kamu” “Kerana akulah yang akan melindungi kamu”. Anda akan berasa kemuliaan”. Anda akan berasa kemuliaan, begitu juga seorang yang beriman, akan merasakan seorang mu`min yang benar akan merasa kemuliaan tersebut dan akan terealisasi perkara tersebut dan ia adalah dengan perlindungan Ilahi.

B E R S A M B U N G…

Sunday, July 19, 2009

Salak

Alhamdulillah.. Setelah sampai di rumah (pulang dari kerja). Aku menghempaskan beg laptop ke katil, lalu menuju ke dapur untuk melihat apa yang ada untuk diisi perut yang kekosongan ini. Lalu ku buka salji dan ku dapati ada sepinggan buah salak yang sedia terhidang.

Apa lagi dengan laju ku mengambil salak tersebut untuk menghilangkan rasa kelaparan itu tadi. Ku mengoyak kulitnya dengan gelojoh. Lalu ku menikmati buah tersebut, erm..manisnya tiada terkata. Ah di kepanasan sebegini alangkah nikmatnya jika sentiasa dihidangi dengan buah-buahan tempatan.

Ketika ku sedang mengunyah, terlintas difikiran ku untuk berkongsi (gambar) dengan para pembaca yang budiman, akan pokok & buah salak yang sedang masak ranum di sekeliling rumah ku. Jadi jom kita ke galeri..

P/S: Sesiapa yang nak rasa salak nih, boleh la bertandang kerumah...




























Saturday, July 18, 2009

Ehems5

Salam Ukhwah, moga kita senantiasa di bawah lindungan-Nya..ameen

Sungguh sangat besar perbezaan, antara melanggar hal-hal yang diharamkan lalu berdalih secara batil bahawa agama adalah mudah dan memang tidak diragukan bahawa agama adalah mudah dengan menerapkan kelonggaran-kelonggaran yang diberikan oleh syariat.

Seperti dengan melakukan jama` dan qasar dalam solat (An-Nisa`: 101) dan berbuka puasa ketika musafir (Al-Baqarah: 185) , mengusap khuf bagi orang mukim sehari semalam dan bagi yang bermusafir tiga hari tiga malam, tayammum ketika takut bahaya kalau menggunakan air,(Al-Maidah: 6), jama` antara dua solat bagi orang sakit dan ketika sedang turun hujan lebat, boleh memandang kepada wanita bukan mahram untuk tujuan meminang, memilih dalam kaffarat (denda) sumpah antaranya memerdekakan budak, memberi makan kepada 10 orang miskin atau memberi pakaian (Al-Maidah: 89), makan bangkai ketika dalam keadaan darurat dan rukhsah-rukhsah serta keringanan syariat lainya.

Di samping hal-hal yang telah disebutkan, setiap muslim hendaklah mengetahui bahawa diharamkannya perkara tersebut terdapat hikmah yang besar di dalamnya diantaranya:

Allag menguji segenap hamba-Nya dengan hal-hal yang diharamkan tersebut, lalu Dia melihat bagaimana mereka berbuat. Dan di antara sebab perbezaan antara penduduk syurga dengan penduduk neraka adalah para penduduk neraka tenggelam dalam syahwat dan nerakalah menjadi tempat tinggalnya, dan para penduduk syurga sabar atas berbagai hal yang dibencinya dan syurga menjadi tempat tinggalnya. Jika tidak kerana ujian ini, tentu tidak akan boleh dibezakan antara tukang maksiat dengan orang taat.

Orang-orang beriman melihat beratnya kewajipan dengan cara memandang dari sisi perolehan pahala dan ketaatan terhadap perintah Allah, sehingga berharap mendapat redha-Nya. Dengan demikian kewajipan itu terasa ringan. Berbeza halnya dengan orang-orang munafik, mereka melihat beratnya kewajipan itu terasa berat untuk mereka lakukan dan ketaatan menjadi suatu yang sangat sukar.

Dengan meninggalkan hal-hal yang diharamkan, orang yang taat akan merasakan buah manisnya, yang mana sesiapa yang meninggalkan sesuatu kerana Allah, nescaya Allah akan menggantinya dengan sesuatu yang lebih baik daripadanya, lalu mendapatkan kelazatan Iman di dalam hatinya.

Dan untuk akhirnya, Hanya kepada Allah saja saya memohon petunjuk, taufiq serta kekuatan agar dijauhkan daripada perkara-perkara yang dilarang-Nya, untuk diri saya sendiri dan untuk segenap umat Islam. Dan mudah-mudahan Dia menjauhkan kita dari hal-hal yang diharamkan serta menjaga kita dari hal-hal yang buruk, sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik penjaga dan Dia Maha Penyayang..... ameeen..

P/S Firman Allah yang bermaksud: "Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir". (AlBaqarah: 286)

Friday, July 17, 2009

Satu renungan buat kita

Salam ukhwah.. tengah ku membelek www.harakahdaily.net tiba-tiba terbaca satu tulisan, yang ditulis oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Herm.. dan ianya membuatkan aku tertarik dan sekaligus ku "copy" "paste" kan di blog ku untuk tatapan pengunjung. Moga dengan penulisan Ust Harun Taib ini sedikit sebanyak dapat membantu kita dalam memilih pemimpin.--> penulis

"Masalah dan Umno bukan masalah berapa bilangan masjid yang dibina, bukan berapa bilangan sekolah agama yang dibina, bukan masalah institusi kewangan Islam, bukan masalah berapa buah pusat pengajian tinggi Islam yang dibina, bukan berapa jumlah wang yang dibelanjakan untuk membina lapangan terbang, lebuh raya dan lain-lain, juga bukan berapa jumlah wang yang dibelanjakan untuk pendidikan tinggi dan rendah yang dibelanjakan oleh Umno atau PAS.

Masalah antara Umno dan PAS ialah dasar dan matlamat pejuangan yang jauh berbeza. PAS memperjuangkan agar Islam menjadi akidah negara Malaysia, sama ada dari sudut pentadbirannya atau kehakimannya dan lain-lain. Pendek kata, apa yang terkandung dalam dua kalimah syahadah iaitu Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, Nabi Muhammad s.a.w. pesuruh Allah itu hendaklah terlaksana dalam kehidupan individu, masyarakat dan negara.

Adapun pun Umno sering mencabar tuntutan dua kalimah syahadah itu. Umno kelihatan melakukan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan puasa bulan Ramadan, mengerjakan haji, menjalankan aktiviti nikah kahwin mengikut Islam. Tetapi pentadbiran dan pemeritahan negara mencabar Al-Quran dan As-Sunnah. Sebab itu, dengan rasa senang hatinya, Umno yang menjadi teras kepimpinan negara, terang-terang menolak hukum Allah dalam bidang pentadbiran, kehakiman, perundangan, pendidikan dan lain-lain.

Oleh kerana itu, Malaysia yang sejak merdeka, yang dipimpin oleh Umno dan Barisan Nasional menghadapi masalah yang tidak terhitung banyaknya. Masalah keselamatan, jenayah, rasuah, penyalahgunaan kuasa, rompakan kecil atau besar, rompakan institusi kewangan, rompakan kaum wanita, warga emas dan kecurian di setiap detik berlaku di negara ini.

Setelah lebih 50 tahun Umno memerintah, Islam dan kekuatan orang Melayu terhakis. Umno menghapuskan "kuasa imuniti Raja-Raja" yang menjadi salah satu kekuatan institusi Islam di Malaysia. Umno membenarkan "riddah" atau murtad berleluasa. Umno juga mengamalkan budaya "hedonisme", budaya "akhlak bobrok" melalui agensi-agensi penyiarannya.

Isu penyalahgunaan dadah, isu mat rempit, isu pendatang tanpa izin, isu ISA, ini semua berlaku selepas Malaysia dipimpin oleh Umno. Puncanya ialah tidak menghayati kandungan "LA ILAHA ILLA ALLAH". Oleh itu, jika pemimpin Umno masih mengaku mempertuhankan Allah, menabikan Muhammad s.a.w. kenapa Umno boleh sembahyang mengikut ajaran Islam, mengapa tidak boleh mengikut Islam dalam memerintah negara? Adakah Umno mengambil konsep beriman separuh kitab dan menolak separuh yang lain.

Kalau hanya bercakap membina masjid, di United Kingdom ada masjid, di Amerika Syarikat ada masjid, di Cina ada masjid, di Singapura ada masjid, di Jerman pun ada masjid. Namun pentadbiran negara mereka juga tidak mengikut ajaran Islam. Oleh kerana itu, status kedudukan pemimpin di negara barat dan timur yang sekular, sama dengan kedudukan pemimpin Umno di Malaysia ini.

Oleh kerena itu, saya rasa amat bertanggungjawab untuk menasihat kepada umat Islam di Malaysia ini, supaya jangan terjebak dengan kenyataan yang dilakukan oleh pemimpin Umno khususnya Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin ketika berkempen di Manek Urai baru-baru ini (rujuk salah satu akhbar harian Malaysia) tentang Umno membela Islam dan menegakkan syiar Islam.

Secara peribadi pula, sewaktu Muhyiddin menjadi Menteri Besar Johor, beliau telah mengubah cuti am daripada hari Jumaat kepada hari Ahad, sekali gus menjadikan amalan cuti itu seperti amalan orang-orang Nasrani. Apakah ini satu pembelaan terhadap Islam?

Saya ingin membuat contoh yang kecil tentang Umno mencabar al-Quran. Antaranya, al-Quran dengan jelas dan terang mengarahkan supaya orang Islam menjauhkan diri daripada arak, judi, berhala, sudi nasib atau tenung nasib, tetapi Umno yang memimpin Malaysia mengeluarkan lesen arak, memberi lesen judi.

Apakah ini satu pembelaan kepada Islam? Untuk satu contoh lain, umpamanya Allah memerintah supaya negara ditadbir dengan ajaran Allah, namun Umno menolaknya. Oleh kerana itu, jika sekiranya masih wujud benih-benih iman di dalam hati para pemimpin Umno, maka saya merayu kepada mereka dan kepada orang yang seiringan dengan mereka supaya mereka bertaubat dan kembali kepada jalan Allah. Sekiranya mereka mempunyai masalah didalam usaha kembali kepada jalan Allah itu, maka Dewan Ulamak PAS Pusat menawar diri untuk memberi khidmat bakti kepada mereka.
---
Dato' Haji Harun Taib ialah Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat

Dipetik dari www.harakahdaily.net

Thursday, July 16, 2009

Bukti-bukti iman serta mukjizatnya (Bhgn.3)

Dan tidak ada disana bahaya yang lebih besar daripada Neraka, dan tiada maslahah yang lebih besar dari Syurga. Akan tetapi, dia tidak mungkin tergerak, lantas melakukan segala amal soleh… dan menjauhi segala perkara yang dilarang, serta melawan keinginan jiwanya.. kecuali dia yakin bahawa Syurga dan Neraka itu adalah benar.Dan juga apa yang dijanjikan Allah itu adalah benar.

Kerana itu, apabila dikedepankan bukti-bukti Iman, mukjizat-mukjizat Iman dan hakikat-hakikatnya. Dan manusia dapat mengenalnya. Sekaligus ia akan menghasilkan Ilmu, Pengenalan dan Keyakinan, dan ia akan membuahkan perasaan takut kepada Allah S.W.T. Sesungguhnya Allah telah menjelaskan kepada kita dengan satu contoh hakikat ini.

Dia telah membuat permisalan dengan kalimah Tauhid dan kalimah Iman.. Yaitu La Ilaha Illa Allah. Dia membuat permisalan untuknya dengan sebatang pohon. Pokok ini berbuah dan ia memberi hasilnya pada setiap ketika dengan izin Tuhannya. Dan adalah kalimah tersebut… iaitu kalimah La ilaha illa Allah dan buah-buahnya.. adalah amalan- amalan soleh serta menjauhi dosa-dosa, perbuatan-perbuatan maksiat, kejahatan-kejahatan dan kerosakan-kerosakan.
Firman Allah Ta``la:

أَلَمْ تَرَ كَيْفَ ضَرَبَ اللَّهُ مَثَلا كَلِمَةً طَيِّبَةً كَشَجَرَةٍ طَيِّبَةٍ أَصْلُهَا ثَابِتٌ وَفَرْعُهَا فِي السَّمَاءِ (٢٤)
تُؤْتِي أُكُلَهَا كُلَّ حِينٍ بِإِذْنِ رَبِّهَا وَيَضْرِبُ اللَّهُ الأمْثَالَ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُونَ (٢٥)

Yang bermaksud:
"Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit.
Dia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya. Dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat mendapat pelajaran". ( Ibrahim:24-25)

Pertembungan yang sedang kita alami ini, apakah puncanya? Puncanya adalah manusia tidak mengenal melainkan Dunia ini dan mereka tidak kenal kecuali keseronokan mereka, syahwat mereka serta maslahah-maslahah mereka. Anda mahu agar Bandar ini menjadi milik anda dan saya mahu ia menjadi kepunyaan saya, dan orang yang ketiga mahu ia menjadi miliknya.

Kalau kita katakan kepada seseorang: “Kami berikan kamu separuh Bumi ini”. Adakah dia akan berpuas hati? Dia tidak akan berpuas hati!!! Dia akan menginginkan separuh lagi.. jika tidak, akan berlaku peperangan. Punacanya adalah ketamakan yang luas di dalam hati manusia yang tak pernah puas dan tak pernah kenyang. Jadi bagaimana ia diubati?

Ubatnya adalah anda mestilah mengetahui bahawa Allah telah menyediakan untuk orang-orang yang beriman, Syurga.. yang keluasannya adalah (keluasan) langit-langit dan bumi. Di dalamnya terdapat benda-benda yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga manusia yang paling rendah kedudukan, di dalamnya memiliki seperti Bumi sepuluh kali ganda. Untuk mereka di dalamnya kekal abadi. Ketika itu dia akan tahu, bahawa dia tidak akan berjaya dengan Syurga tersebut, dan terselamat daripada Neraka dan azabnya, kecuali dengan pengekalannya di dalam amalan soleh, kecuali dengan melebihkan orang lain, kecuali dengan merendah diri, kecuali dengan kasih sayang, kecuali dengan persaudaraan. Maka ketika itu akan eloklah kehidupan.

Bersambung lah lagi….

Wednesday, July 15, 2009

Keletihan

Salam ukhwah... buat pengunjung.. moga diketika ini kita semua berada di dalam redha-Nya.. ameen

Allahu Akhbar, itu lah yang ingin ku lafazkan dari mula-mula aku menekan keyboard nih. Moga-moga pembaca faham akan apa yang aku maksudkan pada lafaz tersebut.

Hampir 4 bulan aku berada di kaunter kedai milik ayah ku, banyak perkara yang berlaku pada tempoh tersebut. Entah apa lagi yang akan datang melanda selepas ini. Apa pun aku sentiasa memohon kepada Sang Pencipta, agar ditetapkan iman dan diberikan kesabaran. Kerana, imanlah amalan yang paling baik (Sila lihat pada entri yang lepas). Wallahu`alam.

2 hari lalu. sekali lagi aku ke Manek Urai. Tetapi kali ini bersama-sama famili. Pertamanya untuk melihat suasana Pilihanraya di N.41, dan keduanya untuk menziarahi sepupu disebelah ma di Kg Perial. Herm.. bertolak dari rumah jam 6 Ptg. Sampai di Perial jam8 Mlm. Bertolak bali jam 10.15 dan sampai rumah jam 11.30. Penat bangat-bangat, sbb kebiasaan sempat berehat sebelah petang, apa pun ku tetap bersyukur kerana selamat pergi dan balik.

Tajuk akhbar utusan pada pagi ini, PAS menang tipis. Herm alhamdulillah yang penting menang. walaupun majoriti hanya 65 orang.

Pelanggan tengah ramai. Jadi apa kata kita sambung dilain masa. nak buka harakahonline kejap.
moga kita semua dirahmati-Nya.. ameen

Monday, July 13, 2009

Bukti-bukti iman serta mukjizatnya (Bhgn.2)

Oleh itu, amalan yang paling afdhal di dalam Al-Quran adalah beriman kepada Allah S.W.T sepertimana yang diterangkan dari ayat itu tadi. Imam Al-Bukhari telah mengeluarkan, daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah S.A.W telah ditanya. "Amalan apakah yang paling afdhal? Lalu Baginda bersabda: Beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Ditanya kan lagi: Kemudian apa? Baginda bersabda: Berjihad dijalan-Nya".

Persoalan disini, mengapakah iman amalan yang paling afdhal? Kerana sesungguhnya Iman adalah perkara yang merealisasikan ikatan di antara seorang hamba dengan Tuhannya dan tanpa ikatan ini, manusia akan selama-lamanya dalam keadaan teraba-raba. Seperti roket yang berlepas ke angkasa lepas, yang berterusan meninggi, sehingga ia terputus hubungan dengan pusat kawalannya. Apakah nasib roket tersebut? Sesungguhnya nasib manusia yang hilang pertaliannya dengan Tuhannya, lebih bahaya dari keadaan tersebut. Sesungguhnya dia di akhir nanti akan menjunam ke dalam Api yang bahan bakarnya dari manusia dan batu.

Iman ini adalah asas penerimaan amalan di sisi Allah S.W.T. kerana amalan orang-orang kafir, tiada penerimaan untuknya. Sebagaimana firman Allah:

وَقَدِمْنَا إِلَى مَا عَمِلُوا مِنْ عَمَلٍ فَجَعَلْنَاهُ هَبَاءً مَنْثُورًا (٢٣)

"Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan Dia terbuang sebagai debu yang berterbangan".
(Al-Furqan: 23)


Dan Iman adalah penyebab sebenar untuk memperbaiki manusia pada hari ini. Dan untuk memperbaiki orang-orang muslim dan orang-orang yang beriman, yaitu dengan memperbaiki akhlak-akhlak mereka, dan memperbaiki peribadi mereka.

kenapakah ia jadi sebegitu?


Apabila anda katakan kepada seseorang, jangan engkau membunuh ! jangan engkau mencuri! Jangan engkau merompak! Jangan engkau berlaku zalim! Jangan engkau berzina! Jangan engkau buat jahat! Jangan engkau menipu! Bahawasanya dia akan mematuhi arahan tersebut, jika dia takut kepada hukuman. Atau jika dia tamakkan ganjaran.

Dan tidak ada disana bahaya yang lebih besar daripada Neraka, dan tiada maslahah yang lebih besar dari Syurga. Akan tetapi, dia tidak mungkin tergerak, lantas melakukan segala amal soleh… dan menjauhi segala perkara yang dilarang, serta melawan keinginan jiwanya.. kecuali dia yakin bahawa Syurga dan Neraka itu adalah benar.
Dan juga apa yang dijanjikan Allah itu adalah benar.

Lagi-lagi bersambung..

Saturday, July 11, 2009

Manek Urai (Man U) Vs Man United (Man U)

.الحمد لله والصلاة والسلام على رسولله, وعلى آله وأصحابه ومن تبعهم بإحسان !لى يوم الدين

"Usop!!... apa kata kalau kite ke Man U (Manek Urai) hari jumaat nih?" Cadang ku kepada adik ku itu.

"Eh Molek juga cadangan abe amin tuh, lagi pula kite belum pernah kesana dari penamaan calon baru-baru nih"
Balasnya.

" Lagi pula kalu hari lain kita memang tiada masa untuk kesana, memandangkan masa kita agak terhad. Ye lah turun rumah dari jam 7.00 pagi, sampai rumah jam 5.30 ptg. Jadi kita hanya free hari jumaat je, inilah masanya" kataku

Jumaat 3.55 Ptg: Mula bertolak dari rumah menuju ke Man U..

4.55 ptg: Singgah di Masjid Kg Bechcah Salak (Solat Asar).

5.15 ptg: Bertemu mata dengan Ust Mad Din.

5.30 ptg: Ziarah Pak Teh (Ahli Masjid di Kg tersebut).

6.00 ptg: Menuju ke Kg Peria, Sambil pusing-pusing untuk melihat suasana di sekitar Dun tersebut.

7.00 mlm: Bertemu dengan Ust Azariza di pos Keadilan (Ust Jal) sambil makan nasik goreng special.. Ust Jal yang belanja.

7.30 mlm: Singgah di rumah Ayah wie di Perial, Sepupu sebelah ma.

10.00 mlm: Berundur dari rumah Ayah Wie, Pusing-pusing sekitar Chucuh Puteri, Pehi.

10.30 mlm: Mula bertolak balik ke Kg Kijang.

11.00 mlm: Singgah di Kedai mee Haji Ramli @ lebih masyhur dengan panggilan Mee Kg Pek di Kg Pek. Sesudah kenyang aku sempat bertanyakah khabar Ayah (casheir) kepada kawan ku (Firdaus) yang sekarang ini berkerja sebagai tukang masak utama di kedai tersebut (teringat kembali masa sama-sama belajar di Madrasah Al-Quran Bechah Salak).

Lalu ku mengatakan bahawa kami dalam perjalanan pulang dari Man U. Lalu ayah kepada firdaus menyampuk.. eh man u?? bila die lawan.. aku, Usop & Firdaus sama-sama tersenyum.. Abang, kami dari Manek Urai.. Bukannya dari tengok Man United. Kata ku untuk menerangkan yang sebenarnya.. Ah sekarang ini sama-sama hangat diperkatakan akan Man U (Manek Urai) pilihanraya kecil pada 14 julai & juga Man United yang akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang pasukan Kebangsaan pada Khamis ini..Bisik hati ku..

11.20 mlm: Meneruskan perjalanan pulang.

Tepat jam 12.00 malam alhamdulillah sampai ke destinasi.. 12-30 malam tidorrrrrr...